Saturday, November 24, 2007

Exco Pahang boleh kena lucut ?

Semalam kita dikejutkan dengan berita dua ahi exco kerajaan negeri Pahang mahu membida nombor plet kenderaan CCC 3 dan CCC 4 dengan nilaian puluhan ribu, yang mana angka tersebut mampu menyiapkan satu setengah rumah PPRT atau rumah kos rendah.



Maka riuhlah , laporan itu dihidu terlebih awal dan bocor cepat berita bidaan tersebut. Kita sebagai rakyat tentulah rasakan ia sebagai satu pembaziran. Namun bagi mereka yang terlibat itulah sesuatu prestij dan umph dalam hidup dan kehidupan mereka.

Bagi kitalah orang kampung jumlah bidaan itu, jika mahu disedekah ke masjid , rumah anak yatim, badan NGo atau kebajikan kan baik. Bagi mereka duit sejumlah itu tak payah disedekahkan kerana peruntukan negara dan negeri sudah banyak untuk tujuan-tujuan di atas, duit negara kita terlalu mewah. Apa perlu sumbangan dari mereka.


Nah sekarang apa kata kita. Lihat di bawah ini kata Dato Nana, MB Pahang dalam isu ini.

Exco Pahang boleh kena lucut. Betul ke Dato Nan ?



Ikutilah laporan kata dua Nan Gedebe dan berita tolak bidaan itu betul ke dak, kita dak tahu pada hari ini .

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang yang didapati membeli nombor pendaftaran kenderaan pada harga melebihi RM10,000 berdepan risiko dilucutkan jawatan masing-masing.

Ketika mengeluarkan amaran itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata beliau tidak teragak-agak bertindak demikian kerana menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar.

Bagaimanapun, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang dikecualikan sebarang tindakan itu kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain terutama perniagaan.


"Bagaimanapun, jika mereka (Exco) hendak membeli nombor pendaftaran, berhentilah jadi Exco," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian susulan laporan akhbar kelmarin berhubung dua anggota Exco Pahang yang memohon untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pesara, Bekas Polis, Tentera dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin membida plat nombor CCC 8, manakala Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail membida CCC 9.

Harga bidaan bagi kedua-dua nombor pendaftaran berkenaan ialah RM62,400.

Adnan berkata, bagi kes Shahiruddin, Ahli Exco itu mengemukakan permohonan mendapatkan nombor CCC 8 kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy.

"Berikutan itu Chan mengarahkan Shahiruddin mengisi borang serta menjelaskan deposit RM3,000. Kelmarin, Shahiruddin menerima tawaran pada harga RM62,400, tetapi disebabkan tidak mampu, Shahiruddin menolak bidaan itu.

"Bagi kes Dr Ahmad Shukri yang berminat dengan nombor pendaftaran CCC 3, beliau memohon kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

"Pada mulanya, beliau dimaklumkan tender itu diberikan kepada orang lain. Tetapi, apabila tender itu dibuka, beliau ditawarkan nombor itu pada harga RM62,400 dan pada masa sama, turut menolak tawaran itu," katanya.

No comments: