Wednesday, November 28, 2007

Media Berbahasa Melayu mula GILA !!!!!

Kegilaan media bermula, selepas Himpunan Rakyat 10 November, UMNO -BN yang rasa selesa dan sedap mula terasa dan dipalitkan sengatan kebangiktan rakyat pelbagai kaum . Hari ini sahaja serangan ditala dan dihalakan kepada Kerajaan Kelantan.
Pertama BPR serbu 10 syarikat balak Kelantan
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyerbu sekurang-kurangnya 10 syarikat dan pejabat kerajaan di negeri ini termasuk Jabatan Perhutanan, bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan haram di Hulu Kelantan. Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat BPR Putrajaya dan Kota Bharu, sejak berapa hari lalu. Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, juga dilihat berada di Pejabat BPR Kelantan di Wisma Persekutuan sejak kelmarin, dipercayai bagi mengetuai sendiri operasi itu.

Dalam serbuan di Jabatan Perhutanan Negeri di Kota Darulnaim kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, pegawai BPR dilihat membawa keluar beberapa fail dipercayai mengandungi maklumat berkaitan kegiatan pembalakan di negeri ini. Sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di deretan pejabat dan kedai dekat Jalan Gajah Mati di sini, turut diserbu kira-kira jam 3 petang. Selepas menggeledah premis terbabit selama kira-kira dua jam, pasukan itu dilihat membawa keluar beberapa fail milik syarikat itu. Shukri bagaimanapun tidak dapat dihubungi tetapi menurut sumber, siasatan BPR menjurus kepada penyelewengan disyaki berlaku dalam kegiatan pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri di Hulu Kelantan, terutama Lojing. Katanya, selain menyemak maklumat fail yang dirampas, BPR turut merekodkan keterangan kakitangan pejabat dan syarikat diserbu itu. "Lebih banyak serbuan mungkin dilakukan dalam tempoh terdekat," kata sumber itu semalam. Sumber di Jabatan Perhutanan Negeri ketika dihubungi mengaku, sepasukan pegawai BPR melawat Bahagian Pembangunan Perhutanan di jabatan itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Minggu lalu, Pergerakan Pemuda Umno mendesak BPR mengambil tindakan segera terhadap hasil siasatan yang dijalankan berkaitan pelbagai dakwaan rasuah membabitkan beberapa agensi di negeri ini. Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan itu perlu kerana selama ini orang ramai tertanya-tanya perkembangan serta kesudahan siasatan dijalankan badan itu ke atas pelbagai pihak di negeri ini. "Umum mengetahui BPR menjalankan siasatan terhadap syarikat utiliti, Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) dan berkaitan Lojing tetapi hasil siasatan itu tidak diketahui sampai ke tahap mana," katanya.


Kejadian Kedua , dua wakil rakyat UMNO BN membuat laporan kepada BPR juga terhadap penyelewengan beberapa pimpinan kerajaan negeri Kelantan. Dengan 9 bentuk penyelewengan disenaraipendekkan bagi tindakan segera BPR.
Kes ketiga, penganjur Hindraff diserang dengan tohmahan dan momokan berdasarkan isu perkauman, sejak 2 dan 3 hari kejadian ini mendapat pelbagai sosroton, liputan dan ulasan media negara. Para peserta himpunan 'haram' itu dikambinghitamkan, yang pelik himpunan tempat lain pergaduhan dan belasahan dipukul oleh 'militan Hidraff' berlaku di Batu Caves !!!!

No comments: