Saturday, November 17, 2007

Sorotan 2 Himpunan Bersih 10 November

Mengambil intipati ucapan Tn Guru Presiden PAS di Taman Melewer, selepas perarakan BERSIH pada 10 November lalu. Teringat penulis katanya , sesuatu kerajaan akan menemui ajal. Setiap kerajaan ada ajalnya .Ustaz Hadi seterusnya menasihatkan rakyat bahawa, Allah mengajar supaya hambanya berwirid dalam solat lima waktu.

Maksud wirid yang dibacakan Presiden PAS "katakanlah wahai Allah tuhanku yang memiliki kerajaan, mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau rampas dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, ditangan kekuasaan Engkau sahajalah wahai tuhan segala kebaikan dan Engkau maha berkuasa di atas segala-gakanya".

Kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi, Allah menjadikan kerajaan adalah ujian kepada pemimpin dan rakyat.

Ada kerajaan yang baik dan adil, ada kerajaan yang zalim dan jahat, silih berganti, ujarnya.

"Allah tidak menjadikan kerajaan dalam dunia ini kekal selama-lamanya termasuk kerajaan Nabi Sulaiman; Nabi Daud dan Nabi Muhammad s.a.w ada ajalnya," katanya..

Kerajaan zalim pasti temui ajalnya

Begitulah kerajaan yang zalim tidak akan memerintah lama ada ajalnya termasuk kuasa besar dunia Jerman, Perancis, Soviet Union dan kini Amerika Syarikat, semuanya ada ajalnya," katanya.

"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga ada ajal.Akan tiba masa tamat riwayatnya.

"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat bukan ajak disudahkan dengan memalukan.Kita beri peringatan kepada pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik.Jangan tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," katanya.

Sambil melaungkan keyakinan bahawa rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan kerajaan jahat BN sepertimana rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand berhadapan dengan kerajaan mereka yang jahat.

"Rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan BN.Wahai BN tamatkan riwayat kamu dengan cara yang terhormat.Ayuh bersihkan demokrasi yang kamu kotorkan.Kalau kamu berkeras percayalah kuasa kamu tak kekal selamanya, kita buktikan keyakinan kita pada hari ini," tegasnya.

Maka begitulah dengan tindakan UMNO bilamana dalam hal pendidikan peringkat anak-anak semakin ‘sesak’ dan gusar kerana rakyat kini sudah mula beralih dan dapat ‘menerima’ pendidikan peringkat PASTI yang gagal disaingi oleh Tadika Kemas anjuran UMNO –BN .

Kini UMNo yang semakin menemui ajal cuba pula memberi ‘nyawa’ serta nafas baru dalam dunia pendidikan Negara dengan merangka satu silibus baru pendidikan peringkat umur 1 ke 5 tahun yang dinamakan PAPN.

Lihat kata Tok Jib kita……

Kerajaan sedang menilai keberkesanan program Pusat Anak Permata Negara (PAPN) yang berperanan menyediakan sistem pendidikan awal kanak-kanak secara lebih komprehensif sebelum diperluaskan ke seluruh negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah memperluaskan program PAPN membabitkan banyak implikasi termasuk dari segi keupayaan kerajaan, penyediaan kewangan, latihan tenaga pengajar dan perkara membabitkan perjawatan.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu melihat kepada implikasi lain dari segi kemampuan dan sumbangan ibu bapa dalam memastikan kejayaan berterusan program berkenaan.

"Selepas program ini berjalan selama enam bulan kita dapati kesannya agak menggalakkan dari segi perkembangan intelek, emosi, kemampuan bertutur dan keceriaan kanak-kanak.

"Apa pun kita akan membuat penilaian terlebih dulu dan jika dapat mencapai tujuan dan matlamat, kerajaan akan timbang memperluaskannya ke seluruh negara," katanya selepas merasmikan PAPN Felda Chini Timur 3, di sini, semalam.

Sehingga kini lima pusat PAPN sudah beroperasi sebagai projek perintis. Selain PAPN Felca Chini Timur 3 dan Felda Mempaga 3 di Pahang, pusat seumpamanya sudah diwujudkan di Kepala Batas, Subang Jaya dan Putrajaya.

Ketika ini, 125 kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun sedang mengikuti program di kelima-lima pusat berkenaan. Berikutan kejayaan projek perintis itu, 10 lagi PAPN dirancang untuk diwujudkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Ketika ditanya mengenai kos yang terpaksa ditanggung bagi menyediakan pusat seumpama itu, Najib berkata, kosnya antara RM200,000 hingga RM300,000.

"Bukan saja dari segi penyediaan prasarana, kita juga perlu menyediakan tenaga pengajar berkualiti yang ada ijazah dan diploma dalam bidang berkaitan.

"Kualiti adalah faktor terpenting dalam menjayakan program ini dan sebab itu seorang tenaga pengajar yang sudah diberi latihan intensif bertanggungjawab ke atas lima kanak-kanak," katanya.

No comments: