Thursday, November 29, 2007

Awaas dengan Daftar Pemilih 2007 !!

Pengundi berdaftar melebihi 10.7 juta. Itu adalah bunyi berita BH pada hari ini. Apa pun bagi parti pembangkang khususnya PAS dalam memilih cara demokrasi melalui pilihanraya, antara proses daftar, semakan bantah dan sebagainya. Kerjaya terakhir sebelum diwartakan nama-nama pengundi adalah membuat protes atau bantahan DPT sUku Tahun Ketiga baru lalu. Kerja bantahan ini adalah satu bentuk excercise baru kepada para petugas parti bagi mempelajari dan mengalami sendiri sebagai satu pengalaman.


Selain itu ' latihan' bantahan ini jika dibuat bagi DUN-DUN tertentu selain di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah memberi pengalaman baru, memberi isyarat baru terutama kepada SPR khasnya dan kerajaan amnya kerana kebanyakan rakyat sudah sedar dan ada ilmu 'supaya jangan ditipu hidup-hidup' dengan sistem dan terma-terma ciptaan SPR , dengan membuat 'pertolongan' mudah dengan niat untuk memberi laluan mudah kepada kemenangan BN dan UMNO.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2007 yang mengandungi 412,756 pemilih termasuk 308,076 pengundi baru, menjadikan pengundi berdaftar di seluruh negara kini melebihi 10.7 juta orang.

Seramai 104,680 pengundi lagi memohon pertukaran alamat serta pusat mengundi sepanjang tempoh DPT suku tahun ketiga itu bermula 1 Julai hingga 30 September lalu.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata dalam tempoh sama SPR juga mengeluarkan nama 141,063 pengundi daripada senarai daftar pemilih itu atas pelbagai faktor, seperti bertukar alamat, meninggal dunia dan dilucut hak kewarganegaraan.


Beliau berkata, DPT suku tahun ketiga itu diperakui SPR pada 19 November lalu dan diwartakan hari ini.

“Perakuan terhadap DPT Suku Tahun Ketiga 2007 dibuat sebagai mana dikehendaki Peraturan 22(1) Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan supaya DPT diperakui sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihan raya.

“Dengan pengesahan DPT suku tahun ketiga ini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara selepas dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk 2006, DPT Suku Pertama 2007, DPT Suku Kedua 2007 dan DPT Suku Tahun Kedua yang terbabit dengan siasatan awam adalah 10,798,709 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sabri juga berkata, sebanyak 1,381 tuntutan bagi permohonan baru dan bertukar alamat yang diterima pada suku tahun ketiga itu tidak dapat diselesaikan kerana bahagian pilihan raya berkenaan terbabit dengan urusan bantahan dan terpaksa dibawa ke suku tahun keempat 2007.

Kawasan Parlimen yang terbabit dengan tuntutan itu meliputi Sik (P13) di Kedah dan empat lagi di Kelantan - Kota Bharu (P21), Ketereh (P26), Pasir Putih (P28) serta Kuala Krai (P31).

SPR juga menerima 1,873 bantahan membabitkan kawasan Parlimen Tumpat (P19), Pengkalan Chepa (P20), Kota Bharu (P21), Pasir Mas (P22), Rantau Panjang (P23), Kubang Kerian (P24), Bachok (P25), Ketereh (P26), Tanah Merah (P27), Pasir Puteh (P28), Machang (P29), Jeli (P30) dan Kuala Krai (P31) di Kelantan.

Di Terengganu, kawasan Parlimen yang terbabit dengan bantahan ialah Kuala Nerus (P35), Kuala Terengganu (P36), Marang (P37) dan Dungun (P39), manakala Pahang di Pekan (P85), Bera (P90) dan Rompin (P91).

Sabri berkata, semua bantahan itu sedang disiasat pendaftar Pemilih negeri berkenaan.

Orang ramai yang ingin membeli naskhah DPT Suku Tahun Ketiga 2007 boleh mendapatkannya di ibu pejabat SPR di sini.

SPR juga memohon kerjasama waris menghantar salinan sijil kematian atau permit mengebumikan waris bagi membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar.

Sabri berkata, pemilih berdaftar juga digalak menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi membuat pembetulan jika ada kesilapan data membabitkan ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina dan nombor rumah pemilih.

“Jika ada sebarang kesilapan, pemilih boleh membuat pembetulan dengan menghantarnya ke spr@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR,” katanya

No comments: