Friday, November 30, 2007

Kemelut demi kemelut melanda negara, isu demi isu tuntutan bertindih, satu kaum tidak puas hati terhadap istimewa dan lebih kaum itu, kaya dan miskin sering diperbandingkan. Itulah gambaran senario negara, justeru apakah ramuan yang boleh mengakhiri semua kemelut. Selalu orang bercakap tiada jalan yang tida penghujung, tiada masalah tiada jalan penyelesiannya. Nah maka ditangan kitalah cara baik bagi kita oleah dan selesaikannya.
Terbaru adalah tuntutan Hindraff , yang mendakwa mahu ungkit kembali bahawa mereka miskin kerana di bawah penjajah Inggeris ke TM dan dijadikan hamba abdi, justeru mereka kekal miskin dan tegar kemiskinan di Malaysia negara merdeka jajahan British ini.
Rasa ketidakpuashati mereka dizahir dan dicetuskan pada 25 Novemver lalu di ibu negara dengan jumlah kehadiran melebihi 30,000 orang dari seluruh negara. Himpunan ini adalah manifestasi daripada perasaan tidakpuashati itu yang terpendam sejak 50 tahun dulu lagi, tarikh paling minima kerana mengikut sejarah buruh India di bawa British bermula dengan adanya benih getah di TM.
Atas perasan amarah berpunca dari itulah, mereka mahu kerjaan British membayar RM1 juta seorang kepada manusia India di Malaysia. Kita ingat tuntutan mereka berakhir dan berkisar isu itu sahaja, rupa-rupanya diperincikan lagi dengan kes kemiskinan, kes pendidikan dan besarnya hal kuil yang kata mereka tidak diambil berat oleh kerajaan.
Pak Lah, teruslah panggil hero Tamil Samy Velllu mengadap dan minta satu laporan penuh masalah itu ke kabinet...bertajuk PM arah MIC tubuh segera jawatankuasa khas sedia laporan lengkap ke Kabinet
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan MIC menubuhkan segera jawatankuasa khas bagi mengkaji tuntutan dan pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat India di negara ini. Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, kelmarin, Abdullah mahu jawatankuasa itu menyediakan laporan lengkap mengenai tuntutan masyarakat India untuk dipertimbangkan Kabinet.


"Saya membangkitkan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India, seperti peluang pekerjaan dalam sektor awam, pendidikan dan pembinaan kuil. "Perdana Menteri bersimpati dengan permintaan MIC dan berjanji akan mengkajinya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini, semalam. Samy Vellu menjelaskan beliau sering mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri bagi menyuarakan permintaan masyarakat India.

Malah, katanya, Jun lalu MIC mengemukakan laporan bertajuk Mekanisme Bagi Pelaksanaan Yang Berkesan kepada Perdana Menteri, yang mencadangkan beberapa cara bagi membantu masyarakat India. Mekanisme itu antara lain membabitkan program kesedaran usahawan, latihan kemahiran dan pembinaan semula Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT). Samy Vellu berkata, beberapa cadangan baru juga akan dikemukakan jawatankuasa khas itu, termasuk meminta sektor awam mengutamakan pengambilan bukan Bumiputera di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Bumiputera yang tinggi, terutama dalam pekerjaan berkaitan kebajikan, pendidikan, kesihatan dan belia. Katanya, dalam laporan yang akan dikemukakan nanti, MIC akan memberi perincian data mengenai bilangan dan jawatan yang disandang bukan Bumiputera dalam sektor awam di peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Samy Vellu berkata, MIC juga akan menubuhkan Pusat Panggilan untuk memudahkan masyarakat India menyalurkan masalah yang dihadapi. Beliau berkata, pusat berkenaan yang akan diwujudkan kira-kira dua atau tiga bulan lagi, juga bertanggungjawab menangani isu berkaitan kuil dan SRJKT. Ditanya sama ada imej MIC terjejas berikutan dakwaan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) kononnya masyarakat India di negara ini terpinggir, Samy Vellu berkata: "Kami sudah buat kerja, kami tidak menghiraukan apa yang orang lain kata, kami hanya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk orang ramai. "MIC bukanlah kumpulan pemalas yang membiarkan kaum India terpinggir. Kami sentiasa bekerja kuat untuk masyarakat India," katanya. Mengenai pampasan RM344 juta yang terpaksa dibayar kerajaan kerana tol tidak dinaikkan, tahun depan, Samy Vellu berkata, kerajaan tidak bercadang memanjangkan tempoh konsesi syarikat lebuh raya bagi mengatasi masalah itu. Katanya, kerajaan tidak boleh berbuat demikian kerana syarikat konsesi lebuh raya terikat dengan perjanjian untuk membayar balik pinjaman bank dalam tempoh 15 tahun.

No comments: