Monday, December 31, 2007

Gempuran oleh tentera ALLah , Ujian besar bagi ummah !!







Kemusnahan akibat banjir di Pahang kali ini adalah cukup mengejutkan, peringatan ALlah SWT, selama ini kita leka dan lena kerana negara kita sering dislogankan sebagai negara makmur, selamat aman dan amat padu berbanding negara-negara luar.

Selepas 50 tahun merdeka, Jabatan materologi mengesan dan memberitahu dulu garisan gempa bumi tidak melalui negara kita cuma setakat Indonesia, namun selepas tsunami keadaan geografi akaibat pergerakan bumi hasil hentakan tetonik bumi kita dikesani khususnya di Pahang kawasan Janda Baik Bentong adalah kawasan aktif gempa bumi. Maknanya selama ini kita berbangga dengan kecapaian kita, dalam sekelip mata ALlah merubah segala-galanya. Menurut kajian pakar katanya 20 tahun lagi bandar Bangkok akan tengelam, KL bagaimana ?

Kali ini, air banjir tidak berlaku sebagaimana masjid Baiturahman di Acheh, lihat paparan foto ini bagi membuka mata semua orang di malaysia. dan peristiwa banjir besar ini selepas 30 tahun lebih iaitu berulang kembali selepas 1970 akan membuka mata orang yang tidur agar cepat sedar daripada menyedarkan orang yang tidak faham supaya sedar.

Kerosakan-kerosakan harta benda lain.




Mudah menyedarkan orang tidur, daripada menyedarkan orang yang tidak faham?

Penulis teringat pesanan Tn Guru Presiden semasa beliau berucap dalam seminar penerangan di Taman Melawer. Intipatinya, 'adalah mudah menyedarkan orang yang tidur, daripada menyedarkan orang tidak faham'. Kata-kata Tuan Guru Presiden terpakai bilamana penuis bersama dengan seorang rakan minum bersantai sebuah kedai kenalan yang lama tidak dikunjungi.

Dipendekata cerita, bilamana tuan punya kedai namapak penulis dan rakan dia terus datang ke meja, kamipun bersapa dan salam bertanya khabar. Pekedai yang penulis temui terus start gear 4 bilamana penulis sahaja bertanya tentang pandangan dan masa depan pembangkang. Tuan punya kedai kenalan penulis terus membelasah atas sikap orang Melayu, itu dan ini yang sekira-kira didengar oleh SB boleh masuk ISA cajnya.

Pusingan pertama berlalu dengan rancak, perbualan kami tidak lagi menghiraukan pelanggan yang berada kiri dan kanan kerana topik perbualan semakin panas dan menarik. Di akhirnya beliau lebih suka meniru dan memilih cara di pakistan. Katanya isu Hindraff menyebabkan ramai pemuda isi borang UMNO kerana marah dekat keling konon menunut benda2 yang melampau. Hujah beliau diperkuatkan kerana katanya anak beliau bekerja sebagai SB di salah sebuah balai polis di Kedah. Ikut kata anaknya pembangkang jangan harap satu kerusi pun.

Pusingan ketiga, penulis yang selama ini bersama rakan asyik mendengar sahaja, ambil keputusan untuk angkat kaki daripada kedainya, kerana sudah tidak mampu mahu melayan hujahanya yang membelasah pembangkang serta memperlekehkan PAS.

Justeru teringat, kata-kata presiden inilah yang dikatakan sukarnya kita nak memaham dan menyedarkan rakyat yang tidak sedar daripada menyedarkan orang tidur. Pertama oleh kerana sikap rakyat Melayu Malaysia semuanya mahu cepat, di samping itu berhujah nabi menyeru bab aqiidah selama 10 tahun sahaja, selebihnya 13 tahun lagi mempraktikan atau merealisasikan apa yang termaktub dalam Al Quran. Hujah inilah yang payah penulis nak jawap kerana penulis sendiripun tidak mampu dan mahir bagi menepis hujah sebegini. Keduanya, jika terlalu banyak memberi alasan menampakkan kita jenis berdalih dan gagal membuat kerja-kerja ke arah kememnagan Islam. Ini macamlah kata hadis melayu kalau tak mahu buat itu boleh beri 1001 alasan, kalau ada kemahuan di situ ada jalan, jika tidak tahu menari jangan dikata papan itu jongkang jongkit.

Maka penulis dan rakan terkapai-kapai dan kalah dengan hujah pekedai tadi.... lari monoi sahaja kata orang temerloh

Sunday, December 30, 2007

Garang nya Najib !!!!

Menonton semalam Bulten TV3 terasa seram sejuk tengok pidato Hang Najib di Keningau...... Kata M Star Melayu , Najib: K'jaan tidak akan teragak-agak bertindak terhadap pencetus kekecohan

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan yang cuba meraih kuasa politik dengan mencetuskan kekecohan di negara ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata itu tidak bermakna kerajaan akan sewenang-wenangnya mengisytiharkan darurat kerana tidak mahu menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) menggunakan kuasa paksaan untuk terus memerintah negara.

"Tapi kalau mereka buat huru-hara, kalau mereka buat angkara sehingga timbul konflik yang dahsyat dalam negara kita, kerajaan tidak akan teragakagak bertindak terhadap sesiapa pun," tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini hari ini.

Menurut Najib, BN tidak akan terpengaruh dan terikut-ikut dengan cara kumpulan tertentu yang didalangi pihak pembangkang untuk meraih kuasa sebaliknya BN percaya rakyat akan terus memilih kerajaan BN atas dasar keyakinan dan keupayaan mereka mentadbir negara.

Katanya BN bukan mabuk kuasa sebaliknya inginkan rakyat di negara ini supaya memilih BN untuk menerajui kerajaan atas keyakinan dan kepercayaan dan bukan atas dasar paksaan seperti melalui pengisytiharan darurat.

Najib berkata selama ini kerajaan sudah membuktikan kemampuannya membangunkan negara ini seterusnya membawa kemakmuran kepada semua lapisan rakyat termasuk yang mendiami kawasan pedalaman di Sabah dan komitmen itu akan terus menjadi agenda kerajaan BN.

"Yakinlah bahawa kerajaan BN di sini ialah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita di sini memegang amanah. Kita sanggup mengabdikan diri kita agar rakyat terbela dan negara kita maju dan berjaya," katanya.

Katanya kerajaan BN tidak menabur janji kosong sebaliknya akan melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini sudah dibuktikan termasuk pemberian peruntukkan terbesar kepada Sabah berbanding negeri-negeri lain dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Malah katanya, perubahan dan pembangunan di Sabah akan menjadi lebih rancak untuk dinikmati penduduk negeri itu apabila Koridor Pembangunan Sabah (KPS) dilancarkan kelak.

Najib menjelaskan pembangkang sering menawarkan janji manis tetapi tidak memilik trek rekod untuk bersaing dengan kerajaan BN dan oleh itu rakyat perlu meningkatkan keyakinan mereka dengan terus menyokong kerajaan sedia ada.

Najib juga berkata konsep perkongsian kuasa BN akan sentiasa terjamin dengan pandangan dan pendapat semua parti komponen diambil kira bagi memastikan tidak ada pihak yang tersisih.

Katanya segala pandangan parti komponen BN akan diberi perhatian serius termasuk mengenai permintaan supaya masalah kemiskinan yang dianggap masih serius di Sabah dapat diberi perhatian sewajarnya.

Katanya kerajaan berazam untuk mencapai matlamat kemiskinan sifar di Sabah menjelang 2010 dan akan terus berusaha memastikan peratus kemiskinan relatif yang dianggap masih tinggi di negeri itu terus dikurangkan.

Bagaimanapun katanya matlamat itu hanya dapat dicapai jika negara ini aman dan kestablian politik terus terpelihara.

Najib berkata pertikaian politik, pembunuhan pemimpin dan keadaan negara yang tidak stabil di luar negara harus menjadi pengajaran kepada semua rakyat negara ini.

Justeru itu, beliau menyelar tindakan kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi jalanan semata-mata untuk kepentingnan politik sehingga merosakkan harta benda dan mengganggu urusan harian orang ramai.

Katanya kumpulan terbabit sanggup menimbulkan huruhara dan kekacauan malah pergi ke luar negara untuk memburukan negara sendiri sematamata untuk memenuhi agenda politik selepas mereka yakin tidak akan menang dalam pilihan raya. BERNAMA

Bagi akhbar berbahasa Melayu lain, puas penulis cari, payah nak cub apa yang Najib cakap. Nampak Utusan dan BH mengelapkan kata-kata Najib ada agenda lain kot.... Setahu kita berita sensasi macam ni jarang kumpulan utusan tak beri perhatian. Penulis jadi pelik bin ajaiblah ?

Saturday, December 29, 2007

"Kami Bukan Mabuk Kuasa ... TPM

Menonton Buliten TV3 jam 8.00 malam pada 29 Disember sarat dengan sedutan ucapan TPM yang intipati membelasah dengan penuh nafsu ke atas golongan yang menganjur demontrasi jalanan, tanya jawab oleh nya jika huru hara dalam negara tanggungjawab siapa. Dan penegasan kami tidak takut dan akan ambil tindakan undang-undang tegas ke atas golongan ini seperti dirasuk gaya dan penuh semangat.
Hujahan beliau tentulah meraih simpati dan sokongan , malahan pula berlaku ditengah-tengah krisis keganasan berlaku di Pakistan yang tentulah mengundang banyak sokongan dan simpati rakyat Malaysia ke atasnya dan betullah akan katanya. Paparan tidak terkawal situasi di Pakistan diselit serta digarap dengan baik oleh editor TV3, syabas dan tahniah. Tentulah amat berkesan dan masuk disanubari simpati rakyat. Maka kesan tidak sedikit rakyat yang termakan dengan libasan dan bidasan perisitiwa di Pakistan dikaitkan bandingan dalam negara.
Secara emosi tentulah kita marah, jika difikirkan secara rasional dan tenang tentulah , kita tidak mahu apa yang berlaku di pakistan berlaku di negara kita. Budaya di pakistan berbeda dengan budaya negara kita. Demokarsi Pakistan pun berbeda dengan negara kita. Hatta pilihanraya di paksiatan pun berbeda dengan Malaysia. Malahan pemimpin dan kepimpinan di Pakistan juga berbeda. Menyamakan semua benda dalam semua masa serta perkara adalah tidak kena.
Jika pembangkang sudah beremosi dan mahukan huru hara , apa perlu tunggu sehingga 50 tahun. Jika pembangkang militan apa perlu masa ini mahu angkat senjata. Sepatut pemimpin kena cermat, jangan menyamakan semua perkara, Yang jadi pelik mana-mana pujian yang memuji kerajaan bersungguh dihighligaht..
Minta janganlah mengula-gulakan rakyat dengan gula2 yang tiada rasa manisnya, usahlah berlakon, ..kami bukan mabuk kuasa, kami pun buka gilakan sangat kuasa, nampaknya kamu terlampau dah berkuasa.. sehinggakan undang-undang berada bawah kamu, itu yang rakyat pusingkan. Jadi takkan nak menundukkan kamu kami duduk sahaj dan tengok mestilah beruasaha rampas dan mabik kusa daripada kamu yang berkuasa dan generasi kamu yang tak mabuk kuasa kononnya... beto ka!!!!!!!!!!

Tirai 2007 hampir melabuh tirai

Tahun 2007 hampir melabuh tirainya, bagi kita rakyat Malaysia pelbagai peristiwa besar yang belaku dan melanda negara. Kejutan besar adalah berkisar dengan kenaikan harga minyak, bahan bakar yang cukup memerit.
Selain itu, menyorot malapetaka dan kemalangan dari kemalangan helikopter kepada kemalangan jalanraya setiap kali musim perayaan cukup menyentuh perasaan. Dari aspek politik pula adalah himpunan BERSIH dan Hindraff berserta perarakan peguam semuanya mewarni politik negara.
Terkini adalah banjir besar dibeberapa buah negeri yang teruk termasuk Pahang Johor Kelantan dan Kedah. Semuanya memerlukan kita berfikir, kerajaan teruja mahu mengumumkan piliahnraya kali ke 12, namun banjir telah menjawab segala-gala, tidak dapat tidak kerajaan kena mengenapkan pilihanraya pada tahun 2008.
Selain itu, sebaris permasalahan menunggu yang belum selesai masalah sosial, rasuah, kepincangan itu dan ini cukup melemaskan. Semua menghimpit rakyat dan amat merimaskan, jsuteru apakah tindakan kita, adakah sebagai penyaksi yang baik sahaja...

Nukilan Rasa ..

Semalam selepas peristiwa besar banjir melanda daerah sel kejiranan penulis. Penulis dikunjungi tetamu iaitu sahabat lama (sama-sama menuntut di IPTA dulu). Kunjungan beliau kerana mahu memaklumkan rasa gembira kerana dapat berpindah kembali ke kampung halaman. Kegembiraan sahabat penulis dan kegirangannya kembali setelah sekian lama di perantauan dapat penulis rasai daripada tuturkata dan aksinya.

Namun di sebalik kegirangannya yang bercerita itu dan ini, akhirnya beliau mengeluh walaupun kesenangan yang dimiliki, mampu menyenangkan hati, mahu membuka syarikat, mahu miliki tanah, mahu menanam sawit, mahu memelihara lembu senang buat Qurban, malah beliau lulusan sijilnya tinggi sehingga mendapat tawaran menjadi pensyarah di Seremban. Namun masih belum boleh mengembirakannya, namun bagi rakan penulis masih lagi tidak gembira, keluhannya akhirnya terpacul berkisar soal titisan zuriat.

Rakan penulis ini, sudah berkahwin hampir 12 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat, puas lah berubat sini dan sana. Namun semua gagal, katanya beliau kini membuat ikhtiar terakhir berjumpa pakar di Special Hospital Shah Alam dan akan membuat rawatan SOP berjumlah RM15,000 sekali rawat..

Bagi penulis, terasa amat syukur dengan anugerah Allah kepada penulis kerana dikurniakan zuriat yang ramai juga. Maka teringat penulis dalam kes yang sama jiran dan rakan yang menghadapi masalah sama , cara pendekatannya atau jalan yang diambil hampir sama dengan rakan penulis di atas. Namun ikhtiar terakhir pasangan suami isteri ini ke Mekah menunaikan fardu haji, sama-sama katanya berdoa di hadapan Kaabah, tok-tok balik selepas setahun mereka mula dikurniakan anak , Nah sekarang dah dapat 4 orang anak.

Justeru, apa pun kita kena kembali kpada Allah dan redha dengan ketentuannya. Maka di sinilah hadis Melayu itu terpakai, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Perspektif: Orientasi peperiksaan beban pelajar



Baca dan fikir-fikirkanlah ......


PEPERIKSAAN penting, tetapi bukanlah segala-galanya. Malangnya, sebahagian kita menganggap sebaliknya, lalu peperiksaan, seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya diumumkan kelmarin, dijadikan umpama nyawa seseorang pelajar.

Semoga tidak ada lagi yang membunuh diri kerana keputusan yang kurang baik. Kita tahu kisah bunuh diri ini kerana ia pernah dilaporkan. Apa yang kita tidak tahu ialah berapa ramaikah remaja mengalami tekanan psikologi yang teruk, seperti kemurungan, hilang harga diri dan malu, berikutan keputusan kurang baik, sama ada dalam peperiksaan awam atau dalaman.

Masalahnya ialah berapa ramaikah di kalangan kita, iaitu ibu bapa dan guru, yang dipercayai oleh remaja, iaitu anak dan pelajar kita, sehingga mereka bercerita dengan kita isu yang dekat dan rapat padanya, secara tanpa takut dan ragu?


Atau, seperti yang ditunjukkan oleh kajian, kita menjadi orang terakhir atau orang kemudian, iaitu pokoknya bukanlah orang pertama, yang didatangi remaja untuk meluahkan perasaannya apabila mereka dilanda masalah.

Mengapakah sebahagian kita tidak dipercayai remaja? Sebabnya ialah majoriti remaja menganggap yang suara dan perasaannya tidak dianggap penting oleh sebahagian kita.

Ini kerana kita jarang secara tulen mendengar suara mereka. Kita lupa ajaran Allah dan Rasulullah mengenai kaedah pembangunan remaja dan teknik berkomunikasi dengannya. Kita lupa panduan, misalnya, oleh Mary Pipher (1994), Reviving Ophelia dan Donna G. Corwin (1999), The Tween Years mengenai bagaimana kita patut lakukan dalam pembinaan remaja. Contohnya, remaja perlu dididik, bukannya diherdik.


Sebaliknya, sebahagian kita mendakwa sangat tahu mengenai remaja, sedangkan hakikatnya kita tidak mengetahui. Dalam buku Gayatri Patnaik dan Michelle T. Shinseki (2000), The Secret Life of Teens, dipetik luahan hati Steffanie, 14: “Hanya kerana saya lebih muda, tidak bermakna saya tidak boleh bersuara... hanya kerana saya remaja, tidak bermakna saya sama seperti setiap remaja yang anda kenali... hanya kerana anda pernah jadi remaja, tidak bermakna anda memahami saya”.

Lebih parah lagi, ada kaunselor, iaitu yang sepatutnya dipercayai, tetapi menjadi orang paling tidak dipercayai kerana membocorkan rahsia remaja yang mengadu padanya.

Ada ramai remaja mengalami tekanan psikologi disebabkan keputusan peperiksaan kurang baik. Tekanan psikologi yang berat, sebenarnya, sudah cukup sebagai iktibar baginya. Janganlah menambahkan tekanan dengan memarahinya, mengatakan kita malu dengan keputusannya, membandingkannya dengan orang lain atau menyalahkan perkara yang tidak terbukti salahnya seperti pembabitan dalam kokurikulum.

Apa yang diperlukan ialah kita membimbingnya mengenal pasti kesilapan dan merancang penambahbaikan. Bimbingan mesti dilakukan dengan betul, iaitu umpama pendakwah yang baik. Dalam al-Qur'an, ayat 125 surah an-Nahl, mengisyaratkan supaya bimbingan dilakukan “dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik”.

Janganlah menghukum. Contohnya, dalam isu berkat. Berkat penting. Tetapi, janganlah berkat dihujahkan kepada perkara yang tiada kena mengena dengannya. Katakanlah seseorang remaja mempunyai pendapat berbeza dengan kita mengenai sesuatu perkara.

Sepatutnya, kita ‘berbincanglah dengan mereka cara lebih baik’, iaitu seperti sambungan ayat surah an-Nahl tadi.

Tetapi, masalahnya, ada yang menganggapnya sebagai mereka melawan kita. Lalu kita berhujah yang mereka sudah melakukan satu kesalahan yang mungkin menyebabkan mereka tidak mendapat berkat lalu akan mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik.

Dan sebaik saja keputusan yang kurang baik itu diumumkan, maka kita terus saja menempelaknya bahawa itu adalah kerana tiada berkat.

Sebenarnya, keputusan peperiksaan kurang baik disebabkan oleh banyak faktor. Kita perlu menilainya dengan tenang, teliti dan rasional. Memanglah dalam Islam, dari satu segi, ia mungkin satu ujian. Tetapi, ujian ada banyak sebab. Ada ujian diturunkan sebagai balasan kesilapan masa lalu.

Ada yang sebagai ingatan untuk masa depan, dan ada yang berupa ujian oleh Allah kepada hamba yang dikasihi-Nya. Meskipun ia berlaku kepada anak dan pelajar, ia mungkin juga ujian yang ditujukan kepada kita, iaitu berikutan kesilapan masa lalu, mungkin terhadap ibu bapa dan guru kita.

Pokoknya kita tidak tahu. Kerana berkat dan ujian adalah kerja Tuhan, bukannya kerja kita. Jadi, tidak payahlah kita menjadi Tuhan kecil pula. Di samping itu, jangan sesekali terkesan di hati remaja bahawa mereka disayangi apabila keputusannya baik, sedangkan kasih sayang seharusnya tanpa sebarang syarat.

Orientasi peperiksaan sudah sampai ke tahap maksimum. Ada ibu bapa menghantar anaknya ke tuisyen sejak Tahun Satu dan, bersama sesetengah guru, melarang remaja tahun peperiksaan daripada terbabit dalam kokurikulum.

Malah, ada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) berniat mengeluarkan 30 pelajar yang dianggap buruk keputusan PMRnya dan menggantikannya dengan pelajar lain. Ini bermula dengan mengurangkan pengambilan pelajar Tingkatan Satu daripada 120 orang kepada 90 orang saja mulai tahun depan.

Ini adalah disebabkan dasar dan sistem yang membudayakan sehingga kita lupa falsafah pendidikan Islam dan negara untuk melahirkan insan sempurna serta rakyat yang memiliki peribadi bersepadu.

Banyak ‘A’ bukanlah jaminan kejayaan masa depan. Kita juga memaksakan aliran sains. Walaupun kita mempunyai dasar 60:40, iaitu 60 peratus pelajar dalam aliran sains dan 40 peratus dalam aliran bukan sains, di kalangan pelajar terbaik, kita mengamalkan hampir 100 peratus aliran sains, contohnya di SBP.

Walaupun pelajar SBP dibenarkan mengambil subjek pilihan seperti Prinsip Akaun, mereka tidak dibenar menggugurkan subjek Sains yang tidak tergalas olehnya. Remaja mesti diberi peluang membuat sekurang-kurangnya sedikit pilihan.

Tidak lama dulu, ada sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur yang mempunyai beratus-ratus pelajar STPM yang majoritinya bekas pelajar aliran sains kerana dipaksa mengikutinya lalu keputusan SPMnya buruk lantas datang ke sekolah swasta itu untuk peluang kedua.

Mereka memilih aliran sastera bagi STPM. Ramai berjaya ke universiti. Di samping itu, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional masih dianggap sebahagian kita sebagai bidang kelas kedua. Sehingga remaja ditakut-takutkan, bahawa kalau keputusannya kurang baik, maka ia terpaksalah memasuki bidang ini.

Oleh itu, timbul beberapa soalan. Adakah pembangunan modal insan yang dilaungkan kini benar-benar bersepadu dan berimbang, iaitu dari segi ilmu dan kemahiran, akademik dan kokurikulum, sains dan bukan sains, serta agama dan sahsiah?

Adakah kita benar-benar mementingkan anak dan pelajar? Atau sebenarnya kita lebih mementingkan diri sendiri, iaitu apabila keputusan peperiksaan baik, kalau ibu bapa, ia mahu berbangga atas hasil anaknya, manakala kalau guru dan pengetua, mereka mahu naik pangkat atas hasil pelajar dan sekolahnya?

Dalam konteks ini, ada dua buku yang relevan, yang mempunyai tajuk sama, iaitu MisEducation, tetapi ditulis oleh dua orang intelektual terkenal berlainan, David Elkind (1987) dan Noam Chomsky (2000).

Elkind menyatakan langkah melahirkan ‘superkid’ dengan pelajaran sejak kanak-kanak lagi mengundang risiko remaja akan berkekalan rosak harga diri, hilang sikap positif dan terbantut bakatnya. Tetapi Chomsky mengetengahkan kefahaman yang lebih luas mengenai keperluan sebenar pendidikan hari ini. Orientasi peperiksaan perlu segera dikurangkan sebelum lebih ramai remaja terkorban.

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002).

Daftar Segera Mangsa Banjir 2007

Pengumuman kepada semua mangsa - mangsa banjir seluruh negara amnya dan di daerah Temerloh khasnya diminta segera mendafftar bagi membolehkan mereka membuat pengesahan tentang kerosakan harta benda yang dialami semasa banjir tempoh hari.


Pendaftaran ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang khas yang diedarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah masing-masing mulai dari sekarang sehingga 15 Januari 2008. Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah mendapat pengesahan tok 4 atau penghulu mukim masing-masing, dan sila serahkan terus kepada Jabatan kebajikan masyarakat daerah masing-masing.

Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat katanya , " Pihak kita , tidak mahu perisitiwa kekecohan terlepas pandang dan segelintir pihak atau individu yang mengambil kesempatan atas perkara ini mengulangi apa yang berlaku semasa banjir kilat yang melanda tempoh hari di Kuantan itu berulang kembali. Kita mahu mereka yang sebenar-benar layak atau mangsa banjir sebenar sahaja menerima pembelaan sewajarnya".


TPM: Wang ihsan banjir diberi Januari


PEKAN 27 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan semua jabatan dan agensi berkaitan segera membuat taksiran kerugian akibat bencana banjir agar kerajaan dapat mengeluarkan bantuan wang ihsan kepada mangsa bencana itu pada Januari depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, amaun yang ditaksirkan itu akan dibentangkan pada Jawatankuasa Bencana Negara sebelum jumlah wang ihsan itu ditetapkan.

“Semua agensi dan jabatan perlu ambil tindakan membuat taksiran kerugian, kerosakan yang telah dialami pada peringkat kemudahan asas, infrastruktur, kemudahan awam seperti sekolah, dan balai raya.

“Pada peringkat individu, yakni dari segi bilangan yang mendaftar di pusat-pusat pemindahan banjir, kerosakan yang ditaksir seperti rumah rosak, tanaman dan ternakan.

“Apabila jumlah dihitung, Jawatankuasa Bencana Pusat akan bersidang untuk membuat keputusan dan seterusnya kerajaan akan sahkan untuk bantuan wang ihsan mangsa banjir. Saya harap tidak lama lagi, kita boleh buat (pemberian wang ihsan) dalam bulan Januari,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Pulau Manis, Tanjung Pulai dan Paloh Hinai, dekat sini hari ini.

Mengenai kaedah atau formula penyaluran bantuan ihsan tersebut, kata Najib, ia belum ditentukan lagi tetapi ia mungkin menggunakan formula seperti pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir pada tahun lalu.

Ditanya sama ada mereka yang terbabit banjir tapi tidak berpindah ke pusat pemindahan juga akan diberikan bantuan wang ihsan itu, Najib berkata:

“Kita akan buat penentuan, tapi mesti disahkan sebagai mangsa banjir. Kalau longgar, orang tak berkenaan juga minta bantuan.”

Najib menasihatkan semua penduduk agar sentiasa berjaga-jaga kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

Sementara itu di PEKAN, Najib berkata, golongan nelayan dan petani yang terlibat dengan bencana banjir di Pahang turut dikategorikan sebagai mangsa banjir dan layak mendapat bantuan makanan serta keperluan lain seperti baju sekolah.

Friday, December 28, 2007

Tahun Baru Mahu Disambut Bilalah nak sedar ?



Selepas Allah menurunkan 'tenteranya' melalui tsunami banjir bagi tiga buah negeri iaitu Pahang, Johor, Kelantan. Kita mengharapkan masyarakat amnya serta kerajaan insaf serta dapat mengambil iktibar dan pengajaran. Semoga perisitiwa ini dapat kasi pelajaran terutama kepada Pengerusi Bencana Negara iaitu TPM yang mana kawasan parlimennya paling teruk terjejas dengan musibah ini.

Namun harapan, itu berkecai kerana terpapar satu berita mengundang 'bala' serta kerosakan besar lagi iaitu dengan hasrat mahu mengadakan sambutan Tahun Baru 2008. Lihat berita ini betapa bersungguh-sungguhnya membuat program mungkar ... ini

Jalan di KL ditutup sempena sambutan ambang tahun baru

Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru 2008.

Orang ramai yang ingin menyertai acara sambutan yang diadakan di lapan lokasi utama dinasihatkan supaya meletak kenderaan masing-masing di tempat yang telah dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam.

Lapan lokasi tersebut iaitu Dataran Merdeka, Menara Berkembar KLCC, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Bangsar/Telawi, Sri Hartamas, Mid Valley dan KL Sentral.

Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ASP Ng Fook Long memberitahu sidang akhbar hari ini, polis menjangkakan aliran lalu lintas akan menjadi sesak apabila hampir 1.5 juta kenderaan akan memasuki ibu kota pada malam ambang tahun baru.

Katanya penutupan jalan dibahagikan kepada dua fasa iaitu penutupan tetap dan penutupan sementara.

Jalan yang terlibat secara penutupan tetap di Dataran Merdeka ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin, lampu isyarat Jalan Raja dan sepanjang Jalan Raja, bermula dari persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Jalan Raja akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas manakala jalan-jalan di sekitarnya akan mula ditutup mulai 6 petang pada 31 Dis.

Pengunjung ke Dataran Merdeka boleh meletakkan kenderaan mereka di Jalan Sultan Sallehudin bagi motosikal, di Padang Merbuk bagi bas dan kereta di Kompleks Dayabumi, Central Market, Parkir Bukit Aman, Tugu Negara, Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam.

Sementara tempat meletak kenderaan bagi orang kenamaan ialah di depan Muzium Sejarah Kuala Lumpur dan Jalan Mahkamah Persekutuan.

Di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), jalan yang terbabit ialah sepanjang Jalan Persiaran Exxon Mobil hingga lampu isyarat Jalan Stonor yang akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas sementrara jalan-jalan yang menghala kedua-dua jalan ini iaitu Jalan P.Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Kia Peng dan Jalan Stonor akan ditutup secara berperingkat-peringkat.

Kawasan meletak kereta di KLCC ialah di medan letak kereta Exxon Mobil, kawasan sekitar KLCC dan medan letak kereta KLCC.

Penutupan Jalan Telawi 3 Bangsar Baru pula akan bermula pada 31 Dis mulai pukul 3 petang sehingga 1 pagi. Jalan-jalan di sekitarnya seperti Jalan Maarof, Jalan Telawi 1, 2, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 akan dibuka seperti biasa tetapi akan ditutup sementara waktu jika perlu.

MCA pula akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka dan dengan itu jalanjalan sekitar stadium seperti Jalan Hang Jebat, Changkat Stadium dan Jalan Stadium akan dijadikan jalan sehala mengikut situasi.

Ng berkata pengunjung ke Stadium Merdeka boleh meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan seperti di hadapan stadium, Sekolah Menengah Victoria, Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Kubur Cina (Jalan Kerayong), UDA Ocean/Plaza Warisan dan Padang Merbok.

Beberapa jalan di sekitar Bukit Bintang juga akan ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang, mulai tengah malam 30 Dis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pentas.

Jalan-jalan akan dibuka semula pada 1 Jan pukul 5 pagi.

Pengujung boleh meletak kenderaan mereka di Imbi Plaza, Low Yat Plaza, Sungai Wang Plaza, BB Plaza, Pavillion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan parkir milik swasta di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang.

Jalanjalan luaran seperti Lebuhraya Seremban menghala ke Jalan Tun Razak, Bulatan Kampung Pandan menghala arah Jalan TUn Razak (menghala Bukit Bintang), susur Jalan Kuching dari arah Mahameru menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra dan susur Bukit Petaling/Jalan Dewan Bahasa ke arah lampu isyarat Jalan Loke Yew/Hang Tuah juga akan ditutup.

Manakala susur Jalan Kuching dari arah Mahameru, susur 'Y' dari kedua-dua arah yang naik ke Jalan Sultan Ismail dan susur ke Bulatan Dato Onn dari semua arah ke Jalan Raja akan ditutup jika perlu.

Ng menasihatkan pengguna jalan raya agar keluar awal dan merancang perjalanan mereka dengan menggunakan jalanjalan alternatif dan mengelakkan dari melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan.

Katanya polis dari cawangan lain seperti narkotik dan jenayah akan turut melakukan operasi masing-masing pada malam sambutan tahun baru.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka yang berbasikal secara beramai-ramai pada setiap malam sambutan tahun baru. BERNAMA

Terima Kasih kepada mu Amal Johor



PAS Kawasan Temerloh mengucapkan ribuan terima kasih atas misi kemanusian oleh Jabatan Amal DPP Johor khas ke kawasan parlimen Temerloh, bagi membantu mangsa-mangsa banjir khusus dalam operasi pembersihan rumah, surau di beberapa lokasi termampu dibuat tempoh 3 hari.

Satu majlis ringkas ucapan terima kasih dibuat sebelum unit ini berangkat pulang di Bilik Grakan Banjir BA Temerloh, bertempat di Surau Al Khariah Seberang Temerloh. Ucapan penghargaan itu dilakukan oleh Setiausaha PAS Kawasan Temerloh bagi mewakili Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang kebetulan berada di Pekan bagi melawat mangsa banjir serta meninjau kerja-kerja pembersihan oleh Unit Amal Selangor dan Pulau Pinang yang berkampung di pekan Pahang.


Terdahulu di sebelah pagi Dato PJ PAS Pahang melaung kan masa selama 30 minit sambil bertanya khabar Unit Amal Johor dan membisiskkan ucapan terima kasih daripada PAS Pahang.

Amal Johor Beramal di Temerloh

























Suasana kemusnahan SRA Al Mukmin Temerloh



















Unit Amal Johor sedang membersihkan sebuah rumah di Temerloh










Hujung tahun, adalah segalanya istimewa. Bagi warga Temerloh bandar ikan patin sudah terkenal jolokan nama tersebut kepada para pengemar ikan sungai atau ikan air tawar maka sudah tidak asing lagi bagi mereka.


Baru-baru ini, dikala rakyat negeri - negeri lain sibuk menyambut aidil adha warga Pahang khasnya bagi daerah Pekan, Maran, Temerloh dan Bera juga turut sibuk dengan ' kurnia' Allah iaitu banjir.


Bagi, kita warga Temerloh banjir yang datang adalah mengundang seribu rahmat, kerana dalam kemusnaha harta benda ada erti nilai kemnausiaan daripada sahabat yang jauh dan dekat. Penulis berkata begitu kerananya di kala warga keemapt-empat daerah ini dilanda musibah bantuan pertolongan sahabat-sahabat seagama dan badan NGO Islam serta indidvidu yang perihatin menghulurkan bantuan sumbangan berupa wang ringgit, bekalan makanan dan juga tenaga keringat.


Terkini penulis yang turut sama turun padang terpaku dan kaget dengan kedatangan misi kemanusiaan daripada Unit Amal Dewan Pemuda PAS Johor ke daerah penulis. Misi yang diketuai sendiri oleh PJ PAS Johor berserta 56 anggota unit amal berserta dengan kelengakapan lengkap berkampung selama 3 hari 3 malam bermula pada 23 hb sehingga 25 Disember , mereka bertindak mencuci dan membersihkan rumah , sekolah , surau yang masih belum beres di sekitar Temerloh.


Kata-kata terima kasih sahajalah yang mampu kami warga Temerloh hulurkan kepada Unit Amal daripada Johor ini. jasa mu tetap dikenang.

Monday, December 17, 2007

Opersasi Membantu Mangsa Banjir PAS Temerloh













Syed Hamid Syed Mohammad , Setiausaha PAS Kawasan Temerloh bersama sebahagian kanak-kanak mangsa banjir kampung yang dilanda banjir sekitar Temerloh

Sunday, December 16, 2007

Banjir di Temerloh


Sekteriat Banjir Barisan Alternatif (BA) Parlimen Temerloh berusaha keras membantu mangsa-mangsa banjir dengan kapisiti serta kadar kemampuan yang ada.








Ketua Bilik Gerakan Banjir BA Temerloh
Menerima Sumbangan Dari wakil Yayasan Amal Malaysia

Friday, December 14, 2007

Banjir Semakin buruk di Pahang ?

Keadaan banjir membimbangkan ... Tajuk utusan namun biasnya berita digambarkan foto bandar KB Kelantan hampir tenggelam.
Di Pahang semakin teruk... khussnya di bandar Temerloh hampir lumpuh semua kedai tidak dibuka, bekalan elektrik tiada, lalulintas sesak. Banyak kawasn perkampungan terputus hubungan. bantuan banjir jentera kerajaan jem. BA bawah PAS Temerloh mua menggerakkan Bilik Gerakan secara aktif dengan menghulurkan bantuan dan sumabngan makana kepada semua penduduk tanpa mengira fahaman politik Melayu, Cind a dan India. Hampir seluruh kampung tradisional kawsan Temerloh terputus hubungan, kawasan bandar lengang..
Setakat jam 2.00 petang air mula mencecah kawasan Pekan Sehari Temerloh iaitu di Lurah Semantan, kebanyakkan pekedai mula bimbang, mereka sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir. Keadaan cuaca semakin buruk hujan akan turun pada bila-bila masa.
Bilik Gerakan banjir BA Temerloh yang beroperasi di Surau Al Kahriah Seberang Temerloh bertungkus lumus menyalurkan bantuan. Kita kehabisan dana dan diminta kepada para dermawan yang sudi membantu diminta menyalurkan wang ke BG Banjir BA di talian 012-5347496 iaitu up En Zulkifli B Hamid dengan kadar segera.

Wednesday, December 12, 2007

Mangsa banjir di Pahang meningkat 10,000


KUANTAN: Satu lagi daerah di Pahang dilanda banjir menyebabkan bilangan penduduk di negeri itu yang ditempatkan di pusatpusat pemindahan meningkat kepada 10,097 orang sehingga pagi ini berbanding 6,639 orang malam tadi.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah baru yang mula terlibat dengan banjir ialah Temerloh dengan seramai 409 orang daripada 80 keluarga.
Sehingga 9 pagi ini, mangsa banjir di daerah Rompin ialah seramai 2,475 orang), Maran (2,878 orang), Pekan (1,370 orang), Kuantan (1,040 orang), Bera (1,030 orang), Bentong (138 orang), Raub (625 orang) dan Jerantut (132 orang), katanya kepada Bernama hari ini.Di Maran sebanyak 34 pusat pemindahan dibuka, Rompin (22), Pekan (20), Raub (14), Kuantan (15), Bera (11), Jerantut (tujuh), Temerloh (tujuh) dan Bentong (satu).
Katanya laluan di Km84.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup kepada semua kenderaan dan menurutnya, pengguna yang masuk dari plaza tol Lanchang diminta menggunakan Jalan Cinta Manis, Felda Lakom dan Bukit Damak.

Amaran hujan lebat sehingga Jumaat


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berlaku di beberapa negeri.

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, hujan sederhana kadang kala lebat (amaran hujan lebat peringkat Jingga) yang berlaku di Pahang Selatan, Johor Utara dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Hujan sederhana (nasihat hujan lebat peringkat Kuning) yang berlaku Kelantan, Terengganu dan Pahang Utara, juga dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Hujan sederhana yang berlaku di Melaka, Negeri Sembilan (Daerah Seremban, Tampin, Rembau dan Port Dickson), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka berterusan sehingga lewat petang ini. BERNAMA
Semua jadi 'bengong' bawah kerajaan BN pimpinan Pak Lah Badawi , terbaru tengok ni............. Speaker defends arrests at Parliament

KUALA LUMPUR: Parliament is a restricted area and police can arrest those who pose a security threat, said Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Ramli Ngah Talib.

According to Section 4 (2) of the Protected Areas and Protected Places Act, he said, a person must comply with directions to regulate his movement and conduct.

Special measures, he added, could be taken to control such person’s movements and conduct as deemed fit.

“This is to ensure that security is maintained and proceedings are not disrupted.
“However, I will discuss with the police on the procedures when it comes to Parliament for future undertakings,” he said after question time ended.

On Tuesday, 16 Opposition MPs staged a walkout to protest the arrest of six people within the Parliament grounds who came to hand over a memorandum opposing the amendment to extend Election Commission members' retirement age from 65 to 66.

Ramli’s explanation did not go down well with Opposition Leader Lim Kit Siang (DAP -Ipoh Timur).

“Parliament is a place of sanctity and cannot be encroached upon. There are far-reaching consequences, as we don’t want to be the laughing stock. Does this mean that MPs too will get arrested one day in Parliament?” he said.

“It appears that Parliament’s sanctity has been narrowed down to the Chambers alone. This is shocking and totally unacceptable,” he said.

Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) said the arrests within Parliament grounds had not occurred ever since he became an MP.

“It does not give us a good image. The Speaker should have defended the sanctity and honour of Parliament,” he said.

Perhimpunan Di Parlimen: Kit Siang Saman Polis, KPN Dan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ketua Pembangkang Lim Kit Siang hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia bagi memohon deklarasi bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Azniza Ali yang membenarkan permohonan polis menghalang satu perhimpunan di perkarangan Parlimen semalam, adalah batal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan.Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa perintah ex-parte yang diperoleh oleh polis daripada Majistret Kuala Lumpur itu pada 10 Disember bagi menghalang perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih itu, tidak jelas maksudnya.

Lim, yang juga Anggota Parlimen DAP bagi kawasan Ipoh Timur, berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyerahkan satu memorandum kepada Anggota Parlimen termasuk dirinya sendiri.Beliau menamakan Ketua Polis Daerah Sentul, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan, dan turut memohon memohon kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.Lim, yang hadir di mahkamah bersama peguamnya, Karpal Singh di mahkamah, mendakwa enam aktivis Bersih dan bekas Anggota Parlimen Dungun Datuk Mustafa Ali, telah ditahan oleh polis berpakaian biasa walaupun mereka berada di lobi Parlimen secara sah setelah dibenarkan masuk oleh anggota polis yang menjaga sekatan jalan raya di luar kawasan Parlimen.
Menurutnya kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan dilepaskan pada 4 petang setelah dua jam ditahan.Lim berkata bahawa pada permulaan persidangan Parlimen ke-11 pada Mei 2004, satu usul telah dipersetujui sebulat suara iaitu Dewan Rakyat memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan menuju ke dewan rakyat hendaklah sentiasa dibuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan itu, jangan berlaku apa-apa kacau bilau di jalan-jalan menuju ke dewan itu, dan supaya jangan ada huru-hara di bangunan dewan dan setiausaha dewan hendaklah menyampaikan perintah itu kepada Ketua Polis Negara.Katanya jika menurut perintah itu, Ketua Polis Negara sepatutnya memastikan anggota polis di bawah arahan beliau dilarang dalam apa cara sekali pun untuk menimbulkan huru-hara di perkarangan Parlimen.-- BERNAMA

Mohd Sabu dituduh halang polis ?


Naib Presiden Pas Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi di sini atas tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas pada Ahad lepas.Mohamad, 53, dituduh menghalang Supt Mohd Nasir Salleh melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadapnya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar lebuh raya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada kira-kira pukul 7.45 petang, Ahad lepas.

Mohamad yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Izham Ali membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan semula kes itu.

Mohamad diwakili lima peguam iaitu Asmuni Awi, Darshan Singh, Abdul Halim Mohd Nor, Mohd Afif Abdullah dan Aqbal Shiffuddin Adnan Sallehuddin manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat ketika ditemui di luar mahkamah berkata kira-kira 300 pegawai dan anggota polis ditempatkan di sekitar daerah ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata langkah itu diambil memandangkan kira-kira 100 penyokong Mohamad berkumpul di luar kawasan mahkamah sejak awal pagi ini.

"Kita mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keadaan terkawal," katanya.
Sebaik sahaja keluar dari bangunan mahkamah selepas selesai membayar wang jaminan, Mohamad dilihat berucap di hadapan penyokongnya bagi menjelaskan perkembangan kes itu.
Sejurus selepas Mohamad selesai berucap, penyokongnya melaungkan takbir dan berdoa sebelum bersurai. BERNAMA

Tuesday, December 11, 2007

Lemah kualiti jalan raya kita sejak ada Roadcare ?

Di waktu musim hujan ni, penulis teringat tentang perisitiwa bagaimana sebuah keluarga yang daripada perjalan dari Gua Musang menuju ke Kl untuk bercuti alami kemalangan. Kes kemalangan kereta cikgu sekeluarga dua minggu lepas kerana beliau cuba mengelak lubang yang terdapat atas jalan, tiba-tiba dengan takdir beliau tidak sempat mengelak lori yang datang bertentangan maka terus berlanggar.


Penulis baru dua tiga hari berkampung dalam rumah, hujan waktu ini tidak henti-henti, selain bertugas menanda kertas peperikasaan , maka agak sibuk terus terusan berkampung dalam bilik sahaja lah. Semua tugasan mencari bekalan adalah diuruskan oleh isteri yang kebetulan cuti sempena dua ank bersunat.

Maka hari ini, penulis boring dan keluarlah dari rumah, tugas nya meghantar anak dua orang ke destanisi masing, masing jemput ambil seorang sebelah pag ke kem ibadat anjuran masjid yang berjalan selam 30 hari daripada jam lapan sehingga 1.30 tgh, kedua anak lelaki ke kelas tution untuk peperiksaan pmr 2008, akademik dan agama.

Di pendek kan cerita maka penulsi bila memandu amat terkejut beruk, bila jalan dua iga hari hujan sudah bertomang sana sini, penlis ikut kenderaan yang nampak perlahan ingatkan benda rupanya mengelak dari lubang-lubang atas jalan yang cukup banyak dan mengejutkan. Bagi yang selalu gunakan aka mereka pemand berkenaan memperlahankan kenderaan bagi penulis yang tidak tahu menahu ini main redah, apa khbar berdentumanlah kereta terjun lubang-lubang atas jalan raya yang cukup teruk.

Maka terfikirlah penulis akan kes, kemalangan sahabat guru sekeluarga dari Gua Musang tempoh hari, maka jalan macam ini atau seumpama inilah yang cuba beliau elakkan. Ini memaparkan kepada kita sejak jalan dah ada Roadcare bukan sahaja bertambah baik selenggaraan kualitinya daripada zaman JKR dulu, tetapi kualiti jalan tampal tutup turap menutup mulut dan mata sahaja. Bila hujan lebat dan tidak henti-henti tiga empat hari banyak kenderaan lalu, tar berseroi dan berkeping-keping naik dan menjadi lopak lubang yang cukup mengerunkan kepada pengguna jalanraya yaitu cukup bahaya. Jelaslah kualiti jalan kita sejak ada Roadcare adalah cukup teruk.

Inilah menunjukkan kualiti bahan yang diturap adalah cukup lemah. Pengguna jalanraya yang membayar cukai tidak mendapat perkhidmatan yang baik yang sepatut disedaiakan oleh pihak berkuasa. Para pembaca bayangkan ini kes jalan berlubang-lubang dan bertompang berlaku dijalan-jelan persekutuan anatara yang menjadi kawasan PBT bertaraf perbandaran , itulah kelas jalannya ,Bayangkan jalan-jalan persekutuan yang berada bawah PBT-PBT yang bertaraf majlis daerah sahaja. Bayangkan berapa masa untuk ambil masa baiki jalan tambah masa hujan ni. Semasa penulis menulis ini situasi jalan yang penulis laporkan masih belum diturap , papan tanda perlahan tanda-tanda kon bahaya tidak diletakkan . Semua lembap bila pengguna dan aduan pengguna tidak sampai ke pada depa. ?

Bah besar 1970 kan berulang ?

Semasa polis Lembah Kelang sibuk mengejar menghalang dan menangkap pemimpim pembangkang, penduduk sebelah pantai timur atau pun seluruh negara yang tinggal sedikit dekat dengan kawasan rendah dan berhampiran sungai atau tali air sedang diancam banjir.

Andaikta, hujan tiga hari mulai hari ini, tidak berhenti-henti harapan banjir 1970 akan berulang kembali. Sepatutnya KPN dan Pak Lah sibuk bermesyuarat bagi menghadapi bah besar yang dikira akan berulang dan mengukir sejarah negara. Petanda dan kemungkinan bah besar seteruk 1970 akan besar kemungkinan berulang.

Polis dan bersama-sama agensi lain yang berkaiatan sepatutnya bersedia awal dan tangkas memberi amaran, pengkalan hadapan sudah bersiap sedia dengan kelengkapan dan peralatan, dan kemungkinan mengisytiharkan darurat itu ada.

Maka tunggu dan lihatlah satu dua hari ini kemungkinan besar bah besar akan melanda negara ?
Keselamatan rakyat diutama dalam membuat keputusan tangani puak ekstrem

Amati tajuk berita di atas, ego dan bongkaknya Pak Lah, berserta dengan sikap pelaporan pemberita dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu, maknanya jahatnya orang lain terhadap negara, khianatnya orang lain kepada bangsa dan negara, pengacaunya orang lain daripada Pak Lah UMNo. Inilah persepsi yang suka disumbat ke telinga dan pemahamaman rakyat terbanyak.

Cara, bersahaja dan gaya kekampungan Pak Lah, sebenarnya kini berjaya melembutkan kebanyakan para pengundi, tuturkata nampak macam lembut dan warak, bagi rakyat yang sesekali lihat dan jumpa dan tengok dikaca tv memang jatuh cinta dengannya. Tapi ini tidaklah bemrakan regim UMNO BN bawahnya adalah selembut dia, ganas dan tidak berperkemanusiaan adalah lebih teruk daripada regim-regim sebelum ini.


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau akan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat berbanding kebebasan awam, terutama ketika risikan polis mendapati wujudnya rancangan untuk menimbulkan pergaduhan dan keganasan lain.

Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat, beliau tidak akan sekali-kali mengambil mudah soal memulihara keamanan.

"Jika pilihannya ialah antara keselamatan dan kebebasan awam, saya tidak teragak-agak menyatakan bahawa keselamatan awam akan sentiasa menjadi pilihan.

"Saya tidak akan mengorbankan akauntabiliti saya kepada rakyat keseluruhan, lebih-lebih lagi ketika risikan polis mendapati ada rancangan untuk bergaduh atau niat melakukan keganasan lain.

"Kita tidak boleh sekali-kali mengambil mudah keamanan yang kita dikecapi. Kita mesti terus saling bertanggungjawab," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk 'Building Hearts And Minds' pada siri Syarahan Global Khazanah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Pada sesi soal jawab yang dikendalikan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini itu, Abdullah juga menegaskan beliau tidak teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya keadaan memerlukan.

Perdana Menteri berkata, beliau berpegang kepada prinsip "yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah".

"Jika saya hendak menandatangani arahan penahanan terhadap seseorang di bawah ISA kerana sebab perlu, saya akan melakukannya tanpa rasa bersalah atau sedih.

"Saya tahu saya melakukan tugas, saya punyai tugas untuk dilaksanakan dan saya akan melakukannya," katanya sambil mengakui beliau masih seorang "Mr Clean" dan "Mr Nice Guy" tetapi kebaikan dirinya itu tidak seharusnya dilihat sebagai satu kelemahan.

Dalam syarahannya, Abdullah mengajak seluruh rakyat mendukung tiga nilai utama, iaitu keadilan, tanggungjawab dan kepercayaan diri, yang menjadi teras kepada pembinaan negara selama separuh abad sejak merdeka dan untuk 50 tahun akan datang.

"Setiap seorang - pemimpin, parti politik, syarikat, badan bukan kerajaan, rakyat segenap lapisan - marilah kita mula membina hati dan minda kita ketika kita memasuki tempoh 50 tahun akan datang sebagai satu bangsa.

"Ini adalah projek jangka masa panjang untuk masa depan Malaysia yang kita benar-benar berdoa semoga berjaya dan mendapat rahmat dan perlindungan Tuhan," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, keadilan politik dicapai menerusi perkongsian kuasa dengan setiap kaum mempunyai wakil dalam Kabinet, di mana setiap permasalahan diselesaikan secara kesepakatan, bukannya dengan suara majoriti.

Sambil mengibaratkan Malaysia umpama kain tenunan yang dihasilkan daripada pelbagai benang yang mewakili ras, Abdullah berkata, keadilan budaya dibina secara integrasi, bukannya asimilisasi kaum.

"Namun, keadilan ekonomi adalah yang paling jelas dan banyak diperbahaskan. Kita sudah lama mengiktiraf bahawa tanpa campur tangan kerajaan, ketidakadilan akan merebak di kalangan rakyat dan bertambah mengikut garis kaum.

"Hasil kesedaran ini, wujudlah Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat serampang dua mata bagi menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi," katanya.

Abdullah berkata, setiap rakyat juga perlu bertanggungjawab terhadap satu sama lain supaya masyarakat majmuk Malaysia tidak terjerumus ke kancah kekacauan kerana perbezaan di antara kaum di negara ini adalah nyata.

"Rakyat Malaysia yang sebenar amat faham akibat daripada kata-kata dan tindakan yang cuai. Rakyat Malaysia yang sebenar amat faham siapa yang akan tercabar untuk bertindak balas dan siapa yang akan menderita akibat perbuatan itu," katanya.

Ketiga, kata Perdana Menteri, kepercayaan diri adalah nilai yang selama ini mengemudi negara mengharungi pelbagai cabaran sehingga membolehkan Malaysia mencapai pelbagai kejayaan di peringkat dunia.

Tangkapan Terkini Himpunan Di Parlimen 11 Disember 2007

Oleh pemudawilayah

"oleh HermanSamsudeen


Saksikan gambar-gambar penahanan pimpinan PAS di Parlimen pagi tadi.
Polis berkubu di pintu Gerbang Parlimen

Kenderaan mula disekat

Ratusan Polis di atas Jambatan menuju Parlimen

Hanya ini yang berjaya sampai depan pintu masuk Parlimen

Wartawan lebih ramai lagi…

Polis sedia buat tangkapan

Ust. Nuridah dan Dr. Lo’lo ditahan…

Giliran Dr. Hatta dan Ust. Nasarudin jadi sasaran

Inilah wajah Polis yang menahan Dr. Hatta

Tahanan dibawa dengan Black Maria ke IPK Kuala Lumpur

Unit Anti Keganasan yang takda kerja hari ini…

Wartawan pun dah tak tau nak Shot apa lagi….