Friday, December 28, 2007

Tahun Baru Mahu Disambut Bilalah nak sedar ?



Selepas Allah menurunkan 'tenteranya' melalui tsunami banjir bagi tiga buah negeri iaitu Pahang, Johor, Kelantan. Kita mengharapkan masyarakat amnya serta kerajaan insaf serta dapat mengambil iktibar dan pengajaran. Semoga perisitiwa ini dapat kasi pelajaran terutama kepada Pengerusi Bencana Negara iaitu TPM yang mana kawasan parlimennya paling teruk terjejas dengan musibah ini.

Namun harapan, itu berkecai kerana terpapar satu berita mengundang 'bala' serta kerosakan besar lagi iaitu dengan hasrat mahu mengadakan sambutan Tahun Baru 2008. Lihat berita ini betapa bersungguh-sungguhnya membuat program mungkar ... ini

Jalan di KL ditutup sempena sambutan ambang tahun baru

Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru 2008.

Orang ramai yang ingin menyertai acara sambutan yang diadakan di lapan lokasi utama dinasihatkan supaya meletak kenderaan masing-masing di tempat yang telah dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam.

Lapan lokasi tersebut iaitu Dataran Merdeka, Menara Berkembar KLCC, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Bangsar/Telawi, Sri Hartamas, Mid Valley dan KL Sentral.

Pemangku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ASP Ng Fook Long memberitahu sidang akhbar hari ini, polis menjangkakan aliran lalu lintas akan menjadi sesak apabila hampir 1.5 juta kenderaan akan memasuki ibu kota pada malam ambang tahun baru.

Katanya penutupan jalan dibahagikan kepada dua fasa iaitu penutupan tetap dan penutupan sementara.

Jalan yang terlibat secara penutupan tetap di Dataran Merdeka ialah bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamudin, lampu isyarat Jalan Raja dan sepanjang Jalan Raja, bermula dari persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Jalan Raja akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas manakala jalan-jalan di sekitarnya akan mula ditutup mulai 6 petang pada 31 Dis.

Pengunjung ke Dataran Merdeka boleh meletakkan kenderaan mereka di Jalan Sultan Sallehudin bagi motosikal, di Padang Merbuk bagi bas dan kereta di Kompleks Dayabumi, Central Market, Parkir Bukit Aman, Tugu Negara, Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam.

Sementara tempat meletak kenderaan bagi orang kenamaan ialah di depan Muzium Sejarah Kuala Lumpur dan Jalan Mahkamah Persekutuan.

Di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), jalan yang terbabit ialah sepanjang Jalan Persiaran Exxon Mobil hingga lampu isyarat Jalan Stonor yang akan ditutup mulai 30 Dis untuk pembinaan dan persiapan pentas sementrara jalan-jalan yang menghala kedua-dua jalan ini iaitu Jalan P.Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Kia Peng dan Jalan Stonor akan ditutup secara berperingkat-peringkat.

Kawasan meletak kereta di KLCC ialah di medan letak kereta Exxon Mobil, kawasan sekitar KLCC dan medan letak kereta KLCC.

Penutupan Jalan Telawi 3 Bangsar Baru pula akan bermula pada 31 Dis mulai pukul 3 petang sehingga 1 pagi. Jalan-jalan di sekitarnya seperti Jalan Maarof, Jalan Telawi 1, 2, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 akan dibuka seperti biasa tetapi akan ditutup sementara waktu jika perlu.

MCA pula akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka dan dengan itu jalanjalan sekitar stadium seperti Jalan Hang Jebat, Changkat Stadium dan Jalan Stadium akan dijadikan jalan sehala mengikut situasi.

Ng berkata pengunjung ke Stadium Merdeka boleh meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan seperti di hadapan stadium, Sekolah Menengah Victoria, Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Kubur Cina (Jalan Kerayong), UDA Ocean/Plaza Warisan dan Padang Merbok.

Beberapa jalan di sekitar Bukit Bintang juga akan ditutup bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang, mulai tengah malam 30 Dis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pentas.

Jalan-jalan akan dibuka semula pada 1 Jan pukul 5 pagi.

Pengujung boleh meletak kenderaan mereka di Imbi Plaza, Low Yat Plaza, Sungai Wang Plaza, BB Plaza, Pavillion, Berjaya Times Square, Lot 10 dan parkir milik swasta di sekitar Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang.

Jalanjalan luaran seperti Lebuhraya Seremban menghala ke Jalan Tun Razak, Bulatan Kampung Pandan menghala arah Jalan TUn Razak (menghala Bukit Bintang), susur Jalan Kuching dari arah Mahameru menghala ke Pusat Dagangan Dunia Putra dan susur Bukit Petaling/Jalan Dewan Bahasa ke arah lampu isyarat Jalan Loke Yew/Hang Tuah juga akan ditutup.

Manakala susur Jalan Kuching dari arah Mahameru, susur 'Y' dari kedua-dua arah yang naik ke Jalan Sultan Ismail dan susur ke Bulatan Dato Onn dari semua arah ke Jalan Raja akan ditutup jika perlu.

Ng menasihatkan pengguna jalan raya agar keluar awal dan merancang perjalanan mereka dengan menggunakan jalanjalan alternatif dan mengelakkan dari melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan.

Katanya polis dari cawangan lain seperti narkotik dan jenayah akan turut melakukan operasi masing-masing pada malam sambutan tahun baru.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka yang berbasikal secara beramai-ramai pada setiap malam sambutan tahun baru. BERNAMA

No comments: