Wednesday, December 12, 2007

Mangsa banjir di Pahang meningkat 10,000


KUANTAN: Satu lagi daerah di Pahang dilanda banjir menyebabkan bilangan penduduk di negeri itu yang ditempatkan di pusatpusat pemindahan meningkat kepada 10,097 orang sehingga pagi ini berbanding 6,639 orang malam tadi.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah baru yang mula terlibat dengan banjir ialah Temerloh dengan seramai 409 orang daripada 80 keluarga.
Sehingga 9 pagi ini, mangsa banjir di daerah Rompin ialah seramai 2,475 orang), Maran (2,878 orang), Pekan (1,370 orang), Kuantan (1,040 orang), Bera (1,030 orang), Bentong (138 orang), Raub (625 orang) dan Jerantut (132 orang), katanya kepada Bernama hari ini.Di Maran sebanyak 34 pusat pemindahan dibuka, Rompin (22), Pekan (20), Raub (14), Kuantan (15), Bera (11), Jerantut (tujuh), Temerloh (tujuh) dan Bentong (satu).
Katanya laluan di Km84.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup kepada semua kenderaan dan menurutnya, pengguna yang masuk dari plaza tol Lanchang diminta menggunakan Jalan Cinta Manis, Felda Lakom dan Bukit Damak.

No comments: