Wednesday, December 12, 2007

Amaran hujan lebat sehingga Jumaat


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berlaku di beberapa negeri.

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, hujan sederhana kadang kala lebat (amaran hujan lebat peringkat Jingga) yang berlaku di Pahang Selatan, Johor Utara dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Hujan sederhana (nasihat hujan lebat peringkat Kuning) yang berlaku Kelantan, Terengganu dan Pahang Utara, juga dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Hujan sederhana yang berlaku di Melaka, Negeri Sembilan (Daerah Seremban, Tampin, Rembau dan Port Dickson), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka berterusan sehingga lewat petang ini. BERNAMA

No comments: