Amati tajuk berita di atas, ego dan bongkaknya Pak Lah, berserta dengan sikap pelaporan pemberita dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu, maknanya jahatnya orang lain terhadap negara, khianatnya orang lain kepada bangsa dan negara, pengacaunya orang lain daripada Pak Lah UMNo. Inilah persepsi yang suka disumbat ke telinga dan pemahamaman rakyat terbanyak.
Cara, bersahaja dan gaya kekampungan Pak Lah, sebenarnya kini berjaya melembutkan kebanyakan para pengundi, tuturkata nampak macam lembut dan warak, bagi rakyat yang sesekali lihat dan jumpa dan tengok dikaca tv memang jatuh cinta dengannya. Tapi ini tidaklah bemrakan regim UMNO BN bawahnya adalah selembut dia, ganas dan tidak berperkemanusiaan adalah lebih teruk daripada regim-regim sebelum ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau akan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat berbanding kebebasan awam, terutama ketika risikan polis mendapati wujudnya rancangan untuk menimbulkan pergaduhan dan keganasan lain.
Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat, beliau tidak akan sekali-kali mengambil mudah soal memulihara keamanan.
"Jika pilihannya ialah antara keselamatan dan kebebasan awam, saya tidak teragak-agak menyatakan bahawa keselamatan awam akan sentiasa menjadi pilihan.
"Saya tidak akan mengorbankan akauntabiliti saya kepada rakyat keseluruhan, lebih-lebih lagi ketika risikan polis mendapati ada rancangan untuk bergaduh atau niat melakukan keganasan lain.
"Kita tidak boleh sekali-kali mengambil mudah keamanan yang kita dikecapi. Kita mesti terus saling bertanggungjawab," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk 'Building Hearts And Minds' pada siri Syarahan Global Khazanah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Pada sesi soal jawab yang dikendalikan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini itu, Abdullah juga menegaskan beliau tidak teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya keadaan memerlukan.
Perdana Menteri berkata, beliau berpegang kepada prinsip "yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah".
"Jika saya hendak menandatangani arahan penahanan terhadap seseorang di bawah ISA kerana sebab perlu, saya akan melakukannya tanpa rasa bersalah atau sedih.
Dalam syarahannya, Abdullah mengajak seluruh rakyat mendukung tiga nilai utama, iaitu keadilan, tanggungjawab dan kepercayaan diri, yang menjadi teras kepada pembinaan negara selama separuh abad sejak merdeka dan untuk 50 tahun akan datang.
"Setiap seorang - pemimpin, parti politik, syarikat, badan bukan kerajaan, rakyat segenap lapisan - marilah kita mula membina hati dan minda kita ketika kita memasuki tempoh 50 tahun akan datang sebagai satu bangsa.
"Ini adalah projek jangka masa panjang untuk masa depan Malaysia yang kita benar-benar berdoa semoga berjaya dan mendapat rahmat dan perlindungan Tuhan," katanya.
Perdana Menteri menjelaskan, keadilan politik dicapai menerusi perkongsian kuasa dengan setiap kaum mempunyai wakil dalam Kabinet, di mana setiap permasalahan diselesaikan secara kesepakatan, bukannya dengan suara majoriti.
Sambil mengibaratkan Malaysia umpama kain tenunan yang dihasilkan daripada pelbagai benang yang mewakili ras, Abdullah berkata, keadilan budaya dibina secara integrasi, bukannya asimilisasi kaum.
"Namun, keadilan ekonomi adalah yang paling jelas dan banyak diperbahaskan. Kita sudah lama mengiktiraf bahawa tanpa campur tangan kerajaan, ketidakadilan akan merebak di kalangan rakyat dan bertambah mengikut garis kaum.
"Hasil kesedaran ini, wujudlah Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat serampang dua mata bagi menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi," katanya.
Abdullah berkata, setiap rakyat juga perlu bertanggungjawab terhadap satu sama lain supaya masyarakat majmuk Malaysia tidak terjerumus ke kancah kekacauan kerana perbezaan di antara kaum di negara ini adalah nyata.
"Rakyat Malaysia yang sebenar amat faham akibat daripada kata-kata dan tindakan yang cuai. Rakyat Malaysia yang sebenar amat faham siapa yang akan tercabar untuk bertindak balas dan siapa yang akan menderita akibat perbuatan itu," katanya.
Ketiga, kata Perdana Menteri, kepercayaan diri adalah nilai yang selama ini mengemudi negara mengharungi pelbagai cabaran sehingga membolehkan Malaysia mencapai pelbagai kejayaan di peringkat dunia.
No comments:
Post a Comment