Saturday, December 29, 2007

Daftar Segera Mangsa Banjir 2007

Pengumuman kepada semua mangsa - mangsa banjir seluruh negara amnya dan di daerah Temerloh khasnya diminta segera mendafftar bagi membolehkan mereka membuat pengesahan tentang kerosakan harta benda yang dialami semasa banjir tempoh hari.


Pendaftaran ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang khas yang diedarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah masing-masing mulai dari sekarang sehingga 15 Januari 2008. Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah mendapat pengesahan tok 4 atau penghulu mukim masing-masing, dan sila serahkan terus kepada Jabatan kebajikan masyarakat daerah masing-masing.

Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat katanya , " Pihak kita , tidak mahu perisitiwa kekecohan terlepas pandang dan segelintir pihak atau individu yang mengambil kesempatan atas perkara ini mengulangi apa yang berlaku semasa banjir kilat yang melanda tempoh hari di Kuantan itu berulang kembali. Kita mahu mereka yang sebenar-benar layak atau mangsa banjir sebenar sahaja menerima pembelaan sewajarnya".


TPM: Wang ihsan banjir diberi Januari


PEKAN 27 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan semua jabatan dan agensi berkaitan segera membuat taksiran kerugian akibat bencana banjir agar kerajaan dapat mengeluarkan bantuan wang ihsan kepada mangsa bencana itu pada Januari depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, amaun yang ditaksirkan itu akan dibentangkan pada Jawatankuasa Bencana Negara sebelum jumlah wang ihsan itu ditetapkan.

“Semua agensi dan jabatan perlu ambil tindakan membuat taksiran kerugian, kerosakan yang telah dialami pada peringkat kemudahan asas, infrastruktur, kemudahan awam seperti sekolah, dan balai raya.

“Pada peringkat individu, yakni dari segi bilangan yang mendaftar di pusat-pusat pemindahan banjir, kerosakan yang ditaksir seperti rumah rosak, tanaman dan ternakan.

“Apabila jumlah dihitung, Jawatankuasa Bencana Pusat akan bersidang untuk membuat keputusan dan seterusnya kerajaan akan sahkan untuk bantuan wang ihsan mangsa banjir. Saya harap tidak lama lagi, kita boleh buat (pemberian wang ihsan) dalam bulan Januari,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Kampung Pulau Manis, Tanjung Pulai dan Paloh Hinai, dekat sini hari ini.

Mengenai kaedah atau formula penyaluran bantuan ihsan tersebut, kata Najib, ia belum ditentukan lagi tetapi ia mungkin menggunakan formula seperti pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir pada tahun lalu.

Ditanya sama ada mereka yang terbabit banjir tapi tidak berpindah ke pusat pemindahan juga akan diberikan bantuan wang ihsan itu, Najib berkata:

“Kita akan buat penentuan, tapi mesti disahkan sebagai mangsa banjir. Kalau longgar, orang tak berkenaan juga minta bantuan.”

Najib menasihatkan semua penduduk agar sentiasa berjaga-jaga kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

Sementara itu di PEKAN, Najib berkata, golongan nelayan dan petani yang terlibat dengan bencana banjir di Pahang turut dikategorikan sebagai mangsa banjir dan layak mendapat bantuan makanan serta keperluan lain seperti baju sekolah.

No comments: