Sunday, May 31, 2009

Penanti: PKR Menang

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558
May 31, 09 6:07pm
Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

UMNO: Semua mesti ikut katanya

Inilah cara gaya UMNO dalam menyelesaikan masalah dan permasalahan. Bagi UMNO tiada yang mustahil, tiada masalah tiada jalan. Semua ada jalan. Lagi besar pangkat dalam UMNo lagi mudah jalan selesainya. UMNO akan membelakangkan apa sahaja, pokoknya semua perkara masalah selesai. Walaupun undang-undang yang tertulis menyatakan begitu UMNO akan mengubahnya, jaranglah UMNO akan menurut kata Undang-Undang, sebalik undang-undanglah yang akan mengikut UMNO , pendekata semua masalah dalam dan luar UMNO akan mengikut katanya.

Terbaru adalah kemelut PPP , katanya berkait dengan masalah report teknikal pendaftaran PPP dngan ROS. Sepatutnya prosedur biasa ketudak cukupan maklumat pendaftaran pertubuhan mesti mengikut apa yang ROS putuskan. Jika gagal maklumat itu disertakan beberapa peringatan dibuat dan ROS bisa membatalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan.


Muhyiddin akan jumpa ROS selesai kemelut PPP

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan (ROs) dalam masa terdekat ini untuk mengetahui kedudukan sebenar kepimpinan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Muhyiddin berkata beliau diminta bertemu ROS oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bertemunya sejurus sebelum beliau berlepas ke Korea Selatan hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan AseanKorea Selatan.

"Perdana Menteri meminta saya berhubung dengan ROS untuk mengetahui kedudukan Parti Progresif Rakyat (PPP) dan status kepimpinannya, tentang siapa sebenarnya yang memimpin parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah agama anjuran Umno Bahagian Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kata putus daripada ROS tentang kepimpinan PPP adalah amat penting di dalam usaha mencari jalan keluar kemelut kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Saya mungkin akan berjumpa dengan ROS sama ada esok atau lusa untuk mendapatkan jawapan rasmi," menurut Muhyiddin, yang juga Ketua Umno Bahagian dan Anggota Parlimen Pagoh.

Krisis kepimpinan PPP semakin meruncing apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah mendakwa bahawa beliau kini merupakan presiden parti berikutan mesyuarat agung luar biasa parti terbabit Ahad lepas di Putrajaya.

Bagaimanapun, keputusan pencalonan pemilihan PPP semalam menyaksikan Datuk M. Kayveas menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu untuk penggal lima tahun bagi kali keempat berturut-turut.

Muhyiddin berkata status kepimpinan PPP itu perlu diselesaikan sebelum perhimpunan agung parti itu yang akan diadakan pada 7 Jun depan, di mana Perdana Menteri dijadual menghadirinya.

"Jikalau tidak mendapat keputusan itu, kita tidak tahu sama beliau (Perdana Menteri) akan datang (pada perhimpunan itu)," katanya sambil mengakui kemelut kepimpinan PPP yang berlaku ketika ini adalah amat mengelirukan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau bertemu dengan Murugiah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini, di mana timbalan menteri itu mengemukakan surat yang mengatakan beliau merupakan Presiden PPP yang sah.

Ditanya sama ada krisis kepimpinan PPP itu menjejaskan imej BN, Muhyiddin berkata sebarang krisis di dalam manamana parti komponen perlu diselesaikan dengan cepat untuk memelihara imej BN.

Katanya BN perlu menunjukkan imej yang baik dengan menunjukkan kepada rakyat jelata bahawa ia kini merupakan parti lebih diyakini.

"Di dalam proses hendak memulihkan imej BN di mata rakyat, apa sahaja perbezaan pandangan (di dalam parti komponen) mesti dielakkan dan sebarang krisis perlu diselesaikan dengan cepat.

"BN mesti dilihat sebagai gabungan yang kukuh dan mantap," katanya.

Mengenai peletakan jawatan Naib Presiden Gerak Huan Cheng Guan kerana tidak bersependapat dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan, Timbalan Perdana Menteri berkata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu menyelesaikannya. BERNAMA

Saturday, May 30, 2009

Cerminan UMNO: Wajah semakin hodoh dek bohongnya ?

Hari esok adalah hari Ahad adalah hari bersejarah bagi rakyat di DUN Penanti. Para pengundi membuang undi . Penanti menjadi bersejarah, pertama menjadi sejarahnya ia akan dia kerana diadakan pilihanraya kecil. Kedua buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, julung-julung kali UMNO nekad tidak mahu meletakkan calonnya. Ketiganya buat pertama kali juga dalam sejarah juga UMNO menyatakan inilah pilihanraya yang paling membazir, berbanding dengan siri-siri pilihanraya kecil selepas merdeka di negara kita.

Justeru penilaian UMNO adalah menjadi nilai ukuran membazir dan tidak membazir, wajar atau tidak wajar. Jika hatta UMNO menyatakan pilihanraya sudah tidak relevan dengan masyarakat moden Malaysia, ramai akan menerima ianya sebagai satu nilai baru dalam masyarakat. Besar dan kuat pengaruh UMNO dalam 'meletakan nilai baru' terhadap sesuatu perkara itu semakin hambar dan digugat. UMNo tidak boleh lagi berjalan mangak dengan bongkak bahawa UMNO itu segala dan segalanya itu UMNO.

Cerminan diri UMNO ukurannya dapat dilihat bilamana 5 buah negeri dalam Malaysia jatuh ke tangan pembangkang Pakata Rakyat. Sah UMNO bukan segala-galanya dan segala-galanya bukan untuk UMNO. Masyarakat mula menghakis dan mengikis perasaan terhutang budi kepada UMNO. Generasi yang bersama-sama dengan UMNO sejak daripada negara merdeka sudah ramai yang pergi. Malah yang tinggal kini adalah masyarakat generasi muda kontemporori.




Friday, May 29, 2009

Ikut mana ekonomi pulih ?

Cepatnya ekonomi negara 'dihamilkan'. Maknanya kerajaan Malaysia adalah antara kerajaan yang paling bijak di dunia atas angin. Kini seluruh dunia sedang bergelut dan berhadapan dengan masalah kemelesetan sekonomi, dikatakan ekonomi negara kita pulih dan kembali mahu sihat atau segar.

Congakkan Cina Buta, saja lakukan yang gilakan talak. Mahu segera dapat menikmati saat-saat indah, dan mahu mendapat pujian rakyat dan orang luar mengatakan wah bahagianya mereka. walhal hakikatnya mereka merana dan menderita belaka.

Ke mana pendemokrasian pendidikan negara ?

Sikit masa dulu kerajaan UMNO BN lah yang memulakan pendemokrasian pendidikan. Maka berbincanglah para juak-juak dan pengampu mewawaskan idea ini sebagai idea kehadapan. Maka disaji dan dibuktikan kajian menyokong serta mengukuhkan kewajaran pendemokrasian pendidikan bawah dunia yang tanpa sempadan.

Lalu hari ini, pembesar negara yang terlibat sama mensasarkan pendemokrasian pendidikan menjadi kenyatan sudah berubah fikiran, gara-gara trend para pelajar kini yang mengambil peperiksaan awam khasnya dengan maksimun subjek. Maksudnya kerajaan telah dimalukan oleh rakyat(budak SPM) bahawa dengan sistem yang kerajaan buat mereka dapat cabar. Maka cabaran inilah dirasakan oleh pemikir dan para pembesar di Kem. Pelajaran mereka telah dimalukan, kalah dengan beberapa orang pelajar yang boleh membanggakan diri keluarga dan negara terhadap pencapaian mereka.

Entah apa ada dalam kepala para pemikir, kita tidak tahu. Mungkin pembesar negara mahu amalkan sisitem pendidikan sosialis, maknanya semua atau sesuatu hal itu ditentukan oleh negara. Mana cakap-cakap mereka di bawah PIPP berteraskan 6 teras, takut dengan cabaran bebudak SPM ..

SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.

Manek Urai: UMNO kembali lambakan Dosa !

Laporan media dan bloger para sahabat, melaporkan PRK DUN Penanti bawah di Penang 'aman' damai. Dan di bawah kawalan PR. Ini adalah gara-gara UMNO BN 'mengubah rentak dengan memegang falsaha menarik diri' beralaskan dengan alasan kukuh iaitu tidak mahu mengikut rentak pembangkang dan yang paling utama serta mendapat sanjungan pujian adalah bagi menjimatkan duit rakyat. ELAK PEMBAZIRAN.

Tiba-tiba kedamaian UMNO BN tergugat bilamana ALlah mahu menunjukkan lakonan sebenar UMNO BN iaitu Manek Urai Kelantan berlaku pilihanraya kecil kerana Pa Su Weil kembali ke rahmatullah. Gendang dan tari UMNO terus berubah tidak keruan dengan pelbagai nada, maka silih bergantilah pimpinan atasan mereka beri alsan dengan pelbagai alas, ini kerana bagi kita di peringkat Kelantan sebenarnya jika UMNO tidak masuk bertanding rakyatlah sebenar akan rugi lebih teruk lagi. Pilihanraya adalah lambakan, lambakan wang, lambak projek, lambakan janji, lambakan manusia, lambakan tawaran, lambakan pembohongan? Dan lambakan DOSA UMNO BN kepada rakyat.











Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai

PUTRAJAYA – Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Manek Urai ialah pada 6 Julai ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai, demikian diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menetapkan daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun ini yang telah dikemas kini sehingga 22 Mei lalu mengandungi 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat SPR di sini, beliau berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 Mei lalu, dua hari selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, daripada Pas meninggal kerana sakit jantung.

Menurut beliau, penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan dijalankan di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai manakala sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil itu.

Daftar pemilih pilihan raya berkenaan mula dijual pada 15 Jun dan pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my selain di lima kaunter di tempat yang akan dikenal pasti.

Wednesday, May 27, 2009

Guantanamo: Di Malaysia pun ada ?

Ada di negara kita tahanan ala Guantanamo Cuba. Tetapi ia berbeda sikit ini disebabkan oleh hutang. Pihak 'bank' (tanpa lesen) melaksanakan penguatkuasaannya dengan menjatuhkan hukum ke atas pesalahnya.

POLIS mengawal bangunan yang dipercayai tempat pengurungan mangsa along (gambar bawah) di Seri Kembangan. Mangsa dirantai dan dikurung secara kejam dalam dua 'lokap' yang dibina sendiri di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat.

Biasiswa: Sampai bila mahu selesai ?

LETAKLAH SLOGAN apa sekalipun samada mahukan kepentingan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan ke. Atau 1Malaysia ataupun Era Kerajaan Semua Tahu Sudah Berakhir. Semuanya mengabui dan menggelapkan mata dan minda orang buat seketika sahaja.

Sampai bilakah kita mahu berbahasa berbicara benda yang sepatut sudah di selesai, kerana kita sudah merdeka 52 tahun, UMNo sudah masuk usia ke 63 tahun. Pendekata sudah masak, dasarnya sama dan tetp sama, prinsip UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA adalah sama.

Masakan soal biasiswa masihlah tidak tergaris-garis, sampai bila garisnya mahu siap. Sepatutnya garisan panduan pemberian biasiswa sudah selesai, rakyat kini menikamti dan melalui sahaja garis panduan tersebut. Kini, nampak garis panduannya belum selesai, masih berpolimek nampak sangat kepentingan menjaga biasiswa itu kerajaan berkira dan ambil kira.

Adakah kerajaan mahu tunduk kepada akhbar, atau siapa yang sepatutnya memandu. Apa guna agensi-agensi dan pusat kajian dan penyelidikan, sehinggakan soal ini belum jua selesai-selesai. Orang sedunia sudah berbicara bab atom, penjanaan nuklear, misi ke bulan dan pelbagai lagi. Kita masih lagi bercakap soal biasiswa , mahu diberi kepada siapa dan siapa layak dan tidak layak , bagaiamana kreterianya dan bermacam-macam lagi. Seolah-olah kerajaan sengaja bermain-main dengan soal ini bagi memancing sesuatu yang mahu dipancing.

Biasiswa: Jangan tunduk gesaan pihak tertentu

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan diminta jangan tunduk kepada gesaan sesetengah pihak yang mahukan hanya pelajar yang memperoleh 9A atau lebih menerima biasiswa sebaliknya mengambil kira mereka yang mempunyai kebolehan menyeluruh.

Di samping itu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut meminta kerajaan berhati-hati dengan sistem meritokrasi dalam pemberian biasiswa kerana dikhuatiri hanya pelajar daripada keluarga kaya yang menikmatinya.

Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, penerima biasiswa kerajaan bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik malahan perlu mempunyai kebolehan yang menyeluruh kerana mereka bakal menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, pemberian biasiswa berdasarkan kepada kecemerlangan dalam akademik tidak mencukupi kerana aspek budi bicara, tanggungjawab dan perwatakan turut memainkan peranan.

Menurutnya, pelajar Melayu merupakan golongan yang memerlukan bantuan untuk dimajukan dan mungkin pencapaian mereka tidak begitu baik dalam bidang akademik tetapi pertimbangan juga perlu diberikan kepada aspek lain.

"Sebagai contoh, bukan sahaja pelajar yang memperoleh 15A yang mampu berjaya dalam hidup malahan 3A juga mampu mencipta kejayaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Samsuddin Bardan yang mahukan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberikan kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum.

Dalam pada itu beliau juga mahu kerajaan memberi pentafsiran tentang meritokrasi ketika memberi biasiswa kerana ia bermaksud berhak dan objektifnya tidak akan tercapai sekiranya penilaian hanya dilakukan ke atas pencapaian akademik.

Beliau seterusnya mencadangkan biasiswa diberikan mengikut komposisi dan taburan masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menasihatkan kerajaan supaya berhati-hati dan membuat perkiraan pelbagai aspek ketika memberi biasiswa berasaskan meritokrasi.

Katanya, pelajar yang memperoleh 15A dan cemerlang dalam bidang akademik selalunya mengikuti tuisyen dan kelas tambahan serta berasal daripada keluarga berkemampuan.

"Sekiranya biasiswa hanya diberikan kepada kelompok ini, bagaimana pula dengan nasib yang hanya memperoleh tujuh atau lapan A tetapi tidak berkemampuan hendak melanjutkan pelajaran," soalnya.

Katanya, kerajaan boleh membantu kaum lain tetapi bukan dengan cara meritokrasi kerana menurut Perlembagaan Malaysia, orang Melayu sama ada kaya atau miskin berhak menerima biasiswa.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kerajaan tidak melaksanakannya kerana ia termaktub dalam perlembagaan sebagai pertukaran kepada pemberian kerakyatan kepada imigran di masa lalu.

Beliau seterusnya mencadangkan dana asing ditubuhkan menerusi sumbangan wang oleh syarikat-syarikat mega kepunyaan bukan Melayu yang mendapat kontrak daripada projek-projek kerajaan.

Ketua Umum, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula menyokong pemberian biasiswa JPA berdasarkan meritokrasi dengan pembahagian 60 peratus kepada bumiputera dan 40 peratus kepada bukan bumiputera.

Menurutnya, rasional pengagihan dengan kadar itu ialah orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang pendidikan berikutan pencapaian ekonomi keluarga yang masih rendah.

Katanya, calon yang mempunyai keupayaan menyeluruh sebagai kriteria layak menerima biasiswa tidak perlu diwajibkan sebaliknya yang penting pelajar Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran menerusi biasiswa.

Syed Anuar Syed Mohamad selaku Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pula berpandangan, pemberian biasiswa cara meritokrasi adalah cara terbaik.

Bagaimanapun tegasnya, kuota biasiswa untuk bumiputera seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia tidak perlu disentuh.

Dalam pada itu beliau bersetuju kriteria pemberian biasiswa berasaskan keupayaan menyeluruh pelajar kerana kini 10 peratus aktiviti kokurikulum juga jadi penentu pelajar memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

GPMS dalam perkara ini katanya selalu menasihati pelajar mengambil peluang tersebut untuk melayakkan mereka ke IPTA.


Pemuda UMNO: memang budak dan rendah minda

UMNO dan Bn betapa tidak demoktariknya. Masalahnya adalah mereka sebulat suara mahu menyingkirkan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang kerana gara-gara kerana memberi pendapat terbuka supaya kemelut politik di negeri Perak jiran Pulau Pinang disegerakan penyelesiannya. Beliau mencadangkan supaya DUN Perak minta dibubarkan, biarlah rakyat membuat pilihan mereka, itulah yang lebih baik.

Gara-gara pendapatnya kebetulan senada dengan kumpulan yang digelar pembangkang (Pakatan Rakyat), maka beliau terus dihukum dengan hukuman ala UMNO BN iaitu menunjukkan super powernya dengan bertindak memecat sahaja. UMNO sememangnya menyangka mereka akan berkuasa selama, dan kuat selama-lamanya, sedangkan orang yang mahu dipecat itu adalah orang yang mana ada perasaan, hatibudi serta ada juga pengikut.

Tindakan memecat Pengerusi Gerakan Pulau Pinang sedikit sebanyak menguntungkan Pakatan Rakyat kerana simpati boleh didapati daraipada orang yang bersimpati dan pengikut pengerusi Gerakan P Pinang ini. Minta UMNO BN buatlah banyak lagi kerja-kerja macam tu.

Dan inilah demokrasi dan kebebasan bersuara ala UMNo dalam BN.Inilah parti atau kumpulan yang membela perpaduan, inilah juga kumpulan yang membela bangsa dan negara mereka. Inilah rupa UMNo sebenar yang hodoh dan jelek, hentikan dan memalukan kaum dan bangsa sahaja dengan perlakuan politik murahan dan kebudak-budakan ini.

Mana dia minda kelas pertama yang di dasarkan dan diuar-uarkan. Siapa yang berminda kelas pertama kedua ketiga atau tidak berminda atau tiada kelas langsung minda mereka ?


Pemuda Umno Pulau Pinang sokong Dr Teng disingkir


GEORGETOWN: Pemuda Umno Pulau Pinang menyokong saranan seorang pemimpin kanan Gerakan supaya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, disingkir kerana kebanyakan pendapatnya bercanggah dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional.

"Kami setuju dengan pendapat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, yang mahu Dr Teng disingkirkan kerana mengeluarkan saranan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Kalau dilihat, kenyataan-kenyataan yang selalu dikeluarkan Dr Teng juga bercanggah dengan pucuk pimpinan dan seolah-olah membantah keputusan kerajaan," kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Huan berkata Dr Teng patut disingkirkan selepas mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis, Chin Peng, pulang ke Malaysia.

Huan dilaporkan berkata pandangan Dr Teng itu telah menimbulkan kekeliruan di kalangan anggota parti serta rakyat dan ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian parti.

Norman berkata, Pemuda Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya saranan Teng supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia kerana bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu masih "bernilai dan mempunyai ancaman tersendiri" walaupun parti itu sudah terkubur.

"Tidak mustahil dengan kembalinya Chin Peng akan menyuburkan fahaman komunisme dan ini akan membahayakan keselamatan negara," katanya. - Bernama


Mogok lapar: Persepsi atau apa ?

Walaupun kita tahu Islam menolak istilah mogok lapar, tetapi perbuatan menyenda-yendakan oleh orang Islam yang dikira 'cerdik' atas perlakuan orang yang kurang cerdik (Islam & bukan Islam) itu adalah satu perkara yang lain. Rata-rata orang menyenda itu tentulah tidaklah tahu perasaan orang yang disenda itu, ini kerana orang yang disenda itu berbuat begitu kerana ada sebab serta alasan-alasannya dek pilihannya sudah terhad. Sesudah ia melalui semua proses mencari keadilan terhadap perkara yang disendakan tersebut.

Ini (mogok lapar) adalah satu bentuk manifestasi penyataan sikap dalaman seseorang atau kesungguhan yang ditunjukkan oleh orang yang kena senda bahawa keadilan yang ditcari tuntut mereka melalui kaedah biasa yang digunakan itu amat tidak mereka capai atau puashati. Maknanya sistem keadilan kita atau negara kita ada sememangnya ada masalah.

Kita yang cinta keadilan, sentiasa akan menyokong terhadap usaha-usaha orang yang dinafikan haknya secara adil agar biarlah ia nampak adil. Barang diingati bahawa daripada 28 ADUN Pakatan Rakyat 6 adalah wakil PAS , maknnya 22 orang lagi adalah bukan Islam.

Apakah salah mereka mogok lapar, (salah besar menipu atau yang kena tipu) kerana kita nampak atau rujuk selalu Islam bila sahaja bab mogok lapar tidak digalakkan. Bagaimana dengan hukum-hukum Islam yang lain ? Perlanggaran atau tindakan-tindakan yang lain ? Islam redha atau izinkah kita selesaikan isu Perak dengan 'bergaduh berebut begitu' sehingga divideokan ? Justeru meletakkan sesuatu perkara mengikut pangsa-pangsa Islam dan mengukur Islam menjadikan Islam itu sendiri dipermain-mainkan dan dipersenda-sendakan. Adakah Islam benarkan sangat, muliakah sangat kita berhukum dengan hukum hukuman tinggalan Lord Reid. ini Apakah tidak dosa, adakah tuhan dosakan kepada mereka yang mogok lapar majoriti bukan Islam itu kerana diikuti oleh orang Islam ?



27, 2009
Dr Mohd Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat memakai lilitan kain tertera "Bubar DUN" di luar Wisma DAP, Ipoh semalam.--fotoTHE STAR oleh SAIFUL BAHRI

MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.

Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.


Tuesday, May 26, 2009

Syabas pengakuan jujur dua org PKR

Kak Minah atau kak min yang memalukan bangsa dan agama? Pengakuan berterus terang dua individu terbabit meleraikan dan menamatkan aksi drama yang berpengarah yang lemah. Sepatut kak min atau kaka minah minta nasihat abe berahim Ali la




2 pemimpin PKR akui jumpa Aminah tapi nafi tawar ganjaran

PENGAKUAN... Anggota MT PKR, Cheah Kah Peng (tengah) hari ini mengaku yang beliau dan penolong exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Peter Lim telah menemui calon Bebas Aminah Abdullah, 57, seperti yang didakwa Aminah semalam.

BUKIT MERTAJAM: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.

"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.

Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri.

"Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama.

"Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu.

"Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau.

"Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.

PRK Manek Urai : UMNO semakin tergugat dan tercabar

Mengejutkan ! Oleh kerana UMNO tiada pendirian, jika pendirian adapun tidak tetap sering berubah-ubah, telah mengundang dan menghilangkan rasa yakin serta kebolehpercayaan ahli-ahlinya kepada pucuk pimpinan dan UMNO itu sendiri.

Hari ini, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krai, menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan sikit masa lagi.Tawarannya itu memberi cabaran besar hatta kepada UMNO Kelantan sendiri apatah lagi dengan UMNO Pusat. Beliau memberi cabaran UMNO meletakkan calon wanita bagi menentang calon PAS. Ini menggambarkan semua orang lelaki dalam UMNO 'penakut' tidak berbutir dengan bakal tindakan sinisnya itu.

Cabaran ketua wanita UMNO kuala krai, ini menjadi petunjuk bahawa tahap kebergantungan mereka kepada kaum lelaki dalam UMNO sudah semakin pudar, mereka hilang keyakinan, jika masuk bertandingpun sah dan confirm calon lelaki yang bakal mewakili UMNO akan kalah, iaitu seblum masuk sudah dicas kalah oleh wanita umno sendiri.

Oleh itu, ke depan ini kita bakal menyaksikan wanita umno akan bangkit dan bakal menjadi pemimpin parti dan meletakkan semua lelaki umno menjadi pengikt sahaja. Jika diterima usul daripada wanita kuala krai ini, umno sudah ketandusan idea, umno lemah gaya kepimpinan, umno lesu dan umno bakal dibungkuskan lebih awal oleh para pengundi di kuala krai.

Kuala Krai bakal mencipta sejarah, sejarah bagi PAS dan sejarah juga bagi UMNO...


Biar Wanita Umno lawan PAS'
| May 26, 09 4:34pm
Tiba masanya Umno meletakkan calon wanita pada pilihanraya kecil Manek Urai nanti walaupun tidak pernah berbuat demikian sebelumnya, kata ketua Wanita bahagian Kuala Krai.

Rohani Abdul Majid, yang menawarkan diri untuk bertanding atas tiket BN bagi mencabar PAS di kubu kuat parti Islam itu, berkata:

"Jika sukar untuk memilih calon, mungkin dengan pemilihan saya boleh menyelesaikan masalah tersebut.

bm version kerusi dun manek urai 220509
























"Dalam sejarah Manek Urai sendiri, Umno tidak pernah memberi peluang kepada wanita menjadi calon."

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa Wanita Umno Kelantan itu berkata pemilihannya sebagai seorang anak tempatan lebih disenangi pengundi di kawasan tersebut.

Tambahnya, setelah berpuluh-puluh tahun menyertai Umno, beliau mendapat dukungan daripada ramai ahli keluarganya, ahli dan penyokong parti itu.

Beberapa pemimpin Umno bahagian dikatakan berminat bertanding pada pilihanraya kecil tersebut - tarikhnya dijangka diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khamis ini.

Selain Rohani, ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat disebut-sebut menawarkan diri.

Dihubungi hari ini, Che Jalal bersedia menjadi calon BN tetapi menyerahkan perkara tersebut terletak kepada parti.

Siapa yang Keterlaluan dan melampau ?

Apa hak PEWARIS berkata demikian. Adalah menjadi hak seseorang anak , apatah lagi sebagai warganegara meminta apa yang hendak diminta. Penilaian mahu memberi hak atas tuntutan itu adalah bergantung kepada yang dituntut.

Tiada hak kita, menilai dan bukan kerja kita menilai ia sebagai tuntutan melampau atau tidak melampau. Jika tuntutan itu patut diberikan silakan, adakah dia menuntut sesuatu yang tidak boleh kita adakan, adakah mereka memohon isteri orang yang dituntuti itu, itu adalah tuntutan melampau, atau meminta supaya negara ini diberi separuh kepadanya.

Allah sahaja yang layak berkata demikian, jika kamu tidak bersetuju berhukum dengan hukum atau, sila buat bumi lain. Adalah keterlaluan orang yang bercakap begitu kepada orang yang lain supaya pindah dan jangan duduk di bumi Malaysia. Ingat sedangkan orang itu adalah manusia, Allah jadikan, begitu juga dengan negara dan bumi kita Malaysia, adalah bukan hak kita, tetapi hak Allah kita hanya sebagai pengamanah dan pelaksana dasar-dasar ALlah berdasar wahyuNya sahaja, bukan yang lain, bagi yang selain atau yang tidak ada arahan Allah itu pandai-pandailah kita urusankan.


Pindah ke negara lain jika nak buat tuntutan melampau - Pewaris

KUALA LUMPUR 25 Mei - Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.

Sehubungan itu juga, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Langkah tersebut katanya, mampu membantu negara untuk mencapai gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Justeru para pemimpin kerajaan diminta tidak mengalah terhadap tuntutan melampau pihak-pihak tertentu bagi memenuhi kepentingan mereka," katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang terbabit berpindah ke negara lain yang dirasakan selesa untuk tinggal daripada menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.

Beliau mengulas teguran Perdana Menteri terhadap sikap beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan yang cuba mengambil kesempatan daripada gagasan 1Malaysia dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Perdana Menteri semalam berkata, 1Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.

Ahmad Zaki berkata, sekiranya kumpulan yang mengemukakan tuntutan itu terdiri daripada golongan rakyat yang prihatin, sudah pasti mereka tahu untuk menilai sesuatu permintaan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, permintaan pihak tertentu seperti pertubuhan haram Hindraf memperlihatkan mereka seolah-olah bukan warganegara Malaysia kerana bertindak tanpa berasaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan, rakyat tidak boleh mengambil kesempatan ke atas konsep Satu Malaysia dengan sewenang-wenangnya berhasrat untuk mengubah identiti negara.

"Mereka ini tergolong di dalam pihak-pihak bersuara lantang yang cuba menukar dasar yang diamalkan oleh negara sejak sekian lama sehingga boleh mengakibatkan keharmonian negara terjejas.

Apa ada pada mogok lapar dan berlapar ?

Kenapa kerajaan perlu takut dengan mogok lapar. Biarkan sahaja mereka mahu berlapar. Apa kah jadi kudis kepada kerajaan, kini yang penting Zambry MB Mahkamah adalah MB Perak. Kuasa dah BN kuasai di Perak, dan masalah lain tidak menyangkut lalu dengan mereka. Biarkan sahaja mereka berlapar dan bermogok.

Yang hairan kenapa polis beria-ia benar mengawal dan mengambil tindakan, sila buat kawalan dan tugas-tugas lain dalam mempertingkat tahap keselamatan negara. Biarlah kerja-kerja ini dikerjakan oleh orang politik sahaja, minta polis bebaskan diri daripada dipengaruhi daripada institusi lain. Buatlah seperti mana fana dan tidak pedulinya polis bilamana aduan datang daripada pembangkang. Polis ada standard kualiti tindakannya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuatnya.




Mogok lapar : Lima ditahan di Wisma DAP

IPOH: Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.

Pengangkutan awam: Apa sudah jadi dengan janjinya

Tahun lepas, semasa kenaikan harga minyak RON97 atau RON95 sebanyak 20-30sen seliter mengejutkan rakyat satu dunia. Alasa mantap kerajaan adalah katanya hasil kutipan dan lebihan kutipan yang nilaianya puluhan juta itu mahu dibawa dan diupgrade pengangkutan awam negara terutama pengangkutan awam di Lembah Kelang.

Semua pihak yang mengampu dan media pengampu mengiakan serta membawa tokoh-tokoh ternama daripada orang poltik , pemikir, ahli akademik dan aktivis sosial masyarakat berbincang, berbahas dan mengupas tajuk itu dengan menyokong sepenuhnya usaha dan tindakan kerajaan waktu itu.

Selepas setahun, sisitem pengangkutan awam di lembah Kelang masih lagi berada ditakuk lama, pengguna daripada kalangan orang awam semakin bertambah, rakyat tidak terhenti nafas, yang terhenti berfikir dan terhenti bertindak atas janji adalah pimpinan atau penguasa.

Justeru, manifestasi kepada permasalahan ini dapat kita saksikan pada hari ini melalui laporan media utama milik UMNO mendedahkan tetang kepincangan pengangkutan awam di Lembah Kelang.




SAMPAI BILA?


GAMBAR kiri menunjukkan orang ramai membahayakan diri berhimpit-himpit dan berpaut pada pintu komuter di stesen Segambut. Gambar kanan pula memperlihatkan warga kota beratur panjang untuk menaiki bas selepas menggunakan perkhidmatan LRT di Perhentian Bas Stesen LRT, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.


SISTEM pengangkutan awam di Lembah Klang terus meresahkan rakyat, sama ada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), perkhidmatan tidak banyak berubah. Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan komuter dan bas awam sedia ada sukar lagi menampung penumpang.

Tinjauan mendapati walaupun bukan pada waktu puncak, orang ramai termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa berasak-asak dan berhimpit dalam komuter. Sampai bilakah ia harus dibiarkan berterusan?

Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasi kesusahan yang dihadapi rakyat.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Tolak komunisme

Monday, May 25, 2009

Hati-hati dengan pengistilahan dalam tulisan kita !!

Mohd Sabu, Husam dan Nasaruddin berentap Untuk Timbalan Presiden. Itulah bunyi tajuk dalam blog sahabat. Dari sudut pemberitaan ia sekali ditelek oleh pembaca tiada masalah, biasa biasa sahaja. Tetapi jika diperhalusi daripada sudut nilai betapa 'kasar'nya bahasa tersebut. Walaupun kita kata yang bertanding itu adalah mereka yang kasar juga.

Para penulis kita kena ingat, bacalah perjalanan dan buku LanH4 dan blognya bagaimana 'dilema' menjadi seorang wartawan atau penulis Islam. Sebenarnya ramai penulis yang Islam, bukan tiada tetapi maksud LanH adalah nilaian kita sebagai seorang penulis yang disekalikan dengan bawaan agamanya bersama professionnya itu, inilah yang berat kerana banyak etika kewartawanan Islam yang dilanggar, demi kerana dan sebab berita dan pemberitaan kita itu.

Merujuk kembali isu di atas, penulis suka menghighlight perkataan 'berentap' itu. Berentap ini dari sudut bahasa tarik menarik dengan paksa atau bertarik-tarikan, atau beradu pengaruh , kekuatan dsb dengan hebat.

Justeru itu, PAS adalah harakah Islamiyyah, tarafnya sama dengan gerakan Islam di dunia yang lain. Maka adalah kurang manis menyamatarafkan dan meletakkan proses pemilihan pimpinan ,qiadi PAS macam parti-parti sekular acuan Barat di dunia . Ini setidak-tidak memberi gambaran buruk dan tidak ada keistimewaan langsung gerakkan Islam dengan gerakan bukan berjuang Islam.

Oleh itu, kita seharusnya membangunkan minda pembaca bahawaproses pemilihan dalam gerakan Islam hatta menggunakan demokrasi (tanpa syura) adalah penuh dengan adab dan tatasusila keislaman. Maka kita gerakan Islam ini boleh menyesuai dan melatkkan diri dalam apa juga sistem dan bentuk, apatah lagi demokrasi senjata atau pujaan keramat yang kontemporori yang dijadikan wadah terbaik waktu ini.


Berguru bukan kepalang atau jembalang ?

Orang Pahang bertanya ke mana Dato Nan ? Mengapa Dato Shakar menyibuk ke perasmian konvesnyen PPP Pahang. Kenapa M Kyaves dan Pengerusi PPP Pahang, kenapa buka Murugiah yang hebat. PPP pun sudah ada DUA kepala Presiden ?

Inilah gara-gara berguru dengan UMNO dan Tok Gurunya adalah Najib. zaman sekarang ni, semua guru pakat kencing berdiri saja, maka jangan marah anak murid kencing sambil belari, ke depan ni anak murid kencing atas kepala kot ?

Seingat penulis Dato Nan tak sokong M Kayves kot, dia sokong yang haram kot Murugiah. Berkelahi dan berpecah di Perak, bahang tempias mengena ke Pahang, apa barang UMNO BN sekarang ni.

Seingat penulis, dan banyak sosek-sosek Dato Shakar adalah bakal MB baru Pahang dalam pembikinan. najib nampak gaya tidak sampai hati nak menstruktur semula MB-MB di Malaysia, hatta di Pahang sekali pun, entahlah penakut ke tiada pendirian ke, ikut nasihat atau kata datin ke Dr M..entahlah Malaysia lanie...



TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (tengah) menjulang tangan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas, (kanan) dan Pengerusi PPP Pahang, Datuk Elayppen Muthusamy, pada perasmian Konvensyen PPP Negeri Pahang Ke-13 di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama

Penanti: taktik UMNO-semua orang kampung dah tahu !!!

Kenapa cerita Aminah dihighlight dan difokuskan? Kenapa tidak difokuskan terhadap calon-calon lain? Apa istimewanya Aminah? Apa hebatnya Aminah sehinggakan ditawarakan RM80juta ? Banyaknya duit PKR? Jika banyak minta disedekahkan kepada petugas PAS ? Inilah persoalan yang bermain dibenak hati kita. Tanda tanya kenapa tempua bersarang rendah? Tempuanya adalah BN kali ini, kenapa dinyanyikan , kenapa SPR dan SPRM beria-ia hendak menyiasat dakwaan Aminah. Kenapa juga cakap dan adu Aminah 'amat' didengari SPR ?

Telahan semua orang adalah benar belaka, UMNO dalam membuat keputusan bebalnya itu, dalam diam-diam tetapi bersuluh terangnya sehingga orang nampak, menaja calon bebas tertentu menjadi proksi bagi UMNO BN. Walaupun ratusan kali mereka menafikan, jika seandainya calon bebas tertentu menang UMNo cepat-cepat akan 'membeli'nya, itulah kerja-kerja UMNO.

Penanti nampak gayanya adalah Aminah, dan Aminah secara tidak langsung dipampang didada akhbar menjadi jaguh, maka jaguhannya itu macam mewakili wakil UMNo dari segi gaya dan lagaknya. Media cetak milik UMNO tolong berkempen dan menaikan nama Aminah. Amniha adalah hero dan Robin Hood Penanti ?Taktik lama UMNo semua orang kampung dah tahu.




Dakwaan Aminah: SPR mahu kaji bukti terlebih dahulu

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji bukti-bukti yang akan dikemukakan oleh calon Bebas, Aminah Abdullah berhubung dakwaannya ditawarkan ganjaran oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik diri daripada bertanding di Penanti

MB Mahkamah: Kenapa Zambry terasa ?

Adalah sesuatu yang 'mengejutkan' bilamana TGNA mengelarkan Zambry Kadir sebagai MB Mahkamah telah mendapat reaksi 'melenting' Zambry. Maknanya selama hari ini, semua orang ingatkan dia adalah robot atau buah bida yang digerak-gerakkan oleh tuannya.

Serangan simbolik TGNA dengan kata-kata sungguh menyengat sehingga Zambry tersentak daripada lamunan indahnya bahawa dia adalah MB Perak. Sebenarnya mantiq TGNA yang dislogankan menjadi 'lagu' utama para penceramah PAS setipap malam di seluruh pelusuk negara menenegahkan kedongengan UMNO lagak Pak Pandir menerajui pemerintahan negara yang semakin ke tahap kediktataoran dengan pelanggaran undang-undang tanpa henti, dengan membeli semua hakim dengan belian dan ugutan, inilah mainan UMNO.


Gelaran "MB Mahkamah" untuk Nizar: Zambry


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah" patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata, oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnya gelaran itu diberikan kepada bekas Menteri Besar Perak itu dan bukan dirinya.

"Proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lalu bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Terdahulu Zambry mengadakan perjumpaan dengan dua orang perenang Selat Inggeris, Zahra Ma'soumah dan Salman Ali Shariati Abdul Halim di pejabatnya di sini.

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telah pun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam bahawa langkah itu adalah pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satu-satunya jalan menentukan kerajaan mana yang ada majoriti.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan menyumbang RM30,000 bagi menampung kos perjalanan Zahra Ma'soumah, 18, dan Salman Ali Shariati, 12, yang akan berenang merentasi Selat Inggeris pada awal Julai ini serta anggota pengiring projek renangan berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda komitmen dan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha dua anak Perak itu yang telah pun mencatatkan beberapa kejayaan dalam bidang renangan sebelum ini.

Dua beradik itu sebelum ini berenang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 43 kilometer pada 2007 dan dari Pulau Pangkor ke Lumut sejauh 8.9 kilometer pada 2006.

Salman Ali adalah pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Anglo Chinese di sini manakala Zahra Ma'soumah yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Ipoh, akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Julai ini.

Bapa mereka, Abdul Halim Abdul Manaf, 49, seorang pensyarah di UiTM Seri Iskandar dekat sini meramalkan renangan Selat Inggeris dari Dover, England ke Calais, Perancis sejauh 38 kilometer dalam keadaan cuaca sejuk itu akan mengambil masa 14 jam. - Bernama


kepedualian media terhadap PAS ?

Kerja kuat dan kuat kerja media perdana khasnya media cetak, memberi ruang dan peluang mempromosi pemilihan PAS sempena Muktamar ke 55 awal Jun nanti. Media arus perdana khasnya media cetak memberi ruang kepada pimpinan berlatarbelakangkan bukan berpendidikan agama, dan bertindak macam biasa meramalkan itu dan ini, dengan membuat sorotan khas dan analisis khas dengan penuh fakta kajian masa depannya dan masa depan PAS itu sendiri.

Telahan-telahan terkadang 'terbabas' dan terbias, terkadang juga ada kena mengena. Maka golongan yang dikenakan dan mengenakan golongan tersebut menyebabkan perlaku balas membalas jawapan dan masing-masing berbalas-balas pandangan dan pendapat mempertahankan pandangan pendapat masing-masing.

Inilah senario pemilihan PAS waktu ini, jika dulu selama 50 tahun terkebelakang, berita PAS habuk pun tarak, tidak diberikan ruang langsung dan digelapkan. kepada media kita ucapkan terima kasih kerana menyebabkan kecaknaan orang semakin tinggi dan sikap ambil tahu dan tahap kepedulian apa yang akan berlaku turut dikongsi semua, justeru PAS diakui secara tidak langsung turut berperanan dan terperanan kini dalam masyarakat, terima kasih media ?

Mohon penjelasan Dato Mufti Perak

Siapa pun tidak menyanggah mogok lapar adalah 'haram'. Tetapi bagi kerajaan yang haram dan MB yang haram apa pula fatwa Mufti Perak Dato Harussani yang budiman. Beliau memberi respon kerana Pakatan Rakyat Perak mahu menganjurkan protes terhadap kezaliman kes mahkamah rayuan yang melantik Zambry sebagai MB Perak mahkamah yang baru lalu.

Setiba dengan tidak semena-mena suara beliau terpacul ditengah-tengah kemelut perebutan kuasa ini. Apakah hukum pula perebutan kuasa, bayangkan satu kumpulan yang mahukan (niat) melaksanakan Islam dengan mendapat sokongan daripada bukan islam (DAP,sebahagian PKR bukan Islam). Berbanding dengan satu kumpulan lagi yang Menentang Islam (terang/gelap) serta mempermain-mainkan Islam (bersifat munafik). Mana yang haram atau lebih haram.

Isu Perak: Antara adat dan ibadat

Manifestasi kemarahan manusia adalah pelbagai, tujuannya kemuncak rasa marah adalah melalui upacara demontrasi (yang disifatkan lebih ganas), ada juga secara senyap iaitu memboikot atau mengajak beramai-ramai untuk memulaukan sesuatu yang diboikot itu.

Dan ada juga manusia yang marah dengan mengadakan mogok lapar, daripada kedua-dua di atas yang manakah paling berkesan terhadap yang dimogokkan itu terpulanglah kepada persepsi dan tahap kecaknaan masing-masing.

Bagi kerajaan rakyat yang menganggap suara rakyat adalah suara keramat, di mana semua pihak dan institusi menghormati hak-hak orang lain berlandaskan perlembagaan dan penerimaan masyarakat negara masing-masing, ada kala protes ini cukup berkesan.

Sebagai contoh lihat sahaja negara jiran kita, kerajaan rasuah Tahksin Shinawatra kekal selama 1 penggal sahaja kerana kesalahan rasuah dan dipenuhi dengan pimpinan rasuah, maka dia ditumbangkan melalui demontrasi jalanan yang memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu hatta sampai ke bulan-bulan sekali tempohnya. Apa yang penting matlamat ahli yang memprotes itu sampai dan tertunai.

Kini di negara kita, pakatan rakyat Perak sahaja mengambil keputusan bersama untuk mengadakan mogok lapa selama 3 hari. Tindakan ini adalah rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Zambry Kadir sebagai MB sah katanya. Nizam adalah MB tidak sah.

Bagi Barat mogok ini adalah sudah diterima sebagai satu sistem nilai dalam masyarakat mereka, dan mereka amat menghormati atas apa yang pihak tersebut lakukan (mogok). Bagi kita di Malaysia bukan sahaja mogok itu diletakkan sebagai mempunyai nilai, hatta keadilan sendiri itu sudah tiada nilainya. Jika di barat masyarakat akan membuka mata dan tambah simpati terhadap perjuangan untuk mendapat hak mereka, malah masyarakat yang tidak terlibat dengan isu tersebut turut menyokongnya.


Kata UTUsan Malaysia/UMNO:-

Mogok lapar bukan budaya kita - Zahid

KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan rancangan pakatan pembangkang melancarkan mogok lapar tiga hari hanya membuang masa dan bukan budaya negara ini.

Katanya, pakatan pembangkang harus mengakui hakikat bahawa mereka sudah hilang suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

"Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah kelmarin, jadi pakatan pembangkang harus menghormati mahkamah walaupun keputusan tidak memihak kepada mereka.

"Keadaan ini sama juga sewaktu mereka meminta Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry diisytihar bukan Menteri Besar Perak yang sah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memberitahu, pakatan pembangkang akan melancarkan mogok lapar mulai Selasa ini untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan DUN Perak.

Kor Ming berkata, kempen itu akan dirasmikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker, V. Sivakumar malah pelbagai program diatur sempena mogok bermula 10 pagi di Wisma DAP itu.

Tindakan itu berikutan kekecewaan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah kelmarin.



Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

Mohd Rashidi Hassan
Mon | May 25, 09 | 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Iklan

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._












Najib: Isu perak ikut landasan dan tidak berlandas undang2 ?

Antara landasan Lord Ester dengan landasan Aziz Bari serta lain-lain pakar perundangan perlembagaan negara adalah berbeda. Najib selaku PM yang cuba mengelirukan fahaman rakyat dan jangan 'disesatkan' mereka dengan istilah-istilah. Dari segi logiknya jika kaedah tidak betul itu namanya tipu, umpama anak-anak yang berlari mestilah dimulakan digaris permulaan yang sama dan hendaklah mengikut lorong masing-masing, ini kaedah memintas separuh jalan, walaupun pemenang dah orang nampak, semua orang kampung dah tahu, siapa yang ikut landasan dan siapa yang tidak ikut landasan.

Tidak usahlah memetik kata pujangga sini sana, mencari rujuk pandangan orang sana dan sini. Mana dia minda kelas pertama yang beliau sendiri bawa. Mana dia glokal yang diuja-ujakan kepada rakyat, ke mana cemerlang, gemilang, terbilang, mana dia Islam Hadhari, bertamadunkah berhukum dengan hukum mahkamah rayuan. Adilkah semua orang dah melihat macam tidak adil.

Tidakkah satu ketika dulu, kita berbangga kita merdeka mahu mengikut acuan negara kita, sekarang dalam berhukum ikut acuan siapa ? Maknanya cakap mestilah sama dengan apa yang dilakukan. Jika bersikap terbuka bubar sahaja DUN, itu adalah terbaik pilihan paling wajar, setidak-tidak persaan puashati dapat dipuaskan walaupun tidak mencapai 100% puashatinya.

Keputusan Mahkamah Rayuan diakui tepat

KUALA LUMPUR 24 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak diterima sebagai berada di landasan yang betul oleh pihak Queen's Counsel dari United Kingdom.

Kata Perdana Menteri, salah seorang ahli Queen's Counsel, Lord Lester yang diminta pandangan perundangan berhubung krisis di negeri itu berpendapat bahawa sistem kehakiman Malaysia berada di landasan yang betul.

"Pendapat oleh Mahkamah Rayuan itu dikongsi oleh pakar undang-undang peringkat antarabangsa seperti seorang Queen's Counsel bernama Lord Lester yang kita telah terima pendapat perundangannya.

"Kalau Queen's Counsel seperti Lord Lester boleh keluarkan pendapat kita berada di atas landasan yang betul seperti mana keputusan Mahkamah Rayuan, janganlah disalah-ertikan atau diberi pandangan negatif terhadap badan kehakiman negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan di pusat membeli-belah IOI Mall di Puchong dekat sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai sesuatu yang mengecewakan dan memperlihatkan badan kehakiman negara hancur dan perlu diperbetulkan.

Malah Anwar menyifatkan penghakiman kemelut di Perak dibuat mengikut selera politik dan arahan.

Dalam pada itu, Najib menempelak sikap pembangkang di negara ini terutama dalam isu Perak yang menetapkan label kebebasan terhadap mahkamah di negara ini mengikut faedah yang diperoleh mereka.

"Kita tidak boleh mengambil sikap kalau keputusan itu memihak kepada kita, maka kita kata sistem kehakiman itu bebas.

"Tetapi kalau sistem kehakiman itu atau mahkamah mengambil keputusan yang sama dengan kehendak kerajaan, maka badan kehakiman itu pula dituduh sebagai mengikut telunjuk kerajaan, ini tidak adil," jelasnya.

Perdana Menteri juga mengkritik Anwar yang cuba memburukkan Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan dengan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak sedangkan beliau sendiri pernah berusaha memujuk 31 Ahli Parlimen membentuk kerajaan pusat dalam kaedah sama.

Mengulas isu sama, Najib turut berharap krisis di Perak dimuktamadkan segera agar kerajaan dapat memulakan usaha yang lebih fokus untuk membantu membangunkan rakyat Perak.

Malah, beliau bersifat positif dengan berkata, pihak pembangkang masih berhak membawa kes mereka ke Mahkamah Persekutuan tetapi berharap ia dilakukan dengan pantas demi memastikan krisis di Perak diselesaikan segera.

"Kita harap ada penamat dari segi proses ini, saya difahamkan kemungkinan besar mereka (pembangkang) akan buat rayuan di Mahkamah Persekutuan, mereka ada hak buat rayuan.

"Kita terimalah apa keputusan mahkamah yang tertinggi sekali, dari segi kerajaan kita berharap ada penyudahnya atau 'finality' dalam proses ini agar kerajaan dapat berkhidmat untuk rakyat," jelasnya.

Ditanya keperluan mengadakan sidang DUN di negeri itu bagi mencari penyelesaian lain, beliau berkata itu satu pilihan tetapi tidak semestinya kerajaan majoriti perlu mengambil tindakan demikian saja.

Mengenai cadangan DAP mahu mengadakan mogok lapar selama tiga hari di Perak bermula Selasa ini, Perdana Menteri berharap tiada pihak yang perlu berbuat demikian sedangkan langkah perundangan masih terbuka.

"Sepatutnya tidak berlaku perkara seperti itu, kita patut serah kepada proses Perlembagaan dan undang- undang negara, kita tengok proses undang-undang belum selesai," katanya.



Sunday, May 24, 2009

Selamat Bermuktamar ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

Muktamar Tahunan PAS ke 55
Muktamar Tahunan PAS ke 55

Selamat bermuktamar para perwakilan seluruh Malaysia.
Para pendokong jemaah harakiyyah Islamiyyah PAS akan
berkampung di Shah Alam selama satu minggu.

Ulama dan Profesional sama peranan , sama penting !!

Kita orang awam jadi pelik kenapa dan mengapa dipersoalkan kini kepimpinan ulama. Walhal mereka yang menaja dan membawa idea itu pula dulu adalah daripada kalangan bukan ulama. Maka tidak kiralah siapa ulama siapa profesional, yang penting kedua mereka ini adalah satu kumpulan yang memperjuangkan kedaulatan islam.

Meneliti sorotan artikel dalam Malaysiakini, sedikit tercuit terlalu bias dan penulisan yang boleh dipelbagaikan tafsirannya. Hasil akhirnya merencatkan serta memperpanjangkan bahasan, yang tiada titik noktah kerana kedua isunya adalah bersifat subjektif.

Pendekata kedua kumpulan ini saling lengkap melengkapi. Ulama berperanan dan golongan profesional turut terperanan dalam menghalatujukan perjuangan jemaah. Dari segi teknikal golongan profesional adalah lebih mahir dalam membudayakan pengrusan aset jemaah, manakala ulama meniup roh atau jiwa pejuang, pendokog dan penyokong dengan semangat bersifat rohiyyah dan suntikan kekuatan jiwa mereka pejuang Islam.

Najib: Amaran ke siapa ?

Walaupun kenyataan Najib mudah dan ditujukan secara umum kepada semua rakyat. Namun hala arah tuju adalah mudah dimengertikan , hari semalam atau kelmarin polis telah mengeldah ibupejabat DAP mencari risalah atau bahan-bahan yang dibuktikan sebagai katogeri menghasut.

Nampak gayanya persepakatan UMNO MCA mahukan mengkambinghitamkan DAP, ultra Cina atau ekstrem Cina wajar dilabelkan kepada DAP. Walaupun MCA / Gerakan lah parti yang kuat perkauman kecinaanya berbanding DAP. Begitulah juga jika kita membincangkan ultra Melayunya persepsi masyarakat mesti labelkan PAS sebagai ekstream Islam dan ganas.

Sememangnya kerajaan BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Bertanggungjawab menghabiskan duit rakyat, bertanggungjawab membelanjakan duit rakyat, bertanggungjawab menaikkan cukai rakyat, bertanggungjawab menipu rakyat melalui permainan penghakiman mahkamah tipu rakyat Perak.

Dan sememangnya BN bertimbang rasa, bertimbang rasa menidakkan keputusan mahkamah, bertimbangrasa menculik ADUN pakatan Rakyat dengan entah apa janjinya. dan bermacam-acam timbang dan rasanya

Sepatutnya dia patut memberi amaran kepada partinya UMNO, kerana hak memperjuangkan kaum yang kuat adalah UMNO, hak yang tidak bertanggungjawab itu adalah UMNO dan hak yang tidak bertimbang rasa itu adalah UMNO. Cuba cari dan selidiki....

Siapa yang kuasai kehakiman ................. UMNO
Siapa yang cabut imuniti raja-raja ......... UMNO
Siapa yang perkuda SPR ......................... UMNO
Siapa yang belanja Khazanah Negara.... UMNO
Siapa yang main poltik wang ................. UMNO

Malah segala-galanya adalah ................ UMNO




Jangan keluarkan kenyataan keterlaluan - Najib

24/05/2009 4:34pm

PETALING JAYA 24 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pihak tertentu supaya tidak membuat kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan negara.

Perdana Menteri mengingatkan sebarang kenyataan yang dikeluarkan mesti mempunyai hadnya terutama dari segi apa yang disuarakan.

“Jangan buat sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan di sini.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ingatan Perdana Menteri itu jelas merujuk kepada pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh pemimpin Hindraf sejak akhir-akhir ini.

“Mereka telah dibebaskan dan kini mereka membuat kenyataan yang keterlaluan dan saya serahkan kepada rakyat untuk menilai, ada had dari segi apa yang disuarakan...jangan buat sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan menjejaskan perpaduan negara”, katanya.

Najib berkata kerajaan ikhlas dalam membela nasib rakyat dan tidak mahu dituduh sebagai kerajaan yang zalim.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertimbang rasa dan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan semua kaum terpelihara.

- BERNAMA



Saturday, May 23, 2009

Tanding DUN Manek Urai: UMNO rujuk TG Nik Aziz ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCZS1CFAJC0BnlWmxnDZTk8oP2Wr29RAlc3fzFXKrvsqwOMDi8d0FGMqbI15fUjtQVPdosaMre1KDSDAJKDXgUZvYNcioAkT2Zs_JrEIDZcV_cMqLMTVrXVzS24ZgSkl6diTuJ/s320/nik_aziz2.jpg



Sejak bila mereka letakkan Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan samataraf dengan Najib sebagai Presiden UMNO Malaysia. Kenapa dan mengapa highlight dan gunakan nama Nik Aziz mahu mengiakan dari segi kewajaran atau tidak mewajarkan BN mahu bertanding atau tidak di Manek Urai, Kelantan.

Justeru kalau mereka mahu dengar, kata Tok Guru sepatutnya dalam semua hal lah. lebaih-lebih lagi dalam soal Islam dan bernegara yang Islam mahukan.

Inilah yang kita pelikkan. Sebenarnya dengan UMNO kita jangan 'pelik' sangat, sebab UMNO adalah sememangnya spesis parti politik yang pelik. Lebih pelik lagi mereka bangga mempunyai MB haram yang dilantik oleh mahkamah rayuan walaupun mahkamah tinggi sudah memutuskan bahawa wakil umno itu tidak sah. Analoginya mudah walaupun sudah diberitahu makmum berwibawa bahawa imam (Zambry) dah terkentut dan tidak sah menjadi imam tetapi beliau masih mahu jadi imam kerana kain dia dah terkoyak nampak aurat. Imam yang sedia ada dan sedang mengimamkan solat mereka angkat dan usung secara tidak sah dengan membawa sama pihak-pihak yang tidak terlibat dalam hal atau urusan sembahnyang masuk campur dalam hal sembahyang itu.







DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

"Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

"Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

"Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan.

Blog UMNO: Inilah nilaian minda mereka

Lihatlah minda penulis blog ini, blog ini penulis kutip kerana masuk cit cat dalam blog Pahangdaily. Penulis sengaja memetik kerana mahu berkongsi serta menelusur dan menilai bersama pembaca sejauhmana minda para pemuja UMNO di Pahang. Inilah aras rata-rata otak cara gaya penyokong dan pendokong UMNo di Pahang.

Justeru itulah, ingatlah dan insaflah ke bergelutlah kita kejarlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara. Hidup sebelum mati... dalam diri manusia keilmuan islam dalam pelbagai disiplin ilmu wajib dibudayakan dalam hidup. Kerana mencari ilmu dari buai sehingga masuk ke liang lahad.


RAKYAT DI PENANTI DIPERBODOHKAN?????




Masa sekarang bukan PilihanRaya Kecil. Masa sekarang adalah untuk berbakti. Tapi PKR langsung tidak menghiraukan rakyat. Rakyat terpaksa berpenat lelah untuk keluar mengundi dan berkempan. Perkara ini sebenarnya banyak membazikan tenaga, fikiran dan wang ringgit. Kesian Rakyat di penanti diperbodohkan oleh PKR.

Pada PilihanRaya Kecil di Penanti nanti, Rakyat akan diperbodohkan. Rakyat akan keluar berduyun-duyun untuk mengundi. Mereka akan diperbodohkan kerana pengundian sudahpun berlalu sebenarnya masa pilihanraya Umum yang lalu.

Kenapa harus rakyat mengundi untuk kali kedua? Sedangkan tidak ada Ahli DUN Penanti pun yang meninggal dunia. Makcik-makcik, Pakcik-pakcik, Pemuda dan pemudi di Penanti akan keluar mengundi untuk kepopularitian PKR.
Justify Full
Mereka tidak sedarkah bahawa rakyat Penanti diperbodohkan oleh PKR dalam kempen ini ? Hanya kerana PKR mahu mengekalkan momentum kepopulisan parti mereka, rakyat jelata yang jadi mangsa. Penat-penat keluar untuk mengundi sedangkan tidak ada keperluan yang mendesak pun dalam hal ini.

PKR bukan mahu membantu dan memajukan rakyat setempatpun, tetapi lebih kepada ingin berkuasa dan mengekalkan status popular mereka melalui PilihanRaya Kecil ini. PKR beranggapan dengan pilihanraya kecil ini, mereka akan sentiasa dikenang oleh rakyat. Tetapi yang sebenarnya rakyat telah diperbodoh-bodohkan dan dipermainkan dalam PilihanRaya Kecil ini.

Kesian Rakyat di Penanti kerana mereka mahukan kemajuan tetapi tidak adapun apa apa kemajuan di penanti, yang ada hanyalah PKR berkuasa. Kesian !!!!

Haruskah Parti yang menjadikan rakyat sebagai alat untuk berkuasa ini memerintah negara tercinta kita ini? Tanyalah dada yang beriman, jangan tanya selera. kerana selera banyak dipenuhi nafsu yang tidak pernah puas.

Wassalam

Sabrey nak debat dengan PDRM pulak

Bila menteri lawan debat dengan Pegawai Polis.http://a508.ac-images.myspacecdn.com/images01/30/l_bb52bd12bf59cc8ba29461007a2d85b3.jpg
Ini adalah gara-gara dia tidak bersetuju dengan istilah Mat Rempit ditukar kepada Samseng Jalanan. Alasannya kerana Mat Rempit ada di mana-mana dunia atau negara di dunia ini. dan kedua mereka ini hanya segelintir sahaja. Tidak ada DUA gelintir. Tetapi apa pun yang pening kepala adalah polis antara mahu mengekang dan mengejar serta menangkap mat rempit.

Pendekata Sabrey nak jadi jaguh dan idola baru kepada mat-mat rempit. Angkatlah lepas ni Rezal Nina Merican jadi penolong ketua mat rempit, sebab sebelum sampai ke kutub dah bawa mat rempit ni. Sabrey bawalah ke mana-mana tempat.

Penulis.. syor bawa ke Mekah saja bebeudak ini

Shabery Chik tidak setuju gelaran samseng jalanan

23/05/2009 7:25pm

SEREMBAN 23 Mei — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak bersetuju istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan gelaran mat rempit untuk merujuk kepada penunggang motosikal yang berlumba secara haram di jalan raya dan turut berkelakukan ganas.

“Gelaran samseng jalanan agak keterlaluan. Hanya segelintir sahaja dari mereka di kalangan mat rempit yang terlibat dengan jenayah manakala sebahagian besar lagi hanya anak muda biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata istilah mat rempit perlu ditukar kepada samseng jalanan di samping dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori kepada golongan ini.

Gelaran samseng jalanan lebih sesuai kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan itu boleh mengancam nyawa orang lain, katanya.

Ahmad Shabery berkata fenomena merempit merupakan satu ledakan budaya yang berlaku di mana-mana negara seperti yang dipaparkan dalam filem hollywood seperti Tokyo Drift dan The Fast and the Furious.

— LAGI SHABERY-REMPIT 2 (AKHIR) SEREMBAN “Keadaan ini sama dengan senario yang berlaku pada 80-an apabila masyarakat menentang budaya kumpulan motosikal scrambler dan tarian breakdance,” tambahnya.

Namun Ahmad Shabery tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan mat rempit yang dikatakannya memang sengaja mencari nahas kerana tidak mahu berlumba di tempat yang sudah disediakan.

“Mereka ini bukan berminat hendak berlumba secara betul. Kalau betul mereka serius nak aktif, mengapa tidak tubuh persatuan atau masuk persatuan lumba motor yang sedia ada,” katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa melihat kepada akar masalah ini iaitu peranan ibu bapa kerana banyak motosikal yang dipakai oleh remaja mat rempit merupakan milik ibu bapa mereka.

— BERNAMA