Monday, May 25, 2009

MB Mahkamah: Kenapa Zambry terasa ?

Adalah sesuatu yang 'mengejutkan' bilamana TGNA mengelarkan Zambry Kadir sebagai MB Mahkamah telah mendapat reaksi 'melenting' Zambry. Maknanya selama hari ini, semua orang ingatkan dia adalah robot atau buah bida yang digerak-gerakkan oleh tuannya.

Serangan simbolik TGNA dengan kata-kata sungguh menyengat sehingga Zambry tersentak daripada lamunan indahnya bahawa dia adalah MB Perak. Sebenarnya mantiq TGNA yang dislogankan menjadi 'lagu' utama para penceramah PAS setipap malam di seluruh pelusuk negara menenegahkan kedongengan UMNO lagak Pak Pandir menerajui pemerintahan negara yang semakin ke tahap kediktataoran dengan pelanggaran undang-undang tanpa henti, dengan membeli semua hakim dengan belian dan ugutan, inilah mainan UMNO.


Gelaran "MB Mahkamah" untuk Nizar: Zambry


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah" patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata, oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnya gelaran itu diberikan kepada bekas Menteri Besar Perak itu dan bukan dirinya.

"Proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lalu bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Terdahulu Zambry mengadakan perjumpaan dengan dua orang perenang Selat Inggeris, Zahra Ma'soumah dan Salman Ali Shariati Abdul Halim di pejabatnya di sini.

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telah pun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam bahawa langkah itu adalah pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satu-satunya jalan menentukan kerajaan mana yang ada majoriti.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan menyumbang RM30,000 bagi menampung kos perjalanan Zahra Ma'soumah, 18, dan Salman Ali Shariati, 12, yang akan berenang merentasi Selat Inggeris pada awal Julai ini serta anggota pengiring projek renangan berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda komitmen dan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha dua anak Perak itu yang telah pun mencatatkan beberapa kejayaan dalam bidang renangan sebelum ini.

Dua beradik itu sebelum ini berenang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 43 kilometer pada 2007 dan dari Pulau Pangkor ke Lumut sejauh 8.9 kilometer pada 2006.

Salman Ali adalah pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Anglo Chinese di sini manakala Zahra Ma'soumah yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Ipoh, akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Julai ini.

Bapa mereka, Abdul Halim Abdul Manaf, 49, seorang pensyarah di UiTM Seri Iskandar dekat sini meramalkan renangan Selat Inggeris dari Dover, England ke Calais, Perancis sejauh 38 kilometer dalam keadaan cuaca sejuk itu akan mengambil masa 14 jam. - Bernama


No comments: