Gara-gara pendapatnya kebetulan senada dengan kumpulan yang digelar pembangkang (Pakatan Rakyat), maka beliau terus dihukum dengan hukuman ala UMNO BN iaitu menunjukkan super powernya dengan bertindak memecat sahaja. UMNO sememangnya menyangka mereka akan berkuasa selama, dan kuat selama-lamanya, sedangkan orang yang mahu dipecat itu adalah orang yang mana ada perasaan, hatibudi serta ada juga pengikut.
Tindakan memecat Pengerusi Gerakan Pulau Pinang sedikit sebanyak menguntungkan Pakatan Rakyat kerana simpati boleh didapati daraipada orang yang bersimpati dan pengikut pengerusi Gerakan P Pinang ini. Minta UMNO BN buatlah banyak lagi kerja-kerja macam tu.
Dan inilah demokrasi dan kebebasan bersuara ala UMNo dalam BN.Inilah parti atau kumpulan yang membela perpaduan, inilah juga kumpulan yang membela bangsa dan negara mereka. Inilah rupa UMNo sebenar yang hodoh dan jelek, hentikan dan memalukan kaum dan bangsa sahaja dengan perlakuan politik murahan dan kebudak-budakan ini.
Mana dia minda kelas pertama yang di dasarkan dan diuar-uarkan. Siapa yang berminda kelas pertama kedua ketiga atau tidak berminda atau tiada kelas langsung minda mereka ?
Pemuda Umno Pulau Pinang sokong Dr Teng disingkir
GEORGETOWN: Pemuda Umno Pulau Pinang menyokong saranan seorang pemimpin kanan Gerakan supaya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, disingkir kerana kebanyakan pendapatnya bercanggah dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional.
"Kami setuju dengan pendapat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, yang mahu Dr Teng disingkirkan kerana mengeluarkan saranan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
"Kalau dilihat, kenyataan-kenyataan yang selalu dikeluarkan Dr Teng juga bercanggah dengan pucuk pimpinan dan seolah-olah membantah keputusan kerajaan," kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, kepada Bernama di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Huan berkata Dr Teng patut disingkirkan selepas mengeluarkan kenyataan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis, Chin Peng, pulang ke Malaysia.
Huan dilaporkan berkata pandangan Dr Teng itu telah menimbulkan kekeliruan di kalangan anggota parti serta rakyat dan ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian parti.
Norman berkata, Pemuda Umno Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya saranan Teng supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia kerana bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu masih "bernilai dan mempunyai ancaman tersendiri" walaupun parti itu sudah terkubur.
"Tidak mustahil dengan kembalinya Chin Peng akan menyuburkan fahaman komunisme dan ini akan membahayakan keselamatan negara," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment