Monday, May 25, 2009

Isu Perak: Antara adat dan ibadat

Manifestasi kemarahan manusia adalah pelbagai, tujuannya kemuncak rasa marah adalah melalui upacara demontrasi (yang disifatkan lebih ganas), ada juga secara senyap iaitu memboikot atau mengajak beramai-ramai untuk memulaukan sesuatu yang diboikot itu.

Dan ada juga manusia yang marah dengan mengadakan mogok lapar, daripada kedua-dua di atas yang manakah paling berkesan terhadap yang dimogokkan itu terpulanglah kepada persepsi dan tahap kecaknaan masing-masing.

Bagi kerajaan rakyat yang menganggap suara rakyat adalah suara keramat, di mana semua pihak dan institusi menghormati hak-hak orang lain berlandaskan perlembagaan dan penerimaan masyarakat negara masing-masing, ada kala protes ini cukup berkesan.

Sebagai contoh lihat sahaja negara jiran kita, kerajaan rasuah Tahksin Shinawatra kekal selama 1 penggal sahaja kerana kesalahan rasuah dan dipenuhi dengan pimpinan rasuah, maka dia ditumbangkan melalui demontrasi jalanan yang memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu hatta sampai ke bulan-bulan sekali tempohnya. Apa yang penting matlamat ahli yang memprotes itu sampai dan tertunai.

Kini di negara kita, pakatan rakyat Perak sahaja mengambil keputusan bersama untuk mengadakan mogok lapa selama 3 hari. Tindakan ini adalah rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Zambry Kadir sebagai MB sah katanya. Nizam adalah MB tidak sah.

Bagi Barat mogok ini adalah sudah diterima sebagai satu sistem nilai dalam masyarakat mereka, dan mereka amat menghormati atas apa yang pihak tersebut lakukan (mogok). Bagi kita di Malaysia bukan sahaja mogok itu diletakkan sebagai mempunyai nilai, hatta keadilan sendiri itu sudah tiada nilainya. Jika di barat masyarakat akan membuka mata dan tambah simpati terhadap perjuangan untuk mendapat hak mereka, malah masyarakat yang tidak terlibat dengan isu tersebut turut menyokongnya.


Kata UTUsan Malaysia/UMNO:-

Mogok lapar bukan budaya kita - Zahid

KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan rancangan pakatan pembangkang melancarkan mogok lapar tiga hari hanya membuang masa dan bukan budaya negara ini.

Katanya, pakatan pembangkang harus mengakui hakikat bahawa mereka sudah hilang suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

"Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah kelmarin, jadi pakatan pembangkang harus menghormati mahkamah walaupun keputusan tidak memihak kepada mereka.

"Keadaan ini sama juga sewaktu mereka meminta Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry diisytihar bukan Menteri Besar Perak yang sah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming memberitahu, pakatan pembangkang akan melancarkan mogok lapar mulai Selasa ini untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan DUN Perak.

Kor Ming berkata, kempen itu akan dirasmikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker, V. Sivakumar malah pelbagai program diatur sempena mogok bermula 10 pagi di Wisma DAP itu.

Tindakan itu berikutan kekecewaan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah kelmarin.



Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

Mohd Rashidi Hassan
Mon | May 25, 09 | 1:13:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Iklan

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._












No comments: