Tuesday, May 26, 2009

Siapa yang Keterlaluan dan melampau ?

Apa hak PEWARIS berkata demikian. Adalah menjadi hak seseorang anak , apatah lagi sebagai warganegara meminta apa yang hendak diminta. Penilaian mahu memberi hak atas tuntutan itu adalah bergantung kepada yang dituntut.

Tiada hak kita, menilai dan bukan kerja kita menilai ia sebagai tuntutan melampau atau tidak melampau. Jika tuntutan itu patut diberikan silakan, adakah dia menuntut sesuatu yang tidak boleh kita adakan, adakah mereka memohon isteri orang yang dituntuti itu, itu adalah tuntutan melampau, atau meminta supaya negara ini diberi separuh kepadanya.

Allah sahaja yang layak berkata demikian, jika kamu tidak bersetuju berhukum dengan hukum atau, sila buat bumi lain. Adalah keterlaluan orang yang bercakap begitu kepada orang yang lain supaya pindah dan jangan duduk di bumi Malaysia. Ingat sedangkan orang itu adalah manusia, Allah jadikan, begitu juga dengan negara dan bumi kita Malaysia, adalah bukan hak kita, tetapi hak Allah kita hanya sebagai pengamanah dan pelaksana dasar-dasar ALlah berdasar wahyuNya sahaja, bukan yang lain, bagi yang selain atau yang tidak ada arahan Allah itu pandai-pandailah kita urusankan.


Pindah ke negara lain jika nak buat tuntutan melampau - Pewaris

KUALA LUMPUR 25 Mei - Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.

Sehubungan itu juga, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Langkah tersebut katanya, mampu membantu negara untuk mencapai gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Justeru para pemimpin kerajaan diminta tidak mengalah terhadap tuntutan melampau pihak-pihak tertentu bagi memenuhi kepentingan mereka," katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang terbabit berpindah ke negara lain yang dirasakan selesa untuk tinggal daripada menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.

Beliau mengulas teguran Perdana Menteri terhadap sikap beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan yang cuba mengambil kesempatan daripada gagasan 1Malaysia dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Perdana Menteri semalam berkata, 1Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.

Ahmad Zaki berkata, sekiranya kumpulan yang mengemukakan tuntutan itu terdiri daripada golongan rakyat yang prihatin, sudah pasti mereka tahu untuk menilai sesuatu permintaan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, permintaan pihak tertentu seperti pertubuhan haram Hindraf memperlihatkan mereka seolah-olah bukan warganegara Malaysia kerana bertindak tanpa berasaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menegaskan, rakyat tidak boleh mengambil kesempatan ke atas konsep Satu Malaysia dengan sewenang-wenangnya berhasrat untuk mengubah identiti negara.

"Mereka ini tergolong di dalam pihak-pihak bersuara lantang yang cuba menukar dasar yang diamalkan oleh negara sejak sekian lama sehingga boleh mengakibatkan keharmonian negara terjejas.

No comments: