Ini (mogok lapar) adalah satu bentuk manifestasi penyataan sikap dalaman seseorang atau kesungguhan yang ditunjukkan oleh orang yang kena senda bahawa keadilan yang ditcari tuntut mereka melalui kaedah biasa yang digunakan itu amat tidak mereka capai atau puashati. Maknanya sistem keadilan kita atau negara kita ada sememangnya ada masalah.
Kita yang cinta keadilan, sentiasa akan menyokong terhadap usaha-usaha orang yang dinafikan haknya secara adil agar biarlah ia nampak adil. Barang diingati bahawa daripada 28 ADUN Pakatan Rakyat 6 adalah wakil PAS , maknnya 22 orang lagi adalah bukan Islam.
Apakah salah mereka mogok lapar, (salah besar menipu atau yang kena tipu) kerana kita nampak atau rujuk selalu Islam bila sahaja bab mogok lapar tidak digalakkan. Bagaimana dengan hukum-hukum Islam yang lain ? Perlanggaran atau tindakan-tindakan yang lain ? Islam redha atau izinkah kita selesaikan isu Perak dengan 'bergaduh berebut begitu' sehingga divideokan ? Justeru meletakkan sesuatu perkara mengikut pangsa-pangsa Islam dan mengukur Islam menjadikan Islam itu sendiri dipermain-mainkan dan dipersenda-sendakan. Adakah Islam benarkan sangat, muliakah sangat kita berhukum dengan hukum hukuman tinggalan Lord Reid. ini Apakah tidak dosa, adakah tuhan dosakan kepada mereka yang mogok lapar majoriti bukan Islam itu kerana diikuti oleh orang Islam ?
27, 2009
MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.
Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:
"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.
"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.
"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.
"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.
"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.
"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.
"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.
"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.
No comments:
Post a Comment