Saturday, May 23, 2009

Tanding DUN Manek Urai: UMNO rujuk TG Nik Aziz ?

http://2.bp.blogspot.com/_m_VceSh4Tb0/SHeLEdE3b4I/AAAAAAAAAag/8xq_K2UtKcA/s320/nik_aziz2.jpg



Sejak bila mereka letakkan Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan samataraf dengan Najib sebagai Presiden UMNO Malaysia. Kenapa dan mengapa highlight dan gunakan nama Nik Aziz mahu mengiakan dari segi kewajaran atau tidak mewajarkan BN mahu bertanding atau tidak di Manek Urai, Kelantan.

Justeru kalau mereka mahu dengar, kata Tok Guru sepatutnya dalam semua hal lah. lebaih-lebih lagi dalam soal Islam dan bernegara yang Islam mahukan.

Inilah yang kita pelikkan. Sebenarnya dengan UMNO kita jangan 'pelik' sangat, sebab UMNO adalah sememangnya spesis parti politik yang pelik. Lebih pelik lagi mereka bangga mempunyai MB haram yang dilantik oleh mahkamah rayuan walaupun mahkamah tinggi sudah memutuskan bahawa wakil umno itu tidak sah. Analoginya mudah walaupun sudah diberitahu makmum berwibawa bahawa imam (Zambry) dah terkentut dan tidak sah menjadi imam tetapi beliau masih mahu jadi imam kerana kain dia dah terkoyak nampak aurat. Imam yang sedia ada dan sedang mengimamkan solat mereka angkat dan usung secara tidak sah dengan membawa sama pihak-pihak yang tidak terlibat dalam hal atau urusan sembahnyang masuk campur dalam hal sembahyang itu.







DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

"Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

"Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

"Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan.

No comments: