Friday, February 16, 2007

Terima kasih daun keladi ..

Gemparlah seantero Malaya, ungkapan dailog popular filem-filem klasik P Ramlee. Semalam Perdana Menteri berkata, bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar itu turut membela nasib 143,000 guru melalui insentif khas guru pedalaman mengikut lokasi dan kesukaran perkhidmatan. Nilai duit elaun antara RM500 sehingga RM1500 sebulan ke.. rasa setahun la tu.

Tambahnya, mereka turut diberikan elaun ‘balik kampung’ sekali setahun beserta perlindungan insurans selain pembinaan rumah guru yang baru dan menaik taraf perumahan sedia ada.‘‘Guru yang mengajar di kawasan pedalaman ini perlu dibantu dan diberikan insentif kerana mereka menerima arahan dan sanggup berkorban menghadapi kesusahan. Inilah hero kita dalam perkhidmatan perguruan,” ujar beliau.
Maka tidak adalah khabar gembira yang mengembirakan para guru yang puluhan tahun berkhidmat di pedalaman. Penulis berharap penyelarasan dan pemberiaan itu diperjelaskan dengan sejelas oleh pekeliling JPA. Abah ucapakan terima kasih kepada PM dan tahniah dan syabas teruskan khidmat kepada rakan-rakan guru yang banyak menabur khidmat bakti di Sabah dan Sarawak. Guru-guru lain bersikap profesional dan jangan gelabah.
Memanglah kalau nak diulas banyak benda, pahit getir. maka kerajaan amat faham dan cukup memahami. Janganlah kakitangan jabatan lain rasa cemburu, itu aje...

Thursday, February 15, 2007

Siapa Pembela Islam ?

Minggu ini tiada berita sehebat cerita Zulhaidi Omar dari Batu Pahat, yang dikatakan tertukar sejak 29 tahun dahulu. Beliau dipelihara oleh sepasang pasangan Melayu yang bermasalah dan bertindak meninggalkan dia. Kemudian beliau dipelihara oleh sepasang pasangan Cina. Diberitakan oleh media dia tidak gembira dan mahu kembali kepada agama asal ibubapanya iaitu agama Buddha.
Penulis teringat lirik lagu "Kian" , luka sebagai umat islam semakin lama terhiiris tidak siapa yang tahu. Bagaimana 'tsunami' atau krisis nilai kepada umat Islam Malaysia. Rata2 hanya segelintir sahaja yang ada rasa dan perasaan sayu terhadap masa depan kepada Zulhaidi Omar. Harapan kita nak harap kepada sapa ? Jika kes atau hal ini berlaku di dunia luar tentulah tidak macam mana berlaku kat negara kita. Itulah hujah yang paling naif daripada penulis, hujah streotaip dan diulang-ulang.
Janji Allah akhir zaman Islam kembali dagang , kegeldangan dan kedagangan islam, di serlahkan, kita letakkan harapan kepada yang diharap, kita mahukan pulangan dan jagaan kepada pihak yang wajar menjaga, islam tidak terjaga-jaga juga. Tidak usahlah kita menunjuk tangan atau jari telunjuk kepada orang atau pihak yang ditunjuk, kerana itu semua sudah letih. Nampaknya orang yang berkuasa dan ada kuasa pun dah letih ?
Ini kes terpencil mungkin itu jawapan mereka. Berapa banyak kes2 seumpama Zuhaidi Omar dah sedang berlaku, wallahualam bissawab...
Abah.... Allahua akhbar, Allahua akhbar

Main-main atau bermain-main ?

Bila menteri dalam kabinet Malaysia main-main, atau bermain-main dengan tugas serta tanggungjawab. Isunya tidak lah besar sangat iaitu KKDN tawarkan cabutan bertuah sebuah kereta MyVy bagi pemegang bertuah pembuat My Kad satu ketika dahulu. Janji tidak ditunaikan sebaliknya , kementerian yang diambil oleh menteri Baru bangkitkan ia sebagai satu tindakan bodoh. Sebarang bentuk tindakan atau apa sahaja pengucapan kita akan menjadi sejarah dan perisitiwa bersejarah bagi negara. Apatah lagi jika ia dilakukan oleh seorang menteri.
Atas sifat sebagai seorang Islam mengaku salah dan memperbetulkan kesalahan diri atau orang lain adalah baik. Langkah ini amat kita alu-alukan dan hargai. Cuma sedikit sahaja bilangan orang yang mahu mengaku salah dan memperbetulkan kesalahan, apa tah lagi melibatkan urusan dengan orang ramai bagi sesebuah negara.
Rakyat mudah dipermain dan mainkan, umpama seorang budak hingusan, tawarkan benda, gula-gulakan semua tindakan dengan ganjaran, rangsangan, di mana akhirnya rakyat terdidik secara langsung dengan perkara-perkara seumpama itu.
Selepas rakyat dilekakan, dirangsang dan dididik seumpama itu, kerajaan nanti akan marah dengan macam2 yang dilabelkan. Berbudaya makan suaplah, mentaliti subsidi lah, budaya masih lagi bergantung kepada tongkatlah . Semua istilah-istilah di atas adalah untuk dinegatifkan sesuatu bangsa dalam negara itu.
Selepas ini, cakap tidak serupa bikin ini akan berlaku pula dalam pilihanraya umum yang akan datang tidak berapa lama lagi.
Dua berita dan pemberitaan yang berbeda dalam dua buah akhbar berbahasa Melayu. Pertama kegigihan seorang wanita bekerja 18 jam sehari kerana kesempitan hidup di Melaka, bagi membantu suaminya membesar dan menyekolahkan lima daripada enam anak mereka termasuk seorang yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, di sini.

Faridah berkata, dia terpaksa berkerja keras termasuk mengambil upah menjahit baju berikutan pendapatan suaminya yang bekerja memotong rumput secara kontrak tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan kehidupan mereka sekeluarga terutama pelajaran anak mereka.Katanya, gaji suaminya hanya RM500 sebulan manakala pendapatan yang diperoleh dengan mengambil upah menjahit baju tidak menentu kerana ia bergantung kepada keadaan.“Bayangkan dengan pendapatan suami saya sebanyak itu, manalah cukup untuk kami hidup dengan selesa anak-beranak kerana perbelanjaan sekolah budak-budak saja lebih dari segalanya.“Tiga anak kami yang belajar di tahun satu, empat dan lima termasuk seorang lagi yang menuntut di tingkatan empat manakala yang paling kecil pula akan memasuki tadika tidak lama lagi,” katanya.Faridah berkata, perbelanjaan persekolahan anak kedua mereka yang menuntut di tingkatan empat untuk sehari saja perlu disiapkan sebanyak RM5 termasuk wang tambang bas dan wang saku. Katanya, itu tidak termasuk perbelanjaan lain bagi anak mereka yang belajar di sekolah rendah dan UiTM.“Kami langsung tidak menerima bantuan bulanan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mahupun mana-mana pihak.“Malah, kami juga terpaksa menyewa rumah awam untuk sementara dengan sewa sebanyak RM100 sebulan,” katanya.
Dia mendakwa pernah memohon pinjaman untuk membeli sebuah mesin jahit tetapi ditolak kerana masih mempunyai suami. “Bagaimanapun saya tetap bersyukur apabila terpilih untuk menerima sumbangan bantuan wang tunai daripada Majlis Agama Islam Melaka (Maim) hari ini sebanyak RM200 termasuk sekampit beras dengan bantuan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri dan ia sekurang-kurangnya dapat meringankan kesulitan yang kami hadapi ini,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan bantuan kepada fakir miskin di pejabat Maim di Bangunan Graha Maju dekat sini, semalam..
Sementara berita kedua, dilaporkan suami minta gaji isteri sara keluarga. Katanya saya sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Masalahnya suami saya kedekut dan suka mengharapkan duit gaji saya. Oleh kerana dia melihat gaji saya kini hampir sama dengan gajinya, dia menyuarakan hasrat supaya saya membantunya dalam perbelanjaan bulanan. Adakah dia mempunyai hak untuk meminta gaji saya; setakat mana hak suami terhadap saya dan adakah benar dia tidak boleh meminta duit daripada saya. Selain itu, adakah benar sekiranya saya memberinya wang, itu dikira hutang kepadanya; suami saya terlalu kedekut dan bolehkah saya mengambil wangnya untuk membeli keperluan saya dan anak tanpa pengetahuannya. Malah, suami saya juga tidak mahu memberitahu ke mana wang gajinya pergi setiap bulan. Saya pernah meminta dia menyenaraikan segala perbelanjaan tetapi dia enggan.
Makna dua orang isteri yang bebeza latar belakang pendidikan. Mungkin kerana corak hidup yang berbeda. Apa pun itulah asam garam dan realiti dunia. Penulis tidak mahu menghukum antara dua suami dan isteri mereka masing2. Cuma kita mahukan dalam kerukunan hidup terpancar keikhlasan. Kes pertama suami pertama kurang pendidikan, kerja kuat, ikhlas kepada isteri dan anak-anak. Isteri simpati sama-sama bangunkan dan majukan keluarga. Kes kedua suami isteri tinggal dibandar besar, berpendidikan, mahu hidup senang dan glamour kot, masing-masing curiga mencurgailah tu, keikhlasan tiada, pihak masing2 anggap dialah betul dan benar.
Apa pun penulis, mau respon dengan satu artikel dalam akhbar di negara kita dua tiga hari kelmarin. Tajuknya bukan bermakna kekal lama berumahtangga itu hidup berkeluarga berkualiti. Rencana di atas menidakkan macam mana orang zaman era 60 an dan 70an berjaya kekalkan rumahtangga tak bercerai berai keluarga, namun hidup berkeluarga mereka tidak ada kualiti.
Memanglah nilai 'kualiti' adalah mengikut ukuran sezaman. Kita tidak boleh mengklasfikasikan kualiti hidup berkeluarga zaman nenek moyang sama dengan zaman globalisasi. Ukuran sezaman sudah berbeda. Sememangnyalah matlamat akhir kualiti dan kepuasan. Jika jawatan atau kuasa peringkat akhir mahu sebagai PM, pegawai matlamat akhirnya naik pangkat menjadi ketua pengarah. Hartawan matlamat akhir mahu sasarkan ke tahap Jutawan. Pendekata semua orang mahu kejarkan kualiti hidup dalam kehidupan. Seandai matlamat itu tidak tercapai adakah kita nak anggap hidup mereka tadi tiada kualiti. Hatta tugas dan jawatan yang anda pegang kini pun tak kanlah tiada kualiti.
Jika lah kita nak terima begitu. Marilah kita katakan kepada penulis yang menulis artikel berkenaan hal ini , kita katakan tiada kualiti penulis atau wartawan awak zaman ini, berbanding zaman sebelumnya.. kerana mereka (wartawan) mampu menjana dan membuat perubahan, kerana mereka pencetus dan penjana semangat nasionalisme Melayu. Mereka adalah golongan reformis duduk dibarisan hadapan, membangkit dan menjana jati diri bangsa bangun menentang penjajah waktu itu. Berbanding awak(penulis artikel di atas) apa yang awak buat sekadar jurulapor, tidak lebih daripada itu, apa sumbangan anda selain daripada maka gaji. Jika inilah yang kita mahukan kualiti dalam bidang kewartawanan. Cuba awak pulihkan masalah sosial dalam masyarakat dengan cetuskan kesedaran. lakukan perubahan , macam mana ?
Abah.... cermin diri, cari salah orang memang sedap

Wednesday, February 14, 2007

Pemikiranan Ala Sister In Islam (SIS)..

Berita paling menyedihkan untuk dikongsi bersama, ini adalah atas sikap, iaitu sikap tolak ansur. Kita perlukan satu pemahaman dan kefahaman yang jelas. Maka dapat disimpulkan dan digambarkan inilah bentuk dan corak pemikiran sebahagian besar para pembuat dasar dan juga pelaksana dasar.
Isu atau subjeknya begini, ..Guru diminta oleh Ketua Pengarah jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Datuk Azman azmin Hassan memainkan peranan dengan menganjurkan amalan dan kegiatan-kegiatan yang menyatupadukan murid dan menggalakkan mereka berinteraksi secara bebas, bukan memecah-belahkan mereka. Kita tidak mahu timbul isu kerana guru atau ustaz serta ustazah berpandangan sempit dalam soal agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan sesama murid, katanya.
Beliau berkata, amalan itu telahpun diberhentikan di semua taman bimbingan kanak-kanak yang ditadbir oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.Kita tidak mahu anak-anak kecil bukan Islam nanti membaca doa apabila pulang ke rumah masing-masing. Ini boleh menyinggung perasaan ibu bapa mereka, katanya.Beliau yang membuat kenyataan itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.
Walaupun kecil dan nampak kecil, kita sendiri mengaggal dan mengasingkan agama dalam urusan kehidupan. Demi untuk mendapat pujian dan sanjungan yang bukan Islam, kita tidak bersikap sebagai sikap seorang Islam. Jika kita nak membuat bandingan dan membandingkan. Bagaimana kumpulan, pertubuhan, orang-orang atau individu yang beragama lain, berlumba-lumba mengamalkan dan menunjukkan agama mereka dalam setiap sudut dan segi.
Bayangkan semasa kita ada kuasa dan diberi kuasa, kita tidak mampu untuk merencanakan apa-apa yang bawa kebaikan kepada kita. Saya teringat semasa peristiwa satu hari semasa saya dan seorang ustaz berkunjung dan ziarah sahabat ustaz yang bersama-sama saya bertemu dengan seorang Timbalan Mufti di salah sebuah kerajaan negeri. Banyaklah isu dan perkara yang dibualkan, antara yang masih segar dalam ingatan saya, soalan ustaz sahabat saya ini kepada Timbalan Mufti, isunya bab berdoa kepada pemerintah, tanya kenapa dibuat seolah-olah diwajibkan, jika tak baca akan dipecat, surat tunjuk sebab, dan lebih hebat dipanggil ke istana untuk disoal siasat. Jawab Timbalan Mufti tersebut, soalan jawapan berbentuk pertanyaan kepada ustaz sahabat saya , adakah salah kita menasihati atau mengajak pemerintah ke arah kebaikan. Tambahnya sekurang-kurangnya ada bentuk nasihat yang kita berikan, lebih baik daripada kita yang komen itu dan ini maka tidak sumbangkan apa-apa. Katanya lagi saya pelik dengan sikap orang kita.
Maka berbalik kita dengan sikap Dato Ketua Pengarah tadi, atas anjuran tolak doa ini, berpunca dari aduan ke, atau sesaja mahu menjaga perasaan orang lain ke dan kaum lain ke. Pada hal berdoa itu adalah minta kesejahteraan dan kebaikan kepada semua. macam mana boleh memecah belahkan. Jika ditanya kepada ibubapa pelajar2 yang bukan Islam tentu dia pun suka kita , minta doa kesejahteraan sama atas anak dia. Guana boleh tersinggung. Jika dihafalpun maksud doa tentu budak bukan Islam cakap dan minta benda yang sama. Adakah doa ini minta keburukan, bala, minta mati dan mampus bangsa atau umat lain.
Penulis tak faham apa yang ada dalam benak dan kotak kepala Dato Ketua Pengarah. Dalam Pelan Integrasi Nasional tidak sendi ke agamaan kot. Mungkin beliau seorang pelaksana dasar yang hebat. By rule.....
Bantah atau tidak bantah, samada setuju atau tidak bersetuju, empangan Klau akan diteruskan projeknya. Berilah 1001 dengan pelbaai alasan dan hujah. namun pilihannya adalah tetap diteruskan, petaka dan bencana serta musibah ke depan biarlah orang masa itu fikirkan. Inilah bentuk dan jenis pemimpin bersultan di mata, beraja di hati.
Sebenarnya, rakyatlah kena bangkit dan bangun untuk berbuat sesuatu. Bentuknya semacam peringat ALlah SWT berikan tsunami banjir kepada penduduk Johor. Jika kita sekadar membentuk jawatankuasa bertindak, forum melalui media , tindakan ini tidak ke mana.
Maka ikutilah, laporan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memberi bayangan Projek Empangan Kelau di Raub, Pahang, akan diteruskan kerana ia memberi lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
Menterinya, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata kemusnahan flora dan fauna di tapak Empangan Kelau tidak dapat dielak, tetapi projek pembekalan air itu memberi manfaat lebih besar kepada orang ramai terutama rakyat Selangor dan Kuala Lumpur."Memang banyak khazanah tapi kesan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar) sudah dikaji dan diluluskan, kita tidak boleh elak kemusnahan flora dan fauna kerana alam kita memang begitu banyak."Tapi kebaikannya (projek Empangan Kelau) bila dibandingkan dengan kemusnahan (yang dibawanya)... kalau yang baik lebih besar, kita terpaksa (teruskan projek)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan agensi swasta di sini, semalam.Hadir sama, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abdul Razak Mohd Ali. Harian Metro sebelum ini melaporkan kira-kira 14,000 penduduk berhampiran tapak pembinaan Empangan Kelau, Pahang, khuatir pelaksanaan projek itu kelak akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka pada masa depan termasuk menghadapi kemungkinan banjir besar, selain menjejaskan alam sekitar.Ini kerana, penduduk mendakwa, 16 peratus daripada 1,055 hektar Hutan Simpan Lakum akan ditenggelamkan untuk membolehkan projek empangan itu dilaksanakan.
Pengerusi Badan Bertindak Pemuliharaan Hutan Simpan Lakum, Zubir Harun, berkata tindakan itu akan menjejaskan kualiti udara dan air, mengancam flora dan tumbuhan, menghapus flora dan hidupan liar serta menjadikan kawasan terbabit berisiko tinggi dilanda banjir.Pembinaan empangan itu bagi melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Antara Negeri dari Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) bagi mengelak berlaku krisis air di Lembah Klang pada masa depan.Ditanya apakah kerajaan sudah memberi 'lampu hijau' untuk membangunkan Empangan Kelau, Azmi berkata setakat ini, kerajaan pada dasarnya sudah membuat keputusan cuma tarikh pelaksanaan belum ditentukan lagi.

Tuesday, February 13, 2007

Apa Dah jadi ni.....

Pulang semula wang ihsan, itulah ungkapan tertera dalam sebuah akhbar pada hari ini.

Dilaporkan kisah mangsa banjir di Johor telah diagihkan wang bantuan kecemasan oleh kerajaan , nama wang tersebut adalah wang ihsan, wang ini adalah wang kerajaan dalam akuan yang disatukan menjadi hak dan milik rakyat Terengganu, Namun tabung ini diwujudkan bagi menyimpan hasil royalti minyak Petronas kepada kerajaan Terengganu. Wang ini wujud kerana Kerajaan Pusat semasa parti PAS memerintah selepas PRU ke 11 pada tahun 1999 dulu.
Dijelaskan orang ramai diminta memulangkan semula wang ihsan RM500 sekiranya sudah mengambil lebih daripada kelayakan iaitu satu rumah satu bantuan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Kenyataan ini ditegaskan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Norizan Kulop ketika ditemui menyelaraskan bantuan wang ihsan (peralatan rumah yang rosak) pemberian Kerajaan Pusat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.Norizan berkata, pihaknya perlu teliti dan berhati-hati sebelum menyerahkan wang tunai Tabung Bencana Negara itu kepada mangsa banjir yang layak saja.Beliau berkata, wang yang disalurkan melalui kerajaan negeri diisi dalam sampul surat yang dicatatkan nombor siri sebagai rujukan penerimaan.Katanya, antara kelayakan menerima ialah satu rumah kediaman layak satu bantuan saja, berstatus warganegara Malaysia, berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika atau selepas banjir dan dari kawasan yang dikenal pasti dilanda banjir yang menyebabkan kemusnahan.Beberapa kaunter dikelolakan kakitangan JKM dan Pejabat Daerah dibuka di situ untuk semakan status mangsa banjir yang layak tetapi masih belum menerima bantuan RM500.Pada 3 Februari lalu, sebahagian besar mangsa banjir berdaftar dan diiktiraf layak sudah menerima wang ihsan itu yang diagihkan di lokasi pusat pemindahan yang pernah mereka tinggal sementara, sebelum ini.Serahan seterusnya dilakukan pada 5 Februari di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Jalan Bukit Kerajaan manakala nama mereka yang tercicir disemak semula dan difahamkan akan menerima wang ihsan itu dalam tempoh dua minggu.Norizan yang juga Pengerusi Bencana (Banjir) Daerah, berkata orang ramai mesti jujur dengan diri sendiri dan tidak melakukan pemalsuan tuntutan kerana tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka.“Kita menghargai sikap bertolak ansur mangsa yang nama mereka tercicir dan diminta bersabar seterusnya memberi kerjasama penuh kepada petugas. Mereka tak perlu khuatir mengenai hak mereka kerana akan menerima bantuan itu sebaik penyelarasan semakan daftar dan pengesahkan dimuktamadkan,” katanya. Difahamkan, petugas meneliti senarai daftar induk yang mengandungi lebih 7,500 nama ketua keluarga mangsa banjir kerana didapati berlaku keciciran nama pendaftaran mangsa banjir gelombang kedua, pendaftaran berulang dan alamat sama digunakan beberapa individu lain.Dalam tempoh itu, terdapat beberapa individu yang disifatkan jujur dan bertanggungjawab dengan bertindak menyemak semula nama mereka dan memotongnya dari senarai induk kerana sudah menerima wang bantuan itu sebelumnya.Difahamkan pemotongan nama dilakukan bagi mangsa yang mendaftar lebih sekali disebabkan berpindah ke pusat pemindahan berlainan dalam tempoh banjir atas sebab-sebab yang diizinkan.Kes itu meliputi tindakan mangsa mendaftar di dua tempat yang berlainan ketika dua kejadian banjir manakala mereka yang mendaftar di Sekolah Agama dan Balai Raya Taman Kota Jaya berpindah semula ke pusat pemindahan lain kerana penempatan itu dinaiki air pada 14 Januari lalu.Terdapat juga kes sebaik mangsa mendaftar dan mendapati pusat pemindahan itu sesak dan kurang selesa, mereka berpindah dan mendaftar ke tempat lain atau menumpang di rumah kenalan atau saudara mara.Senarai itu semakin bertambah apabila mereka yang tidak mendaftar di pusat pemindahan mendaftar di JKM selepas banjir surut.Bagi alamat yang didapati mempunyai persamaan, siasatan dilakukan kerana terdapat kesahihan beberapa rumah kediaman yang dibina atas lot tanah yang sama dan menggunakan satu alamat surat menyurat saja
Justeru kita nak ingatkan, inilah bahana hak tetap menjadi hak. JIka wang kita uruskan secara baik wang ihsan dah tentulah ia tidak celaru dan menjadi celaru. Semua ini adalah ada iktibar belaka. Sepatutnya ulama dan umara boleh dah berfikir, kesejahteraan apa kah yang mahu , dan keredhaan apa yang dicari. Urus tadbir negara secara berhemah. Mengakui kesilapan bagi orang Islam tidak salah, tetapi membiarkan kesilapan itu terus terusan adalah cukup parah dan buruk, kerana kesilapan tidak dibetulkan akan terus kekal dan akan diteruskan pula, dan disambungi kesilapan itu dari satu generasi ke satu generasi menjadi satu warisan. Paling malang dan teruk negara dan bangsa bagi rakyat negara itu.
Fikir-fikirkanlah

Panas dan Kurang Air Salah Siapa

Saintis ramal 2007 catat rekod paling panas secara global berbanding 1998.
PADA 2003, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa krisis air dunia begitu parah dan sebarang usaha untuk menangani masalah kebuluran akan mengambil masa hampir 30 tahun.


Amaran berkenaan berasaskan laporan disediakan oleh ‘World Water Assessment Programme’ (WWAP) yang menyatukan usaha 23 agensi PBB dan berpejabat di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (Unesco).Laporan bertajuk ‘Air Untuk Manusia, Air Untuk Hidup’ disediakan untuk Forum Air Ketiga, yang diadakan di Kyoto, Jepun pada tahun sama. Menurut laporan berkenaan, menjelang 2020, purata bekalan air bagi setiap orang di dunia dijangka merosot satu pertiga daripada sekarang dan 25,000 orang mati setiap hari akibat kebuluran, dengan anggaran 815 juta orang yang lain menderita kerana pemakanan tidak seimbang.Menyedari keperluan mendesak untuk menangani krisis air global, PBB memilih air sebagai tema untuk Hari Alam Sekitar 2003 iaitu ‘Air - Dua Bilion Orang Menunggu Maut Kerananya’. Badan dunia itu pada tahun berkenaan turut mengeluarkan beberapa fakta utama mengenai air yang sewajarnya sudah mencetuskan kegelisahan pada semua peringkat di merata dunia. Antara fakta yang mengejutkan termasuk dalam tempoh 25 tahun, separuh daripada penduduk dunia mungkin akan menghadapi masalah mencari air bersih yang mencukupi untuk minuman dan pengairan. Buat masa ini, lebih 80 negara, mewakili 40 peratus jumlah penduduk dunia diancam masalah kekurangan air yang serius. Menurut PBB, keadaan mungkin menjadi bertambah meruncing dalam tempoh 50 tahun akan datang memandangkan pertambahan bilangan penduduk di samping peningkatan suhu bumi yang mengganggu pola taburan hujan. Asia Barat, menurut PBB menghadapi ancaman paling besar di mana lebih 90 peratus daripada penduduk rantau berkenaan mengalami masalah air meruncing, dengan penggunaan air melebihi 10 peratus sumber air bersih yang boleh diperbaharui. Di dalam negara, memandangkan banjir besar yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini terutamanya Johor yang dilanda gelombang banjir sebanyak dua kali dalam tempoh kurang sebulan, sudah tentunya kemelut air tidak menjadi fokus pemikiran sesiapa buat masa sekarang. “Tanpa disangkal lagi air adalah sumber yang semakin mengecil,” kata Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dr Loh Chi Leong dalam temu ramah dengan Bernama baru-baru ini. Menurut beliau, secara umumnya, orang menganggap ada banyak bekalan air, justeru tidak ada yang perlu dibimbangkan. “Meskipun air meliputi 75 peratus permukaan bumi, 97.5 peratus daripadanya ialah air masin dan hanya 2.5 peratus daripada air dunia adalah air bersih dan itu pun kebanyakannya dalam bentuk beku dan sesetengahnya pula di bawah tanah. “Secara umumnya diperakui bahawa kurang satu peratus air dunia boleh diperoleh untuk kegunaan manusia. Itu yang kita panggil sebagai air bersih yang boleh selamat diminum. Kebanyakan air ini adalah dalam bentuk air permukaan iaitu sungai, tasik dan sebagainya di mana 50 peratus daripadanya tercemar,” tambah Dr Loh. Di sesetengah negara, air semakin menjadi isu serantau terutama apabila negara berkongsi sungai, menjadikan timbulnya persoalan siapa lebih dulu berhak untuk mengambil air itu. “Tidak ada perjanjian antarabangsa untuk menangani masalah bekalan air apabila sungai mengalir melalui negara yang berbeza. Kemungkinan yang boleh berlaku ialah apabila tercetus krisis, negara berkenaan mungkin terlupa mereka adalah jiran. “Itu sebabnya mengapa PBB meramalkan perang mungkin meletus kerana perebutan air. Harap-harap perkara itu tidak akan berlaku tetapi seharusnya ia menjadi satu peringatan,” kata Dr Loh. Perubahan iklim sememangnya memberi impak kepada kehidupan kita dalam pelbagai cara yang aneh. Glasier (timbunan besar ais) sebagai contoh. Kebanyakan sungai di dunia seperti di Asia iaitu Sungai Mekong dan Sungai Indus menerima bekalan airnya daripada pencairan glasier. Lazimnya, glasier menerima penambahan salji dan ais ketika musim sejuk dan ia akan perlahan-lahan menjadi cair pada musim bunga dan panas. Pencairan glasier memberikan aliran air yang berterusan kepada sungai. “Apa yang berlaku sekarang ialah salji musim sejuk dan ais di glasier menjadi cair lebih pantas dengan meningkatnya suhu musim bunga, menyebabkan paras air musim bunga yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan banjir serta menghasilkan kurang aliran pada musim panas. “Trend ini sedang berlaku dan ia menjadi bahan berita sejak tiga tahun kebelakangan ini,” kata Dr Loh. Buat Malaysia dan rantau yang mengelilingi negara ini, menurutnya, sesetengah pengkaji iklim meramalkan sehingga sebanyak 20 peratus lebih hujan berdasarkan 1-3 darjah kenaikan dalam suhu global. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, lebihan hujan berkenaan akan berlaku dalam bentuk ribut petir yang teruk. “Lebih banyak hujan dalam bentuk ribut petir bermakna lebih banyak air yang akan mengalir deras terus ke sungai, meningkatkan risiko banjir dan pada masa sama yang menjadi paradoksnya kurang air diserap bumi serta tumbuhan, bermakna juga kurang air yang ada untuk bekalan air minuman,” tambah Dr Loh. Pada masa sama, beliau berkata sebagai kombinasi dengan kesan El Nino, ahli kaji cuaca meramalkan 2007 akan mencatat suhu global paling tinggi. “Pada pandangan saya tahun ini, kita akan melihat bermacam-macam kejadian yang ada kaitannya dengan cuaca di seluruh dunia,” Dr Loh memberi amaran. Pada awal Januari tahun ini, ahli saintis yang mengkaji perubahan iklim sudah membuat ramalan bahawa tahun ini ‘berkemungkinan mencatat rekod tahun paling panas secara global, menewaskan rekod yang dicatat pada 1998.’ Menurut laporan dalam laman web Environment News Service (ENS), ahli sains di Pejabat Kaji Cuaca British yang mendedahkan ‘ramalan menggemparkan’ berkata potensi untuk 2007 mencatat tahun paling panas itu berpunca daripada bentuk pemanasan El Nino yang sudah berlaku di Lautan pasifik. Ahli sains berkenaan berkata impak El- Nino akan berlaku sepanjang beberapa bulan pertama 2007. Menyuarakan kebimbangan sama, Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizikal dan Astronomikal Filipina (PAGASA) dipetik sebagai berkata impak El Nino akan lebih terasa pada tempoh enam bulan pertama tahun ini.El Nino adalah fenomena cuaca yang bercirikan ginjatan atau turun naik suhu di permukaan air Lautan Pasifik Timur tropika. Fenomena ini lazimnya berlaku sekitar sambutan perayaan Krismas di Lautan Pasifik dan berlarutan selama beberapa bulan tetapi mungkin berlanjutan hingga Mei dan Jun. Kesan secara langsung El Nino termasuk keadaan cuaca lebih kering yang mungkin mengakibatkan berlakunya kemarau berpanjangan di sesetengah bahagian Asia Tenggara dan Australia Utara. Keadaan berkenaan meningkatkan kemungkinan berlaku kejadian kebakaran belukar dan keadaan jerebu yang teruk serta menjejaskan kualiti udara. El Nino juga pernah dipersalahkan di atas berlakunya banyak kejadian taufan besar. Peningkatan suhu bumi dan El Nino khususnya mungkin sudah berada di depan mata kita tetapi impak iklim yang teruk ini termasuk krisis air masih boleh kita tangani seandainya kita bertindak sekarang. INTI PATI
Lebih 80 negara, mewakili 40 peratus jumlah penduduk dunia diancam masalah kekurangan air yang serius. Menurut PBB, keadaan mungkin menjadi bertambah meruncing dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Asia Barat, menurut PBB menghadapi ancaman paling besar di mana lebih 90 peratus daripada penduduk rantau berkenaan mengalami masalah air yang meruncing, dengan penggunaan air melebihi 10 peratus sumber air bersih yang boleh diperbaharui.

El Nino adalah fenomena cuaca yang bercirikan ginjatan atau turun naik suhu di permukaan air Lautan Pasifik Timur tropika. Fenomena ini lazimnya berlaku sekitar sambutan perayaan Krismas di Lautan Pasifik dan berlarutan selama beberapa bulan tetapi mungkin berlanjutan hingga Mei dan Jun.
Kesan secara langsung El Nino termasuk keadaan cuaca lebih kering yang mungkin mengakibatkan berlakunya kemarau berpanjangan di sesetengah bahagian Asia Tenggara dan Australia Utara.
Keadaan berkenaan meningkatkan kemungkinan berlaku kejadian kebakaran belukar dan keadaan jerebu yang teruk serta menjejaskan kualiti udara. El Nino juga pernah dipersalahkan di atas berlakunya banyak kejadian taufan besar.

Jalanraya Oh Jalanraya

Semalam dilaporkan oleh Bahagain Trafik PDRM, selepas pelancaran OPS Sikap 2007, jumlah kemalangan maut dicatatkan 24 orang dlm tempoh satu hari berbanding dengan 2006 , dengan 14 kes. Angka demi angka yang tidak sedikit diusahakan oleh PDRM bagi meminimakannya. Kita amat bersimpati dan teruja dengan usaha gigih dripada PDRM.
Sebenarnya, usaha yangditangani oleh PDRM adalah ibarat 'pengguna jalanraya' yang boleh diklasifikasikan sebagai buah yang sudah masak. Sepatutnya kita semua memasyarakatkan mendidik pengguna jalanraya dengan ilmu-ilmu jalanraya , seawal usia termasuklah oleh kementerian penerangan melalui tv, kementerian pelajaran melalui sukatan dan pendidikan seumur hidupnya. Pendekata pemikiran, tatacara kaedah guna dan kepenggunaan jalanraya sudah terdidik menjiwai semua masyarakat. Justeru kemalangan dapat dikurangkan selain sokongan alasan oleh faktor-faktor sikap, keadaan jalanraya dan prasarana, kenderaan itu sendiri dan sebagainya.
Jika tidak direduce kembali, dan dimulai maka jadilah sebagai yang terjadi, buatlah kempen dan usaha pengguna masih degil, kerana hukuman undang-undang adalah jalan atau pilihan terakhir.

Monday, February 12, 2007

Tiada apa yang tak kenanya jika kita mengimbas seklai lalu tajuk di bawah 'Joget akan dipromosi sebagai 'world music. Menurut laporan berita tersebut tarian joget yang juga dikenali sebagai ronggeng dalam kalangan masyarakat Pantai Timur, akan dipromosikan di persada antarabangsa setaraf tarian Samba dari Brazil yang menjadi tarikan dunia.Usaha mempromosi Joget kepada dunia akan dilakukan tidak lama lagi oleh sebuah syarikat produksi, Real Pictures Sdn Bhd, dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) yang akan membawakan tarian masyarakat Melayu itu menerusi program "Malaysian Rhythm Heritage Ensemble-Joget" ke kota-kota masyhur dunia seperti London, Paris dan Frankfurt. Penerbit dan Pengarah Artistik syarikat berkenaan, Nik A. Azmi berkata persembahan itu akan diterajui ahli muzik percussion terkenal dari kumpulan Asia-Beat, Lewis Prasagam, Kumpulan Kesenian Sunan Sri Wijaya Darul Naim dan pelajar Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA)."Melalui persembahan yang melibatkan kira-kira 50 penari dan pemuzik ini, kita akan menggabungkan elemen joget tradisional dan kotemporari dengan harapan ia akan diterima sebagai rentak dan irama dunia," katanya kepada Bernama selepas pratonton persembahan itu di Panggung Eksperimen Aswara di sini hari ini.Turut hadir menyaksikan persembahan selama kirakira sejam itu ialah Ketua Setiausaha KeKKWA, Datuk Zakiah Ahmad dan Ketua Pengarah Aswara, Omar Awang.Azmi berkata idea untuk membawa joget ke persada antarabangsa adalah selaras dengan hasrat Menteri kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mahu mempromosi keunikan dan kekayaan seni dan budaya masyarakat negara ini kepada masyarakat dunia.
Selain menyajikan tarian joget dan tarian kotemporari lain, dengan iringan paluan pelbagai gendang etnik masyarakat Malaysia seperti rebana, gendang silat, tavil dan dhol (gendang India) dan drum moden, persembahan itu akan menampilkan persembahan nyanyian oleh artis baru seperti Haziq dan Zila, bakat yang lahir daripada program realiti TV Akademi Fantasia.Antara keistimewaan persembahan itu nanti ialah konsep dan susunan muzik yang bertenaga dan unik yang mampu membuat para penonton terpaku, mulai acara buka panggung sebagai permulaan hingga ke segmen finale iaitu persembahan "Joget Malaysia".
Teringat kita, dengan musibah besar rakyat selatan tanah air yang baru lalu, ditimpa musibah banjir atau bah besar sebanyak dua kali. Jika dimuhasabah dan dihitung tentulah kita 'dah terantuk baru kita terngadah'. Ini tidak kita masih nak menguasahakan secara berskala besar joget ini ke pasaran dunia.
Apa yang tak kena dengan cara berfikir dan apa yang kena caranya, masing2 boleh buat nilaian dan telahan. Kita dimaklumkan dan diuarkan kerajaan Johor sebelum ini , begitu 'galak' dan hebat mempromosikan tarian zapin daripada peringkat akar umbi (anak kecil) sehingga ke warga emas hingga ke peringkat kebangsaan. Betapa besar skala maksiat yang ditaja, masa diambil dan duit rakyat dibazirkan, manfaatnya sekadar 'puas' kita berjaya.
Semua guru-guru amat mengalu-alukan langkah kerajaan hendak menambah elaun insentif (RM500 hingga RM1,500) kepada guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.Jika benar bagai dilaporkan. Kita tidak usahlah menjelaskan apa-apa yang semua sudah jelas ,terlalu banyak yang mereka ini sudah korbankan.

Kita boleh bayangkan jika anda seorang guru dan ditugaskan mengajar di tempat-tempat seperti Bario atau Ba'kelalan di Sarawak. Bario terpencil dan hanya boleh sampai melalui udara. Barang keperluan mahal. Ba'kelalan pula kena naik pacuan empat roda selama lima jam. Pada hari hujan, tidak boleh sampai.Banyak lagi tempat terpencil seperti itu. Guru-guru terpaksa berkhidmat dalam keadaan hidup yang serba kekurangan. Maka sememangnya wajar mereka diberikan insentif yang setimpal dengan kepayahan yang dilalui.

Betul, mereka perlu berkorban untuk mendidik anak bangsa. Tapi mereka juga ada kehidupan yang perlu dibina.Membawa guru-guru berkualiti ke pedalaman sudah menjadi satu perkara perlu ke arah merapatkan jurang antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar dari segi mutu kemudahan dan tenaga pengajar.Anak-anak kita berhak mendapat kemudahan pelajaran sama rata, tidak kira di mana mereka berada.

Saturday, February 10, 2007

Rancangan terus ditetapkan, walaupun dilaporkan hampir 14,000 penduduk berhampiran tapak pembinaan Empangan Kelau Pahang yang khuatir projek 'Penyaluran Air Mentah Antara Negeri' dari Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) kelak akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka pada masa depan termasuk menghadapi kemungkinan banjir besar, selain menjejaskan alam sekitar.

dilaporkan para penduduk mendakwa, 16 peratus daripada 1,055 hektar Hutan Simpan Lakum akan ditenggelamkan untuk membolehkan projek empangan itu dilaksanakan dengan melalui lembangan saliran Kelau, Telemong dan Bentong.

Pengerusi Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar mendesak kerajaan mendengar pandangan semua pihak sebelum melaksanakan projek empangan itu dan dibimbangi akan menyebabkan kos permuliharaan yang lebih tinggi dari sebelumnya. "Perunding projek itu dilantik oleh pemaju, jadi mereka tentu cenderung dan berpihak menyetujui cadangan pihak pemaju. "Perlu diwujudkan satu jawatankuasa bebas dianggotai para profesional alam sekitar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya untuk mengkaji kesannya dan mencari alternatif lain bagi menangani masalah kekurangan air yang akan dihadapi oleh negeri Selangor.

"Kita tidak mahu projek ini hanyalah bagi menguntungkan segelintir golongan korporat sahaja sebagaimana tindakan kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) tapi pada masa yang sama merugikan golongan rakyat terbanyak," ujar Mahfuz lagi.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Pemuliharaan Hutan Simpan Lakum, Zubir Harun, berkata tindakan itu akan menjejaskan kualiti udara dan air, mengancam flora dan tumbuhan, menghapus flora dan hidupan liar serta menjadikan kawasan terbabit berisiko tinggi dilanda banjir.

“Sekitar empangan akan terdedah kepada banjir jika sistem penyelenggaraan empangan tidak dipertingkatkan seperti yang berlaku di Empangan Sembrong Batu Pahat, Johor," katanya selepas menyerahkan memorandum yang ditandatangani kira-kira 5,000 penduduk kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Ahmad Yaakob di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.
abah.. aduhi anak omak
Januari 2007 bulan paling panas
TOKYO 9 Feb. – Bulan Januari 2007 direkodkan sebagai Januari paling panas di dunia dalam satu lagi bukti yang menunjukkan pengeluaran gas rumah hijau menjadi punca pemanasan global.
Ahli-ahli sains Jepun hari ini berkata, suhu di seluruh dunia dicatatkan 0.45 darjah Celsius melebihi suhu purata bagi Januari, yang tertinggi sejak angka itu mula direkodkan pada tahun 1891.
Agensi Meteorologi Jepun berkata, suhu dicatatkan tinggi di timur Rusia dan utara Eropah.
“Sebab-sebab di sebalik suhu yang tinggi ini dianggap sebagai kesan daripada pemanasan global akibat peningkatan gas karbon dioksida dan juga akibat fenomena El Nino dan pergerakan berkitar secara semula jadi dalam peningkatan suhu,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kajian itu disiarkan seminggu selepas satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempersalahkan kegiatan manusia ke atas pemanasan global dan meramalkan peningkatan dalam kejadian taufan, kemarau dan bencana alam yang lain menjelang akhir abad ini.
Laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) memberi amaran bahawa suhu boleh meningkat antara 1.1 hingga 6.4 darjah Celsius menjelang 2100.
Ia juga meramalkan bahawa perubahan iklim akan menyebabkan bencana lebih dahsyat yang pernah dialami sebelum ini dengan lebih kerap lagi.
Jepun, yang menjadi tuan rumah bagi Protokol Kyoto yang bertujuan memerangi pemanasan global, mengalami musim salji yang luar biasa, di mana cuacanya agak panas dan salji berkurangan.
Agensi Meteorologi Jepun bagaimanapun berkata, suhu yang dicatatkan bulan lalu hanyalah yang keempat tertinggi setakat ini, dengan 1.44 darjah melebihi paras normal.
Rekod tertinggi dicatatkan pada Januari 1989 apabila suhu di Jepun dicatatkan 2.09 darjah lebih tinggi daripada paras normal.

Berakhlak dan Tunjuk lah Akhlak

Isu buku teks bergema lagi. Pengumuman kerajaan melalui kementerian Pelajaran menjelang 2008 , buku teks percuma secara automatik kepada semua pelajar. tarik nafas lega para ibubapa termasuk yang kaya-kaya dan kaya raya serta mewah.
Dua hari lepas, dilaporkan PM dengan selamba mengulas antara kata dalam loghat utara, 'tak kan semua nak bagi free kot', Dah kita nak tanya hampa buat mesyuarat dan buat keputusan macam mana. Dulu depa juga kata dengan bangga dan canangkan tahun 2008 buku teks percuma, buka pak man laksa kata, bukan man tekong cakap, buka pak din habar, tapi Dato Menteri kata, nampaklah hampa kerja cin cai, main sedap , hentam keromo, ikut apa nak cakap sahaja.
Kalu macam ni teruklah hampa, menteri caca marba, dan budaya berdolak dalik dah jadi asam garam dan mainan. sepatutnya kita menteri2 beragama Islam, mestilah menunjukkan akhlak , iaitu berakhlak dari semua aspek, termasuk ada rasa akhlak dalam bercakap.
Selepas ni, jangan marah dan mahukan orang bawahan nak berakhlak, sepatutnya pemimpin dulu mesti tunjukkan akhlak dan berakhlak semasa berjanji dan membuat janji. Sebab dalam Islam kita boleh berjanji tapi diajar akhlaknya iaitu ssuatu tanggungjawab atau perkara yang dipikul akan terlaksana oleh pemegang amanah dengan diajar cara atau akhlaknya iaitu denganperkataan insyallah. Buatlah janji , cakaplah apa nak cakap tapi dengan menunjukkan akhlak, jangan sampai menunjukkan rasa ego, gong atau megah sudahlah. Inilah akhlak yang diajar oleh Islam, tak kiralah dia pak menteri ke, pemimpin kecil atau besar.
Tujuan cakap berakhlak menunjukkan kita ada perasaan rendah diri, kerana kita tahu kadar dan sifat makhluk yang sentiasa lemah dan dhaif. Bila dalam keadaan ini tiadalah tempelak dan tohmahan akan diterima...kerana kita sudah memberikan harapan kepada orang dalam hal ini, jadi sebagai sifat manusia dia berkehendak ke atas apa atau perkara2 yang diharapkan....
abah.... mau koreksi diri

Mahu Kerajaan Kota Apa Yang Di kata

Dailog Pm bersama-sama ketua agama dan selepas itu dengan NGo-NGO Islam amat dialu-alukan. Rentetan itu, dilaporkan semalam Badan bukan kerajaan (NGO) Islam semalam sepakat meminta kerajaan tegas dalam menangani isu berkaitan Islam dan umatnya bagi mengelak sebarang kontroversi dan memperlekehkan agama.

Ia dinyatakan pemimpin NGO terbabit dalam pertemuan tertutup kira-kira dua jam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya di sini semalam.Antaranya ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia.Mereka juga menyuarakan kebimbangan yang kebanyakannya tertumpu kepada kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan dan perundangan yang berkaitan. Presiden Abim, Yusri Mohamad, berkata adalah penting bagi bukan Islam tidak campur tangan dalam isu Perlembagaan yang selama ini digunakan bagi mentadbir negara."Kita hidup tenteram selama berdekad. Kita tidak seharusnya mencampuri formula yang berjaya. Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kita tidak boleh melayan percubaan untuk menyamaratakan semua agama."Dalam melindungi kepentingan rakyat pelbagai agama, ia tidak bermakna kita mesti tunduk kepada tuntutan mereka," katanya ketika dihubungi selepas pertemuan itu.
Katanya, Abdullah menyarankan supaya pertemuan susulan diadakan pada tarikh sesuai bagi perbincangan lanjut.Kelmarin, Abdullah mengadakan pertemuan dengan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.Yusri berkata, NGO Islam komited untuk mengadakan dialog dengan bukan Islam tetapi hendaklah diadakan dalam forum tertutup yang sempurna.Selain itu, katanya, dalam pertemuan itu, NGO Islam menyenaraikan isu murtad sebagai salah satu isu yang membimbangkan.
Apa yang kita mahu, selepas ini kita mahu tanggungjawab penuh dan dengan penuh rasa tanggungjawab kerajaan terus perkemaskan usaha apa yang dituntut oleh NGO-NGO Islam dengan setegas-tegasnya. Biarlah nampak bersungguh-sungguh dan tegas.
Abah.... tunggu lama dah

Wednesday, February 07, 2007

Adalah menjadi tugas masing-masing untuk mengawal apa yang perlu dikawal terutama berkaitan akan bidang dan tugas yang di bawah kawalannya masing-masing, bagi seorang bapa tentulah ia patut kawal dan jaga anak-anaknya, begitu juga dengan guru mestilah berkaitan dengan anak didiknya dan majikannya, manakala kerajaan tentulah rakyat keseluruhannya. Perkara kawalan itu tidak kira besar kecil atau besar, kerana ia tetap sebagai tugas dan tanggungjawab.

Bagi diri penulis ada satu dua pengalaman cuti rehat, bukan cuti tetapi terpaksa bekerja di rumah dan menjaga anak begitu memenatkan,terbayang akan kehebatan ibu dan penulis rakamkan syabas dan tahniah kepada kaum ibu.

Seperkara yang istimewa, dalam banyak – banyak tugas ‘dalaman’ penulis. Penulis juga diberi pengalaman oleh anak kecil, iaitu cara-cara menghadapi tentang tetamu yang tidak diundang maksudnya jurujual dari rumah ke rumah, yang bertugas menjaja 1001 produk, ada betul ada tak betul. Bagi anak penulis apa yang diajar oleh nya cara atau jalan penyelesian terbaik adalah dengan cara menutup pintu sahaja. Rupanya, anak penulis dah dididik oleh ibunya supaya menutup pintu kerana takut orang datang menjaja dari rumah ke rumah. Alas an kedua malas melayan, ketiga takut terpengaruh dan tergoda dengan pujuk rayu jurujual, keempat yang paling bahaya tak sampai hati dan kesian dan kelima biasanya jurujual akan lecturer antara 1 jam ke atas dan kekadang lebih lagi .

Dalam benak penulis jika masa pilihanraya kecil memang tuan rumah perlu buka rumah kerana dapat pelbagai habuan, silap2 haribulan pak menteri atau para selebreti yang datang ke rumah.
Berbalik dalam hal jurujual rumah ke rumah , sepatutnya dalam ekonomi pasaran bebas, janganlah tanggungjawab kerajaan lepas selepasnya , bidang semacam ini perlu juga ada kawalan macam kerajaan kawal kebebasan bersuara, kebebasan berakhbar, ISA anasir surbersif, Janganlah kegiatan jurujual ini mengancam kehidupan masyarakat, cukuplah aktiviti perniagaan sekitar bandar , jangan masuk ke kampung tipu sana sini. Bila parah dan membarah baru nak kawal dah terlambat.
Kita sering dengar ramai orang tertipu dengan kegiatan dagangan seperti ini, jumlahnya tidak kecil, laporan polis dah dibuat. Jangan bagi kerja tambahan kepada polis banyak benda yang mereka kena jaga, dah la gaji kecil bebanan tugas bertambah. sepatutnya biang tugas ang dapat dimainkan kerajaan bukan setakat beri kuasa penguatkuasaan bawah KHEPDNP sahaja. Political will dari kerajaan kena kuat. Kita tak mahu , kejadian berulang, bila mana bank-bank kecil ditutup dan ditelan oleh bank-bank besar, tujuan murni nampak cantik, tetapi akibat tindakan tersebut bank2 gergasi jadi sombong , pelanggan utama buka orang2 miskin tetapi orang kaya, sebagai pilihan mereka ini kena cari along. Akibatnya berlaku lah seperti apa yang berlaku sekarang, keguatan along bermaharajalela, maka kerajaan baru nak bertindak, dah terlambat, kegiatan ini sudah jadi darah daging payah dah nak ubah, kaki tangan dah diikat along berraja dimata bertakhta dihati. Persetan sama amaran dan undang2.
Maka puashatilah mereka yang rasa profession perguruan terlalu dimanjakan berbanding dengan profession2 yang lain , kerana guru dengan lain perkataan kerja sikit cuti banyak gaji besar. Kini tugas guru sudah tiada lagi istimewa dan tarafnya sama tara dengan rakan-rakan setugas para pegawai kerajaan daripada sector-sektor pekerjaan yang lain. Daripada 800,000 ribu kakaitangan guru sahaja seramai 70,000 orang iaitu hampir 10 peratus.

Pertama , puashati itu datang kerana tuntutannya mulai 2007 seluruh negara, Kementerian Pelajaran sudah pun menguatkuasa pekeliling JPA yang mahukan sessi persekolahan bagi sekolah-sekolah di negara kita bermula daripada jam 7.30 pagi sehingga 2.40 petang. Maka sesetengah sekolah dan sesetengah negeri terus sahaja laksana masa berkerja guru sudah lengkap iaitu daripada 7.30 pagi sehingga 4.30 petang (iaitu 8 jam sehari arahan JPA) sekaligus para pelajarnya sekali. Sama dengan kakitangan-kakitangan yang lain. Cumanya sekarang guru-guru sekolah rendah sahaja masih lagi kekal jam 7.30 pagi sehingga jam 1.30 tengah hari. Makna nya sekolah satu sesi , perkara ini tidak akan terlepas, mereka tunggulah sahaja.

Bila keadaan ini, sudah terlaksana janganlah para ibubapa bersungut, dan merungut kerana masa di sekolah terlalu lama. Pelajar letih dan bosan tidak berbangkitlah lagi. Janganlah ibubapa marah jika guru terpaksa ‘bertindak’ sebab lebih lama di sekolah lebih lah kesalahan pelajar akan terkesan, ini adalah sifir mudah, macam kita kerja lebih lama lebihlah gajinya, begitu juga dengan guru tak terkecualilah tuu..Maka banyaklah 1001 baik dan buruknya. Jika dibahas tidak ada kesudahannya. Kerana sekarang ini, masing-masing tiadalah lebih dan melebahi satu sama lain, kedudukannya sudah setara.



Dengan ini rasa dengki dan rasa tidak puashati kalangan yang tidak berpuashati atau amnya orang-orang daripada jabatan lain yang ‘suka’ kepada guru-guru nampaknya atau dirasakan sudah reda, agaknya lah….Demi keadilanlah, para guru jangan lah cepat melenting kerana tuntuntan pendidikan tidak seperti dulu, janganlah banding2kan sejarah
Dulu dan sekarang , hulu atau parang memang lain dan berubah, yang ni kena terima hakikat.


Kalau ada pun tinggallah guru-guru yang hendak berjuang untuk membela nasib kaum gurunya atau membangkitkan itu, ini ,suara mereka kena atau wajar disalurkan keletihan itu melalui kesatuan-kesatuan guru-guru yang bercambah-cambah, hok boleh berkira sikit NUTP sahaja, hok lain-lain dok dengor khabor…..hah kesatuan-kesatuan guru-guru yang lain lebih kepada kutip yuran dan buat tempat pinjam meminjam haje.. pulok tu bunga tinggi lak , mengalahkan bank-bank konvensional .

Malah Bank Guru idea Dato Ketua Pengarah dulu , tak tahu ke mana, cukup tahun dia hantor rimender , kepada sesiapa yang dipaksa rela oleh GB dan Pengetua2 dulu zamannya kerana mereka berlumba2 cari ke benda tak taulah den…. Hok ni pun satu jelasnya memang tak jelas tujuan Bank ini diadakan ?

Berbalik kita dengan hal di atas, Menteri Pelajaran yang sedia ada atau kini orang yang patut bangga dirilah , kitaorang patut angkat topi dan tabik , kerana beliau berjaya mengangkat dan memartabatkan profession perguruan ke persada dunia dan globallah katakana.

Memanglah dunia pendidikan sentiasa berubah, maka sekaligus guru-guru yang ada seharus dan sewajar berubah kerana mereka adalah agen dalam menjana perubahan masyarakat. Kita tidak harus takut, kita perlukan pengorbanan demi maruah negara dan bangsa. Nah guru-guru harus lapang dada dan lapang hati…… ini semua adalah buat kamu.


Justeru kepadatan dan kepanjangan waktu belajar pokok isu atau pokok persoalan, kerana perkara-perkara berbangkit , maka wajarlah kita hendaknya kita lebihkan anak-anak kita dari segi kuantiti masanya yang harus diterima, maka hanya kita perlu melihat hasilnya nanti 20 tahun akan datang , maknanya tahun 2027. Masa sahaja yang akan menentukannya, penulis waktu itu sudah cukup tua , atau pun dah meninggal wallahualam bisssawab…

Oleh itu, jika guru tuntut itu dan ini janganlah pihak lain rasa ‘dengki’ kerana sekarang permainan atas padang yang sama rata. Maka hendaklah para pemain, pengurus dan jurulatih daripada kalangan guru dan bukan guru itu kena kuat bekerjalah,..
Siapa yang pandai dan mahir atur urus dia akan lebih berjaya dan akan sentiasa dahulu dan mendahului… inilah namanya persaingan yang sihatlah… ini dikira sudah cukup baiklah…

Kerana dasar kerajaan mahukan kuantiti masa itu dipenuhi dan masalah guru-guru adalah masalah kedua dan bersifat terpencil. Jika guru-guru yang terseksa batin atau batin nya menjerit ….tolong cari kerja lain, sebab ramai siswazah yang menganggur


Bagi guru-guru , walaupun alas an mendidik manusia bukan macam jual barang dagagang itu bukan alas an, masing-masing ada pelanggan, jabatan-jabatan lain pelanggannya manusia, guru pun sama namanya murid2 atau pelajar. Jabatan lain pelanggan nya boleh lari atau tukar tempat urusan, pelanggan bagi guru juga tak tahan boleh pindah sekolah atau pindah ke negri lain, bezanya dia tidaklah boleh boleh beralih daripada Celcom ke Maxis, kalau tak puashati diam dan tamatkan perkhidmatan. Pun begitu ibubapa boleh juga berbuat begitu dia boleh berhentikan anak-anak jika tidak suka dan hantar anak-anak mereka ke sekolah2 antarabangsa atau swasta yang bersepah2 di negara kita.

Bersambung......

Mudah dan Galakan Untuk Orang Buat Amal dan Baik

Kita sepatutnya berikan galakkan untuk sesiapa sahaja untuk membina masjid. Asalkan dibina atas tanah yang sesuai, ikut prosedur dan dibuat dengan niat baik. Kemudian hendaklah diisi dengan majlis pengisian ilmu, jangaan ada amalan sembayan pakai niat, ataupun sembayang zohor tinggal satu rakaat, jangan ada sembahyang bile perlu.perkara- perkara seumpama ini sahajalah yang perlu pihak berkuasa kawal selia dan pantau dan cegah.

Maka tidak berbangkitlah ataupun yang hendak diganjilkan atau di isukan, masjid bagi Cina Muslim. Khasnya yang dituntut oleh komuniti Cina Muslim di Melaka. Sepatutnya kitalah yang rasa malu betapa orang Cina Muslim Malaysia mahukan masjid mereka sendiri. Kita patutlah alu-alukan dan sokong , kerana mereka juga mahu atau hendak jalankan aktiviti-aktiviti mengikut keselesaan mereka,umpamanya adakan kuliah-kuliah, kelas-kelas agama dalam bahasa mereka, fardu ain dalam bahasa ibunda sendiri , yang penting Islam sampai dan difahami oleh semua kaum dan 1001 perkara ikut budaya mereka tanpa bercanggah dengan Islam sebenar. Kita patut alu-alukan dan tak namapak tak kenanya..

Jika di negara kita ada masjid India bagi kaum India Muslim, Masjid Pakistan , masjid kaum lain tak nampak janggal dan tidak bolehnya. tetapi oleh kerana dalam pemikiran orang kita yang otai-otai islam dan terlebih Islam serta Islam dijadikan hak kekal komuniti Melayu Malaysia, maka tiada anjakan paradigma berlaku, dalam sarang pemimpinlah biasanya penuh dengan prajedius dan prangsangka, takut dan takut serta bimbang dan terus merasai bimbang. maka tiadalah yang rasional lagi. Petakalah kita ibaratkan cara berfikir begini betapa lemahnya mereka para penguasa -penguasa di negara2 islam ke arah sumbangkan hadahri islam. Apa dikata tak seprti yang dikota. Maka kita tak hairan dan pelik Islam terus terusan dipinggir dan terpinggir.
Abah.... mau optimis sahaja

Thursday, February 01, 2007

Ubahlah sistem Pilihanraya Kita ?

Malaysia dah terbentuk ,dibina dan mendukung pelbagai dasar. Dasarnya meraikan semua kaum dan pihak, seperti mana yang dihajati atau dikehendaki oleh British. Inilah harga bagi sebuah kemerdekaan yang tidak bercorak radikal. Berbanding dengan negara jiran kita Indonesia. Justeru itu , British sendiri yang membentuk acuan sebelum memberikan kemerdekaan. Maka dasar-dasar birokrasi Barat usang British ada yang adakala tidak disentuh langsung, tidak diubahsuai, dan malah ada diteruskan, dan paling malang terus dikekalkan seperti perlembagan negara yang tidak boleh disentuh dan dicabar sehingga kini. Maksudnya dari aspek2 tertentu contoh perkara 3.1.


Dasar-dasar negara semuanya sudah diubahsuai atau dilakukan usaha-usaha penambahbaikan, sebagai contohnya, dasar pendidikan, dasar perburuhan, dasar pelancongan, dasar persyarikatan, dasar perbankan, dasar kebudayaan nasional , dasar ekonomi dan pelbagai dasar2 telah diperhalusi dan dilakukan usaha2 penambahbaikan berlasanakan untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Kini persoalannya mengapakah dasar memilih pemimpin negara tidak diubah, iaitu sisitem pilihanraya westminister British . Setelah kita 50 tahun merdeka patutnya kita bertambah matang dan wajar kita memberi apa2 yang terbaik kepada rakyat daripada apa-apa saja yang baik di bawah sisitem ini. Lihatlah betapa berhemah dan cekalnya Nelson Mandela di Afrika Selatan berjuang puluhan tahun bebaskan negara daripada cengkaman arpathied, bila berjaya pegang sekejap tampuk pemerintahan pastikan apa yang diperjuangkan itu dijalankan, selepas itu melepaskan jawatan atau kuasa kepada generasi seterusnya. Hemah dan lapang dada yang tinggi begini sukar dicari, malah bagi kita yang mengaku sebagai pemimpin negara dunia Islam. boleh kalah dengan mandela dari aspek prinsip.
Di Malaysia pemimpin di pilih lima tahun sekali, parti2 politik bebas meletakkan calon dengan berjuang dengan pelbagai dasar atau latar. Kawasan2 dibahagi2kan atau disempadankan dan wakil2 dipilih bagi mewakili kawasan2 tertentu. Banyak kelemahan yang ada pada sistem seumpama ini, sistem digunapakai kita hanya di amalkan oleh negara2 tertentu sahaja seperti India, bangladesh sahaja. Negara2 dunia lain memakai sisitem meraikan undi semuapengundi. Hak sama rata kepada parti yang bertanding. malah guna paratusan undi ini digunapakai di 199 buah negara dunia.
Untuk para pelajar2 sekolah menengah penjelasan sisitem ini sedikit didedahkan.makna sistem pendidikan negara kita tidak mengasuh atau mendidik peringkat remaja atau dibangku sekolah cara pemimpin negara di pilih dan saluran2nya. Monopoli satu parti atau dalam istilah lain kerajaan itu umno dan Umno itu kerajaan sudah terpahat dalam minda pelajar secara tidak langsung. Adalah sukar guru dan memperjelaskan perkara2 seumpama ini, hatta lebih parah guru itu sendiripun keliru tentang apa dan bagaimana pemimpin dipilih. maksudnya guru kena celik ICT.
Jika guru2 lepasan IPTA pendedahan mungkin adalah lebih2 kurang, jika yang ambil tahu.