Wednesday, February 14, 2007

Pemikiranan Ala Sister In Islam (SIS)..

Berita paling menyedihkan untuk dikongsi bersama, ini adalah atas sikap, iaitu sikap tolak ansur. Kita perlukan satu pemahaman dan kefahaman yang jelas. Maka dapat disimpulkan dan digambarkan inilah bentuk dan corak pemikiran sebahagian besar para pembuat dasar dan juga pelaksana dasar.
Isu atau subjeknya begini, ..Guru diminta oleh Ketua Pengarah jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Datuk Azman azmin Hassan memainkan peranan dengan menganjurkan amalan dan kegiatan-kegiatan yang menyatupadukan murid dan menggalakkan mereka berinteraksi secara bebas, bukan memecah-belahkan mereka. Kita tidak mahu timbul isu kerana guru atau ustaz serta ustazah berpandangan sempit dalam soal agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan sesama murid, katanya.
Beliau berkata, amalan itu telahpun diberhentikan di semua taman bimbingan kanak-kanak yang ditadbir oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.Kita tidak mahu anak-anak kecil bukan Islam nanti membaca doa apabila pulang ke rumah masing-masing. Ini boleh menyinggung perasaan ibu bapa mereka, katanya.Beliau yang membuat kenyataan itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.
Walaupun kecil dan nampak kecil, kita sendiri mengaggal dan mengasingkan agama dalam urusan kehidupan. Demi untuk mendapat pujian dan sanjungan yang bukan Islam, kita tidak bersikap sebagai sikap seorang Islam. Jika kita nak membuat bandingan dan membandingkan. Bagaimana kumpulan, pertubuhan, orang-orang atau individu yang beragama lain, berlumba-lumba mengamalkan dan menunjukkan agama mereka dalam setiap sudut dan segi.
Bayangkan semasa kita ada kuasa dan diberi kuasa, kita tidak mampu untuk merencanakan apa-apa yang bawa kebaikan kepada kita. Saya teringat semasa peristiwa satu hari semasa saya dan seorang ustaz berkunjung dan ziarah sahabat ustaz yang bersama-sama saya bertemu dengan seorang Timbalan Mufti di salah sebuah kerajaan negeri. Banyaklah isu dan perkara yang dibualkan, antara yang masih segar dalam ingatan saya, soalan ustaz sahabat saya ini kepada Timbalan Mufti, isunya bab berdoa kepada pemerintah, tanya kenapa dibuat seolah-olah diwajibkan, jika tak baca akan dipecat, surat tunjuk sebab, dan lebih hebat dipanggil ke istana untuk disoal siasat. Jawab Timbalan Mufti tersebut, soalan jawapan berbentuk pertanyaan kepada ustaz sahabat saya , adakah salah kita menasihati atau mengajak pemerintah ke arah kebaikan. Tambahnya sekurang-kurangnya ada bentuk nasihat yang kita berikan, lebih baik daripada kita yang komen itu dan ini maka tidak sumbangkan apa-apa. Katanya lagi saya pelik dengan sikap orang kita.
Maka berbalik kita dengan sikap Dato Ketua Pengarah tadi, atas anjuran tolak doa ini, berpunca dari aduan ke, atau sesaja mahu menjaga perasaan orang lain ke dan kaum lain ke. Pada hal berdoa itu adalah minta kesejahteraan dan kebaikan kepada semua. macam mana boleh memecah belahkan. Jika ditanya kepada ibubapa pelajar2 yang bukan Islam tentu dia pun suka kita , minta doa kesejahteraan sama atas anak dia. Guana boleh tersinggung. Jika dihafalpun maksud doa tentu budak bukan Islam cakap dan minta benda yang sama. Adakah doa ini minta keburukan, bala, minta mati dan mampus bangsa atau umat lain.
Penulis tak faham apa yang ada dalam benak dan kotak kepala Dato Ketua Pengarah. Dalam Pelan Integrasi Nasional tidak sendi ke agamaan kot. Mungkin beliau seorang pelaksana dasar yang hebat. By rule.....

No comments: