Wednesday, February 14, 2007

Bantah atau tidak bantah, samada setuju atau tidak bersetuju, empangan Klau akan diteruskan projeknya. Berilah 1001 dengan pelbaai alasan dan hujah. namun pilihannya adalah tetap diteruskan, petaka dan bencana serta musibah ke depan biarlah orang masa itu fikirkan. Inilah bentuk dan jenis pemimpin bersultan di mata, beraja di hati.
Sebenarnya, rakyatlah kena bangkit dan bangun untuk berbuat sesuatu. Bentuknya semacam peringat ALlah SWT berikan tsunami banjir kepada penduduk Johor. Jika kita sekadar membentuk jawatankuasa bertindak, forum melalui media , tindakan ini tidak ke mana.
Maka ikutilah, laporan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memberi bayangan Projek Empangan Kelau di Raub, Pahang, akan diteruskan kerana ia memberi lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.
Menterinya, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata kemusnahan flora dan fauna di tapak Empangan Kelau tidak dapat dielak, tetapi projek pembekalan air itu memberi manfaat lebih besar kepada orang ramai terutama rakyat Selangor dan Kuala Lumpur."Memang banyak khazanah tapi kesan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar) sudah dikaji dan diluluskan, kita tidak boleh elak kemusnahan flora dan fauna kerana alam kita memang begitu banyak."Tapi kebaikannya (projek Empangan Kelau) bila dibandingkan dengan kemusnahan (yang dibawanya)... kalau yang baik lebih besar, kita terpaksa (teruskan projek)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan agensi swasta di sini, semalam.Hadir sama, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abdul Razak Mohd Ali. Harian Metro sebelum ini melaporkan kira-kira 14,000 penduduk berhampiran tapak pembinaan Empangan Kelau, Pahang, khuatir pelaksanaan projek itu kelak akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka pada masa depan termasuk menghadapi kemungkinan banjir besar, selain menjejaskan alam sekitar.Ini kerana, penduduk mendakwa, 16 peratus daripada 1,055 hektar Hutan Simpan Lakum akan ditenggelamkan untuk membolehkan projek empangan itu dilaksanakan.
Pengerusi Badan Bertindak Pemuliharaan Hutan Simpan Lakum, Zubir Harun, berkata tindakan itu akan menjejaskan kualiti udara dan air, mengancam flora dan tumbuhan, menghapus flora dan hidupan liar serta menjadikan kawasan terbabit berisiko tinggi dilanda banjir.Pembinaan empangan itu bagi melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Antara Negeri dari Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) bagi mengelak berlaku krisis air di Lembah Klang pada masa depan.Ditanya apakah kerajaan sudah memberi 'lampu hijau' untuk membangunkan Empangan Kelau, Azmi berkata setakat ini, kerajaan pada dasarnya sudah membuat keputusan cuma tarikh pelaksanaan belum ditentukan lagi.

No comments: