Tuesday, February 13, 2007

Apa Dah jadi ni.....

Pulang semula wang ihsan, itulah ungkapan tertera dalam sebuah akhbar pada hari ini.

Dilaporkan kisah mangsa banjir di Johor telah diagihkan wang bantuan kecemasan oleh kerajaan , nama wang tersebut adalah wang ihsan, wang ini adalah wang kerajaan dalam akuan yang disatukan menjadi hak dan milik rakyat Terengganu, Namun tabung ini diwujudkan bagi menyimpan hasil royalti minyak Petronas kepada kerajaan Terengganu. Wang ini wujud kerana Kerajaan Pusat semasa parti PAS memerintah selepas PRU ke 11 pada tahun 1999 dulu.
Dijelaskan orang ramai diminta memulangkan semula wang ihsan RM500 sekiranya sudah mengambil lebih daripada kelayakan iaitu satu rumah satu bantuan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Kenyataan ini ditegaskan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Norizan Kulop ketika ditemui menyelaraskan bantuan wang ihsan (peralatan rumah yang rosak) pemberian Kerajaan Pusat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.Norizan berkata, pihaknya perlu teliti dan berhati-hati sebelum menyerahkan wang tunai Tabung Bencana Negara itu kepada mangsa banjir yang layak saja.Beliau berkata, wang yang disalurkan melalui kerajaan negeri diisi dalam sampul surat yang dicatatkan nombor siri sebagai rujukan penerimaan.Katanya, antara kelayakan menerima ialah satu rumah kediaman layak satu bantuan saja, berstatus warganegara Malaysia, berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika atau selepas banjir dan dari kawasan yang dikenal pasti dilanda banjir yang menyebabkan kemusnahan.Beberapa kaunter dikelolakan kakitangan JKM dan Pejabat Daerah dibuka di situ untuk semakan status mangsa banjir yang layak tetapi masih belum menerima bantuan RM500.Pada 3 Februari lalu, sebahagian besar mangsa banjir berdaftar dan diiktiraf layak sudah menerima wang ihsan itu yang diagihkan di lokasi pusat pemindahan yang pernah mereka tinggal sementara, sebelum ini.Serahan seterusnya dilakukan pada 5 Februari di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Jalan Bukit Kerajaan manakala nama mereka yang tercicir disemak semula dan difahamkan akan menerima wang ihsan itu dalam tempoh dua minggu.Norizan yang juga Pengerusi Bencana (Banjir) Daerah, berkata orang ramai mesti jujur dengan diri sendiri dan tidak melakukan pemalsuan tuntutan kerana tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka.“Kita menghargai sikap bertolak ansur mangsa yang nama mereka tercicir dan diminta bersabar seterusnya memberi kerjasama penuh kepada petugas. Mereka tak perlu khuatir mengenai hak mereka kerana akan menerima bantuan itu sebaik penyelarasan semakan daftar dan pengesahkan dimuktamadkan,” katanya. Difahamkan, petugas meneliti senarai daftar induk yang mengandungi lebih 7,500 nama ketua keluarga mangsa banjir kerana didapati berlaku keciciran nama pendaftaran mangsa banjir gelombang kedua, pendaftaran berulang dan alamat sama digunakan beberapa individu lain.Dalam tempoh itu, terdapat beberapa individu yang disifatkan jujur dan bertanggungjawab dengan bertindak menyemak semula nama mereka dan memotongnya dari senarai induk kerana sudah menerima wang bantuan itu sebelumnya.Difahamkan pemotongan nama dilakukan bagi mangsa yang mendaftar lebih sekali disebabkan berpindah ke pusat pemindahan berlainan dalam tempoh banjir atas sebab-sebab yang diizinkan.Kes itu meliputi tindakan mangsa mendaftar di dua tempat yang berlainan ketika dua kejadian banjir manakala mereka yang mendaftar di Sekolah Agama dan Balai Raya Taman Kota Jaya berpindah semula ke pusat pemindahan lain kerana penempatan itu dinaiki air pada 14 Januari lalu.Terdapat juga kes sebaik mangsa mendaftar dan mendapati pusat pemindahan itu sesak dan kurang selesa, mereka berpindah dan mendaftar ke tempat lain atau menumpang di rumah kenalan atau saudara mara.Senarai itu semakin bertambah apabila mereka yang tidak mendaftar di pusat pemindahan mendaftar di JKM selepas banjir surut.Bagi alamat yang didapati mempunyai persamaan, siasatan dilakukan kerana terdapat kesahihan beberapa rumah kediaman yang dibina atas lot tanah yang sama dan menggunakan satu alamat surat menyurat saja
Justeru kita nak ingatkan, inilah bahana hak tetap menjadi hak. JIka wang kita uruskan secara baik wang ihsan dah tentulah ia tidak celaru dan menjadi celaru. Semua ini adalah ada iktibar belaka. Sepatutnya ulama dan umara boleh dah berfikir, kesejahteraan apa kah yang mahu , dan keredhaan apa yang dicari. Urus tadbir negara secara berhemah. Mengakui kesilapan bagi orang Islam tidak salah, tetapi membiarkan kesilapan itu terus terusan adalah cukup parah dan buruk, kerana kesilapan tidak dibetulkan akan terus kekal dan akan diteruskan pula, dan disambungi kesilapan itu dari satu generasi ke satu generasi menjadi satu warisan. Paling malang dan teruk negara dan bangsa bagi rakyat negara itu.
Fikir-fikirkanlah

No comments: