Monday, February 12, 2007

Tiada apa yang tak kenanya jika kita mengimbas seklai lalu tajuk di bawah 'Joget akan dipromosi sebagai 'world music. Menurut laporan berita tersebut tarian joget yang juga dikenali sebagai ronggeng dalam kalangan masyarakat Pantai Timur, akan dipromosikan di persada antarabangsa setaraf tarian Samba dari Brazil yang menjadi tarikan dunia.Usaha mempromosi Joget kepada dunia akan dilakukan tidak lama lagi oleh sebuah syarikat produksi, Real Pictures Sdn Bhd, dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) yang akan membawakan tarian masyarakat Melayu itu menerusi program "Malaysian Rhythm Heritage Ensemble-Joget" ke kota-kota masyhur dunia seperti London, Paris dan Frankfurt. Penerbit dan Pengarah Artistik syarikat berkenaan, Nik A. Azmi berkata persembahan itu akan diterajui ahli muzik percussion terkenal dari kumpulan Asia-Beat, Lewis Prasagam, Kumpulan Kesenian Sunan Sri Wijaya Darul Naim dan pelajar Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA)."Melalui persembahan yang melibatkan kira-kira 50 penari dan pemuzik ini, kita akan menggabungkan elemen joget tradisional dan kotemporari dengan harapan ia akan diterima sebagai rentak dan irama dunia," katanya kepada Bernama selepas pratonton persembahan itu di Panggung Eksperimen Aswara di sini hari ini.Turut hadir menyaksikan persembahan selama kirakira sejam itu ialah Ketua Setiausaha KeKKWA, Datuk Zakiah Ahmad dan Ketua Pengarah Aswara, Omar Awang.Azmi berkata idea untuk membawa joget ke persada antarabangsa adalah selaras dengan hasrat Menteri kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mahu mempromosi keunikan dan kekayaan seni dan budaya masyarakat negara ini kepada masyarakat dunia.
Selain menyajikan tarian joget dan tarian kotemporari lain, dengan iringan paluan pelbagai gendang etnik masyarakat Malaysia seperti rebana, gendang silat, tavil dan dhol (gendang India) dan drum moden, persembahan itu akan menampilkan persembahan nyanyian oleh artis baru seperti Haziq dan Zila, bakat yang lahir daripada program realiti TV Akademi Fantasia.Antara keistimewaan persembahan itu nanti ialah konsep dan susunan muzik yang bertenaga dan unik yang mampu membuat para penonton terpaku, mulai acara buka panggung sebagai permulaan hingga ke segmen finale iaitu persembahan "Joget Malaysia".
Teringat kita, dengan musibah besar rakyat selatan tanah air yang baru lalu, ditimpa musibah banjir atau bah besar sebanyak dua kali. Jika dimuhasabah dan dihitung tentulah kita 'dah terantuk baru kita terngadah'. Ini tidak kita masih nak menguasahakan secara berskala besar joget ini ke pasaran dunia.
Apa yang tak kena dengan cara berfikir dan apa yang kena caranya, masing2 boleh buat nilaian dan telahan. Kita dimaklumkan dan diuarkan kerajaan Johor sebelum ini , begitu 'galak' dan hebat mempromosikan tarian zapin daripada peringkat akar umbi (anak kecil) sehingga ke warga emas hingga ke peringkat kebangsaan. Betapa besar skala maksiat yang ditaja, masa diambil dan duit rakyat dibazirkan, manfaatnya sekadar 'puas' kita berjaya.

No comments: