Tuesday, May 31, 2011

Dosa Umno Besar kepada PAS

Ramai pemerhati, pengulas dan penganalisa 'kini' terlalu kesian sangat dengan PAS, kenapa ? PAS kata mereka ditubuhkan atas prinsip dan perjuangan islam, tetapi PKR rakan sekutu PAS atas rasa benci dan mahu menjatuhkan kerajaan.

Sementara kerjasama PAS dengan DAp melalui PKR juga sikit masa dahulu PAS anggap sebagai satu 'dosa' seperti amanat Hj Hadi Awang di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada tahun 1979.

Penganalisa ini, anggap PAS jauh menyimpang elemen pertentangan satu ketika dahulu kini diambil jalan penyelesian dengan mengadaikan prinsip kepentingan politik.

Bagi PAS, mereka boleh kata apa sahaja, mereka boleh label apa sahaja, mereka boleh cerca semahunya terhadap PAS.

Tetapi mereka lupa sebab PAS enggan bekerjasama dengan Umno, berbanding kerjasama dengan DAP dan PKR yang lebih mengancam Umno Bn.

Kita amat bersetuju, jika itulah hujahnya semasa Al marhum Ust Ibrahim Libya dan pondoknya di Kampung Memali Mukim Siong Baling Baling Kedah diserang oleh polis dan pihak berkuasa membunuh rakyat pengikut PAS yang tidak berdosa, adakah PAS masa itu bersama DAP ? Adakah DAP yang membuat dosa itu kepada PAS ? Siapakah yang berdosa melayu atau Cina, kerajaan waktu itu kerajaan melayu Umno ke kerajaan cina DAP ?

Bantuan SAR dihentikan oleh kerajaan Umno, kerana mereka tahu Sekolah Agama Rakyat adalah tempat atau lubuk kaderisasi tenaga-tenaga aktivis PAS. kerajaan ambil tindakan menghukum dan mendera SAR dengan menyekat bantuan perkapita, Dan banyak serta ramai mana guru-guru SAR dikorbankan hilang pekerjaan serta mata pencarian. Semasa itu, adakah DAP berkerjasama dengan PAS ? Siapa yang buat kerja itu DAP ke atau Umno, Melayu ke Cina yang buat kerja itu ?

Maka banyak lagi apa yang kita mahu perturunkan satu persatu dosa Umno ?





Signifikankah perjuangan Pas?


Pas terlalu mengikut kehendak PKR.


Kelahiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula pada tahun 1999 ternyata memberi kesan yang besar kepada kedudukan dan hala tuju perjuangan Pas.

Pas melihat PKR sebagai parti yang mendukung idealisme yang sama walhal PKR dibina di atas dasar rasa benci kepada kerajaan dan hanya untuk menukar kerajaan sedia ada sedangkan Pas ditubuhkan atas dasar Islam sebagaimana yang tercatat di dalam fasal 3 perlembagaan parti tersebut.

Oleh itu kedudukan Pas dan PKR sebenarnya jauh berbeza tetapi Pas tidak menyedari akan perkara ini kerana kehendak politik telah ternyata mengaburi segalanya.

Natijahnya melalui perseikatan dengan PKR jugalah maka Pas mulai menjalin hubungan politik dengan DAP - satu jalinan politik yang suatu ketika dahulu diilihat sebagai satu kesalahan dan dosa oleh Pas sebagaimana tercetusnya apa yang dikatakan sebagai amanat Hadi yang dibuat pada tahun 1979 di Banggol Peradong.

Selepas pilihan raya 2008, Pas dilihat mulai berada di kedudukan tersendiri dalam pentas politik negara dan dalam pakatan pembangkang.

PKR yang membawa wadah politik baru telah menyerapi teras perjuangan Pas. Tanpa disedari oleh ramai ahli, Pas sebenarnya telah membuat political alignments yang besar dalam sejarahnya.

Pas telah berubah hampir 360 darjah. Proses pemeringkatan kepemimpinan berlaku dengan ketara sekali sehingga menimbulkan dakwaan bahawa terdapat tangan-tangan ghaib daripada PKR telah berjaya membuat percaturan strategik parti itu.

Dalam hal ini, Pas mulai dilihat lebih mengutamakan politik pertentangan dan bukannya lagi politik penyelesaian. Teras perjuangan yang diilhamkan dan diasaskan oleh pemimpin terdahulu parti ini mulai dikesampingkan dengan meletakkan segala-galanya kepada politik.

Barangkali satu ujian daripada Allah SWT ke atas umat Islam di negara ini, satu persatu isu yang menyentuh tentang kesatuan umat Nabi Muhammad SAW telah muncul.

Antaranya ialah isu penggunaan kalimah Allah, isu pencemaran kesucian masjid, isu judi dan arak. Semua ini menuntut kepada keperluan kesatuan fikiran (wahdatul fiqr) sesama pemimpin beragama Islam dan pengikutnya.

Namun begitu ia tidak berlaku sebagaimana yang seharusnya. UMNO telah cuba mengetepikan citra politik mereka dengan berusaha duduk semeja dengan Pas bagi membincangkan isu-isu yang dianggap fundamental penting kepada orang Islam dan Melayu amnya.

Anehnya, Pas yang dikatakan mempunyai teras perjuangan yang bukan politik semata-mata tetapi juga agama telah menolak hasrat tersebut. Pandangan mufti atau alim ulama yang tidak berkepentingan politik akan perlunya perkara ini diteliti bersama dipandang sepi oleh Pas.

Penolakan dibuat keras atas dasar politik walhal, Perdana Menteri selaku Presiden UMNO tidak pernah meletakkan syarat bahawa orang Pas akan menjadi orang UMNO selepas perbincangan dijalankan.

Maknanya, perbincangan tentang keadaan dan situasi agama Islam di negara ini dibincangkan bukan atas platform politik.

Dalam hal inilah, Pas dilihat tidak sebagaimana Pas yang mempamerkan citra agama. Pas dilihat seolah-olah sama dengan tarian, lenggok dan permainan PKR.

Pas menjadi seolah-olah PKR kedua dalam pakatan pembangkang. Dengan erti kata lain Pas era pasca abad ke-21 bukan lagi Pas.

Perkara ini tidak disedari oleh ahli Pas kerana apa yang berlaku di peringkat makro seperti ini akan diulas dengan mesej yang berbeza di peringkat mikro ataupun di peringkat akar umbi.

Oleh itu, Pas tetap didokong oleh ahli kebanyakan dan pemimpin pertengahan parti tanpa banyak soal. Secara senyap juga para pengundi Melayu yakni rakyat majoriti negara ini mulai sedar akan hakikat dan keadaan ini.

Kekenduran semula rakyat Melayu memangkah parti itu semakin ketara yang dapat dilihat melalui pilihan raya kecil yang berlaku.

Sama ada ia disedari atau tidak oleh para pemimpin Pas, situasi ini seharusnya perlu dilihat dari aspek yang cukup strategik. Bedah siasat tanpa bias perlulah dilakukan sebelum terlewat sama ada tindakan menyelamatkan Pas perlu dibuat ataupun tidak.

Soalnya, kenapakah Pas menjadi begitu? Apakah Pas mengalami kerosakan karektor kerana parti ini berkawan dengan parti yang tidak sepatutnya mereka jadikan kawan sebagaimana pesan Nabi SAW, jika berkawan dengan si pemakai wangian, kita juga akan menerima kesan wanginya dan jika kita memilih berkawan dengan si pembuat besi maka kita juga akan menerima kesan bau tahi besinya.

Atau apakah benar sebagaimana dakwaan bahawa arkitek mutakhir Pas sekarang ini bukan lagi oleh orang tulen Pas? Arkitek yang membina Pas sekarang ini dilihat begitu leka mengubah itu dan ini demi untuk keuntungan politik jangka masa depan. Soalnya mereka ini siapa?

Untuk menentukan siapa mereka adalah satu persoalan yang begitu runcing dan sulit sekali bagaimanapun, jika dilihat kepada bayang-bayang Pas sekarang ini, adalah jelas bahawa bayang-bayangnya bukanlah bayangan bulan lagi.

Ini terbukti melalui pemerhatian politik yang citra parti itu sekarang ini telah jauh menyimpang.

Karektor parti itu juga telah jauh berubah terutamanya dari segi bagaimana mereka menguruskan perjalanan parti, bagaimana mereka merangka dasar baru parti dan juga bagaimana mereka menangani sesuatu isu yang timbul terutamanya yang melibatkan kepentingan bersama iaitu umat Islam.

Terbaru, Pas telah membuat pengumuman calon-calon yang layak bertanding untuk jawatan- jawatan utama parti. Sesuatu yang agak menarik untuk dianalisis ialah kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti yang tanpa ditandingi oleh mana-mana pihak.

Sama ada ia berlaku akibat kerana ahli Pas menghormati beliau atas kapasisti kepimpinannya yang berteraskan kepada kumpulan ulama ataupun kerana tidak mahu memalukan beliau sebagai orang yang lama di dalam parti, itu bukanlah soal penting.

Yang penting sebenarnya bukanlah jawatan sebagai presiden parti. Yang penting bagi sesebuah parti politik ialah kumpulan berpengaruh.

Jika Abdul Hadi menjadi presiden tetapi di sekelilingnya adalah kelompok yang bukan daripada kumpulan atau pengaruhnya maka Parti akan bergerak dalam keadaan yang songsang.

Pengaruh mana yang kuat dalam Pas akan menentukan perjalanan dan landskap Pas untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun akan datang.

BBCC: SPRM nak siasat apa, buang masa sahaja ?

Atas nama Umno nak buat siasatan, buang masa sahaja, cuma semuanya buang masa dan habiskan tenaga pegawai penyiasat dan menipu serta selepas itu berbohong kepada rakyat.

SPRM, usahlah bekerja kuat sangat kita minta ia segera siasat kes menantu MB Kelantan sudahlah. keputusannya pun kita dah tahu.

BBCC (Bukit Bintang City Centre) SPRM nak bongkar apa, semua keputusan kita dah tahu. Buang masa sahaja .



Kemelut BBCC: Musa Sedia Disiasat SPRM

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyahut cabaran untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai agenda tertentu berhubung isu pemberian kontrak pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Malah beliau turut mendesak supaya Pengerusi UDA Holdings Bhd. (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya mengemukakan bukti sekiranya wujud agenda tersembunyi mengenai tegurannya terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Saya juga tak gentar, saya sedia disiasat oleh SPRM pada bila-bila masa.

"Malah saya cabar Pengerusi UDA supaya kemukakan bukti kalau saya ada kepentingan tertentu mengenai projek berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Musa mengulas mengenai kenyataan Nur Jazlan bahawa SPRM perlu melakukan siasatan terhadapnya yang didakwa mempunyai agenda tertentu kerana sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai polemik menjelang mesyuarat Lembaga Pengarah UDA hari ini.

Selain itu Musa turut mempertikaikan kredibili Nur Jazlan sebagai Pengerusi UDA terutamanya dalam menguruskan projek berkenaan.

Tegas Musa, Nur Jazlan juga sebenarnya perlu diambil tindakan kerana bertindak membelakangi ahli Lembaga Pengarah UDA ekoran mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah syarikat China berpotensi besar dipilih membangunkan BBCC sebelum diputuskan dalam mesyuarat.

"Kenapa beliau lebih awal keluarkan kenyataan sebelum perkara berkenaan dimuktamadkan dalam mesyuarat yang akan diadakan hari ini.

"Jadi saya syak ada agenda tersembunyi yang rakyat tidak tahu. Saya tak pertikaikan kebijaksanaan ahli Lembaga Pengarah UDA, tapi apa yang saya pertikaikan ialah kebijaksanaan Nur Jazlan sendiri selaku Pengerusi UDA dalam menguruskan projek tersebut," katanya.

Kemelut pembangunan bekas tapak Penjara Pudu mula hangat apabila pengurusan UDA Holdings Bhd. dikhabarkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak.

Bagaimanapun, Nur Jazlan memberi jaminan bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan syarikat bumiputera kerana bakal wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Malah pada masa yang sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali turut meminta SPRM menyiasat pengurusan UDA Holdings kerana terdapat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan Nur Jazlan.

Entah bagaimana sifir kerajaan tarif elektrik tidak beban rakyat

Selepas PM dengan bangga bersama TPM serta beberapa konco menteri kanan mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.2 %.

Saksikan 1 peristiwa yang tidak diketahui umum, kenapa dan mengapa. Apakah KTMB tidak bersetuju dengan kenaikkan tarif elektrik, kerana mereka adalah pengguna domestik bagi elektrik besar dalam negara ini.

Mengapakah kejadian sebesar ini berlaku kepada pengangkutan awam tercanggih di ibukota. justeru kesannya sudah diberitahu bahawa Pak Ndak Hulu Tembeling dapat menjimatkan RM20 sebulan, tetapi belum lagi kos kehidupan lain dapat beliau jimatkan ? Bagaimana caj beliau ke darat di bandar Jerantut,kebetulan beliau dapat jimat juga kerana beliau memiliki bot sendiri ke Jerantut, tetapi dalam usia yang semakin tua. Beliau akan ambil tindakan gunakan 'angkut' yang disediakan oleh syarikat ulang alik Jerantut - Hulu Tembeling.

Tidak juga beliau menerima kesan langsung kerana bot, gunakan minyak diesel bukannya elektrik. Namun saksikan peristiwa di bawah ini, mereka ini adalah rakyat biasa yang bekerja ualng alik antara Seremban KL setiap hari demi sesuap nasi.

Bagi Pak Ndak Hulu Tembeling dia bertindak puasa sahaja, dan dapat mencari pencarian sekitar hutan belantara Hulu Tembeling makanan, tetapi bagi pekerja yang tersangkut macam kes komuter tidak bergerak sejam di bandar Salak Selatan kelmarin macam mana ?

PM minta jawab rakyat terbeban atau tidak , langsung atau tidak langsung. Mungkin sebab PPSMI didimansuhkan menteri tidak lagi pandai mengira matematik gunakan bahasa ibunda. Minta TPM ubah dan hidupakan PPSMi kalangan menteri biar deme pandai mengira matematik ? Alahai rakyat didahulukan , ....






500 cemas komuter terkandas

SEBAHAGIAN daripada 500 penumpang berpusu-pusu keluar dari gerabak komuter yang tiba-tiba berhenti dekat Stesen Salak Selatan semalam.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas hampir satu jam apabila komuter yang mereka naiki tiba-tiba berhenti dengan mengejut berdekatan Stesen Salak Selatan menghala ke Seremban di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, semua penumpang yang terkandas terpaksa bersesak-sesak malah ada yang mengalami sesak nafas dan pengsan ekoran kekurangan oksigen.

Salah seorang penumpang, Mayamin Mahmud, 23, berkata, semua penumpang terlalu panik hingga ada yang mengambil keputusan untuk memecahkan cermin komuter.

"Saya me

75 peratus pengguna domestik tidak terjejas


JURUWANG TNB, Nor Asmayanee Mohamed Rani menerima bayaran bil elektrik daripada seorang pelanggan. Kenaikan tarif elektrik semalam tidak melibatkan 75 peratus daripada pengguna domestik TNB.


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok dalam pelan rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, tarif baru itu tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan atau jumlah bil bulanan tidak melebihi RM77.

Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Mereka berkata, kenaikan sebanyak 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU.

Bagi pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2011.


Muktamar ke 57: Bahang pemilihan semakin terasa


Pemilihan Muktamar ke 57 bakal menjelang pada Jun ini. Muktamar PAS kali ini diadakan di Taman Melewar Kuala Lumpur. Malah menjelang usia PAS sudah mencecah ke 57 tahun berada dipersada politik tanah air.

Malah, pemilihan kali ini dilihat oleh ramai pemerhati adalah sengit dan sedikit luarbiasa. Ramai yang mulai bimbang dan bercakap bahawa 'sindrom' penyakit PAS Ganti Umno berjangkit pula kepada PAS.

Gerakan kempen, rata-rata dipelopori 'bekas' ahli Umno yang berada dalam PAS sedikit merencatkan keharmonian pemilihan. Kita bimbang penyakit itu lama kelamaan akan menular dalam PAS pual. Sementelahan Umno semakin 'sakit' dan sukar diubati penyakitnya itu.

Maka satu-satu parti yang dapat diharapkan adalah PAS. Justeru, usaha pentarbiyyah dalaman PAS perlu digandakan. Ini adalah cabaran baru PAS apabila bercakap soal 'serangan madiyyah' dalam partinya. Bagaimana hala cara dan gaya untuk ditangani dengan cekap dan berkesan.

Bahang , pemilihan juga cukup terasa juga kepada sayap-sayap parti termasuk dalam Dewan Muslimat. Dewan Pemuda dan Dewan Ulama nampak tenang tetapi geloranya Allah yang maha tahu. Inilah kehebatan Dewan Ulama PAS yang berjaya dan tidak menampakkan sangat geloranya.


Monday, May 30, 2011

Kilang ayam pun ada kesan, masakan kilang radioaktif tiada ?

Logiknya bagaimana pelajar yang belajar, khasnya subjek sains tidak dapat berfikir lebih sikit daripada masyarakat kampung. walhal mereka terpelajar dan belajar tentang kesan pembinaan kilang, hata jika yang dibina itu sekalipun kilang batu bata. kesannya tetap ada asap pencemaran dan sebagainya.

Ini adalah sesuatu benda yang besar seperti sisa radioaktif oleh syarikat Lynas dari Australia. Jika selamat masakan mereka sanggup gadai beribu kilometer semata-mata untuk membangunkan dan melabur di negara kita pahang khasnya.

Sokong di bawah adalah sokong yang membawa rebah dan parah. Inilah lagi satu kebohongan kerajaan Umno. Mana-mana kerajaan Umno kerjanya adalah lakukan kebohongan termasuk Preisen GPMS Pahang.

Lebih 100 Berhimpun Nyatakan Sokongan Pembinaan Kilang Lynas

KUANTAN: Lebih 100 orang termasuk ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang berkumpul secara aman di pantai Teluk Chempedak di sini, pada Isnin bagi menyatakan sokongan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia.

Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai gambaran bahawa bukan semua pihak menolak pembinaan kilang yang memberi manfaat terutama dari segi pelaburan kepada negara.

"Projek Lynas merupakan satu projek yang selamat, tidak perlu warga Kuantan bimbang kerana ada radiasi yang baik dan ada yang tidak," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata mereka yang menolak projek berkenaan sebenarnya tidak menerima maklumat dengan tepat.

Katanya GPMS Pahang akan mengadakan aktiviti penerangan kepada masyarakat khususnya golongan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah menjemput panel pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang difahamkan kini berada di bandar ini untuk menyiasat isu kesihatan dan keselamatan berhubung projek pembinaan kilang tersebut. - BERNAM

Biasiswa: Lagi Menteri Umno lakukan kebohongan !

Selepas didesak rakan kongsi soal biasiswa, di mana Najib Razak sebelum ini dengan gahnya mengumumkan bahawa sesiapa sahaja pelajar yang memperoleho 8A+ layak menerima biasiswa kerajaan Malaysia bawah Projek 1Malaysia.

Justeru, rakan-rakan sekutu MCA dan Gerakan mencabar rakan sejawatnya mengumumkan dan keluarkan senarai para pelajar yang 'layak' dan yang menerima biasiswa kepada umum.

Maka menteri 1Malaysia yang menjaga soal biasiswa terkial-kial memberi alasan itu ini. Maka jelaslah kerja Umno dan menteri Umno adalah melakukan kebohongan kepada rakyat, dalam apa sahaja perkara dan isu.

Maka lain yang ditanya dan lain yang diminta, maka Menteri Umno lain pula yang dijelaskan dan dijawabkan kepada rakyat..itulah tabiat menteri Umno kerjanya adalah melakukan kebohongan ?

Paparan dibawah adalah bukti soal ini belum selesai...

Kursus bagi pemberian biasiswa JPA akan disemak semula

PULAU PINANG 29 Mei - Kerajaan akan menyemak semula kursus-kursus bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan menyenaraikan lebih banyak program-program profesional termasuk perubatan yang ditawarkan universiti dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu wajar bagi membolehkan lebih ramai pelajar cemerlang menikmati biasiswa tersebut memandangkan kos pengajian dalam negara adalah jauh lebih murah berbanding di luar negara.

Langkah itu juga kata beliau, dapat mengekalkan tenaga mahir serta bakat tempatan untuk terus berkhidmat berada dalam negara kelak.

''Kita telah jelaskan mungkin dasar kita pada masa akan datang memperbanyakkan kursus dalam negeri termasuk kursus profesional seperti perubatan. Ada baiknya kita kekalkan keseimbangan.

''Anak-anak yang bijak pandai ini juga patut belajar dalam negeri kerana saya percaya universiti dalam negara kita juga setanding dan mampu sediakan kursus yang diperlukan.

''Kalau kita boleh buat begitu, kita mampu tampung lebih ramai pelajar kerana kos hantar (ke luar negara) sentiasa mahal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Isu pemberian biasiswa JPA mencetuskan polemik apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong mendakwa wujud salah guna kuasa di JPA sehingga menyebabkan terdapat 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal mendapat biasiswa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan isu tersebut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menjelaskan, polemik itu wujud kerana timbul salah faham berhubung kaedah pemberian biasiswa berkenaan.

''Mungkin ada sedikit salah faham, mungkin penjelasan tidak berapa cukup. Pelajar yang dapat kesemua A+ memang ditawarkan biasiswa tetapi mereka yang menyambung pengajian di luar negara, kursus yang dikehendaki itu tidak semestinya dapat.

''Tetapi isu ini boleh diselesaikan kerana kita dimaklumkan ia hanya membabitkan sejumlah pelajar dan saya yakin jawatankuasa berkenaan akan dapat membincangkan dalam masa terdekat," katanya.


Kebohongan Umno Lagi: Pulak Terengganu pengeluar elektrik negara ?

Pemhohongan dan kebohongan Umno. Lihat satu lagi kerja-kerja kebohongan kerajaan Umno. Hari ini dengan agkuh tanpa belas kasihan dan ucapkan terima kasih kepada rakyat yang menaikkan mereka sebagai wakil mereka.


Hari ini , dengan bangga Terengganu jadi pengeluar elektrik tetapi tarif elektrik naik. Jsuteru, kepada siapa elektrik ini mahu didagangkan atau diniagakan. Inilah manfaati mereka adalah kesempatan untuk kocek mereka. Rakyat terus terseksa.

Terengganu jadi antara pengeluar utama tenaga elektrik

DUNGUN 30 Mei - Terengganu bakal menjadi negeri pengeluar tenaga elektrik utama di negara ini menjelang 2015 apabila empangan baru di Sungai Tembat, Hulu Terengganu siap pada tahun berkenaan.

Naib Presiden (Pembangunan) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hussin Othman berkata, kerja-kerja pembinaan empangan kedua di kawasan seluas 6,000 hektar itu kini rancak dijalankan dan apabila siap kelak, ia dijangka mampu menjana sehingga 250 mega watt.

"Dengan siapnya empangan baru itu serta punca tenaga sedia ada iaitu Empangan Sultan Mahmud di Tasik Kenyir dan Stesen Jana Elektrik Sultan Ismail di Paka, negeri ini dijangka mampu mengeluarkan sehingga 1,850 mega watt menjadikan ia sebagai antara pembekal tenaga elektrik utama negara,” katanya pada program TNB bersama pemimpin komuniti peringkat negeri Terengganu di sini hari ini. - Bernama

Terima Kasih Malaysia: Tarif elektrik naik 7 %

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, Jumaat. Turut serta Naib Presiden UMNO Datuk seri Shafie Apdal (dua kiri) dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. - Foto BERNAMA


Tahniah kerajaan kami rakyat yang perihatin menyokong kenaikan harga elektrik. Kenaikan ini adalah keperluan, kerajaan 1Malaysia semakin nampak semakin tidak 'takut' rakyat dan bertindak tindak mempedulikan apa yang harus diambil peduli.

Memanglah kerajaan memberi rebet kepada orang miskin yang gunakan elektrik RM20 sebulan kepada 9.2 juta isi rumah. dan jimatkan perbelanjaan sebanyak RM122 juta sebulan.

Tetapi bagaiamana orang kampung yang tidak sahaja makan 'api eletrik' . Mereka perlukan juga gula beras tepung. Tidakkah pengilang-pengilang tepung minta kepada rakyat caj tambahan mereka. depa ini akan alihkan caj tersebut kepada rakyat.

Maka slogannya rakyat didahulu dibodohkan. 1Malaysia Malaysia Boleh !!!!!!

Keluhan demi keluhan , rungutan demi rungutan semuanya kini sudah sia-sia. Justeru rakyat yang perihatin alihkan segera undi anda kepada kerajaan alternatif. TUMBANGKAN BARISAN.




PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Kerajaan makin lama makin kita tidak faham tindakannya ?

Kami tidak faham dengan kerajaan, kursus perubatan bakal dibekukan menjelang 2016. Alasan kerana menjaga kualiti para doktor. Walaupun negara kita kekurangan tenaga doktor. Malah ada doktor yang diimport daripada negara luar Mnyamar, India , Bangla yang kini memenuhi seluruh pelusuk klinik, pusat kesihatan, hospital di negara kita.

Alasan lambakan tenaga serta menjaga kualiti menjadi kenapa kursus berkenaan mahu dibekukan.

Kita lagi tidak faham.

Hari ini, lagi kita tidak faham kursus teknikal, makan banyaklah lagi bangunan runtuh, maka banyaklah jambatan yang pendeka usia. Maka banyaklah jentera akan rosak dan cepat diselenggara ?

aku tak faham.... aku tak faham.....raja lawak aku lupa... aku lupa...

Masa kursus diploma bukan teknikal di politeknik dipendekkan

PUTRAJAYA 30 Mei – Mulai tahun ini, tempoh pengajian bagi kursus diploma bukan teknikal seperti perdagangan dan hospitaliti di politeknik di seluruh negara akan dipendekkan kepada dua hingga dua tahun setengah berbanding tiga tahun sekarang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia sebagai salah satu tarikan kepada golongan pelajar untuk memilih institusi berkenaan sebagai alternatif melanjutkan pengajian di mana ia akan dapat menjimatkan masa dan wang mereka.

"Misalnya seperti kursus menjahit, kita berpendapat tak ada keperluan nak belajar menjahit sehingga tiga tahun.

“Lagi lama lagi banyak pelajar itu kena berhutang (untuk menampung kos pengajian). Kita mahu masa itu benar-benar dimanfaatkan,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, langkah itu dijangka akan dapat meningkatkan jumlah pelajar politeknik dalam bidang-bidang tersebut, sekali gus dapat membantu kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan mencapai sasaran politeknik bagi melahirkan 490,000 tenaga mahir berdiploma menjelang 2020.

Selain itu beliau berkata, bagi mengarusperdanakan pengajian di politeknik, pihak itu diharap dapat menjalankan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dalam negara, serta pusat-pusat pengajian di luar negara bagi membolehkan pelajarnya melanjutkan pengajian ke pusat-pusat tersebut. – Bernama

Umno adalah parti pemfitnah dan parti kebohongan ?

Terlalu banyak dosa Umno kepada rakyat terutama kepada orang Melayu dan Malaysia. Ini kerana Umno terlalu banyak khianat, terlalu banyak membuat kebohongan, terlalu kerap taburkan fitnah. Umno jugalah yang membudayakan kebohongan dan fitnah menjadi budaya sajian Umno.

Justeru , jika politik itu kotor, maka yang kotor adalah politik Umno, kerana di sana penuh kefasadan dan kedurjanaan. Semuanya adalah sumbangan Umno. Asuhan budi kerosakan 50 tahun Umno memerintah Malaysia. Justeru Umno bukan sebuah parti politik siasah yang baik untuk dicontohi, apatah lagi mahu disertai juga didokongi perjuangannya.

Amat malang golongan lulusan agama yang masih berserta dan bermati-matian mahu menyelamatkan Umno. Yang meletakkan kerjasama Umno bersama sekutunya kafirnya sebagai sesuatu yang ringan. dan Umno masih boleh diperbetulkan daripada dalam. Itulah faham fahaman golongan ulama muda yang penuh semangat untuk memperbaiki daripada dalam. Tapi jumlah mereka sekitar 30 orang sahaja.


Meletakkan jasa Umno, ataupun Umno berjasa dalam bejana serta persada ilmu oleh golongan ilmuan sebagai sajian halwa kepada rakyat bagi tujuan dipuji puja sanjung menyangjungi Umno amat berjasa dalam mercu tanda kebangunan negara adalah keterlaluan dan imuniti ini deiberi bagi menghalalkan atau memperbolehkan tindakan-tindakan mereka mengaut apa sahaja kekayaan negara dan perlakukan apa sahaja demi kerana jasa adalah sangat menjelekkan.

Umno kini semakin busuk dan semakin durjana. umno menjadi dalang pengkhianatan dasar-dasar kerajaan yang dibentuk. Umno adalah punca kemunduran Melayu, Umno juga adalah menyebabkan negara kita berada dalam krisis demi krisis. Umno adalah pengkhianat amanah rakyat.

Buktinya terlalu banyak mahu disampelkan .. sebesar-besar sehingga sekecil-kecil di peringkat kampung. Antara agihan saham Felcra, pemilikan tanah Felcra, penempatan tanah, permohonan tanah, pemberian bantuan, ketirisan bantuan, penyelwengan bantuan ( tanya Shaziman pasal Kedah guan duit Pusat buat jalan) dan bermacam-macam lagi, terlalu amat banyak.

ANTARA PEMBOHONGAN UMNO:

Nik Aziz diminta bertaubat
Anwar takut kumpulan Ulama PAS

Nasib Peneroka Bakal Terbela Bawah PR: Bubar Felda Plantation ?

Gerakan Himpunan Kebangkitan Warga Felda di Pahang pada 27 dan 28 Mei 2011 yang lalu berjaya membangkitkan semangat para peneroka generasi pertama untuk sedar hak-hak mereka.

Di bawah Sdr Mazlan Aliman selaku pengerusi Lajnah Tanah Peneroka PAS Pusat berjaya mengumpul ribuan penyertaan generasi kedua ketiga , kakitangan Felda dan bekas tentera untuk mengisi janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang bakal memansuhkan tanah rancangan Felda Plantation dengan mengisi para peserta di kawasan seluas 379 ribu hektar di seluruh negara.

Selepas 2 hari pelancaran borang penyertaan habis diedarkan kepada para peserta yang layak. Ini adalah satu bentuk gelombang oleh para peneroka Felda yang mahukan perubahan dan mereka sedar bahawa jasa-jasa mereka lebih dihargai atas keringat membantu membangun negara.

Jasa generasi kedua dan ketiga terbela hanya di bawah Pakatan Rakyat. Malah Pakatan Rakyat berjanji impian itu akan menjadi kenyataan bilamana para peneroka seluruhnya mengangkat Pakatan dalam PRU 13 dan jangan lagi mengundi Umno. Ini adalah sebagai pra syarat utama , pesan Mazlan selepas tayangan montaj semasa ceramah beliau bagi memperincikan penerangan berhubung janji Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga kepada para peneroka Felda.

Di majlis sama , montaj penubuhan Universiti Felda bakal direalisasikan jika Pakatan diberi pelaung memerintah Malaysia. Ini diperkukuhkan oleh Anwar semasa amanatnya kepada lebih 10,000 rakyat semasa berucap di Majlis Himpunan Kebangkitan Warga Felda di Pahang.

Keperluan penubuhan Universiti Felda adalah sama sepertimana wujudnya universiti Petronas, UniTen dan sebagainya kerana Felda jauh sama mampu dan sama perlunya seperti universiti-universiti berkenaan. Dari segi dana dan pembiayaan Felda turut tidak ketinggalan, keutamaan adalah kepada anak-anak peneroka yang ratusan ribu wajar diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Menurut Sekteriat Felda dan Anak , road show kebangkitan dan edaran borang penyertaan ke tanah rancangan Felda Plantation akan digerakkan ke seluruh negara. Pahang dipilih berdasarkan ia adalah negeri terbanyak tanah rancangan Felda di Malaysia.

Sunday, May 29, 2011

Utusan Melayo : Agen Politik Fitnah & Pembohong Umno

Utusan adalah lidah rasmi Umno. Selepas pemecatan Hata Wahari Presiden NUJ, beliau secara bernai menjelaskan peranan taikun Umno yang merencanakan semua perjalanan agenda Umno melalui lidah rasmi media perdana berbahasa Melayu.

Soal keharmonian, keselamatan, kesejahteraan kehidupan rakyat berbilang bangsa dan agama dipersetankan. Apa yang penting agenda mememangi hati orang Melayu dan pengundi Melayu untuk terus kekal percaya yakin dan terus menyokongnya.

Dalam hal ini, penulis tertarik dengan kupasan seorang ustaz dalam kuliahnya. Beliau menukilkan zaman sahabat mengupas bagaimana seorang raja yang mahu semua rakyatnya cerdik, berbanding dengan seorang penguasa yang mahu semua rakyatnya bodoh. Kesimpulannya rakyat yang bodoh mudah diperalat dan dipergunakan berbanding rakyat yang cerdik.

Penulis tertarik, kelmarin penjelasan Dato Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda di Pahang menyatakan politik Malaysia adalah fitnah dan pembohongan menjadi agenda utama mereka.

Sesiapa sahaja yang berkawan dengan Anwar tentu akan terkena politik fitnah dan pembohongan. Hari ini adalah lanjutan politik fitnah dan pembohongan Umno, melalui kerjasama erat Utusan Meloyanya ...


DAP tidak yakin dengan Pas

KUALA LUMPUR 28 Mei - Rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang mencerminkan rasa tidak percaya serta kurang yakin dengan kemampuan Pas serta sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Penganalisis politik , Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) berkata, DAP terpaksa mencari alternatif lain sebagai strategi untuk memastikan orang Melayu menyokong parti tersebut memandangkan peranan Pas dalam pakatan tidak banyak membantu ketika ini.

"DAP dan Pas tidak pernah mempunyai persefahaman, malah keduanya selalu bergaduh mengenai pelbagai perkara. Walaupun sering menafikan tetapi rakyat bukannya bodoh untuk menilai lakonan tersebut.

"Kedua-duanya juga mempunyai ideologi yang bertentangan sehingga menyebabkan wujudnya perasaan prejudis dan prasangka buruk antara satu sama lain.

''Jadi bagaimana mereka mahu melaksanakan usaha bersama sekiranya saling mencurigai," katanya kepada MediaUMNO-Online hari ini.

Menurut Kay Kim, tujuan utama DAP mengubah strateginya dengan memberi fokus kepada orang Melayu adalah untuk mendapatkan kuasa secara total.

Katanya, DAP sedar bahawa sekiranya mahu mendapatkan kuasa autonomi di negara ini, mereka perlu mendapatkan sokongan daripada orang Melayu.

Bagaimanapun, Kay Kim tidak pasti sama ada rancangan DAP itu akan berjaya atau sebaliknya kerana secara umumnya masyarakat Melayu terikat dengan pegangan Islam.

"Apakah perjuangan dan ideologi DAP itu bersesuaian dengan orang Melayu. Golongan itu dinaungi oleh hak serta keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan DAP pula sering kali mempertikaikan perkara tersebut.

"Sebenarnya semua ini terletak pada orang Melayu sendiri. Adakah mereka mahu menyokong perjuangan DAP yang ternyata bertentangan dengan amalan serta budaya Melayu atau teruskan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti jasanya sejak negara merdeka lagi," jelasnya.

Umno: Agenda politik terkini adalah fitnah dan bohong

KERDAU: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa fitnah dan pembohongan adalah agenda naif politik Umno. Ini adalah hala cara politik baru Malaysia. Ia dibuat bagi mengekalkan status quo Umno.

Menurutnya, beliau adalah orang yang mengetahui segala-galanya apa yang berlaku dalam Umno dan siapakah mereka yang berada dalam Umno kerana ia adalah rakan-rakannya dahulu, semasa dalam Umno.

Mereka jangan hendak jadi hero bercakap soal akhlak dan moral, khasnya ditujukan kepada beliau. Saya tahu dan kenal syeikh peliwat, peraba , perogol, pelari harta rakyat dan sebagainya. Dan saya kenal siapakah dia pengkhianat Melayu.

Dengan nada berseloroh, beliau menjelaskan bahawa ada pengalaman masuk Umno, bukan macam Mohammad Sabu dia konsisten duduk dalam perjuangan PAS. Saya juga pernah memangku jawatan PM selama 2 bulan. Oleh itu, semua fail sampai kepada saya. Jadi saya baca macam-macam laporan.

"Dalam Umno, politik dan mainan politik ala Umno adalah terlalu jijik. Dan saya tidak tahan serta tidak sanggup bermain politik seperti mereka. Fitnah, pembohongan, penipuan, rasuah, ketirisan adalah agenda biasa dalam Umno.

Mereka berteriak wang hasil mahsul negara , subsidi tidak dapat dikekalkan. Itu adalah pembohong belaka. Hasil negara kita cukup banyak, jika diurus dengan baik dan jujur.

Oleh sebab itulah, agenda fitnah dan pembohongan adalah menjadi warna warni politik utama kerajaan Malaysia kini. Mereka serang saya dan fitnah saya dengan isu liwat, isu video seks. Tidak cukup dengan itu, mereka labelkan saya sebagai agen amerika, agenda Yahudi, agen Al Qaeda yang terakhir", jelas beliau.

Umno juga turut memfitnah dan membuat pembohongan dengan mengatakan PAS diperalatkan oleh DAP. Ini adalah sebagai agenda murahan mereka. Sebab kalau ikut tindakan MCA lebih teruk apa yang dia tidak kata kepada Umno Melayu. Tetapi DAP belum buat lagi, dia dah kata diperalatkan.

Fitnah dan pembohongan negara ini mahu dijadikan negara Kristian.Fitnah dan pembohongan bagi memperkuatkan angkatan tentera laut Malaysia , engin kapal selam dilarikan oleh seorang sarjan udara.Fitnah dan pembohongan Beng Hock yang dikatakan seleweng duit peruntukan lebih kurang RM2,000. Segera disiasat oleh SPRM. Akhirnya belaiu mati kerana terjun bangunan sendiri daripada tingkat 3 bagunan SPRM. Tetapi Razak Baginda yang dapat komisen RM500 juta duit beli kapal selam tidak disiasat pun. Ini double standard, kenapa dan mengapa jadi begitu?

Pendekata fitnah dan pembohongan pembunuhan diri sendiri sudah jadi agenda 1Malaysia sendiri Beng Hock, Kugan dan Ahmad Sarbini. Walhal tambah beliau, Ahmad Sarbini tinggal di kondo tingkat 7, beliau seorang imam, adakah muanasabah membunuh diri sendiri

Seterusnya, fitnah dan pembohongan cara keterlaluan, pertuduhan liwat, mengaibkan dirinya, ugut anak dan cucu serta ganggu keluarga kerana mereka takut.


Beliau menegaskan demikian, semasa berucap dihadapan lebih 10,000 orang yang hadir memenuhi Kompleks PAS ahang di Kerdau, semalam. Turut hadir Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS, Tn Hj Mohammad Sabu . Sdr Mazlan Aliman, Dato Fauzi Rahman, En Bala Subramanian Ketua DHPP Pahang dan Cik Siti Aishah Ketua SriKandi PKR.

Saturday, May 28, 2011

HI TEA & MAJLIS JAMUAN RAKYAT
Bersama:

DATO SERI ANWAR IBRAHIM
YB TIAN CHUA
YB LEONG NGAH NGAH
YB SYED HAMID SY MOHAMED

Tarikh:
28/05/2011

Masa:
5.00 ptg

Tempat:
MARKAZ PAS BKT PAK SILAP
BELAKANG KG BARU CINA TEMERLOH
28000 TEMERLOH PAHANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Digerakkan

TEMERLOH: Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang, sebentar tadi baru sahaja selesai merasmikan Himpunan Kebangkitan Warga Felda di Pahang. Majlis julung-ulung kali diadakan bagi menyatakan manifestasi Pakatan Rakyat yang menawarkan tawaran kepada warga Felda terutama anak-anak Peneroka generasi 2 dan 3, kakitangan Felda bawahan dan Tentera selepas PR memerintah Malaysia.

Menurut Pengarah Sekteriat Felda PR Sdr Mazlan Aliman yang juga Presiden Anak pada malam ini pihak PR menawarkan tawaran tersebut dengan bersungguh-sungguh iaitu mereka yang bakal menjadi peserta tanah rancangan di kawasan Felda Plantation yang bakal dibubarkan oleh pihak Pakatan selepas 100 hari.

Dengan keluasan tanah setiap peserta 10 ekar di kawasan Felda Plantation kini berjumlah 379,000 ekar di seluruh negara.

Selain itu, pihak PR bawah Buku Jingga juga menawarkan potongan hutang sebanyak 50 peratus daripada hutang para peneroka di Malaysia. Dianggarkan pihak kerajaan akan berbelanja sejumlah RM500 juta sahaja. Berbanding dengan pendapatan felda Plantation sejumlah RM1 billion setahun.

Dengan ini , jasa-jasa peneroka sejak 20 ke 30 tahun memberi bakti dan menjasakan diri mereka kepada negera dengan ini terbalas. Ini adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan Pakatan kepada rakyat.

Di majlis yang sama Sdr Mazlan juga memberi amaran keras kepada PM, Dato Ahmad Maslan dan pengerusi Felda Isa Samad minta dijelaskan kenapa dan mengapa Felda meminjam duit KWSP sebanyak RM6 billion.

Beliau memberi tempoh 7 hari penjelasan ini dituntut. Jika masih berdegil beliau akan gerakkan kebangkitan peneroka seluruh Malaysia dengan membuat laporan polis secara serentak di seluruh Malaysia.

Sebagai tanda kesungguhan di majlis yang sama hampir 6,000 keping borang permohonan diedarkan oleh pihak sekteriat untuk menyahut cabaran janji 100 hari Pakatan Rakyat.

Majlis ini bakal digerakkan ke seluruh Malaysia pada masa akan datang. Pahang menjadi negeri pertama yang disasarkan kerana terdapat 126 tanah rancangan Felda , iaitu antara negeri terbesar yang mempunyai tanah rancangan.

Turut sama hadir adalah Dato Tuan Ibrahim Tn Man, Cikgu Normala Sudirman, Ust Nasaruddin Tantawi. Kira-kira lebih 3000 orang hadir di majlis berkenaan.

Friday, May 27, 2011

Harga Minyak: Naikkan saja ?

Kerajaan nampak mencari cari 'alasan' bagi menaikkan harga minyak. Kita minta kerajaan naikkan sahaja harga minyak. Habis cerita ?

Nampak nya kerajaan mencari simpati sokongan dan tindakan halal dan disetujui ramai agar harga minyak dinaikkan.

Inilah sebabnya kesan daripada tindakan kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Kan banyak syarikat GLC milik kerajaan bakal rugi. Tetapi TM untung pula tu. Bagi suku 1 tahun ini. TM mana ada guna minyak , itu sebab di auntung. Sebalik MAS gunakan minyak secara direct itu sebabnya dia rugi.


MAS rugi RM242j kesan kenaikan harga minyak

KENAIKAN harga minyak memberi impak besar kepada prestasi kewangan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) apabila syarikat itu mencatat kerugian bersih RM242 juta pada suku pertama bagi tahun kewangan berakhir Mac lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Tengku Azmil Zahruddin berkata, impak kenaikan bahan api itu bukan saja turut dirasai MAS, malah mempengaruhi syarikat penerbangan lain di dunia.


“Kami mencatatkan pertumbuhan positif bagi keseluruhan operasi syarikat dengan peningkatan trafik 10 peratus membawa kepada peningkatan kapasiti penumpang 76 peratus. “Bagaimanapun kenaikan harga minyak 32 peratus, kira-kira RM321 juta menyebabkan kami mengalami kerugian operasi mencecah RM267 juta pada suku pertama tahun ini,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan syarikat itu di Kelana Jaya, semalam. Tengku Azmil berkata, walaupun berdepan dengan masalaht, Mas tidak akan mengubah sasaran prestasi kewangan malah akan bekerja keras mencapainya. “Bagi suku kedua tahun ini, kita menjangkakan syarikat akan berdepan operasi yang sukar. Antaranya, impak dari bencana alam di Jepun memandangkan kita mempunyai beberapa laluan penerbangan di negara itu dan pergolakan politik di Timur Tengah. Selain itu, pengukuhan Ringgit Malaysia te
rhadap mata wang utama dunia memberi kesan ke atas pendapatan luar negara syarikat,” katanya.

Kenapa dan Mengapa Sekumpulan Guru Bertindak Gila

Besarnya jasa guru, besarnya cara mengaibkan guru. Mengapa dan kenapa 6 guru seperti yang didakwa menjadi 'gila' apabila 'membelasah' seorang pelajar. Lagak lakonan guru-guru tidak lebih seperti seorang pesalah jenayah berkulit hitam yang dibelasah oleh sekumpulan polis di US sedikit masa dahulu.

Kenapa dan mengapa sekumpulan guru lelaki ini bertindak gila dan kejam. apakah ada kaitan dengan tajuk buku DENDAM yang dikarang oleh mantan bekas Menteri Kewangan Malaysia.

Jawapannya semua berada dalam minda tuan-tuan sekalian.? Apakah ia berpunca daripada masalah mulut, tingkah laku atau apa-apa aje ?


Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru


LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.


HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.

Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.

“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.

Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.

Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.

Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.

Thursday, May 26, 2011

Signal untuk TPM: Segera Selamatkan Umno !!!

Sudah tiba masanya TPM memikirkan secara serius untuk menyelamatkan Umno di Malaysia. Ini kerana Umno semakin tidak relevan dan dibenci rakyat.

Tindakan terbaru kabinet mengumumkan bahawa tidak akan menaikkan harga minyak RON95, diesel dan LPG tidak dipercayai rakyat teramai. Semua dan rata-rata rakyat yang penulis temui membuat referendum rambang yakin dan percaya kerajaan bakal menaikkan harga minyak dalam masa terdekat. Setidak-tidak selepas pembentangan Bajet akan datang.

Serangan merevolusikan minda dengan merasionalkan subsidi ditarik daripada rakyat secara bersungguh-sungguh melalui semua saluran media dan bukan media memuakkan rakyat.

Para pejuang tulen Melayu teramat marah dengan sikap kerajaan bertindak sedemikian. Sementelahan pula bumi Temerloh adalah bumi kelahiran para pejuang tanah air yang terkenal di Malaysia. Gerakan-gerakan melawan penjajahan saki baki sisa darah Pak Sako masih menebal.

Oleh itu, kata mereka demi untuk menyelamatkan Umno, Muhyiddin perlu lakukan sesuatu jika mahu melihat Umno berkuasa di Malaysia lagi. Pesan veteran Umno yang ditemui penulis.

Naik jangan tidak naik...ISA

Rakyat menyambut dengan kurang ceria dan kurang gembira, apabila diumumkan kelmarin bahawa harga bahan bakar terutama petrol, diesel, LPG akan dikekalkan buat sementara dengan harga sedia ada.

Kelmarin menteri berkenaan dengan 'nada dan muka kurang ceria' mengumumkan bahawa kabinet telah bermesyuarat 'secara mendalam dan terperinci' tentang 'hal itu' tetapi tidak menetapkan 'tempoh' pengekalan harga dapat bertahan samada 1 bulan, 3 bulan atau berbulan-bulan terkerhadapan.

Maknanya tiada rasionalisasi bahawa harga tersebut dapat dipertahankan. Menteri berkenaan nampak 'kurang tajam' memarahi dengan mengulangi agar rakyat jangan 'percaya sangat tindakan pihak pembangkang melalui blog-blog , yang meramalkan serta menjangkakan harga minyak RON95 bakal naik antara 20 sen ke 30 sen.

Namun, kita tertarik dengan pandangan seorang pakar ekonomi negara, Dr Mahani yang nampak bersetuju kerajaaan merasionalisasikan subsidi kepada rakyat, namun beliau mengingatkan kerajaan supaya berhati-hati usaha merasinoalisasi subsidi akan menyebabkan berlaku inflasi yang menekan rakyat bawahan serta berpendapatan sederhana.

Kita amat menyokong supaya kerajaan 'segera' merasionalkan subsidi, kerana rakyat terlalu sudah lama bergantung kepada subsidi. Mana ada negara di dunia bagi subsidi kecuali Malaysia sahaja. Malaysia adalah negara yang kerajaannya paling baik di dunia.

Menarik menurut sahabat penulis, adalah ulasan dalam blog Khir Toyo mantan MB Selangor yang tersingkir dan terpencil. Beliau membelasah kerajaan yang sedia ada yang merasionalkan tindakan-indakan mereka yang dungu. Katanya, kerajaan yang ada menyekat barang-barang murah masuk, contohnya beras daripada Thailand dan bahan makanan mentah sayuran dan sebagai yang murah, tidak dibawa masuk.

Sebaliknya kerajaan membawa masuk barang-barang keperluan yang mahal. Sebabnya mudah untuk memberi kuasa kepada kroni bagi memonopoli barangan berkenaan. Dan yang paling untung adalah semua raja-raja spt Raja Gula, Raja AP, Raja Buah, Raja BilOut dan bermacam-macam raja lagi.

Yang rugi cuma raja lawak sahaja. Kalu tidak percaya tanya Nabil lah...



Sunday, May 22, 2011

Ulasan majal UM terhadap Muktamar PAS

Utusan masih berminat dalam percaturan Muktamar ke 57 PAS yang bakal berlangsung pada 2 dan 7 Jun 2011.


Ulama atau Erdogan

PEMILIHAN pucuk kepimpinan Pas 2009 berlangsung ketika pembangkang masih meraikan keterujaan mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-12.

Ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih sebagai Presiden dengan Nasharudin Mat Isa menjadi timbalan. Bagi pemilihan2011 Abdul Hadi tidak dicabar. Beliau kekal selesa di jawatan nombor satu dalam parti untuk lima penggal berturut-turut. Tentunya pemimpin yang pernah disenaraikan oleh Asiaweek sebagai Top 50 itu telah memikirkan keutamaannya apabila dimuktamadkan sebagai Presiden.

Namun apabila ditanya perkara tersebut, Prof Abdul Aziz Bari berterus terang bahawa beliau tidak tahu sama ada Abdul Hadi mempunyai keutamaan. Jawapan beliau merujuk kepada apa yang dilakukan dan tidak dilakukan oleh Presiden Pas itu dalam penggal sebelum ini yang dirumuskan sebagai tidak jelas.

Beliau mengambil contoh penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang disifatkan sebagai lambat sekali gus menunjukkan Abdul Hadi tidak komited dalam membuka parti itu kepada bukan Islam.

Pemerhati politik yang sering menimbulkan kegelisahan penyokong-penyokong Pas itu mengulas panjang apabila ditanya kegagalan serta kejayaan Presiden Pas itu lantaran nama Abdul Hadi bukannya kecil.

''Ceramahnya dikatakan hambar, tiada lagi tenaga sebagaimana dahulu. Abdul Hadi gagal menterjemahkan kekuatan keahlian (lebih sejuta orang) dan kekuatan sumber dan logistik parti.

''Di bawah Abdul Hadi Pas tidak lagi disegani sebagaimana ketika Datuk Fadzil Noor,'' katanya.

Pas menurut Abdul Aziz hanya menyediakan tenaga untuk pakatan pembangkang, sedangkan sepatutnya dengan kedudukan dan kekuatan Pas, ia menjadi pemimpin pakatan. Keadaan itu tidak berlaku kerana kelemahan Abdul Hadi adalah untuk menterjemahkan kekuatan Pas, bukan kelemahan Pas.

Ditanya tentang persaingan antara Mohamad Sabu dan Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa itu mempunyai pandangan tersendiri.

Mohamad, menurut Abd. Aziz dengan usia menghampiro 60 tahun ialah veteran parti yang lama berjuang.

''Beliau pernah ditahan di bawah ISA dan mempunyai hubungan yang intim dengan rakan pakatan. Nasharuddin pula pemimpin yang naik kerana peluang dan nasib.

''Meskipun Nasharuddin ada kelebihan. Usia yang muda iaitu 49 tahun tidak digunakan dengan baik. Beliau tidak dilihat sebagai timbalan presiden yang berjaya sebagaimana Hassan Shukri.

''Organisasi parti terbiar, ini sepatutnya kerja orang nombor dua,'' kata Abdul. Aziz yang melihat Nasharuddin lebih oportunistik, naik kerana kumpulan Erdogan mencari calon sesuai untuk menyingkirkan Hassan ketika itu.

Mengenai percaturan Erdogan dan ulama yang dilihat dalam pemilihan pucuk kepimpinan Pas kali ini, Katanya, istilah Erdogan sebenarnya tidak begitu dipersetujui lantaran tidak mudah untuk menggolongkan pemimpin dalam Pas kepada dua kelompok itu. Contohnya Datuk Mustafa Ali dan Datuk Hasan Ali adalah golongan Erdogan/profesional dari segi latar belakang tetapi mereka sebahagian kumpulan konservatif yang condong kepada UMNO.

''Nik Aziz adalah ulama - beliau pernah mengetuai Dewan Ulama - tetapi pemikian politiknya progresif dan dilihat oleh golongan yang dilabelkan Erdogan sebagai penaung,'' katanya.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju apabila dikatakan wujud jurang antara puak Erdogan dan ulama Pas sehingga timbul isu saling tidak menghormati sesama mereka. Keadaan itu jika berlaku bukan disebabkan keghairahan puak bukan ulama sebaliknya disebabkan pemimpin yang ada gagal menterjemah kekuatan dan kedudukan parti itu. ''Pemimpin Pas gagal berbahas dalam isu-isu rakyat khususnya di Parlimen. Saya rasa ini kelemahan golongan yang dikatakan ulama itu.

''Dalam soal agama pun ulama tidak menyerlah dan ini jelas sekali apabila isu yang asalnya agama ada dimensi politiknya. Ini sekali lagi menyerlahkan kelemahan golongan itu.

''Soal sosio-ekonomi kelemahan mereka lebih jelas. Saya tidak melihat usaha menyekat ulama, sebaliknya Pas mahu meletakkan pemimpin yang mampu mengemudi parti di persada politik negara,'' katanya.

Saturday, May 21, 2011

Roketkini.Com: Usaha DAP dekati pengundi Melayu

PRU 13 , DAP kini sudah melancarakan Roketkini.cm dalam bahasa Melayu. Tujuan adalah menyasarkan atau raih sokongan pengundi-pengundi muda Melayu khasnya di kawasan-kawasan luar bandar untuk didampingi.

Wajah DAP akan dijernihkan melalui maklumat-maklumat terkini semasa DAP dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan kesungguhan DAP bagi meraih sokongan pengundi Melayu.

Hasil kerjasama dan berpakat dengan PKR dan PAS. DAP kini mendapat wajah 'baru' daripada sebelumnya. Wajah itu jauh lebih baik daripada wajah Cina MCA yang berkawan dengan Umno sejak lebih 50 tahun.

Keintiman DAP bersama -sama PAS parti Islam duduk semeja yang radikal dikalangan orang Cina mula diredakan. Usaha sedikit DAP ini adalah satu langkah politik yang bijak, jauh membaca kehendak massa dan memaparkan kesungguhannya bagi mendekati pengundi Melayu. Setidak-tidak jurang 'ketakutan, persepsi" terhadapnya dapat diminimakan.

Justeru, bagi PAS apakah usaha agresif yang memenangi hati pengundi Melayu tegar yang masih setia bersama Umno. Nampaknya 'kekebalan' Umno dengan Undi Melayu masih kekal tegar dan sukar digugat.

Sokongan pengundi Melayu didalangi dengan 'tentera upahan' yang sentiasa membayangi kemenangan setiap kali PRU dan PRK mashi menjadi iguan hitam, mimpi ngeri bagi PAS.





ROKETKINI PLATFORM DAP BUAT ORANG MELAYU.



KUALA LUMPUR, 21 Mei — Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina, DAP meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita, langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi.

Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.

“Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang,” kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.”

Zairil, yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah, meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.

“DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.

“(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang,” katanya.

Roketkini akan dilancarkan Isnin ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, “tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook”.

“Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar,” kata wartawan veteran ini.

Penyusun strategi parti, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak.

Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.

Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.

Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.

“Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan,” kata Zairil.

Gaji PM dan TPM & Menteri Yang Naikkan Minyak Untuk Rakyat

Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi

Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.

Dibawah ini pula adalah antara tindakan yang pernah dibuat oleh kerajaan Kafir Britain untuk menangani masaalah ekonomi negara mereka.

Kerajaan campuran Britain merancang penjimatan sebanyak 513 juta pound sterling (RM2.5 bilion) dengan mengurangkan bajet badan-badan penasihat dan membubarkan sebahagian daripadanya

Faedah istimewa yang dinikmati kakitangan kerajaan seperti teksi, penerbangan dan kemudahan hotel juga akan turut terjejas

Gaji perdana menteri Britain dan menteri-menteri Britain dipotong sebanyak 5 %

Menteri-menteri Britain yang terdiri daripada kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat tidak diberikan elaun pengangkutan dan……………….kemungkinan besar mereka akan menggunakan alternatif lain seperti tren atau pun bas.

Kerajaan juga bakal menjimatkan sebanyak 8 bilion pound (RM38 bilion) melalui cukai khas yang dikenakan kepada bank