Tuesday, May 31, 2011

Dosa Umno Besar kepada PAS

Ramai pemerhati, pengulas dan penganalisa 'kini' terlalu kesian sangat dengan PAS, kenapa ? PAS kata mereka ditubuhkan atas prinsip dan perjuangan islam, tetapi PKR rakan sekutu PAS atas rasa benci dan mahu menjatuhkan kerajaan.

Sementara kerjasama PAS dengan DAp melalui PKR juga sikit masa dahulu PAS anggap sebagai satu 'dosa' seperti amanat Hj Hadi Awang di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada tahun 1979.

Penganalisa ini, anggap PAS jauh menyimpang elemen pertentangan satu ketika dahulu kini diambil jalan penyelesian dengan mengadaikan prinsip kepentingan politik.

Bagi PAS, mereka boleh kata apa sahaja, mereka boleh label apa sahaja, mereka boleh cerca semahunya terhadap PAS.

Tetapi mereka lupa sebab PAS enggan bekerjasama dengan Umno, berbanding kerjasama dengan DAP dan PKR yang lebih mengancam Umno Bn.

Kita amat bersetuju, jika itulah hujahnya semasa Al marhum Ust Ibrahim Libya dan pondoknya di Kampung Memali Mukim Siong Baling Baling Kedah diserang oleh polis dan pihak berkuasa membunuh rakyat pengikut PAS yang tidak berdosa, adakah PAS masa itu bersama DAP ? Adakah DAP yang membuat dosa itu kepada PAS ? Siapakah yang berdosa melayu atau Cina, kerajaan waktu itu kerajaan melayu Umno ke kerajaan cina DAP ?

Bantuan SAR dihentikan oleh kerajaan Umno, kerana mereka tahu Sekolah Agama Rakyat adalah tempat atau lubuk kaderisasi tenaga-tenaga aktivis PAS. kerajaan ambil tindakan menghukum dan mendera SAR dengan menyekat bantuan perkapita, Dan banyak serta ramai mana guru-guru SAR dikorbankan hilang pekerjaan serta mata pencarian. Semasa itu, adakah DAP berkerjasama dengan PAS ? Siapa yang buat kerja itu DAP ke atau Umno, Melayu ke Cina yang buat kerja itu ?

Maka banyak lagi apa yang kita mahu perturunkan satu persatu dosa Umno ?





Signifikankah perjuangan Pas?


Pas terlalu mengikut kehendak PKR.


Kelahiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula pada tahun 1999 ternyata memberi kesan yang besar kepada kedudukan dan hala tuju perjuangan Pas.

Pas melihat PKR sebagai parti yang mendukung idealisme yang sama walhal PKR dibina di atas dasar rasa benci kepada kerajaan dan hanya untuk menukar kerajaan sedia ada sedangkan Pas ditubuhkan atas dasar Islam sebagaimana yang tercatat di dalam fasal 3 perlembagaan parti tersebut.

Oleh itu kedudukan Pas dan PKR sebenarnya jauh berbeza tetapi Pas tidak menyedari akan perkara ini kerana kehendak politik telah ternyata mengaburi segalanya.

Natijahnya melalui perseikatan dengan PKR jugalah maka Pas mulai menjalin hubungan politik dengan DAP - satu jalinan politik yang suatu ketika dahulu diilihat sebagai satu kesalahan dan dosa oleh Pas sebagaimana tercetusnya apa yang dikatakan sebagai amanat Hadi yang dibuat pada tahun 1979 di Banggol Peradong.

Selepas pilihan raya 2008, Pas dilihat mulai berada di kedudukan tersendiri dalam pentas politik negara dan dalam pakatan pembangkang.

PKR yang membawa wadah politik baru telah menyerapi teras perjuangan Pas. Tanpa disedari oleh ramai ahli, Pas sebenarnya telah membuat political alignments yang besar dalam sejarahnya.

Pas telah berubah hampir 360 darjah. Proses pemeringkatan kepemimpinan berlaku dengan ketara sekali sehingga menimbulkan dakwaan bahawa terdapat tangan-tangan ghaib daripada PKR telah berjaya membuat percaturan strategik parti itu.

Dalam hal ini, Pas mulai dilihat lebih mengutamakan politik pertentangan dan bukannya lagi politik penyelesaian. Teras perjuangan yang diilhamkan dan diasaskan oleh pemimpin terdahulu parti ini mulai dikesampingkan dengan meletakkan segala-galanya kepada politik.

Barangkali satu ujian daripada Allah SWT ke atas umat Islam di negara ini, satu persatu isu yang menyentuh tentang kesatuan umat Nabi Muhammad SAW telah muncul.

Antaranya ialah isu penggunaan kalimah Allah, isu pencemaran kesucian masjid, isu judi dan arak. Semua ini menuntut kepada keperluan kesatuan fikiran (wahdatul fiqr) sesama pemimpin beragama Islam dan pengikutnya.

Namun begitu ia tidak berlaku sebagaimana yang seharusnya. UMNO telah cuba mengetepikan citra politik mereka dengan berusaha duduk semeja dengan Pas bagi membincangkan isu-isu yang dianggap fundamental penting kepada orang Islam dan Melayu amnya.

Anehnya, Pas yang dikatakan mempunyai teras perjuangan yang bukan politik semata-mata tetapi juga agama telah menolak hasrat tersebut. Pandangan mufti atau alim ulama yang tidak berkepentingan politik akan perlunya perkara ini diteliti bersama dipandang sepi oleh Pas.

Penolakan dibuat keras atas dasar politik walhal, Perdana Menteri selaku Presiden UMNO tidak pernah meletakkan syarat bahawa orang Pas akan menjadi orang UMNO selepas perbincangan dijalankan.

Maknanya, perbincangan tentang keadaan dan situasi agama Islam di negara ini dibincangkan bukan atas platform politik.

Dalam hal inilah, Pas dilihat tidak sebagaimana Pas yang mempamerkan citra agama. Pas dilihat seolah-olah sama dengan tarian, lenggok dan permainan PKR.

Pas menjadi seolah-olah PKR kedua dalam pakatan pembangkang. Dengan erti kata lain Pas era pasca abad ke-21 bukan lagi Pas.

Perkara ini tidak disedari oleh ahli Pas kerana apa yang berlaku di peringkat makro seperti ini akan diulas dengan mesej yang berbeza di peringkat mikro ataupun di peringkat akar umbi.

Oleh itu, Pas tetap didokong oleh ahli kebanyakan dan pemimpin pertengahan parti tanpa banyak soal. Secara senyap juga para pengundi Melayu yakni rakyat majoriti negara ini mulai sedar akan hakikat dan keadaan ini.

Kekenduran semula rakyat Melayu memangkah parti itu semakin ketara yang dapat dilihat melalui pilihan raya kecil yang berlaku.

Sama ada ia disedari atau tidak oleh para pemimpin Pas, situasi ini seharusnya perlu dilihat dari aspek yang cukup strategik. Bedah siasat tanpa bias perlulah dilakukan sebelum terlewat sama ada tindakan menyelamatkan Pas perlu dibuat ataupun tidak.

Soalnya, kenapakah Pas menjadi begitu? Apakah Pas mengalami kerosakan karektor kerana parti ini berkawan dengan parti yang tidak sepatutnya mereka jadikan kawan sebagaimana pesan Nabi SAW, jika berkawan dengan si pemakai wangian, kita juga akan menerima kesan wanginya dan jika kita memilih berkawan dengan si pembuat besi maka kita juga akan menerima kesan bau tahi besinya.

Atau apakah benar sebagaimana dakwaan bahawa arkitek mutakhir Pas sekarang ini bukan lagi oleh orang tulen Pas? Arkitek yang membina Pas sekarang ini dilihat begitu leka mengubah itu dan ini demi untuk keuntungan politik jangka masa depan. Soalnya mereka ini siapa?

Untuk menentukan siapa mereka adalah satu persoalan yang begitu runcing dan sulit sekali bagaimanapun, jika dilihat kepada bayang-bayang Pas sekarang ini, adalah jelas bahawa bayang-bayangnya bukanlah bayangan bulan lagi.

Ini terbukti melalui pemerhatian politik yang citra parti itu sekarang ini telah jauh menyimpang.

Karektor parti itu juga telah jauh berubah terutamanya dari segi bagaimana mereka menguruskan perjalanan parti, bagaimana mereka merangka dasar baru parti dan juga bagaimana mereka menangani sesuatu isu yang timbul terutamanya yang melibatkan kepentingan bersama iaitu umat Islam.

Terbaru, Pas telah membuat pengumuman calon-calon yang layak bertanding untuk jawatan- jawatan utama parti. Sesuatu yang agak menarik untuk dianalisis ialah kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti yang tanpa ditandingi oleh mana-mana pihak.

Sama ada ia berlaku akibat kerana ahli Pas menghormati beliau atas kapasisti kepimpinannya yang berteraskan kepada kumpulan ulama ataupun kerana tidak mahu memalukan beliau sebagai orang yang lama di dalam parti, itu bukanlah soal penting.

Yang penting sebenarnya bukanlah jawatan sebagai presiden parti. Yang penting bagi sesebuah parti politik ialah kumpulan berpengaruh.

Jika Abdul Hadi menjadi presiden tetapi di sekelilingnya adalah kelompok yang bukan daripada kumpulan atau pengaruhnya maka Parti akan bergerak dalam keadaan yang songsang.

Pengaruh mana yang kuat dalam Pas akan menentukan perjalanan dan landskap Pas untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun akan datang.

No comments: