Tuesday, May 31, 2011

BBCC: SPRM nak siasat apa, buang masa sahaja ?

Atas nama Umno nak buat siasatan, buang masa sahaja, cuma semuanya buang masa dan habiskan tenaga pegawai penyiasat dan menipu serta selepas itu berbohong kepada rakyat.

SPRM, usahlah bekerja kuat sangat kita minta ia segera siasat kes menantu MB Kelantan sudahlah. keputusannya pun kita dah tahu.

BBCC (Bukit Bintang City Centre) SPRM nak bongkar apa, semua keputusan kita dah tahu. Buang masa sahaja .



Kemelut BBCC: Musa Sedia Disiasat SPRM

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyahut cabaran untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai agenda tertentu berhubung isu pemberian kontrak pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Malah beliau turut mendesak supaya Pengerusi UDA Holdings Bhd. (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya mengemukakan bukti sekiranya wujud agenda tersembunyi mengenai tegurannya terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Saya juga tak gentar, saya sedia disiasat oleh SPRM pada bila-bila masa.

"Malah saya cabar Pengerusi UDA supaya kemukakan bukti kalau saya ada kepentingan tertentu mengenai projek berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Musa mengulas mengenai kenyataan Nur Jazlan bahawa SPRM perlu melakukan siasatan terhadapnya yang didakwa mempunyai agenda tertentu kerana sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai polemik menjelang mesyuarat Lembaga Pengarah UDA hari ini.

Selain itu Musa turut mempertikaikan kredibili Nur Jazlan sebagai Pengerusi UDA terutamanya dalam menguruskan projek berkenaan.

Tegas Musa, Nur Jazlan juga sebenarnya perlu diambil tindakan kerana bertindak membelakangi ahli Lembaga Pengarah UDA ekoran mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah syarikat China berpotensi besar dipilih membangunkan BBCC sebelum diputuskan dalam mesyuarat.

"Kenapa beliau lebih awal keluarkan kenyataan sebelum perkara berkenaan dimuktamadkan dalam mesyuarat yang akan diadakan hari ini.

"Jadi saya syak ada agenda tersembunyi yang rakyat tidak tahu. Saya tak pertikaikan kebijaksanaan ahli Lembaga Pengarah UDA, tapi apa yang saya pertikaikan ialah kebijaksanaan Nur Jazlan sendiri selaku Pengerusi UDA dalam menguruskan projek tersebut," katanya.

Kemelut pembangunan bekas tapak Penjara Pudu mula hangat apabila pengurusan UDA Holdings Bhd. dikhabarkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak.

Bagaimanapun, Nur Jazlan memberi jaminan bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan syarikat bumiputera kerana bakal wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Malah pada masa yang sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali turut meminta SPRM menyiasat pengurusan UDA Holdings kerana terdapat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan Nur Jazlan.

No comments: