Thursday, May 26, 2011

Naik jangan tidak naik...ISA

Rakyat menyambut dengan kurang ceria dan kurang gembira, apabila diumumkan kelmarin bahawa harga bahan bakar terutama petrol, diesel, LPG akan dikekalkan buat sementara dengan harga sedia ada.

Kelmarin menteri berkenaan dengan 'nada dan muka kurang ceria' mengumumkan bahawa kabinet telah bermesyuarat 'secara mendalam dan terperinci' tentang 'hal itu' tetapi tidak menetapkan 'tempoh' pengekalan harga dapat bertahan samada 1 bulan, 3 bulan atau berbulan-bulan terkerhadapan.

Maknanya tiada rasionalisasi bahawa harga tersebut dapat dipertahankan. Menteri berkenaan nampak 'kurang tajam' memarahi dengan mengulangi agar rakyat jangan 'percaya sangat tindakan pihak pembangkang melalui blog-blog , yang meramalkan serta menjangkakan harga minyak RON95 bakal naik antara 20 sen ke 30 sen.

Namun, kita tertarik dengan pandangan seorang pakar ekonomi negara, Dr Mahani yang nampak bersetuju kerajaaan merasionalisasikan subsidi kepada rakyat, namun beliau mengingatkan kerajaan supaya berhati-hati usaha merasinoalisasi subsidi akan menyebabkan berlaku inflasi yang menekan rakyat bawahan serta berpendapatan sederhana.

Kita amat menyokong supaya kerajaan 'segera' merasionalkan subsidi, kerana rakyat terlalu sudah lama bergantung kepada subsidi. Mana ada negara di dunia bagi subsidi kecuali Malaysia sahaja. Malaysia adalah negara yang kerajaannya paling baik di dunia.

Menarik menurut sahabat penulis, adalah ulasan dalam blog Khir Toyo mantan MB Selangor yang tersingkir dan terpencil. Beliau membelasah kerajaan yang sedia ada yang merasionalkan tindakan-indakan mereka yang dungu. Katanya, kerajaan yang ada menyekat barang-barang murah masuk, contohnya beras daripada Thailand dan bahan makanan mentah sayuran dan sebagai yang murah, tidak dibawa masuk.

Sebaliknya kerajaan membawa masuk barang-barang keperluan yang mahal. Sebabnya mudah untuk memberi kuasa kepada kroni bagi memonopoli barangan berkenaan. Dan yang paling untung adalah semua raja-raja spt Raja Gula, Raja AP, Raja Buah, Raja BilOut dan bermacam-macam raja lagi.

Yang rugi cuma raja lawak sahaja. Kalu tidak percaya tanya Nabil lah...



No comments: