Monday, May 30, 2011

Kilang ayam pun ada kesan, masakan kilang radioaktif tiada ?

Logiknya bagaimana pelajar yang belajar, khasnya subjek sains tidak dapat berfikir lebih sikit daripada masyarakat kampung. walhal mereka terpelajar dan belajar tentang kesan pembinaan kilang, hata jika yang dibina itu sekalipun kilang batu bata. kesannya tetap ada asap pencemaran dan sebagainya.

Ini adalah sesuatu benda yang besar seperti sisa radioaktif oleh syarikat Lynas dari Australia. Jika selamat masakan mereka sanggup gadai beribu kilometer semata-mata untuk membangunkan dan melabur di negara kita pahang khasnya.

Sokong di bawah adalah sokong yang membawa rebah dan parah. Inilah lagi satu kebohongan kerajaan Umno. Mana-mana kerajaan Umno kerjanya adalah lakukan kebohongan termasuk Preisen GPMS Pahang.

Lebih 100 Berhimpun Nyatakan Sokongan Pembinaan Kilang Lynas

KUANTAN: Lebih 100 orang termasuk ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang berkumpul secara aman di pantai Teluk Chempedak di sini, pada Isnin bagi menyatakan sokongan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia.

Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai gambaran bahawa bukan semua pihak menolak pembinaan kilang yang memberi manfaat terutama dari segi pelaburan kepada negara.

"Projek Lynas merupakan satu projek yang selamat, tidak perlu warga Kuantan bimbang kerana ada radiasi yang baik dan ada yang tidak," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata mereka yang menolak projek berkenaan sebenarnya tidak menerima maklumat dengan tepat.

Katanya GPMS Pahang akan mengadakan aktiviti penerangan kepada masyarakat khususnya golongan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah menjemput panel pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang difahamkan kini berada di bandar ini untuk menyiasat isu kesihatan dan keselamatan berhubung projek pembinaan kilang tersebut. - BERNAM

2 comments:

Lokman Lazim said...

Ya Allah,jika berlaku kejadian radiasi yang mengancam nyawa berpunca dari kilang tersebut,kami mohon kepadaMu ya Allah agar ditimpakanlah bala itu ke atas mereka yang menyokong pembinaan kilang tersebut.Amin.

Lokman Lazim said...

Ya Allah,jika berlaku kejadian radiasi yang mengancam nyawa berpunca dari kilang tersebut,kami mohon kepadaMu ya Allah agar ditimpakanlah bala itu ke atas mereka yang menyokong pembinaan kilang tersebut.Amin.