Saturday, May 28, 2011

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Digerakkan

TEMERLOH: Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang, sebentar tadi baru sahaja selesai merasmikan Himpunan Kebangkitan Warga Felda di Pahang. Majlis julung-ulung kali diadakan bagi menyatakan manifestasi Pakatan Rakyat yang menawarkan tawaran kepada warga Felda terutama anak-anak Peneroka generasi 2 dan 3, kakitangan Felda bawahan dan Tentera selepas PR memerintah Malaysia.

Menurut Pengarah Sekteriat Felda PR Sdr Mazlan Aliman yang juga Presiden Anak pada malam ini pihak PR menawarkan tawaran tersebut dengan bersungguh-sungguh iaitu mereka yang bakal menjadi peserta tanah rancangan di kawasan Felda Plantation yang bakal dibubarkan oleh pihak Pakatan selepas 100 hari.

Dengan keluasan tanah setiap peserta 10 ekar di kawasan Felda Plantation kini berjumlah 379,000 ekar di seluruh negara.

Selain itu, pihak PR bawah Buku Jingga juga menawarkan potongan hutang sebanyak 50 peratus daripada hutang para peneroka di Malaysia. Dianggarkan pihak kerajaan akan berbelanja sejumlah RM500 juta sahaja. Berbanding dengan pendapatan felda Plantation sejumlah RM1 billion setahun.

Dengan ini , jasa-jasa peneroka sejak 20 ke 30 tahun memberi bakti dan menjasakan diri mereka kepada negera dengan ini terbalas. Ini adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan Pakatan kepada rakyat.

Di majlis yang sama Sdr Mazlan juga memberi amaran keras kepada PM, Dato Ahmad Maslan dan pengerusi Felda Isa Samad minta dijelaskan kenapa dan mengapa Felda meminjam duit KWSP sebanyak RM6 billion.

Beliau memberi tempoh 7 hari penjelasan ini dituntut. Jika masih berdegil beliau akan gerakkan kebangkitan peneroka seluruh Malaysia dengan membuat laporan polis secara serentak di seluruh Malaysia.

Sebagai tanda kesungguhan di majlis yang sama hampir 6,000 keping borang permohonan diedarkan oleh pihak sekteriat untuk menyahut cabaran janji 100 hari Pakatan Rakyat.

Majlis ini bakal digerakkan ke seluruh Malaysia pada masa akan datang. Pahang menjadi negeri pertama yang disasarkan kerana terdapat 126 tanah rancangan Felda , iaitu antara negeri terbesar yang mempunyai tanah rancangan.

Turut sama hadir adalah Dato Tuan Ibrahim Tn Man, Cikgu Normala Sudirman, Ust Nasaruddin Tantawi. Kira-kira lebih 3000 orang hadir di majlis berkenaan.

No comments: