Saturday, January 30, 2010

Pakatan hilang arah tuju atau UMNO BN ?

Dengan mengambil TIGA dapatan contoh seorang penganalisa ternama Dr P Sivamurugan menyimpulkan bahawa Pakatan Rakyat semakin hilang arah tuju. Analisa dan dapatan dangkal yang terlalu mudah.

Pakatan dan gabungan politik tidaklah seperti gabungan perkhawinan. Ukuran suka duka, hilang arah tuju dan sebagainya kenapa dan mengapa dihalakan ke arah Pakatan. Ini kerana Pakatan semakin dicemburui dan diperhatikan.

Bagi Dr P Sivamurugan beliau tentu buat analisa bagi menyukakan sesetengah pihak. Kerana dapatan beliau ini akan dijadikan hujahan pihak lawan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika begitulah kesimpulannya, kita juga boleh menyimpulkan dengan menyandarkan dengan beberapa senario kepada kerajaan UMNO BN yang semakin 'reput' dan menuju nazak. Persepakatan mereka longgar , sebabnya berapa ramai wakil-wakil rakyat yang menolak perlantikan sebagai menteri dan timbalan menteri.Terbaru adalah perletakan jawatan anak Ketua Menteri Sarawak Sulaiman Taib daripada kabinet Najib. Pergolakan MCA tiada kesudahan, Najib minta selesaikan, tidak juga selesai kini makan masa berbulan-bulan, MIC semakin tertekan, PPP ada dua Presiden, enjin jet hilang, kakitangan kerajaan dapat bonus RM500, gula naik 20 sen, minyak akan naik dan bermacam-macam lagi.

Malah perbalahan dalam UMNO BN semakin barah dan membarah. Hala tuju dan janji-janji kemakmuran semakin usang. Inilah tandanya UMNO BN makin mereput.

Oleh itu, eloklah dicerminkan diri dulu, jangan syok sangat dengan analisa profesor kankung yang rata-rata menjilat UMNO BN. Sokongan mereka semuanya akan membawa rebah UMNO. Bagi pimpinan UMNO mereka tidak kisah UMNO itu rebah, jangan mereka sendiri rebah sudah. Oleh itu sebelum UMNO rebah, kita perebahlah khazanah negara, duit rakyat semahu-mahu, sebelum kita jatuh dan dijatuhkan, jadi kautlah semahunya. Nafsu serakah UMNo tiada tepian...




Pakatan Pembangkang Hilang Arah Tuju - Penganalisis

indakan pemimpin dan wakil rakyat pakatan pembangkang yang bertelagah sesama sendiri sebenarnya adalah bukti mereka dalam kecelaruan dan telah hilang arah tuju untuk memimpin rakyat dan negara, demikian menurut seorang penganalisis politik.

Menurut Dr P. Sivamurugan, pensyarah sains politik di Universiti Sains Malasyia, disebabkan kecelaruan yang dialami, mereka sering menggunakan dasar peribadi dalam memberi pendapat malah menyerang rakan sendiri jika tidak berpuas hati dengan sesuatu isu.

Sebagai contoh, katanya wakil rakyat DAP Kedah Lee Guan Aik pernah mengisytiharkan tidak menyokong kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ekoran tidak berpuas hati dengan dasar-dasar baru kerajaan negeri itu.

Begitu juga apabila anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS, Anggota Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali dari PAS pernah bertelingkah dengan Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan terkini ialah anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim pula menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP.

"Ini jelas pemimpin dalam pakatan pembangkang mengalami kecelaruan kerana mereka tidak mempunyai satu dasar yang stabil untuk dijadikan panduan dan disebabkan itu hubungan sesama mereka adalah begitu rapuh," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Sivamurugan berkata, bagaimanapun, terdapat kemungkinan juga isu dan pertelingkahan ini direka untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu besar yang membabitkan pemimpin utama mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, setiap kali menjelangnya perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah, pelbagai isu lain akan dibangkitkan oleh pemimpin pakatan pembangkang dan kemudiannya Anwar akan muncul sebagai "wira" untuk meredakan isu yang timbul.

Dua hari lepas, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang dipetik sebagai berkata Lim adalah seorang 'diktator, cauvinis dan berfikiran komunis'.

Beliau juga menggesa agar pakatan pembangkang menghentikan sebarang tolak ansur dengan pemimpin itu setelah dia gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Lim tidak mahu mengulas mengenai kritikan serius terhadap dirinya itu dan mahukan pemimpin PKR sendiri yang membuat kenyataan balas menerusi timbalannya Dr Mansor Osman yang kesal dengan kenyataan Zahrain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa pula ketika dihubungi tidak menafikan sememangnya berlaku perselisihan dan perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang.

"Adalah satu pembohongan jika saya mengatakan tidak ada masalah dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi kita mesti menyelesaikannya semasa mesyuarat Majlis Pakatan dan bukannya menerusi media," kata beliau.

Katanya, adalah satu perkara biasa jika mereka mempunyai perbezaan pendapat tetapi tidak bersetuju dengan tindakan Zahrain yang membuat pendedahan terbuka menerusi media.

Bagaimanapun, tindakan berani Zahrain disokong oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan yang menurutnya sudah tentu Zahrain membuat pertimbangan yang wajar sebelum mendedahkan sikap sebenar Lim yang didakwanya menguasai kepimpinan kerajaan negeri dan mencampuri urusan semua agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan syarikat bekalan air PBA Sdn Bhd.

Katanya, Zahrain lebih mengetahui kepimpinan Lim dan membuat pendedahan demi kepentingan penduduk Pulau Pinang.

Mungkin telah tiba masanya bagi rakyat Pulau Pinang menilai apakah kesilapan yang telah mereka lakukan apabila memberi mandat kepada pakatan pembangkang untuk memerintah.-BERNAMA

Pro kontra Jawatankuasa Displin PAS



Jawatankuasa Displin PAS sudah bersidang dan memutuskan tindakan kepada dua orang tokoh besar dalam PAS. Kedua tokoh tersebut adalah YB Khalid Samad, orang lama, otai, veteran PAS, seorang yang taat setia dengan parti, bersikap terbuka, open minded, tokoh yang dari awal dan akhir sokmo kontroversi dalam PAS. Manakala Dr Hassan Ali adalah seorang motitaor yang hebat, masuk PAS baru sahaja, ramai kagumi dengan ketokohan dan disokong dengan kelayakan akademik. Menjadi orang terhebat dan hebat sebelum masuk PAS.

Bagi penulis pula adalah orang senegeri dengan pengerusi jawatankuasa. Pengerusi jawatankuasa adalah sekadar pengerusi sahaja, dalam jawatankuasa itu ada lagi tokoh-tokoh lain. Pendekata penulis kenal sangat hatibudi Dato Tuan kerana kami memang bekerja satu pejabat.


Kami di Pahang pun melihat pemilihan beliau di kerusi berkenaan ada yang positif dan negatif kepada PAS Pahang. Kami suka melihat impak kepada parti. Bagi PAS Pahang kami tidak mempunyai tokoh-tokoh hebat untuk diketengahkan, dengan meletakkan Dato Tuan di kerusi itu, satu mempercepatkan namanya tersohor dan kedua memendekkan karier politik beliau di kerusi panas tersebut.

Lihatlah sahaja pro kontra yang melanda dalam PAS hasil daripada tindakannya itu. Kumpulan pro Hassan dan kumpulan pro Khalid tidak akan berdiam diri. Gerakerja mereka sekarang bukanlah lagi kepada isu yang dihakimi oleh jawatankuasa ini. Isunya kini kepada gantung 6 bulan kepada Khalid dan amaran SAHAJA kepada Dr Hassan. Apa pengerusi jawatankuasa tersebut mahu jawab, apa sekali hujah yang dihujahi bilamana hati sudah terguris jarang ada yang mahu berlapang dada. Usah bedeaah lah kata orang Temerloh.

Dan banyaklah kebimbangan-kebimbangan kami di Pahang. Maka kami di Pahang cuma mahu uruskan kebimbangan itu sahaj setakat ini. Apa pun dalam perjuangan kena berani, sebab medan ini adalah medan politik, bedahlah demokrasi....



UMNOlah tu, usah nafikan ?


Sejarah telah membuktikan kerja arak mengarak dan hatta membenar kilang arak itupun adalah kerja-kerja UMNO. Maknanya itulah sebahagian daripada kerja-kerja UMNO.

Masih segala dalam ingatan kita bagaimana UMNO mengara 'kepala lembu' tempoh hari. Gara-gara membantah pembinaan kuil di Seksyen 14. Kita nak tanya selepas ini mungkin penuhlah masjid Shah Alam dan rumah-rumah ibadat sekitar Sekesyen 23, atau 19 dengan jemaah yang semua berlatarbelakangkan UMNO.

UMNO juga berarak membawa kepala dan sekali dengan lembu hidup-hidup berlori-lori ke depan pejabat SUK negeri Selangor tempoh hari.

Justeru semua kepala dan berarak membawa kepala ini adalah UMNO. Ini adalah sejarahnya. Dan sejarah juga sudah membuktikannya.

Oleh itu kes kepala babi ini tidak dapat tidaipada adalah dalang daripada UMNO. Selain daripada UMNO siapa lagi mahu dan sanggup berbuat sedemikian.





KUALA LUMPUR 29 Jan. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan parti pembangkang tanpa usul periksa terus menuduh parti itu sebagai pelakon utama dalam setiap kejadian buruk yang berlaku di negara ini.

''Ini kaedah yang biasa dilakukan oleh parti pembangkang... yang pertamanya mesti tuduh UMNO, belum ada apa-apa bukti tetapi terus tuduh UMNO. Ini adalah modus operandi mereka,'' katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa Pergerakan Pemuda UMNO terlibat dalam kes membakar gereja di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Azmin berkata, beliau akan mendedahkan mereka yang terlibat dalam kes serangan itu dalam masa terdekat.

Selain Azmin, beberapa ahli pembangkang lain turut menuding jari kepada UMNO dalam insiden penemuan bungkusan mengandungi kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 di dua kawasan masjid di sini, dua hari lalu.

Friday, January 29, 2010

Kemiskinan tegar Pahang mereka berpendapatan RM750sebulan !


TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang Darul makmur menetapkan isi rumah pendapatan RM740 sebulan diberi bantuan rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR). Setakat ini program ini hanya tertumpu di daerah Maran sahaja, kerana orang yang mengidekan skim ini adalah ADUN Chenor kebetulannya yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA Pahang iaitu Dato Tan Aminuddin Ishak, exco lama yang inginkan kerusi MB yang tidak kesampaian.

Rata-rata rakyat yang berpendapatan begini adalah miskin tegar dan layaklah ia menerimanya. maka kata Dato Tan pengerusi JKKK Kampung harus berperanan dan memainkan peranan.

Bagi kita semua rakyat adalah rakyat, kekayaan negara hendaklah dikongsi sama. Memandangkan taraf hidup kini yang semakin tinggi, sepatutnya nilaian kerajaan negeri adalah meletakkan mereka yang berpendapatan RM1500 ke bawah dengan 5 tanggungan anak itu kini sudah dianggap miskin. janganlah memakai ukuran 10 tahun ke belakangan, jika begitulah nilaian kita sampai bilakah kita mahu mengurangkan soal kemiskinan tegar ini.




Thursday, January 28, 2010

Kes bakar dan kepala babi , apa yang tidak kena?

Semua orang terkejut dan marah dengan tindakan membakar gereja. Dan lebih marah dan terkejut lagi bilamana 3 kepala babi diletakkan di dalam masjid. Walhal masjid di negara kita berkunci belaka. Dan rata-rata ada pengawal sendiri, jika terutama masjid itu berada di negeri-negeri maju seperti Selangor atau Wilayah.

Maka kes yang berlaku ini adalah diibu kota negara Malaysia. Begitu juga dengan pasukan keselamatan yang berkhidmat di ibu kota adalah terdiri daripada mereka yang cekap, cepat dan tegas, masakan kes sebesar ini yang berlarutan berminggu-minggu gagal diuraikan puncanya. Inilah yang dimusykilkan dan dipelikkan.

Sehingga ke hari ini, berita yang ditulis hanya ada 1 tangkapan membakar gereja sahaja yang dibuat. Dan disimpulkan terus keputusan mereka itu membakar tidak berkait dengan mana-mana pihak, mereka bergerak sendiri-sendiri sahaja atau dalam lain perkataan bertindak bersendirian. Maka mudahnya kesimpulan yang dibuat, jelas yang membuat kesimpulan itu hanya akbar sahaja nampak mewakili pihak berwajib dalam membuat keputusan lagaknya.


Kesimpulan kita adakah sesuatu yang tidak kena, sebab pihak berkuasa belum mengenakan kepada pihak yang mahu dikenakan.

Wednesday, January 27, 2010

Royalti Kelantan: Kerajaan Pusat un demokratik

Setelah puas berbohong dan menepis fakta akhirnya kerajaan amnya dan khasnya kerajaan Malaysia. Terakui dari segi fakta tuntutan hak royalti minyak Kelantan adalah relevan.

Namun Kerajaan Persekutuan yang tidak profesional yang menganggap dirinya hebat dan pandai mengurus ,berhasrat menyerahkan wang itu kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Ini adalah salah satu cara pengurusan wang yang tidak demokratik dalam negara demokrasi.

Kita sebagai rakyat merasa janggal kenapa dan mengapa Kerajaan UMNO yang diterasi dengan semangat Melayu Tulen dan penuh ketulenan assabiyyah Melayu, masih anggap kerajaan bawah pimpinan PAS bukan Melayu. Justeru peruntukan dalam perlembagaan JPP diperanankan.



KOTA BHARU 27 Jan. – Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ihsan diberikan kepada Kelantan, yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, hasil perbincangan kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan.

"Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wang Ihsan yang bertajuk “Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat” di sini, malam tadi.

Lebih 5,000 rakyat menghadiri forum tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan Pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. - Bernama

Tuesday, January 26, 2010

Pukul anak salah ?

Contoh dan mencontohi adalah dibolehkan, samada contoh tersebut dari dalam atau luar, contoh berkenaan soal pendidikan anak-anak. Lihat artikel di bawah seorang penulis bebas media kita, terlalu mengagung-agungkan pendidikan luar dan Barat, sehingga kan pendidikan dan budaya timur dan nilai ketimuran kita dalam pendidikan diabaikan.

Kita jangan terlalu agungkan dan bandingkan dengan apa yang ada dalam negara kita. Nanti kerosakan dalam negara akan lebih besar daripadanya.


Walaupun artikel di bawah tidaklah menyetujui tentang apa yang berlaku.Tetapi itulah kemalangan yang akan berlaku dan di akhir cerita anak-anak akan mengabaikan ibubapanya nanti.


Di Australia, Nak Pukul Anak Pun Tak Boleh...

ISU TENTANG tuntutan hak asasi dan kebebasan sering kali diperdebatkan. Ramai yang merasakan diri mereka ditindas dan tidak berpuas hati dengan orang atasan.

Rakyat menyalahkan penguasa, pekerja menunding jari kepada majikan, anak marahkan ibu-bapa, namum hakikatnya sejauh manakah kebebasan boleh diberikan pada setiap individu?

Wujudkah kebebasan mutlak dalam dunia ini?

Baru-baru ini berlaku kekalutan yang agak dahsyat di Australia gara-gara tindakan mogok secara besar-besaran yang diterajui oleh pekerja-pekerja pos.

Surat-surat dan bungkusan terbengkalai, pembayaran pencen tidak dapat dibuat, bayangkan bertapa goyahnya negara ini disebabkan tindakan di luar jangka para pekerja pos ini.

Hakikatnya, mogok bukanlah sesuatu yang asing di Australia. Ia seolah-olah seperti satu budaya yang diterima pakai. Para tenaga pengajar di universiti juga sudah berkali-kali mogok dari mengajar.

Sebagai contoh, tahun ini sahaja sudah tiga kali para akademia University of Melbourne mendaulatkan tindakan yang dianggap satu hak ini.

Setiap kali mogok diadakan, para pensyarah meminta sokongan dari kesemua pelajar mereka, dengan tidak menghadiri sebarang kelas. Adakah ini satu tindakan yang adil?

Para pelajar telah membayar yuran, datang dari pelbagai pelusuk dunia, mengharapkan setitis ilmu dari cendekiawan, tetapi malangnya, mereka pula menjadi mangsa rasa ketidak puasan hati tenaga pengajar terhadap pihak pengurusan universiti.

Pada bulan Disember lalu, keseluruhan bandar di Brisbane lumpuh seharian, gara-gara tindakan mogok yang dilakukan oleh pemandu-pemandu bas.

Mogok ini dilakukan akibat dari sifat setiakawan rakan-rakan pemandu menyokong seorang pemandu yang tidak disambung perkhidmatannya.

Hanya disebabkan seorang, beribu orang mengalami kesulitan dan penderitaan.

Dua bulan lepas, pekerja perbandaran di sebuah bandar di luar Melbourne, juga melakukan tindakan yang sama, gara-gara sandwich. Pelik bukan? Mereka menggunakan mogok sebagai senjata untuk mempertahankan dua rakan mereka yang di buang kerja gara-gara menerima rasuah sandwich untuk menyegerakan menyelesaikan masalah lopakan jalan yang sudah lama berlarutan.

Bagaimana pula jika pihak berkuasa, seperti polis, mengambil pendekatan yang sama, mogok kerana menuntut kenaikan gaji, misalnya. Mungkinkah babak drama tikus akan bermahajarela apabila kucing diulit mimpi akan berlaku?

Keadaan tuntutan melampau pendokong hak asasi ini melarat pada musim panas yang sedang melanda Australia, di mana mereka menuntut dibuka sebuah lagi pantai bebas untuk tanpa pakaian (free naked beach).

Saya tidak dapat bayangkan di Victoria sahaja sudah ada tiga buah pantai berkonsep begini, berapa banyak yang mereka mahu?

Perlukah kerajaan tunduk kepada desakan yang sebegini? Kadang-kadang golongan yang lantang bersuara bukan semestinya golongan majoriti.

Jangan kerana desakan mereka, batas sosial diketepikan, agama diabaikan dan kebudayaan dikuburkan.

Bagi saya, kadang-kadang kebebasan yang diberikan agak melampau di sini, sehinggakan untuk memukul anak pun tidak dibenarkan apatah lagi jika menghalang apa jua kemahuan mereka selagi ia tidak memudaratkan mengikut Children Right Act.

Malah tidak cukup dengan itu, Kerajaan Australia memperuntukkan elaun khas yang diberikan setiap dua minggu untuk para remaja dan ibu-bapa tidak mempunyai hak langsung ke atas duit tersebut.

Bayangkanlah sendiri apa yang akan mereka belanjakan dari duit tersebut. Berapa ramai di antara mereka yang akan membelanjakan wang tersebut untuk membeli buku ataupun digunakan untuk yuran tuisyen?

Jika ada sekalipun mungkin hanya segelintir sahaja.

Maka tidak hairanlah peningkatan mendadak kes penglibatan remaja dalam alkohol, perjudian, dadah dan rokok.

Sewajarnya hak asasi bukanlah bermakna kebebasan mutlak, ada ketikanya ia perlu dihalang ataupun dikawal agar keharmonian boleh dijaga.

Konsep pembendungan perlu diterapkan dari mengubati kemusnahan yang pasti akan memakan masa dan belanja yang lebih banyak.

Janganlah atas nama kebebasan kita lupa hidup ini perlukan kepada peraturan.

Biarlah kita dianggap kolot, namum kehidupan kita bukanlah atas desakan melampau pihak-pihak tertentu, yang akan menjuruskan bangsa dan negara ke alam kehancuran.

DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI adalah Honorary Visiting Academician di University of Melbourne. Beliau boleh dihubungi menerusi email asani@unimelb.edu.au

Kreteria Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan' Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :

  1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);
  2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;
  3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
  4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;
  5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;
  6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;
  7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan
  8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.
Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah
  1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah.
  2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan sekolah, guru dan murid.
  3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
  4. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
  5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
  6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

Guru Sekolah
  1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan murid.
  3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
  4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.
  5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
  6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Murid Sekolah
  1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
  2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
  3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah
  4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
  5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.

Kategori Sekolah
  1. Sekolah Kerajaan
  2. Sekolah Bantuan Kerajaan

Jangka Masa Pelaksanaan
2010= 20 buah sekolah
2011= 30 buah sekolah
2012= 50 buah sekolah

Ciri – ciri Utama SBT
  • Kepemirnpinan
  • Pengurusan
  • Pencapaian
  • Kejayaan
  • Perhubungan
  • Identiti Kendiri
  • Pembelajaran Terarah Kendiri
  • Sistern Bekerja Berprestasi Tinggi
  • Kesaksamaan
  • Timbal- Balas
  • Penurunan Kuasa

Pelan Strategik SBT
Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi
Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah
Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti
Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan
Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan
Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan

lmpak Sekolah Berprestasl Tinggi

Pemimpin
  1. Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.
  2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
  3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.
  4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.
  5. Berpeluang memilih guru yang efektif.
  6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.
Guru
  1. Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan.
  2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
  3. Ganjaran dalam bentuk bonus.
Murid
  1. Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan,berkomunikasi secara efeKif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.
  2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia
  3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.
  4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa berdasarkan umur.
  5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak berdasarkan umur.
  6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.
  7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.
  8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal.
  9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.
  10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.

Kekangan
  1. Kewangan dalam membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi.
  2. Kekurangan sumber kakitangan untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi tujuan pemantauan dan penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi.
  3. Pekeliling dan Peraturan Pelajaran yang sedia ada menyekat pelajar menempatkan diri di peringkat tinggi dalam tempoh yang singkat kerana terdapatnya had umur.
  4. Wujudnya birokrasi dalam pentadbiran melambatkan sesuatu program dilaksanakan.
  5. Sikap, kurang kemahiran mengurus dan kepemimpinan pengetua / guru besar boleh menjadi penghalang kepada kejayaan program.

Cadangan
  1. Pelaksanaan konsep SBT akan melibatkan implikasi kewangan dan perjawatan. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk mewujudkan satu sektor baru bagi memastikan SBT berupaya dilaksanakan dengan efisien.
  2. Memberi ganjaran yang setimpal kepada Pengetua, Guru besar dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selari dengan cadangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan NKRA berkenaan;
  3. Memerlukan pindaan dan semakan kepada peraturan pendidikan dan Surat – surat Pekeliling lkhtisas/ Surat Siaran yang berkaitan;
  4. Menyediakan maklumat kepada SBT mengenai peperiksaan luar negara (LPM/MPM)
  5. Biasiswa diberi kepada pelajar SBT yang berjaya memasuki lnstitut terkemuka di luar negara (Bahagian Tajaan)

Monday, January 25, 2010

Mana sekolah Berprestasi Tinggi di Pahang ?

Malang bagi negeri Pahang 1Malaysia, sekolah-sekolah di Pahang tidak tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).


Berikut senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.

16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor. - Utusan

Azan letak jawatan dalam PKR Pahang

Kacau dan semakin mengacau dalam PKR khasnya di Pahang pula. Dalam mereka dan Pakatan Rakyat mahu membulatkan tekad dan azam menawan Pahang dalam PRU13. YB Indera Mahkota Azan pula membuat pengumuman berada luar daripada PKR. maknanya menjadi YB bebaslah tu.

Apa dan kenapa beliau berbuat begitu adalah masalah dalaman PKR, tetapi dengan perletakkan jawatan YB Azan imej PKR dan Pakatan Rakyat secara amnya tercalar.

Situasi ini memberi ruang dan peluang kepada UMNO yang bermasalah itu terus kekal dengan selesa di Pahang. Rakyat juga mula berfikir sebaliknya dan adalah sukar para pengundi dapat merasioaalkan diri merelakan pengunduran beliau daripada PKR.

Anawar nampaknya semkain hilang kawalan ke atas pimpinan pertengahan partinya. Unsur provokasi setahu kita kepada PKR adalah kuat. Justeru strategi awal adalah melemahkan PAS. Cipta sebanyak mana masalah dan sabitkan PAS. Kini PAS juga bergelut menyelesaikan masalahnya. PKR juga bersama-sama diharu-birukan dan mereka para pakar startegik UMNO nampak kini senyum bangga.

Pusingan ini nampaknya UMNO menang lagi.

Blogger yang melampau

Islam itu sememangnya cantik. Semua soal kehidupan manusia ada aturan. Dalam menulis juga tidak terkecuali, ada etika tersendiri yang perlu diikuti dan dipatuhi walaupun kita bebas atau diberikan kebebasan.

Kita juga dalam hidup mestilah ada perasaan terutama perasaan hormat, hormat itu termasuklah juga kepada apa yang kita labelkan musuh, sebab sejahat mana pun musuh kita ia masih ada peluang, maka ALlah juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja umatnya untuk taubat dan sebagainya.

Oleh itu, bila kes Aduka Taruna blogger bersikap begitu, ia adalah satu tindakan yang keterlaluan.


Belangsuwaka Ghazali Shafie

King Ghaz Meninggal Dunia
Tun Ghazali Shafie

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira jam 7.45 malam ini. Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya Farah ketika dihubungi.

Tun Ghazali Shafie lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 22 Mac 1922 merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang.

Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk, merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Tun Ghazali juga pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.

Allahyarham turut bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukun Negara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Dari 1993-1995 Allahyarham menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Isteri beliau, Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Sunday, January 24, 2010

SPRM berkhidmat bawah UMNO JUARA ?


SPRM bawah Pesuruhjaya Baru dengan wajah serta semangat baru, cuba membuktikan kepada 'tuan' yang melantikkan seboleh mungkin. Sebagai tanda 'terima kasih' itu adalah terbaru operasi besar-besaran penyeludup pasir dan pencuri pasir khasnya di 4 buah negeri, walaupun negeri keempat tersenarai itu adalah negeri Pahang. Tangkapan di Pahang TIADA pun. Sebab bawah UMNO kot.

Maka pembangkang macam biasa minta SPRM bersikap jantan menyiasat secara terbuka dan mendasar, sampai ke pantat atau dasar sungai jika boleh, sediakan penyelam dan juru ukur serta penilai secara bersungguh-sunguh menilai setiap butir kemana dan di mana pasir itu dicuri serta dihalakan.

Belumpun kumpulan pembangkang khas dari negeri yang dilututkan oleh SPRM menjadi mangsa, orang pertama yang membelasah SPRM aadalah mantan PM Dr M. Katanya pasir diseludup itu lepas ke Singapura, setiap hari lebih 700 lori pasir silika masuk ke sana, tetapi di nafikan oleh Shaziman Abu Mansor katanya 70 buah sahaja. Dan paling kartun (abad ini) seorang paegawai mangkuk hanyun yang kena masuk sekolah (sebab tidak pandai kira dan buta atau rabun jauh) kata hanya 10 buah sahaj lori ke Singapura.

Itulah Malaysia....moral ceritanya UMNO adalah juara..segala-galanya adalah JUARA. Dalam hal ini kita labelkan UMNO JUARA PENIPU RAKYAT.

Kontroversi Seludup Pasir: Pemuda Umno Gesa Siasatan Rapi

PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa supaya pihak berkuasa terutamanya polis, kastam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi berhubung isu kontroversi penyeludupan pasir.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Jabatan Kastam khususnya, perlu memandang serius semua aduan yang dibuat bagi memastikan masalah penyeludupan pasir dapat dibanteras.

"Siasatan perlu dibuat dan saya harap pihak Kastam tidak berada dalam sindrom penafian dengan mengatakan perkara ini tak wujud.

"Kalau dah ada laporan, mesti pandang serius kerana kadang-kadang laporan yang Ketua Pengarah (Kastam) dapat sebenarnya berbeza dengan apa yang berlaku di bawah," katanya kepada media selepas menyertai Program Pemuda Prihatin anjuran Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kontroversi 700 lori pasir dijual ke Singapura setiap hari seperti yang didedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya baru-baru ini.

Angka tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyebut 500 lori sehari ke Singapura sebagai menjawab pendedahan Tun Mahathir itu.

Jumlah itu semakin mengecil apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Ahmad Zahri Jamil pula berkata, mengikut statistik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, dari 1 Januari hingga Selasa lalu, hanya 149 lori membawa pasir silika ke Singapura atau kurang dari 20 lori setiap hari.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, siasatan rapi pihak berkuasa perlu dilakukan bagi menjelaskan mengenai kedudukan sebenar mengenai isu ini.

"Mereka perlu mengesahkan mengenai laporan ini sama ada ia betul atupun tidak.

"Ini kerana sekarang kita ada beberapa kenyataan yang bercanggah, ada yang kata terkawal dan ada pula yang mengatakan ia tidak terkawal," katanya.

Selain itu, Khairy juga mengutuk tindakan pihak-pihak berkenaan jika benar wujudnya kes penyeludupan pasir seperti yang didakwa.

"Sekiranya ada penyeludupan pasir ke luar negara, ia adalah jenayah yang serius kerana itu adalah khazanah asli negara kita," katanya.

Nasib guru kini berbanding guru zaman dulu ?

Dunia pendidikan negara dan isinya. Berapa banyak sumbangan guru dan jasa guru kepada anak didik mereka serta rakyat. jasa kebaikan mereka ini bukannya menjanjikan pujian masyarakat tetapi cerminan masyarakat dan fokus masyarakat adalah 'sumbangan' buruk guru itu dalam masyarakat.

Walapun sumbangan itu guru berkenaan kira ia sebagai sebahagian sumbangan. Kesnya adalah seorang guru di tempat penulis berkhidmat menampar dua pelajar lelaki Tingkatan 4. Pelajar berkenaan disertai sama hampir 400 pelajar lain mengboo guru tua berkenaan kerana bertindak 'menegur' dua pelajar itu sedang bermain, sambil semua pelajar menunggu bagi satu event pelancaran NILAM peringkat sekolah di dewan sekolah menengah berkenaan.

Hasilnya bapa pelajar berkenaan berserta dengan ibubapa lain membuat laporan polis. Manakala pihak pentadibir sekolah yang juga rakan guru meminta supaya guru berkenaan memohon maaf kepada penjaga dan keluarga pelajar berkenaan.



Suami isteri saman pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta

ALOR SETAR 24 Ja. - Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.

Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua. - Bernama

WTC: Pendirian Dr M kekal !

Foto: WTC
Foto: Dr M
Tun Mahathir Pertahan Kenyataan Mengenai Serangan Ke Atas WTC

PULAU PINANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata serangan 11 Sept 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi tujuan memburukkan imej orang Islam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.

"Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang di sini semalam.

Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Mahathir telah berkata beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.

"Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi perdana menteri semula," tegas beliau.

Dr Mahathir juga berkata Malaysia tidak boleh semata-mata bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi perlu membangunkan ekonominya sendiri. - BERNAMA

Saturday, January 23, 2010

JUARA RAKYAT

Pemimpin digesa turun padang


Hishammuddin Hussein mengikat tali kasut Ahmad Asyraf Mohd. Mokhid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring sambil diperhatikan oleh Ahmad Said pada penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar sempena Program Juara Rakyat peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Teknik, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 22 Jan. – Kepimpinan UMNO negeri perlu turun padang menemui rakyat bagi menyelami hati nurani mereka seiring dengan Program Juara Rakyat yang diperkenalkan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda Program Juara Rakyat adalah tertumpu kepada gerak kerja untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, program ini seharusnya disokong oleh kepimpinan UMNO di pelbagai peringkat dengan menyusun program-program yang hampir dengan kehendak rakyat.

“Kita putuskan dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri semalam bahawa apa yang dirancang oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kita teruskan.

“Berbekal dengan semangat dan iltizam itulah kita mahukan Program Juara Rakyat dijadikan kaedah sebagai saluran mendekati rakyat,” katanya selepas melancarkan Program Juara Rakyat-Pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan pemimpin UMNO pelbagai peringkat.

Mengenai peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri pada pilihan raya umum akan datang, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, peluang kemenangan amat besar dan tidak seharusnya diragui sesiapa.

“Semua permasalahan dalaman dapat ditangani dengan baik dan apa yang penting kita perlu tingkatkan perpaduan dan penyatuan sesama sendiri.

“Agenda kita bukan untuk memenangkan mana-mana kumpulan atau individu tetapi ini adalah agenda lebih besar,” katanya.

Friday, January 22, 2010

Perayaan Ponggol; PAS Temerloh pecah tradisi

Gambar 2: Kaum Cina dalam majlis anjuran PAS
Gambar 1: Perpaduan kaum dalam Islam

TEMERLOH: Pihak pengurusan Kuil di bandar Mentakab 'terkejut' dengan kunjungan mengejut PAS ke kuilnya tempoh hari.kejutan tersebut dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Temerloh dengan datang sendiri mengantungkan banner dan ucapan SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN PONGGOL tempoh hari.

Pihak pengurusan kuil terkejut kerana bagi mereka inilah julung-julung kali orang Islam khasnya daripada parti PAS berani datang dan mengucapkan terima kasih. Kata pihak pengurusan kuil MIC sendiripun belum pernah berbuat demikian.

800 nasib pesawah padi di Rompin Pahang

Gambar : Peguam Fadly Ramli Rompin sedang menenangkan demo
Gambar : Pesawah padi Rompin demo

Gambar Ihsan dari Omarjamaludin dan artikel dari Suara PAS Pahang

Dasar kemanusiaan dan menepati janji. Barangkali itu sahajalah yang boleh merungkai permasalahan dan harapan 890 pesawah padi dari empat kampung di Rompin, Pahang yang menuntut hak milik tanah sawah yang diusahakan mereka sejak 30 tahun lalu.

Ceritanya bermula pada tahun 1977 apabila sekumpulan penghijrah dari Kedah datang meneroka hutan belantara di Kampung Setajam, Kampung Kurnia, Kampung Lantang dan Kampung Pianggu merupakan generasi pertama yang kawasan itu pada sebelum mereka memajukannya sebagai kawasan tanaman padi.

Kedatangan mereka bukanlah sebagai penceroboh melainkan menyahut seruan kerajaan pusat dan kerajaan negeri ketika itu, iaitu menggalakkan penanaman padi di samping penyertaan skim pemulihan tanah terbiar.

Buktinya, Baginda Sultan Pahang sendiri, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan pembukaan tanah di empat kampung tersebut pada tahun 1978. Pesawah terbabit masing-masing mengusahakan tanah seluas antara 2 hingga 3 hektar setiap seorang. Hasilnya, kawasan yang dahulunya hutan belantara, diteroka menjadi sawah padi yang luasnya saujana mata memandang.

Sejak itu, pesawah-pesawah dari Kedah yang telah beranak pinak di situ berjaya membangun dan memajukan tanaman padi di situ sehingga kerananya daerah Rompin diisytiharkan oleh kerajaan negeri sebagai “Jelapang Padi” negeri Pahang.

Malangnya sepanjang tempoh 30 tahun itu, mereka tidak diberikan geran, tetapi hanya Lesen Menduduki Sementara (TOL). Kerajaan negeri pula saban tahun, terutama menjelang pilihan raya umum (PRU), menjanjikan pemberian geran hak milik kepada mereka, namun semua itu hanyalah ibarat menunggu buah yang tidak gugur.

Di sebalik semua itu, ada cerita lain pula di mana hampir 200 pesawah tanah TOL yang diusahakan mereka sejak tiga dekad, mengalami masalah nama ditindih oleh pihak ketiga iaitu pemimpin politik tempatan. Ada beberapa orang pengusaha tanah ditangkap kerana mengusahakan tanaman padi di tanahnya sendiri tetapi penama TOL tanah oleh orang lain, atas tuduhan menceroboh.



Ini mengakibatkan mereka tidak memperolehi subsidi padi dan baja, disamping berhadapan tindakan pengusiran pada bila-bila masa oleh kerajaan. Sudahlah mereka ini tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air bersih di sesetengah kampung di sini, masa depan anak cucu mereka tidak terjamin setelah mereka tiada lagi tanah untuk didiami di negeri asal mereka.

Ketika Baginda Sultan Pahang berangkat ke kampung-kampung berkenaan pada 22 April tahun lalu untuk menyerahkan bantuan kepada mangsa ribut di situ, peluang itu dimanfaatkan penduduk bagi menyuarakan masalah yang dideritai mereka selama ini iaitu isu hak milik ini.

Khabar gembira yang mereka terima ialah Tuanku berkenan agar isu geran itu diselesaikan dalam tempoh dua bulan. Perkara tersebut khabarnya dipersetujui dan pihak Kerajaan negeri melalui Pegawai Daerah dan Ahli Parlimen Rompin.

Tuanku juga memaklumkan bahawa baginda akan datang pada bulan September 2009 untuk menyerahkan Geran Hakmilik. Namun hingga ke hari ini, bukan sahaja geran tidak diperolehi, malah tiada langsung khabar berita sama ada ia diproses ataupun tindakan ukur tanah dibuat.

Minggu lalu, negeri Pahang dikejutkan dengan keberanian seramai 500 orang pesawah berkenaan yang telah berpiket secara aman kerana bangkit menuntut hak mereka. Menurut jurucakap kumpulan pesawah berkenaan, Md Salleh Md Din, beliau yang menyertai piket secara aman bagi menuntut pemberian geran itu semata-mata kerana kerajaan negeri telah berjanji akan menyerahkan geran tanah kepada mereka pada April tahun lepas, tetapi sehingga kini janji itu masih belum ditunaikan.

“Bagaimanapun, sehingga kini setelah menanti lebih 30 tahun, pesawah masih belum diberikan geran milik tanah walaupun kerajaan negeri sebenarnya pernah berjanji hampir setiap tahun untuk berbuat demikian”.

“Tanah yang telah kami usahakan sejak 30 tahun lepas ini sajalah yang dapat kami wariskan pada anak-anak kami. Tanah ini sahajalah harta yang kami ada untuk dijadikan pusaka dan harta pencarian bagi menjamin kehidupan akan datang,” katanya.

Sementara itu, peguam para pesawah berkenaan, Mohd Fadzli Ramly berkata, tindakan berdemonstrasi itu merupakan langkah pertama.

Katanya jika tiada sebarang tindakan, para pesawah akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Pahang dan Ahli Parlimen Rompin.

Namun sekiranya terus berdegil, mereka akan mengorak langkah memohon pertemuan dengan KDYMM Sultan Pahang sebagi payung kerajaan Pahang. Seterusnya para pesawah tidak akan teragak-agak membawa perkara ini ke Mahkamah sekiranya Kerajaan Pahang terus angkuh dengan para pesawah ini.

“Saya tidak nafikan bahawa para pesawah bukanlah penduduk asal Pahang. Tetapi mereka tetap rakyat Malaysia dan bukan menceroboh kawasan tanah milik penduduk tetapi datang kerana jemputan kerajaan negeri dan dasar kerajaan Pusat”.

“Namun ia bukanlah lesen untuk menafikan hak mereka untuk mendiami tanah di negeri ini. Mereka mempunyai merit. Mereka hanya mahukan beberapa ekar setiap pesawah untuk memilik tanah sebagai tanda penghargaan usaha mereka. Kenapa kerajaan boleh bertoleransi dalam pemberian tanah ratusan ekar kepada tokeh-tokeh besar termasuk bukit kepada tokeh besar cina sedangkan rakyat Bumiputera merempat di bumi sendiri”.

Jelas Fadzli, tindakan kerajaan Pahang yang enggan memberi geran kepada pesawah-pesawah berkenaan walaupun diarahkan KDYMM Tuanku Sultan Pahang hanyalah menunjukkan kedegilan dan penderhakaan.


COLA & ITP: Sokong PENUH tindakan kerajaan

Kita pihak rakyat menyokong kerajaan Malaysia menarik balik elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) daripada kakitangan kerajaan. Maknanya jika kerajaan berdolak dalik dan tidak berani melakukan tindakan ini, kerajaan yang adalah kerajaan yang gagal. Kerana selama hari ini kakitangan kerajaan sudah terlalu lama menikmati keisitimewaan ini. Bayangkan kehidupan para nelayan atau petani khasnya di Nenasi Pahang yang menanam padi, bayangkan petani dari Kedah yang kini sedang mengusahakan sawah di Seledang Rompin. Siapapun tidak membela mereka, apa COLA yang mereka ada, apa ITP yang mereka ada.

Mereka datang berhijrah ke bumi Pahang sudah lebih 30 tahun. Tanah yang mereka terokai sampai kini tidak bergeran. Dan ada antara mereka yang menguasahakan tanah ini sudah mati. Mana keadilan ?

Oleh itu, saya menyokong PENUH tindakan kerajaan


JPA Nafi COLA, ITP Ditarik Balik

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.

PAS dan Jawatankuasa Displin Partinya

Gambar : Dato Tuan Ibrahim Tn Man

Jawatankuasa disiplin PAS akan bersidang pada hari ini. Isunya bakalan tindakan tatatertib ke atas exco Selangor yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor. Rentatan beliau mempertikaikan keputusan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka atas apa yang kurang disenangi olehnya.

Selain itu, imej Dr Hassan Ali yang tercemar kerana masalah dalaman yang beliau 'gagal' uruskan secara baik. Ini kerana dari segi politik Dr Hassan Ali adalah masih baru dan muda khasnya dalam politik gerakan Islam. Atas kelemahan itu, mana-mana individu yang tidak sealiran serta sehaluan dengannya menjadikan ini sebagai modal hujah mereka. Selain itu juga tindakan Dr Hasan Ali sendiri dalam politik bersama rakan-rakan tidak dipelihara atau dijaga dengan cermat.

Maka apa-apa sahaja tindakan disiplin yang dikenakan kepadanya akan dipertikaikan atau diperbahaskan oleh kumpulan yang pro atau kontra.

Justeru jawatankuasa displin kena dan wajar bertindak, kerana ini adalah tugas. Maka populariti Dato Tuan Ibrahim akan diperhatikan oleh semua pihak.

Kita nantikan episod seterusnya

Isu Matau di Bandar Jengka

Penduduk Matau nekad pertahan kediaman
Written by Administrator Friday, 22 January 2010 08:26 PDF Print E-mail
BANDAR TUN RAZAK JENGKA: Penduduk kawasan Matau dekat sini, bertegas akan mempertahankan kediaman mereka meskipun sudah mendapat ugutan perumahan mereka akan dirobohkan dalam masa terdekat oleh pemaju.

Bagi mereka, kawasan kediaman yang telah diteroka sejak hampir setengah abad itu perlu dipertahankan setelah pemaju enggan berunding langsung walaupun mereka sudah banyak berlembut.

Keputusan tegas ini diambil penduduk semasa dialog dengan peguam mereka baru-baru ini, setelah pihak Majis Daerah Maran (MDM) selaku pemaju enggan bertolak ansur mendengar rayuan mereka dan surat arahan berpindah dikeluarkan sejak tahun lalu.

Salah seorang wakil penduduk yang dikenali sebagai Haji Saleh, berkata 300 penduduk Matau bukannya degil dan akur dengan hasrat kerajaan untuk membesarkan jalan Bandar Jengka dan mencantikkan kawasan, cuma mahu berunding tentang hak mereka.

“Kalau kata nak buat besarkan jalan kerajaan ambillah, janji kami tidak dihalau sebab di sinilah tempat kami... dah takda tempat lain dah. Kalau kerajaan halau kami untuk dibuat bangunan hampir setengah juta bila siap nanti, siapakah orang Melayu yang mampu membelinya jika tidak bangsa lain?”

“Sebenarnya tempat lain di Bandar Jengka ini luas lagi untuk dimajukan kenapa pilih tempat penduduk yang sudah tinggal di sini sejak puluhan tahun? Di sini ada 33 buah kedai semuanya dan kami sanggup buat lot kedai sebelah depan jika sekarang ini cacatkan pemandangan”.

“Kami pun dah jenuh menderita. Bayangkan pihak berkuasa bagi premis niaga, ambil cukai pintu tapi kemudahan bekalan air paip tak salurkan. Sebenarnya dah lama hak kami dinafikan”.

“Lagi pun cuba tengok di Sungai Jerik, dalam daerah Maran ini juga... kenapa boleh buat kedai untuk penduduk yang meneroka tanah di sana yang berbangsa Cina. Lagikan bukan bangsa Melayu pun boleh bangunkan dengan tidak ketepikan peneroka asal. Begitu juga dengan Gambang dan Sri Jaya... kenapa boleh? Sebab itu saya rasa ini hanya untuk kepentingan pihak tertentu saja!”

Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pembalakan dari Kanada yang beroperasi di situ. Selain daripada itu ada juga penghijrah-penghijrah dari luar Pahang yang membuka tanah di situ.

Ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan.

Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh MDM dan penduduk telah dikenakan bayaran Tol (cukai pendudukan tanah sementara). Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran Tol seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan. Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM.

Permasalahan penduduk Matau yang tidak mendapat geran tanah dan ketiadaan bekalan air paip telah lama diperjuangkan mereka dan mendapat perhatian pemimpin politik terutama dari Umno sehingga seringkali berjanji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setiap kali pilihan raya.

Kini terdapat kira-kira 300 penduduk Matau dengan seratus peratus Melayu dan 90 peratus daripadanya ialah ahli Umno. Terdapat 101 buah rumah termasuk 33 premis kedai di kawasan seluas 22 ekar itu.

Baru-baru ini MDM telah mengeluarkan notis arahan kepada penduduk supaya mengosongkan premis dan tapak di kawasan tersebut. Alasannya MDM telah menandatangani satu perjanjian dengan pemaju Mentiga Corporation Bhd. pada 30 Jun 2008 untuk memajukan tanah di Matau dan sepatutnya pemaju telah memasuki kawasan berkenaan pada 1 April 2009 lalu tetapi tertangguh kerana keengganan penduduk berpindah.

Arahan berpindah itu, didakwa penduduk tidak langsung menyebutkan ke mana tempat cadangan berpindah dan sebarang pampasan. Keadaan ini menyebabkan penduduk kebingungan dan berada dalam dilema.

Peneroka asal Matau, Mariam Putih, 64, yang menetap di sini sejak tahun 1969 dengan berniaga kecil-kecilan, enggan berpindah kerana bagi beliau di situlah tanah airnya sedangkan tidak ada tempat perpindahan disediakan.

“Disuruh pindah, kami nak pindah ke mana? Bukan mudah nak beli rumah pada usia macam makcik ni. Kalau menyewa nak bayar macam mana kalau sumber rezeki saya dirampas?”.

“Saya duduk di sini sejak balak tengah tebang, Bandar Jengka ini pun belum ada lagi. Di tapak inilah saya duduk tak pindah-pindah. Dah tiga orang suami saya tinggal di sini dan dah ada cicit yang lahir di sini. Seorang cucu saya dah berjaya jadi doktor. Bagi saya kalau kena halau ini sedih sangat, tempat berpindah dia tak bagi jadi nak pindah ke mana. Jadi nak pergi ke mana lagi?” soalnya.

Bekas Penerokawati Terbaik Kebangsaan Kamariah Osman, 63, yang juga peneroka asal Matau, mahu kerajaan berdialog dengan penduduk supaya kedua-dua pihak mendapat keuntungan.

“Pendapat saya baiklah kerajaan buatkan lot elok-elok diberikan kepada penduduk sedia ada. Pulangan hasilnya kepada kerajaan juga. Kalau bina bangunan mahal-mahal tapi orang Melayu tempatan tak mampu beli, apa yang nak dimegahkan?”, soalnya.

“Tempat ini kami yang teroka dan majukan. Jika kerajaan nak bina rumah kedai berharga setengah juta, binalah di tempat lain sebab kami tak mampu nak beli semula nanti. Jika tidak yang akan berniaga di sini hanya orang bukan Melayu. Sedangkan hasrat Tun Razak dulu wujudkan Bandar Jengka ini untuk orang Melayu seratus peratus,” katanya.

Sementara itu antara penduduk tertua di Matau, Yaakub Ahmad, 74 kesal dengan sikap pemimpin yang berjanji untuk selesaikan masalah setiap kali pilihan raya

“Apabila setiap kali PRU setiap kali itu jugalah harapan kami dipermainkan, lepas itu senyap,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang dilantik penduduk, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan membantu penduduk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Sultan Pahang dan Perdana Menteri sebelum membawa kes ini ke mahkamah.

Moral cerita Lu Fikirlah Sendiri

Utusan Malaysia berjaya membawa pembaca dan melarikan isu negara yang sebenar. Kini pembaca dan rakyat dialihkan fokus. Hari ini jutaan simpati terfokus kepada isu Tumi yang dianggap ibu kepada Tanggang Moden. Kejadian berlaku di Malaysia.

Kita sebenarnya, bukannya marah dan persalahkan Tumi dan anaknya. Kita mahu bertanya adakah kes kejadian ini berlaku segala-gala kerana Tumi dan anaknya sahaja, tanpa ada faktor-faktor luaran. Atau unsur-unsur luaran.

Sebab dua tiga hari ini, fokus media yang bersifat kemasyarakatan menunjukkan indikator kita sebagai rakyat dan masyarakat sentiasa bermasalah dan ada masalah. Sehinggakan masalah itu tidak dapat diselesaikan. Ataupun rakyat dan masyarakat sahaja yang perlu menyelesaikan masalah mereka.

Apa pula peranan kerajaan atau orang yang berkuasa ? Jika semua masalah dan bila ada sahaja masalah, tangan selalu dan sokmo ditundingkan ke arah alasan adalah kerana faktor ibubapa, tiada pendidikan agama dan semua kena bermula di sekolah atau dalam sistem pendidikan. Maka sampai bila masalah rakyat dapat diselesaikan.

Maknan moralnya lu fikirlah sendiri



Tumi Wongsoruju ketika berada di Balai Polis Seri Kembangan, Serdang, Selangor, semalam.


SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.

Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.

Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.

Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.

Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.

Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.

Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.

Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.

Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.

Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.

Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.

Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.

Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.

"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.

"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.

Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.

Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.

Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.

"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.

"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.

Ilmuan Islam negara yang disibukkan atau penyibuk ?

Para ilmuan islam sibuk dan menyimbukkan diri berbincang dengan menghabiskan masa dengan membincangkan boleh atau tidak boleh istilah ALlah digunapakai oleh agama lain.

Kita ucapkan syabas dan terima kasih kerana perihatin dengan isu dan masalah ini. Berbalik dari segi keutamaan dan pilihan tanggungjawab, semestinya ilmuan islam negara memikirkan bagimanakah pematuhan keagamaan dapat diaplikasi dalam kehidupan kita, terutama dari sudut perundangan Islam yang bakalan menawarkan penawar dalam semua disiplin kehidupan. Sepatutnya mereka membincangkan cara-cara memberi keyakinan serta menyakinkan penduduk Malaysia terhadap Islam dan perundangannya.

Sepatutnya tahap kesibukan serta kecaknaan mereka dipusatkan kepada isu yang lebih mendesak. Tahap kesabaran kita sudah lama, Islam pernah dibuktikan gemilang. Jsuteru itu, para ilmuan Islam ini sendiri kena ada pihak kedua selain mereka menyakinkan tentang apa yang mereka yakinkan.







Muzakarah: Penggunaan Kalimah Allah Sebagai Terjemahan Kepada 'God' Tidak Tepat

KUALA LUMPUR: Muzakarah Pakar, yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada "God" adalah tidak tepat.

Pengerusi IKIM Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai "God" juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.

"Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni," katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.

Tujuh pakar itu ialah Prof Madya Dr Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty; bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM Md Asham Ahmad.

Muzakarah bertajuk "Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya" berlangsung selama lapan jam dari pukul 8.30 pagi, dipengerusikan Ketua Pengarah IKIM Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Abdullah berkata muzakarah itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya iaitu mengenal pasti punca dan penjelasan latar belakang permasalahan daripada perspektif agama, bahasa, sosial dan undang-undang.

"Muzakarah ini juga dapat menegaskan kefahaman dan konteks penggunaan Allah dalam Al-Quran, memurnikan tafsiran ke atas sumber-sumber hukum Islam berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama dan budaya selain Islam dan membentuk kesatuan fikiran di kalangan tokoh agama serta pemimpin umat Islam," katanya.

Abdullah berkata pendirian muzakarah itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan dan akan dibincangkan dalam siri muzakarah akan datang bertajuk "Mengurus Krisis Antara Agama" anjuran IKIM pada 25 Januari ini.

Beliau berkata muzakarah yang membabitkan semua pemimpin agama serta Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)bertujuan mengenalpasti krisis, jalan penyelesaian dan mencari persefahaman untuk keharmonian semua kaum di negara ini.

Abdullah berkata IKIM berharap agar semua penganut agama menghormati batas-batas agama masing-masing agar tidak berlaku lagi kekecohan seperti yang berlaku pada masa ini. BERNAMA