Thursday, January 28, 2010

Kes bakar dan kepala babi , apa yang tidak kena?

Semua orang terkejut dan marah dengan tindakan membakar gereja. Dan lebih marah dan terkejut lagi bilamana 3 kepala babi diletakkan di dalam masjid. Walhal masjid di negara kita berkunci belaka. Dan rata-rata ada pengawal sendiri, jika terutama masjid itu berada di negeri-negeri maju seperti Selangor atau Wilayah.

Maka kes yang berlaku ini adalah diibu kota negara Malaysia. Begitu juga dengan pasukan keselamatan yang berkhidmat di ibu kota adalah terdiri daripada mereka yang cekap, cepat dan tegas, masakan kes sebesar ini yang berlarutan berminggu-minggu gagal diuraikan puncanya. Inilah yang dimusykilkan dan dipelikkan.

Sehingga ke hari ini, berita yang ditulis hanya ada 1 tangkapan membakar gereja sahaja yang dibuat. Dan disimpulkan terus keputusan mereka itu membakar tidak berkait dengan mana-mana pihak, mereka bergerak sendiri-sendiri sahaja atau dalam lain perkataan bertindak bersendirian. Maka mudahnya kesimpulan yang dibuat, jelas yang membuat kesimpulan itu hanya akbar sahaja nampak mewakili pihak berwajib dalam membuat keputusan lagaknya.


Kesimpulan kita adakah sesuatu yang tidak kena, sebab pihak berkuasa belum mengenakan kepada pihak yang mahu dikenakan.

No comments: