Thursday, October 23, 2008

UMNO ditenderkan ..kata Rais

Semalam secara terbuka Datuk Seri Rais Yatim Menteri Luar dalam UMNO dan Kabinet Pak Lah dengan nada sinis menyindir dengan situasi pemilihan UMNO menjelang Disember 2008 ini. Pelan mengambil kuasa dalam UMNO bukan lagi dialih-alihkan tetapi sekarang ini wajar ditender macam ‘berebut’ dapatkan kontrak sesuatu projek kerajaan . Siapakah yang banyak wang atau harta boleh raih untung bagi dapatkan hasil daripada kekuatan ‘mengaut’ pancing perwakilan UMNO nanti sepanjang sesi kempen pencalonan ke peringkat parti itu nanti.

Saranan dan kewajaran Rais sememang wajar kerana semakin membarah politik wang dalam UMNo masa ini. Lak atau membiarkan situasi ini berlalu seolah-olah makin hancur. Justeru mana-mana pendokong dan penyokong UMNO peringkat kampung wajarlah berfikir dan nilai semula sokongan mereka terhadap UMNO.

SELAMAT BERFIKIR DAN ALIH SOKONGAN DOKONGAN ANDA KE BARISAN LAIN

Rais saran pemilihan secara 'tender'

PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.

Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.

''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.

''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika di sini hari ini.

Menurut Rais, kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.

Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.

''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengambil kesempatan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk membahaskan pemulihan UMNO dan penerapan nilai-nilai positif yang diperlukan.

''Banyak orang apabila berdepan dengan pemimpin tinggi segan nak mengemukakan pandangan sehingga bila pulang, dia merana.

''Jadi, sekarang kita lebih suka mengemukakan pandangan secara berdepan. Jadi, kita tidak ada dituduh tikam belakang atau bercakap di belakang," katanya.

Wednesday, October 22, 2008

Ketua Hakim Baru ..reaksi pelbagai ?

Teguran Timbalan Pengerusi Gerakan Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak agar dapat membezakan mana program kerajaan dan parti kini ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Terbaru kerabat utama BN iaitu UMNO khasnya Pak Lah memejam mata dan buat-buat tidak tahu seperti lembu kenyang , bila dengan tiada sedikit rasa bersalah melantik Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru bagi menggantikan ketua Hakim sekarang yang akan bersara wajib.

Ramai menegur bukan kerana dengki dengan Tan Sri Zaki dari aspek kelayakan dan lain-lain tiada masalah. Yang kini menjadi masalah bilamana Tan Sri Zaki Tun Azmi adalah Pengerusi lembaga disiplin UMNO, sekaligus mengundang pelabagai persepsi terhadap integriti institusi kehakiman berkenaan.

Zaki Ketua Hakim

PUTRAJAYA 21 Okt. – Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, manakala Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff, 62, menggantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria, 58, sebagai Hakim Besar Malaya.

Beliau berkata, kesemua pelantikan yang berkuat kuasa 18 Oktober lalu itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan, sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2008,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia untuk hakim-hakim tersebut.

Zaki, yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 Disember 2007 iaitu dua bulan selepas menjawat jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.

Umur bersara Ketua Hakim Negara ialah 66 tahun.

Beliau yang merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara kedua, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed, memperoleh ijazah undang-undang dari Lincoln‘s Inn, London pada 1969 dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan Presiden Mahkamah Sesyen, Ipoh.

Dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah, beliau sebelum itu mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar; Anderson School, Ipoh; dan English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.

Setelah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada 1984 dengan jawatan terakhir sebagai Peguam Kanan Persekutuan, beliau menyertai Tetuan Shahrizat Rashid & Lee sebagai peguam bela.

Zaki dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada 4 Februari 2004 serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi membantu Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiasat kes-kes politik wang pada 1995.

Pada 7 Februari 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Dalam pada itu, Alauddin pula mendapat pendidikan undang-undang di Inner Temple London pada 1970 dan pernah menjadi peguam di United Kingdom sebelum berkhidmat sebagai Majistret di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 1 Februari 1971.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Presiden Mahkamah Sesyen Seremban, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Ogos 1992.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 April 2001 diikuti Hakim Mahkamah Persekutuan pada 17 Julai 2004.

Alauddin diumumkan sebagai Hakim Besar Malaya pada 29 Ogos 2007.

Sementara itu, Arifin yang berasal dari Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan mula berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang pada 1974 setelah menamatkan pengajian di Universiti Sheffield, United Kingdom.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994 dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002.

Arifin menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan mulai 17 Jun 2005.

Ketua Hakim Baru ..reaksi pelbagai ?

Teguran Timbalan Pengerusi Gerakan Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak agar dapat membezakan mana program kerajaan dan parti kini ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Terbaru kerabat utama BN iaitu UMNO khasnya Pak Lah memejam mata dan buat-buat tidak tahu seperti lembu kenyang , bila dengan tiada sedikit rasa bersalah melantik Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara yang baru bagi menggantikan ketua Hakim sekarang yang akan bersara wajib.

Ramai menegur bukan kerana dengki dengan Tan Sri Zaki dari aspek kelayakan dan lain-lain tiada masalah. Yang kini menjadi masalah bilamana Tan Sri Zaki Tun Azmi adalah Pengerusi lembaga disiplin UMNO, sekaligus mengundang pelabagai persepsi terhadap integriti institusi kehakiman berkenaan.

Zaki Ketua Hakim

PUTRAJAYA 21 Okt. – Tan Sri Zaki Tun Azmi, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, manakala Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff, 62, menggantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria, 58, sebagai Hakim Besar Malaya.

Beliau berkata, kesemua pelantikan yang berkuat kuasa 18 Oktober lalu itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan, sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa mulai 18 Oktober 2008,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia untuk hakim-hakim tersebut.

Zaki, yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 Disember 2007 iaitu dua bulan selepas menjawat jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib pada 17 Oktober lalu.

Umur bersara Ketua Hakim Negara ialah 66 tahun.

Beliau yang merupakan anak kepada Ketua Hakim Negara kedua, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed, memperoleh ijazah undang-undang dari Lincoln‘s Inn, London pada 1969 dan pernah berkhidmat sebagai majistret dan Presiden Mahkamah Sesyen, Ipoh.

Dilahirkan pada 12 September 1945 di Alor Setar, Kedah, beliau sebelum itu mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar; Anderson School, Ipoh; dan English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.

Setelah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada 1984 dengan jawatan terakhir sebagai Peguam Kanan Persekutuan, beliau menyertai Tetuan Shahrizat Rashid & Lee sebagai peguam bela.

Zaki dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada 4 Februari 2004 serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi membantu Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiasat kes-kes politik wang pada 1995.

Pada 7 Februari 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Dalam pada itu, Alauddin pula mendapat pendidikan undang-undang di Inner Temple London pada 1970 dan pernah menjadi peguam di United Kingdom sebelum berkhidmat sebagai Majistret di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 1 Februari 1971.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Presiden Mahkamah Sesyen Seremban, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Ogos 1992.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 April 2001 diikuti Hakim Mahkamah Persekutuan pada 17 Julai 2004.

Alauddin diumumkan sebagai Hakim Besar Malaya pada 29 Ogos 2007.

Sementara itu, Arifin yang berasal dari Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan mula berkhidmat sebagai Pegawai Undang-Undang pada 1974 setelah menamatkan pengajian di Universiti Sheffield, United Kingdom.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994 dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002.

Arifin menyandang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan mulai 17 Jun 2005.

Monday, October 20, 2008

Pak Lah : Dr M berlagak ?

Marah Pak Lah… mula disiarkan dalam Buliten 1.30 TV3 pada hari semalam, atas sikap Tun Dr Mahathir. Isunya tulisan dalam blognya mencadangkan itu ini, pemimpin itu dan ini yang patut atau tidak patut berada dalam kabinet Najib selepas Mac 2009.

Kita sebagai rakyat terbanyak ada juga setuju dengan Pak Lah dan ada juga tidak setuju dengan Dr M. Ini bukanlah bermakna semua orang salah kita sahaja yang betulnya. Melihat gelagat Dr M dan membaca strategik Pak Lah.

Walaupun pada dasarnya pak Lah berundur Mac 2009. Beliau masih mempunyai masa bagi ’mengajar’ Najib atau mana-mana pemimpin UMNO terhadap desakan minta beliau undur.

Hujah hati kita strategi Pak Lah dalam hati rakyat mahu ingat dan berkata-kata walaupun pak Lah berundur UMNO masih juga ’beramuk’ dan terus kemacuk. Maknanya samalah ada pak Lah ke.. tak dak Pak Lah, UMNO tetap berkemacuk.

Kemarahan Pak Lah, pertama kepada Dr M yang gatal capurtangan tulis minta masuk orang itu, keluar orang ini dalam kerajaan atau MT UMNO. Apa kah dia.. tempelek Pak Lah. Kita sokong Pak Lah dalam hal ini, tetapi tentulah Dr M jawab hak dia adalah bercakap dan beri pandangan, nak ikut atau tak ikut itu soal dialah yang menerima pandangan. Tak kan nak bagi pandangan sebagai mantan PM, wira jagat dunia ke 3 pun tidak boleh, dia bukan calang-calang orang dia adalah wira negara yang jasanya banyak kepada negara.

Kemarahan Pak Lah kedua pada Muhyiddin , katanya Muhyiddin ni tak ingat....jenis orang pelupalah, kot...kedua kepada Muhayiddin (dia panggil nama sahaja) yang cetuskan peralihan kuasa, Pak Lah kata dulu dah setuju minta dan semua ahli MT setuju pelan peralihan Pak Lah Najib 2010, sebab kata Pak Lah saya ada kerja ’reform’ yang saya nak buat.. dia takut ka...atau dia tau mau reform ka.. tambah Pak Lah sabar-sabarlah nak jadi Timbalan Presiden UMNO ( sindir Pak Lah itu pun bergantung kalau ada orang undi dia)

Kemarahan Pak Lah ketiga, kepada suara-suara yang menghalang Ali Rustam tarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden, apa salah Ali kata Pak Lah, kita demokrasi bagilah dia bertanding.

Bahasa kita tidak miskin..kata Dr Teo UKM ?

jBahasa kita tidak miskin… kata Dr Teo Kok Seong (seorang ilmuan Cina seratus peratus) Professor Sosiolingustik UKM. Mana-mana bahasa pun Tuhan bagi cukup untuk mengungkapkan ilmu. Malah bahasa orang asli pun cukup. Tambah beliau lagi.

Banyak lagi hujah-hujah beliau yang menarik boleh pembaca dapat soroti dengan membaca wawancara beliau bersama Siasah keluaran bil 0119 bertarikh 19-25 Oktober 2008. Sepatutnya hujah-hujah beliau ini disebarluaskan ataupun jemput beliau berbincang serta bahaskan isu bahasa Melayu tidak miskin dalam Astro Awani, ruang dan penjelasan beliau wajar ditekuni oleh bukan sahaja cendikawan pro atau kontra kerajaan dapat tetapi rakyat teramai dapat fikirkan. Rakyat berhak diberitahu sepanjang pemakaian bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik ramai yang sekadar merungu tidak berpuashati. Rakyat juga harus diberitahu kerana merekalah yang memilih dan mengirim wakil-wakil mereka pemimpin mereka yang membentuk dasar itu dan ini. Inilah kesedaran dan tanggunggan mereka yang wajar disedarkan.

Bahasa Melayu tidak miskin kosa katanya. Jika Hindraff boleh bangun menuntut secara berani dan tegas tentang kemelut dan ketinggalan jauhnya bangsa mereka kepada kerajaan, maka apa salah pejuang-pejuang bahasa yang bahasa Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan negara sebagai bahasa rasmi wajar digunapakai dalam semua displin ilmu dan kehidupan ilmu manusia di Malaysia.

Bahasa Melayu miskin disisi pimpinan bangsa Melayu. Ini kerana masing-masing takut untuk bersuara, takut tidak diberi peluang, kerana perjuangan mereka tidak berkiblatkan perjuangan suci dan keramat. Macamlah gimik Shahidan kassim yang mahu bertanding pemilihan UMNo 2008 ini sedikit masa dulu, meletakkan demi menegakkan agama maka beliau snaggup bertanding ke jawatan tertinggi dalam UMNO. Ini adalah retorik, alasan tahi kucing dan alasan main-main, yang rakyat tidak juga sedar-sedar dan mahu sedar. Secara umumnya kesimpulannya ’pemimpin umno ala Shahidan’ ini memangnya banyak dalam UMNO, jeusteru itu perjuangan mereka adalah sekadar untuk perut dan bawah perutnya sahaja. (pinjam kata Anwar Ibrahim)

Bahasa Melayu miskin disisi UMNO. Maka rakyat jangan minta UMNO kembalikan bahasa Melayu untuk diajar dalam M3 dan Sains. Minta dan meminta-minta kepada UMNo adalah buang masa dan jadi sia-sia. Justeru kepada siapakah yang mahu diminta. Maka lebih eloklah mereka (rakyat) mengajar UMNO tentang kedegilan-kedegilan mereka dengan menarik semula kuasa yang rakyat berikan kepada mereka (UMNO).

Bahasa Melayu miskin di sisi menteri pelajaran UMNO. Walaupun yang minta itulah ibubapa Melayu, guru-guru Melayu, Persatuan-persatuan Melayu kepada menteri pelajaran Melayu. Ini adalah sia-sia kerana menteri Melayu hanya bertegas dan segaja tunjuk keras dengan orang Melayu sahaja. Walaupun UMNO Johor yang Melayu itu sudah membuat usul kepada Menteri Pelajaran supaya ditarik balik pengajaran M3 dan Sains dalam BI.

Baguslah kalu BN mula sedar dan dapat beza program parti vs kerajaan?

Sejak bila pula Kerajaan BN mahu bezakan program parti dengan program kerajaan. Saranan ini dicetuskan oleh parti Gerakan melalui Timbalan Presidennya dato Chan Ko Yuan yang kesal kerajaan Perak meletakkan pada kain rentang logo parti PAS PKR dan DAP bagi sambutan Festa Deepavali Untuk Rakyat. Dakwa beliau jemputan tersebut sepatut kepada semua orang tanpa kira parti atau fahaman politik, tetapi bila dicetakkan tiga logoi parti gabungan PR maka ia jadi perayaan tersebut terhad kepada kumpulan berkenaan sahaja.

Teguran ini adalah benar dan tidak salah. Jika salah kerajaan Pakatan Rakyat kenalah memperbetulkannya. Amalan mencampurakan kerja-kerja parti patut Gerakan sendiri sedar.

Baru-baru ini secara terang-terangnya parti berkenaan menggunakan premis sekolah-sekolah tertentu dalam proses pemilihan di negeri-negeri tertentu yang dipaparkan oleh media masa eletronik yang boleh ditontoni oleh rakyat terbanyak secara tidak langsung.

Ironisnya, sifat manusia bila tiada kuasa atau sakit tentulah ia akan ingat asal usulnya atau ingatkan Tuhan. Tetapi apabila sihat atau masih berkuasa semua halal dan semua boleh belaka. Inilah resam manusia.

Gerakan sepatutnya mencermin diri dulu, tetapi apapun kita berterima kasih kerana mereka sedar. Jika begitu gesaan dan teguran ini bolehlah kita alihkan sama kepada mana-mana parti terutama kini parti UMNO yang sedang rancak mengadakan pemilihan bahagain masing-masing.

Justeru, kita minta parti Gerakan menulis surat dan sedarkan UMNo supaya jangan memperggunakan premis-premis sekolah, kemudahan-kemudahan jabatan penerangan sebab itu adalah hak kerajaan. Salahguna kerajaan UMNO BN ini adalah sudah lama dah selepas Tuanku Abdul Rahman melepaskan jawatan PM Malaysia lagi.


Oleh itu, minta Gerakan tegur kerajaan perbetul dulu yang terkini minta bedakan berita parti dan program khususnya pemilihan parti-parti komponen yang dapat sorotan istimewa RTM. Saluran swasta lain biasalah ..namun mereka juga harus bersikap adil dan tidak berat sebelah. Jika dibandingkan kerja-kerja BN UMNO yang puluhan tahun tidak dapat membedakan antara program parti dan kerajaan mesti disedarkan.


Friday, October 17, 2008

Wahai BPR jadi jadilah ....?

BPR kata Tiada rasuah dalam Piala Monsun.... Tapi semua orang tengok macam ada rasuah. Jika tidak masakan KYDMM Tuanku Mizan menolak Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.




Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata siasatannya mendapati tiada berlaku unsur-unsur rasuah dalam penganjuran kejohanan kapal layar bertaraf dunia Piala Monsun di Terengganu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kejohanan ini," kata Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya BPR di Pusat Konvensyen Putrajaya hari ini.

"Ini kejohanan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Terengganu, tetapi juga Malaysia," tambahnya.

monsoon cup terengganuPemuda PAS dan PKR telah membuat laporan kepada BPR mengenai penganjuran sukan berprestij itu pada 29 Julai lalu.

Mereka membuat laporan tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang meminta badan itu menyiasat dua projek mega - Piala Monson dan Masjid Kristal.

Piala Monsun mula diadakan pada 2006 semasa kerajaan negeri ditadbir menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, anjuran syarikat T-Best Sdn Bhd.

Sebanyak 42.9 peratus saham T-Best dimiliki oleh TDM Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, manakala 57.1 peratus lagi milik syarikat swasta, Prestasi Wangi Sdn. Bhd.

T-Best mempunyai hak penganjuran Piala Monsun selama lapan tahun bermula 2006.

Kejohanan Piala Monsun bagi tahun ini akan diadakan pada 4 hingga 7 Disember depan.

Sementara itu, Ahmad Said juga ditanya sama ada beliau telah menerima salinan surat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim berhubung kontroversi pemberian tender kepada Eurocopter untuk membekalkan pesawat pengganti helikopter Nuri yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporter
Mengikut surat Zahar, beliau turut menghantar salinannya kepada perdana menteri, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketua pengarah BPR, dan ketua pengarah Biro Pengaduan Awam.


Ahmad Said berkata, beliau belum lagi menerima surat tersebut serta tiada laporan dibuat mengenai kontroversi tersebut setakat ini.

"Saya belum tengok lagi (surat mengenai) perkara tersebut...

"Biarlah PAC menjalankan siasatan terlebih dahulu...," katanya

Persidangan MRR kali 215

Peringatan Raja Melayu

Thursday, October 16, 2008

Semua sudah berakhir buat BN , katakan cukup ?

Kerajaan 'kelakar' Pak Lah kelmarin mengumumkan 'cara mengejut' menurunkan harga minyak menjadi RM2.30 seliter kini. Hari semalam Pemuda UMNo terpaksa bercakap minta kerajaan pilihan mereka mengkaji harga minyak 14 hari sekali. Hal ini sebelumnya sudah dicakapkan dan didesak oleh kerabat mereka parti Gerakan supaya harga minyak dikaji lebih kerap ikut hara semasa bagi keperluan rakyat.

Semua nya sudah terlambat, kemarahan rakyat kali ini cukup 'klise' mereka menghukum keangkuhan UMNO BN yang bongkak dengan kekuasaan selama 51 tahun telah dikasi pelajaran. Keptusan luar jangka PRU 12 menghadiahkan pembangkang 4 negeri lain termasuk Kelantan kekal ditangan PAS, setidak-tidak menyedarkan mereka, tetapi mereka masih kekal dengan kedegilan dan keangkuhan.

Cuma suara-suara menghukum tersebut direncanakan dalam UMNo melalui usaha singkir Pak Lah melalui peralihan kuasa sahaja. Hal-hal lain tetap sama, yang bertukar orangnya sahaja. Sementelahan kaki kaki pengampu seperti para penganalisa, cerdik pandai menara gading sentiasa memberi ulasan meletakkan harapan kepada UMNO BN supaya bangkit.



Semua sudah berakhir buat BN , katakan cukup ?

Kerajaan 'kelakar' Pak Lah kelmarin mengumumkan 'cara mengejut' menurunkan harga minyak menjadi RM2.30 seliter kini. Hari semalam Pemuda UMNo terpaksa bercakap minta kerajaan pilihan mereka mengkaji harga minyak 14 hari sekali. Hal ini sebelumnya sudah dicakapkan dan didesak oleh kerabat mereka parti Gerakan supaya harga minyak dikaji lebih kerap ikut hara semasa bagi keperluan rakyat.

Semua nya sudah terlambat, kemarahan rakyat kali ini cukup 'klise' mereka menghukum keangkuhan UMNO BN yang bongkak dengan kekuasaan selama 51 tahun telah dikasi pelajaran. Keptusan luar jangka PRU 12 menghadiahkan pembangkang 4 negeri lain termasuk Kelantan kekal ditangan PAS, setidak-tidak menyedarkan mereka, tetapi mereka masih kekal dengan kedegilan dan keangkuhan.

Cuma suara-suara menghukum tersebut direncanakan dalam UMNo melalui usaha singkir Pak Lah melalui peralihan kuasa sahaja. Hal-hal lain tetap sama, yang bertukar orangnya sahaja. Sementelahan kaki kaki pengampu seperti para penganalisa, cerdik pandai menara gading sentiasa memberi ulasan meletakkan harapan kepada UMNO BN supaya bangkit.



Wednesday, October 15, 2008

Imej manusia dalam akuarium !!!

Misteri imej mirip manusia dalam akuarium


BULATAN ini menunjukkan imej wajah mirip manusia dalam akuarium The Deep, Hull Britain.

Minyak turun rakyat tidak teruja ?

Harga minyak turun lagi ! Rakyat sudah tidak teruja lagi, yang ada rakyat terkecewa. Perasaan belas dan sayang khusus kepada Pak Lah sudah pudar, lebih-lebih lagi disedang dialihkan sedikit demi sedikit sampai Mac 2008. Apa pun yang dibuat sudah tidak terjasa. Jasanya cuma menjadi bahan catatan sejarah oleh para sejarawan iaitu sebagai PM pertama turunkan minyak, tapi kontradik juga dengan catatan sebagai PM yang pertama menaikkan harga minyak 78 sen sekaligus. Tindakan macam orang tidak mengaji atau sekolah.

Langkap konfiden dan silapnya ekonomi dunia merundum memang menjahanamkan kehidupan rakyat terbawah dan kini sekaligus negara berada dalam situasi gawat dan rumit. Cecah kadar inflasi tertinggi dalam sejarah negara melawan kesan ekonomi globalisasi.

Inilah silapnya Pak Lah yang 'terlalu percaya dengan para penasihatnya. Begitu juga pelan peralihan kuasa beliau dinasihatkan supaya dipercepatkan, pun beliau masih percaya. Maka jadilah ia sebagai PM pertama yang mudah percaya kepada para penasihat tanpa tapis dan berfikir panjang.

Maknanya golongan agama dalam UMNO yang cuba jadi lurus bendul akan sering menjadi mangsa dan dimangsakan.

Hukuman Yang Lain-Lain Gimana ?

Jika Yang Dipertua N9, boleh disaman oleh mahkamah setara tu. Maka tiadalah imuniti raja-raja Melayu dah. Apa pun kita bersetuju maknanya undang-undang mengatasi segala individu , manusia di bawah undang-undang . Barulah negara berkenaan berdaulat dan dapat didaulatkan kemanusiaanya.

Berbalik kes KYDM YDN9, baginda di saman kerana kes berhutang sejumlah RM3.5 juta. Justeru kita juga mahu menunggiu tindakan sama kepada penama-penama yang berhutang dan menanggung hutang, adakah mereka 'terlepas' begitu sahaja. Sebab BPR sudahpun selesai menyiapkan 15 kes berprofail tinggi. Kita mahu wang rakyat dikembalikan, integriti dipulihkan, martabatkan kembalikan negara.



Mahkamah Khas arah Tuanku Ja'afar bayar Standard Chartered RM3.5 juta

Mahkamah Khas hari ini mengeluarkan perintah terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman supaya melunaskan bayaran kira-kira RM3.5 juta kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berhubung pengeluaran kredit berdokumen sembilan tahun lalu.

Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Tuanku Ja'afar, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, membayar AS$1 juta kepada Standard Chartered selepas memutuskan baginda perlu mematuhi termaterma dalam surat kredit.

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap Tuanku Ja'afar.

Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

Saman itu dikemukakan selepas kerabat diraja itu telah, pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperoleh menerusi Standard Chartered, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

Menurut peguam bank itu, Robert Lazar, bank berkenaan berhak mengeluarkan jumlah terbabit daripada akaun simpanan tetap Tuanku Ja'afar.

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Khas yang mendengar isu raja-raja, buat kali pertama bersidang bagi mendengar tuntutan saman terhadap Tuanku Ja'afar oleh Standard Chartered Bank.

Baginda disaman oleh bank berkenaan kerana gagal mematuhi akujanji yang terkandung dalam terma-terma permohonan kredit tersebut.

Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10 ketika kejadian yang didakwa berlaku dalam tuntutan saman tersebut iaitu pada awal 1999.

Tuesday, October 14, 2008

Seniman mula kritik kerajaan BN yang tempang ?


Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham (dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

"Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

"Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu," ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

"Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

"Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema 'Filem Kita Wajah Kita'. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

"Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama," tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A' Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

"Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

"Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?," luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

Monday, October 13, 2008

Tuntutan , apa yang mahu kita tuntut ?

qTidak semua dapat menerima dalam satu masa, tidak semua bersetuju dalam sesuatu masa. Inilah realiti dunia dan manusianya. Mengimbau sirah perjuangan nabi-nabi bermula dari Adam sehingga kepada nabi akhir zaman. hak setuju dan tidak setujui terhadap kenabiannya berulang-ulang antara keduanya. Situasi di atas ini sama sahaja berulang-ulang kembali cuma masa zaman sahaja yang berubah.

Begitu juga situasi apa yang sedang menimpakerajaan PR Kedah. Penulis terbaca dalam satu posting daripada blogger yang menulis bertajuk 'Kerajaan Kedah cuma bertukar orang' ?. maksudnya dulu BN UMno sekarang PAS Pakatan Rakyat.

Kritikan, cemuhan, tuntutan perubahan dari pandangan sinis blogger yang mahukan perubahan digarap oleh penulis berkenaan terhadap Kedah. Secara langsungnya menyamakan 'tiada apa-apa perubahan' yang dirubah khususnya melibatkan perkara dasar sebelumnya. Cuma yang nyata berubah dari UMNo kepada PAS atau dari BN kepada Pakatan Rakyat. Isi, roh tetap sama dengan sebelum-sebelumnya.


Sandaran cemuhan sinis ini dibuat rentetan wawancara seorang wartawan dengan mantan PM Dr M antaranya persoalan soalannya dapatkah BN merampas kembali negeri-negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Jawab Dr M, negeri-negeri lain mudah yang PR menang tipis. Negeri Kelantan terkecuali tetap teguh bawah pembangkang.

Kita bukan tidak bersetuju sepenuhnya dengan persepsi blogger berkenaan, dan kita juga bukan menyokong sepenuhnya pendekatan Kerajaan Pakatan di bawah Ust Azizan. Apa pun kita kena berfikir kita sudah berada di puncak kekuasaan , bagaiamanakah kita menguruskan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Kegusaran blogger berkenaan terhadap pendekatan kerajaan Kedah memenang ada asas. alasan nya kita sewajarnya kena berpandukan kepada asasnya iaitu perlembagaan parti yang kita junjung dan dokonginya. ini tidak boleh lari atau melarikan diri. Paksinya Islam wajar didaulatkan dengan apa cara melalui kebijakasanan kita memanfaatkan ruang kuasa politik dengan peluang serta kesempatan yang ada.

Kebimbangan kita gagal memanfaatkan hasil kemenangan dan sekaligus melonjak kedaualatan Islam wajar didahului dan ia wajar menjadi agenda utama / alawiyyatnya. Penulis berkenaan tidak mahu kesempatan yang terhidang gagal dimanfaati menjadi tempelekakan Allah dengan ketidak kebersengguhan kita mendaulatkan Islam dengan peluang dan ruang yang ada.

Sementelahan pula, bagi kerajaan Kedah berhati-hati itu adalah senjata utama. Maknanya kebijakan politik dituntut.


Terima Kasih Zahid Hamidi ?

Gaji minimum RM1,050 bagi guru SRAR, KAFA

Seramai 35,713 guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara bakal menerima elaun atau gaji minimum sebanyak RM1,050 sebulan jika keadaan ekonomi negara bertambah baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, kadar baru elaun berkenaan perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan kerana guru-guru terbabit pada masa ini hanya menerima bayaran sebanyak RM500 sebulan.

Beliau berkata, jumlah elaun tersebut sebenarnya adalah terlalu rendah malah berada di bawah paras kemiskinan walaupun setelah dicampur dengan elaun tambahan daripada kerajaan negeri iaitu sekitar RM50 hingga RM100 sebulan.

''Kertas cadangan bagi penstrukturan skim elaun itu sudah siap tetapi ekonomi sekarang tidak berapa baik dan tidak sesuai untuk kita minta kenaikan sekarang.

''Saya akan kemukakan cadangan menstrukturkan semula skim elaun guru-guru KAFA kepada S17 dan penyelia guru KAFA kepada S27 yang setaraf diploma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan sebaik sahaja ekonomi negara bertambah baik," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Perkapita dan Elaun Baru daripada Kerajaan Pusat kepada SRAR Integrasi KAFA Perak di sini hari ini.

Semalam, beliau turut mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada 1,600 guru SRAR dan KAFA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan buat julung kalinya sejak 58 tahun lalu.

Ahmad Zahid berkata, kertas cadangan berkaitan kenaikan bayaran elaun guru-guru terbabit sudah pasti akan dikemukakan kepada Perdana Menteri sebaik saja keadaan ekonomi negara mengizinkan.

Kata beliau, langkah itu sangat penting kerana kenaikan jumlah elaun itu memerlukan komitmen kewangan yang banyak oleh kerajaan.

Katanya, buat masa ini, kerajaan membelanjakan hampir RM210 juta setahun bagi membayar elaun sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru terlibat.

''Maka kalau dinaikkan kepada S17, ini bererti sekurang-kurangnya sebanyak RM700 juta diperlukan untuk menambah elaun mereka," jelas beliau.

Katanya, jumlah itu sebenarnya tidak begitu banyak berbanding dengan sumbangan yang akan diberikan oleh guru KAFA dalam mendidik anak-anak.

''Bagi saya banyak lagi wang yang telah dibelanjakan untuk pembangunan fizikal tetapi pembangunan kerohanian mesti turut diberi keutamaan dengan memberi penghargaan kepada guru-guru KAFA," katanya.

''Garis kemiskinan negara pada masa ini ialah RM720 sebulan sedangkan mereka hanya peroleh RM500 sebulan maka saya akan rayu kepada kerajaan Pusat supaya menambahkan elaun guru KAFA ini agar mereka berada di luar garis kemiskinan," katanya.

Saranan Timb Menteri Pelajaran Yang Tidak Logik !!!

Bila Timbalan Menteri Pelajaran memberi nasihat dan teguran, tiada apa yang salah. Moralnya apa-apa sahaja yang menjadi sebahagian daripada kehidupan, tidak semesti tidak boleh, cuma dalam agama kita ia janganlah berlebih.


Begitu juga dalam hal guru dan politik , adalah menjadi tugas menteri adalah melarang jika aliran menteri pegang itu berlawan dengan aliran apa yang guru-guru cakapkan. Maka terjadilah percanggahan kepentingan dan kemahuan serta kehendak. Maka di sinilah yang keluar atau terbit tidak boleh, dilarang, dinasihatkan dan seumpamanya.

Seandainya kemahuan Timbalan Menteri dituruti, maka jadilah pelajar-pelajar kita hanya dapat dikasi pelajaran sahaja, tidak dapat diberi pendidikan. Justeru mengikut kehendak agama keperluan hidup pelajar jadi tempang dan tidak seimbang. Jika guru-guru termasuk guru sejarah tidak boleh bercakap dan ambil tahu politik, maka kita minta supaya digugurkan semua bab-bab tertentu dalam buku teks sejarah tentang politik termasuklah dalam buku teks tingkatan 3 bagaimana UMNO diuar-uarkan sebagai pejuang tunggal memerdekakan negara.


Ikutilah saranan Timbalan Menteri Pelajaran...


Guru dinasihat tumpu tugas hakiki.Golongan pendidik dinasihatkan tidak terganggu dan terpesong dengan iklim politik semasa, sebaliknya terus komited memberikan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik anak bangsa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, kerajaan mengharapkan semua guru terus profesional melaksanakan tugas mereka.

Beliau berkata, guru-guru usah 'sibuk' menjadi penganalisis politik semasa di sekolah, sebaliknya hendaklah menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas hakiki mereka.

''Saya tahu sejak enam bulan kebelakangan ini keadaan politik tidak menentu tetapi tidak usahlah kita sibuk menjadi penganalisis politik.

''Terus tumpukan perhatian kepada akademik dan usaha membentuk sikap, sahsiah dan pembentukan diri anak-anak kita," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat permuafakatan dengan 25 pemimpin kesatuan guru di seluruh negara dan pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Razali yakin kira-kira 360,000 pendidik di seluruh negara tetap profesional dalam melaksanakan tugas mereka dan tidak mudah terganggu dengan keadaan politik semasa.

.

Kita mahu bertanya kepada UMNO , macam mana ni ?

Melihat kepada gambar di atas, timbul persoalan tiga pemuda yang bertindak memasang bendera UMNO. Adakah 'halal' tiga pemuda yang muda, mungkin 'masih bersekolah' bertindak memasang bendera UMno siang buta di ibu negara seperti yang dirakamkan dalam gambar foto di atas.

Ironis jika budak ini memasang bendera pembangkang terutama PAS. Maka akan 'gege' lah satu Malaysia. Bahawa bebudak 'bersekolah' ini tidak boleh campur dalam hal ehwal politik. Ia tidak boleh dan tidak wajar bertindak sedemikian.


Friday, October 10, 2008

Najib PM hebat kata

Najib bakal PM: "Impian Anwar tumbangkan BN makin sukar" kata Penganalisis

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatan presiden Umno dan akan melepaskan jawatan perdana menteri pada Mac tahun depan.

Beliau mengumumkan keputusan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Menurut Datuk Seri Abdullah, beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas perhimpunan agung Umno pada Mac depan.

Secara tradisi, presiden Umno menjadi perdana menteri dan pengerusi BN, parti campuran yang memerintah Malaysia.

Ini bermakna peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010 akan berlangsung setahun lebih awal.

'Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu saya tidak akan mempertahan jawatan presiden Umno dalam perhimpunan agung akan datang,' kata Datuk Seri Abdullah dalam satu sidang akhbar.

Datuk Seri Abdullah, 68 tahun, berkata beliau memutuskan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu melihat Umno berpecah belah.

'Saya tidak mahu melihat Umno dan Barisan Nasional berpecah belah.

'Umno dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara maju, yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua,' tambahnya.

Menjelang peletakan jawatannya, Datuk Seri Abdullah berikrar akan memperkukuh sistem kehakiman melalui penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, dan menangani masalah rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang bidang kuasanya lebih besar daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ada sekarang.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam berkata beliau gembira kerana sangkaan beliau bahawa Datuk Seri Abdullah tidak akan melepas jawatan ternyata silap.

'Saya gembira kerana Umno sebagai sebuah parti dapat dibangun semula,' kata beliau kepada pemberita.

Sementara itu, para penganalisis berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadapi kesukaran menumbangkan kerajaan BN jika Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri.

'Sebaik saja Najib mengambil alih, semakin tipis kemungkinan (anggota parlimen BN) akan melompat parti.

'Anwar tahu Najib orangnya tegas,' kata seorang penganalisis, Mohamad Mustafa Ishak.

'Anwar besar kemungkinan tidak dapat menumbangkan kerajaan BN melalui lompat parti tetapi ancaman pembangkang masih wujud,' kata seorang pensyarah sains politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Lim Hong Hai. / Agensi


Anwar tahu Najib orangnya tegas

Api perkauman ditiup lagi .... kali ini oleh bakal PM baru Malaysia !!!

Masuk hari ke 10 umat Islam sudah berada di bulan Syawal. Buliten Utama berita TV3 dan RTM semalam masih lagi memuatkan dengan hidangan berita sensasinya berita ’membakar’ perasaan rakyat dengan berita kebiadapan Hindraf yang dikhabarkan ’mengganggu’ Rumah Terbuka Adilfitri menteri–menteri kabinet beragama Islam dan Pak Lah di PWTC pada 1 Syawal baru lalu.

Hari ini di kaca TV sahaja rasa marah meluap-luap dengan sikap biadap kurang ajar kumpulan Hindraf dijadikan inti berita ucap utama Najib kepada orang ramai di Terengganu.

Kenapa Najib bercakap begitu di Terengganu, kenapa RTM pilih ia sebagai berita dan mempunyai nilai berita ? persoalannya sebab negeri Terengganu majoritinya adalah rakyat Melayu. Atau apa agenda Melayu Najib di Terengganu, untuk berikan gambaran bahawa di adalah bakal PM Melayu selepas ini. Nampak gaya ’teguran’ Najib itu bukan sekadar mempunyai agendanya sebaliknya RTM juga ada agendanya tersendiri.

Sepatutnya Najib kena ingat , dia adalah Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, baik Melayu Cina, India, asli , serani dan lain-lain. Bukan TPM UMNO. Apakah Najib berada di Terengganu sekadar mahu menjadi TPM Melayu UMNO sahaja?

Justeru apakah pembaharuan dan perubahan yang UMNO BN mahu bawakan, sebab lagu yang dibawa oleh pemimpin2 ini adalah lagu-lagu lama. Perubahan yang dituntut rakyat terbanyak masih belum dapat diselami oleh Najib dan UMNO hatta RTM sekalipun. Mereka masih memainkan lagu-lagu lama dan cara-cara lama.

Maknanya jika berlaku huru hara Najib dan RTM lah yang wajar dipertanggungjawabkan. Kenapa ia boleh jadi begitu ? sepatutnya pemimpin dan media kita yang sudah matang dan masak tidak ’mencari’ populariti mudah dengan mengagendakan api kemarahan rakyat dengan perkara-perkara seumpama itu.

Sebab rata-ratanya kita tahu masyarakat Melayu mudah sensitif dengan benda-benda bersifat sedemikian. Biarpun islam dihina dan terhina. Jangan injak dan hina Melayu dan pemimpin Melayu, jangan dicabar soal ketuanan Melayu dan negeri Tanah Milik Melayu ini. RTm dan media lain BN UMNo harus dan wajar faham. Jangan gadaikan keharmonian rakyat untuk memanjangkan ’hayat’ kerjaaan UMNO BN di negara ini. Bersikap terbukalah dan berpada-padalah berpolitik.

Thursday, October 09, 2008

Najib Yang Dinantikan ?

arisan Nasional Dihenyak Pukulan Maut Masalah Dalaman


Episod penyerahan kuasa Pak Lah bermula pada Mac 2009, kuasa tersebut berkisar dalam UMNO. Dengan Najib sebagai Presiden UMNO sekaligus menjadi PM Malaysia, secara tradisinya.Banyak pihak terkejut termasuklah musuh dan kawannya.

Bagi yang bertandatanya mengapa Pak Lah yang pernah berkata dia bukan PM untuk satu penggal, gagal merealisasikan apa yang dikatakan itu. Mungkinkah desakan luar dalam cukup kuat dan hebat, tidak tertanggung dek nya.

Kini giliran Najib tunjuk kuasa dan kekausaannya ?

Pak Lah Undur : apa kata pembangkang ?

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang semalam memberikan reaksi yang berbeza terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno pada pemilihan akan datang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.

Beliau berkata pengunduran secara tiba-tiba dan tidak sopan itu merupakan gambaran muram kedudukan politiknya yang lemah, yang mengakibatkan beliau kehilangan penghormatan oleh parti.

"Berbeza daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah dipaksa berundur," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata ironinya, orang ramai lebih menghormati Abdullah berbanding parti Umno, kerana beliau dilihat sebagai "orang yang memiliki hasrat yang baik, yang mungkin seorang daripada beberapa kerat pemimpin bersih yang masih tinggal dalam Umno".

"Abdullah sepatutnya meninggalkan legasi dalam memerangi rasuah dengan mewujudkan tender terbuka dan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menyalahguna kuasa," tambahnya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, Abdullah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatanya sebagai Presiden Umno, dan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac tahun depan.

Sementara itu di Kota Baharu, Kelantan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tindakan Perdana Menteri itu sebagai "sesuatu yang sudah terlambat".

"Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang," katanya kepada pemberita.

Nik Aziz turut menyifatkan tindakan Abdullah sebagai tidak bijak dan telus kerana ia akan terus mengeruhkan suasana politik negara.

Di Alor Star pula, Kerajaan Kedah pimpinan PAS berharap pengganti Abdullah nanti akan meneruskan hubungan mesra dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan berurusan dengan sesiapapun yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Saya tidak mahu menjaga tepi kain orang dan perkara itu (keputusan Abdullah) adalah masalah Umno," katanya dan menambah, Kedah mempunyai hubungan baik dan mesra dengan kerajaan persekutuan, dan menganggap Abdullah sebagai pemimpin kerajaan yang menunjukan contoh terbaik dalam hubungan antara UMNO dan PAS.

"Bagaimanapun jika sudah sampai masa bagi Abdullah meletak jawatan ia sepatutnya melakukannya kerana pemimpin datang dan pergi adalah perkara biasa," kata Azizan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sukar bagi Abdullah melaksanakan janji-janji beliau untuk melakukan pembaharuan, sebaik sahaja beliau mengumumkan rancangan pengundurannya hari ini, berbanding ketika beliau memperolehi mandat besar pada pilihan raya Mac 2004.

"Namun begitu tekad tersebut masih boleh dilaksanakan sekiranya Abdullah bersedia untuk melakukan sesuatu yang mustahil, dan menggunakan tempoh lima bulan sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan semua ikrar dan janji yang dibuatnya sejak lima tahun lepas," menurut beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan mulai mesyuarat kabinet hari ini, dan juga pada hari pertama Parlimen bersambung pada 13 Oktober ini, dan menurutnya ia adalah pengunduran terhormat bagi Perdana Menteri kelima itu. BERNAMA

Dr M terperanjat Pak Lah undur, tetapi bersyukur !!!!

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau gembira apabila jangkaannya bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berundur sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, adalah silap.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan melepaskan teraju kepimpinan negara.

"Saya gembira kerana UMNO akan dapat dibina semula," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dr. Mahathir, yang selama ini begitu lantang meminta Abdullah berundur sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berkata beliau berharap Abdullah tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan halangan dalam tempoh peralihan kepimpinan itu.

Menjawab soalan sama ada beliau akan kembali menganggotai UMNO selepas Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian dengan syarat mereka yang meninggalkan parti itu bersama beliau, turut diterima semula.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata: "Diam."

Diminta mengulas tentang Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO hanyalah "pak lawak" semat
a-mata. BERNAMA

Kepimpinan sudah rosak meneruskan pimpin negara ?

Sebelum meninggalkan kabinet Pak Lah sedang berusaha untuk meninggalkan jasa atau reformnya dalam pimpinan kerajaan dengan menubuhkan 3 buah suruhjaya. Antara nya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Dengan meletakkan 3 suruhanjaya atau tiga inisiatif ini, Pak Lah pergi dari kepimpinan negara meletakkan 'telaga buruk' kepada Najib sebagai pengganti. Walaupun telaga buruk tersebut disediakan kepada Najib, jenis manusia macam tu tidak akan merasai apa-apa, sebab dalam diri pengganti beliau, ia jauh sudah rosak sebelumnya.

maka jadilah manusia yang sudah rosak memimpin negara, maka bertambahlah rosak serta huru haranya negara kita. nantikan dengan penuh debar ?

Pakl Lah berkuburnya ..'Bukan PM Satu Penggal'

Tanggal 10 September 2008, PM Malaysia iaitu Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan dengan rasmi bahawa beliau tidak akan bertahan untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO menjelang pemilihan parti tersebut pada hujung tahun ini.

Pengumuman rasmi Pak Lah dibuat sebaik beliau selesai ‘memaklumkan’ kepada seluruh pengerusi rakan-rakan parti dalam kerabat BN di PWTC petang semalam.

Rentetan dan reaksi semua pihak semuanya ‘bersetuju’ dan menyanjungi serta menghormati keputusan Pak Lah dengan antara alasan demi negara dan rakyat serta tidak mahu BN berpecah belah maka beliau rela diri untuk berundur sebagaimana yang beliau bacakan di siding akhbar tersebut.

Maknanya Pak Lah mempunyai satu pertanggungjawaban yang cukup tinggi hebat pengorbannnya kepada negara , ini jaranglah diperolehi kepada mana-mana pemimpin Malaysia sejarah ahli politik Melayu Malaysia di abad ini.

Kita, sebagai komponen yang membangkang dan kritis terhadap kepimpinan Pak Lah amat mengalu-alukan pengunduran secara terhormat beliau. Maknanya kita mahukan kepentingan negara di dahulukan, agenda rakyatlah yang wajar dipertimbangkan. Kita tidak mahu rakyat terhimpit dengan ’kekangan’ hidup kerana silap catur dan pengurusan negara oleh pemimpin yang ’lemah’. Ini adalah sokongan terbuka kita kepada pimpinan Umno lain.Percaturan dan strategik lain Pak Lah kita tidak ketahui, samada simpati ahli Umno Bahagian yang akan bermesyuarat hari ini, mahu dan kekalkan Pak Lah. Walaupun pengunduran beliau tersebut adalah signal jelas daripada akar umbi menolak kepimpinannya yang menyebabkan BN jatuh merundum pada PRU yang lepas.


Wajar penukaran kerajaan kepada kepimpinan lain khusus dalam BN kerana kita mahukan kehidupan rakyat bawahan terbela dan dibela. Justeru pengganti yang dikira sebagai anak yang dititip oleh keturunan yang penuh karisma dapat berbuat sesuatu agar kehidupan rakyat teramai terbela. Namun harapan itu tetap ada.

Apa yang jelas penerusan dan peralihan kuasa dalam kepimpinan UMNO itu dibimbangi akan dipenuhi dengan mendung dan mega yang suram terjanjikan kepada negara Malaysia. Ini kerana jelas rekod orang yang mahu menggantikan Pak Lah adalah mempunyai rekod ’buruk’ dari segi peribadinya.


Cuma dimata rakyat harapan perubahan kepimpinan dalam UMNo dapat dicorakkan dengan usaha meremajakan Umno dan kepimpinan yang ada. Namun tokoh-tokoh yang mahu meremajakan Umno adalah terdiri daripada kumpulan remaja yang meracau-racau serta penuh dengan sejarah memperjuangkan perut sahaja. Belum ada tokoh yang diangkat sebagai pejuang rakyat yang tertonjol dalam kepimpinan baru pelapis UMNo buat masa ini.

Tuesday, October 07, 2008

Perbicaraan DSAI -mahkamah tolak dipindahkan

t

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang bersidang sejak pagi ini menolak bantahan awal pihak pendakwaan dalam isu permohonan memindahkan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Pihak Pendakwa mengemukakan bantahan awal bahawa Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk mendengar bantahan awal pihak pembelaan dalam soal permohonan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata, beliau ada kuasa untuk mendengar bantahan awal dibangkitkan pihak pembela.

Kata beliau, Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim itu juga berkata bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku Peguam Negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" Anwar pada 1998.

Menurut pasukan pendakwaan, mahkamah perlu mengarahkan pihak pembelaan untuk membuat permohonan bertulis bagi membuat bantahan awal memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah berehat sebentar kira-kira pukul 12 tengah hari di mana hakim menemui Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah di kamarnya.

Mahkamah bersidang semula 12.30 tengah hari.

Mahkamah Sesyen bersidang sejak pukul 10.05 pagi tadi bagi memutuskan sama ada perbicaraan kes liwat Anwar perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu Anwar tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.40 bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan peguam Sankara N. Nair.

Pada 24 September lalu, Hakim Komathy telah menangguhkan sidang sehingga hari ini untuk memutuskan keputusannya selepas menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pendakwaan yang diketuai Datuk Mohd. Yusof telah mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan peguam bela.

Anwar, 61, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sementara itu, Sankara ketika dihubungi semalam berkata, apa jua keputusan yang ditentukan oleh phak mahkamah akan diterima secara terbuka.

"Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah esok (hari ini)," katanya.

Jelasnya, apa yang diharapakan adalah kes tersebut tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi.

"Kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Menurut Sankara, jika hakim menerima bantahan awal yang dikemukakan pihak pendakwa maka kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamagh Tinggi.

Barisan peguam bela Anwar pula diketuai oleh Sulaiman Abdullah bersama R. Sivarasa, Sankara, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya serta Mohd. Radzlan Jalaludin.

Antara berita dan pemberitaan !!!

Ada marah dan ada yang kecewa serta ada yang pertahankan dengan pemberitaan Harakah cetak bilangan : 1379 baru - baru ini.

Ini adalah gara-gara sidang editorialnya meletakkan perkataan Amaran sebagai kepala beritanya, hasil daripada kenyataan Tuan Guru yang dipetik sebagai berkata " Kita ( PAS ) bersedia untuk mengubah kerajaan tetapi dengan syarat mestilah kerajaan itu lebih baik daripada yang sedia ada ( BN ). Kita tidak mahu berubah kepada yang lebih buruk tetapi mesti lebih baik , dan dasar Islam menjamin keadilan buat semua rakyat. "

Bagi kumpulan yang sayangkan hasil kerjasama bersama-sama rakan politik dalam Pakatan Rakyat pemberitaan Harakah sebagai lidah rasmi PAS adalah tidak wajar dan keterlaluan serta menjolok keharmonian persahabatan yang baru dimulai atau dijambatani.

Hujahnya, nak mendapat kerjasama intim sebegini sejak puluhan tahun usia PAS bukanlah perkara yang mudah. PAS sejak bertahun-tahun dengan pelbagai usaha , daya, idea memikirkan untuk mendekati golongan bukan Islam dan sebagainya untuk mendorong mereka mendekati PAS dan sekaligus memberi undi kepada PAS. Adalah satu kejayaan yang besar. Usaha puluhan tahun ini jangan lah dipersiakan dalam sekelip mata.

Maka janganlah dileraikan dalam masa yang sesingkat yang sungguh deras dan cepat. Pepatah Melayu juga ada menyebut berkawan biarlah seribu , berkasih biarlah satu.

Selain itu, PAS sebagai parti yang senior patutnya matang berpolitik. Janganlah terlalu gelojoh sehingga membelakangi semua strategik berpolitik. Jika kita menerima reliti demografi Malaysia kita tidaklah wajar hidup mandiri. Kita juga harus bergantung dengan orang lain. Ini kerana sistem ekonomi yang diacukan kepada kita oleh penjajah dulu adalah ekonomi berpengkususan baik kapitalisme , sosialisme dan sebagainya. Masing-masing ada peranan tersendiri.

Manakala bagi kumpulan yang menyokong pemberitaan harakah cetak, bangga dengan sikap telus, tegas dan berintegiriti kita yang bisa awal difahami rakan dan lawan. Biarlah mereka cepat faham dan cepat tahu, kerana kita jelas ,kuat berpegangkan dengan prinsip asas perjuangan kita yang tiada kompromi sama sekali atau tawar menawar.

Biarlah kejayaan itu lambat tetapi kita jelas dan telus, kejayaan akhir akan datng juga. Kita berjuang bukan untuk mencari kesukaan manusia kita mahukan kesukaan Allah. Apa guna kemenangan jika ia dapat dengan cara Allah murka kepada kita.

Manakah sifat pengorbanan kita , bilamana diuji sedikit pun kita gagal dan berlembut sebaai alasan lapuk bertopengkan kepentingan serta strategik politik.

Justeru dalam pemberitaan Harakah di atas, tentulah orang terakhir yang bertanggungjawab terhadap terbitan Harakah itulah yang ditunding jari. Jika ditanya orang suratkhabar inilah sebahagian daripada asam garam dalam dunia kewartawanan, terkadang mereka tersilap hitung, terkadang terlepas pandang, terkadang ada masa tak memandang ..itulah dunia kewartawanan.

Jika takut dilanda ombak janganlah buat rumah ditepi pantai. !!!

Monday, October 06, 2008

Sesak Pulang ke Ibukota semalam !!

SESAK ... Deretan kenderaan memenuhi sepanjang jalan di Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke ibu kota ekoran orang ramai berpusu-pusa pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena perayaan Aidilfitri di sini, semalam. Keadaan kesesakan yang luar biasa di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan menyebabkan ribuan orang ramai yang mahu kembali ke Ibu kota terkandas dan kenderaan bergerak perlahan-lahan. - Foto Bernama

Jangan harap kepada yang tiada harapan ?

Dato Sharir Samad minta letakkan jawatan sebagai menteri kerana gagal menangani masalah kenaikan harga barang keperluan harian yang 'terlampau' kini. Kini seolah-olah kerajaan tiada guna dan tiada kuasa langsung dalam hal-hal feudemantal ekonomi bagi penduduk negara ini.


Kerajaan BN lebih utama takutkan taukeh-taukeh besar kroni mereka yang 'menyumbat' rasuah wang setiap kali pilihanraya umum negara berlaku. Kini giliran taikun-taikun besar itu pula menguasai negara melalui 'medium' ini.

Bagi rakyat teramai, selagi kita 'kekal'kan kerajaan BN selagi itulah kita tidak merdeka fikiran apatah lagi ekonomi kita. Sudahlah kita terjajah dari segi zahir dan batin selama berabad-abad. Tetapi selepas tahun 1957 merdekanya negara belum lagi memerdekakan fikiran rakyat daripada penjajahan ini.

Kemelut mahu kekal kuasa dan terus berkuasa tanpa menhiraukan penderitaan rakyat jelata dan golongan marhein adalah asam garam kerajaan kini. usahlah harap apa-apa yang mahu diharapkan, kini kita harap kerajaan yang ada lebih cepat dialihkan kepada kerajaan lain.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa segera memantau harga barang keperluan di pasar-pasar basah seluruh negara yang didapati naik sewenang-wenangnya.

Walaupun mengalu-alukan langkah penguatkuasaan oleh kementerian di pasar raya-pasar raya besar, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menegaskan masalah lebih serius dengan harga naik melampau sebenarnya berlaku di pasar-pasar basah.

Sementara pasar raya besar mampu menetapkan harga rendah kerana membelinya secara pukal, pasar-pasar basah yang kebanyakannya terletak di bandar dan pekan pula menjual dengan mahal.

Contohnya santan di sekitar kawasan Senaling di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dijual pada harga RM7 sekilogram berbanding RM4 hingga RM5 sekilogram di bandar-bandar besar termasuk ibu kota.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohamed Shaani Abdullah berkata, penguatkuasaan perlu dilakukan di pasar-pasar basah khususnya di luar bandar kerana ia dikunjungi oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

‘‘Penguat kuasa perlu pergi ke pasar-pasar basah, perhatikan harga-harga di sana. Di kampung-kampung tidak ada pasar raya besar macam Tesco atau Giant, majoriti pergi pasar basah,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, peniaga sering menggunakan musim perayaan sebagai alasan untuk menaikkan harga barang dan perbuatan itu seolah-olah ‘dihalalkan’ oleh pihak berkuasa.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, pihaknya masih menunggu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad turun padang meninjau kenaikan harga di negeri tersebut.

Di Kedah, katanya, masalah kenaikan harga sering berlaku pada barangan kawalan yang tidak mempunyai had siling manakala pembekal pula memonopoli pasaran bagi barangan tertentu.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George turut berharap kerajaan bertindak lebih ‘keras’ memandangkan masalah yang sama berulang setiap kali musim perayaan.

Beliau menggesa kerajaan menyenaraihitamkan peniaga yang didapati menaikkan harga sewenang-wenangnya.

George juga mencadangkan supaya langkah mengimport kelapa yang diluluskan kerajaan bagi mengatasi kekurangan bekalan bahan makanan itu diperluaskan kepada barangan keperluan lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, masalah kenaikan harga dapat ditangani sekiranya negara mempunyai pelan kecemasan termasuk stok penimbal.

Baginya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) boleh memainkan peranan menyeimbangkan harga dengan mengawal stok barang keperluan harian.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa pasar basah di bandar-bandar utama mendapati harga barangan dan sayuran melonjak lebih sekali ganda berbanding kadar yang dicatatkan KPDNHEP pada 22 September lalu.

Negeri

Di KELANTAN, harga bawang putih di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, meningkat daripada RM2 sekilogram kepada RM3.50 sekilogram dalam tempoh tersebut.

Di PAHANG, pengguna yang mengunjungi Pasar Besar Kuantan perlu membayar RM5 untuk sekilogram sawi dan kangkung, sedangkan harganya hanya RM2 dua minggu lalu.

Terung dijual paling mahal di sini berbanding negeri-negeri lain iaitu RM8 sekilogram.

Di JOHOR BAHRU, harga kacang panjang di pasar awam Larkin meningkat sebanyak RM1.50 daripada RM4 sekilogram kepada RM5.50 sekilogram manakala tomato naik RM2 kepada RM6 sekilogram berbanding dua minggu lalu.

Di PULAU PINANG, harga udang kecil di pasar awam Taman Tun Sardon meningkat daripada RM10.50 sekilogram kepada RM15 sekilogram manakala harga cili segar turut melambung daripada RM6.25 sekilogram kepada RM8 sekilogram.