Semalam secara terbuka Datuk Seri Rais Yatim Menteri Luar dalam UMNO dan Kabinet Pak Lah dengan nada sinis menyindir dengan situasi pemilihan UMNO menjelang Disember 2008 ini. Pelan mengambil kuasa dalam UMNO bukan lagi dialih-alihkan tetapi sekarang ini wajar ditender macam ‘berebut’ dapatkan kontrak sesuatu projek kerajaan . Siapakah yang banyak wang atau harta boleh raih untung bagi dapatkan hasil daripada kekuatan ‘mengaut’ pancing perwakilan UMNO nanti sepanjang sesi kempen pencalonan ke peringkat parti itu nanti.
Saranan dan kewajaran Rais sememang wajar kerana semakin membarah politik wang dalam UMNo masa ini. Lak atau membiarkan situasi ini berlalu seolah-olah makin hancur. Justeru mana-mana pendokong dan penyokong UMNO peringkat kampung wajarlah berfikir dan nilai semula sokongan mereka terhadap UMNO.
SELAMAT BERFIKIR DAN ALIH SOKONGAN DOKONGAN ANDA KE BARISAN LAIN
Rais saran pemilihan secara 'tender'
PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.
Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.
Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.
''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.
''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama wakil-wakil kedutaan dari benua Amerika di sini hari ini.
Menurut Rais, kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.
Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.
''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada," katanya.
Sehubungan itu, beliau akan mengambil kesempatan melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk membahaskan pemulihan UMNO dan penerapan nilai-nilai positif yang diperlukan.
''Banyak orang apabila berdepan dengan pemimpin tinggi segan nak mengemukakan pandangan sehingga bila pulang, dia merana.
''Jadi, sekarang kita lebih suka mengemukakan pandangan secara berdepan. Jadi, kita tidak ada dituduh tikam belakang atau bercakap di belakang," katanya.
1 comment:
Rupanya rais baru tahu tentang tender ni.. Sistem tender dalam UMNO sudah lama dipraktikkan. Rais memang ketinggalan kereta lembu.
Tahukah Rais semua jawatan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda sudah lama ditenderkan.
Siapa yang membida lebih tinggi akan mendapat undi. RM1,000, RM500, RM300, RM100 dan RM50. Itu hanya harga tender bagi jawatan di peringkat Bahagian. Kalau di Peringkat Pusat, RM20,000 kata mangkuk retak bekas presiden UMNO itu memang betul.
Post a Comment