jBahasa kita tidak miskin… kata Dr Teo Kok Seong (seorang ilmuan Cina seratus peratus) Professor Sosiolingustik UKM. Mana-mana bahasa pun Tuhan bagi cukup untuk mengungkapkan ilmu. Malah bahasa orang asli pun cukup. Tambah beliau lagi.
Banyak lagi hujah-hujah beliau yang menarik boleh pembaca dapat soroti dengan membaca wawancara beliau bersama Siasah keluaran bil 0119 bertarikh 19-25 Oktober 2008. Sepatutnya hujah-hujah beliau ini disebarluaskan ataupun jemput beliau berbincang serta bahaskan isu bahasa Melayu tidak miskin dalam Astro Awani, ruang dan penjelasan beliau wajar ditekuni oleh bukan sahaja cendikawan pro atau kontra kerajaan dapat tetapi rakyat teramai dapat fikirkan. Rakyat berhak diberitahu sepanjang pemakaian bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik ramai yang sekadar merungu tidak berpuashati. Rakyat juga harus diberitahu kerana merekalah yang memilih dan mengirim wakil-wakil mereka pemimpin mereka yang membentuk dasar itu dan ini. Inilah kesedaran dan tanggunggan mereka yang wajar disedarkan.
Bahasa Melayu tidak miskin kosa katanya. Jika Hindraff boleh bangun menuntut secara berani dan tegas tentang kemelut dan ketinggalan jauhnya bangsa mereka kepada kerajaan, maka apa salah pejuang-pejuang bahasa yang bahasa Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan negara sebagai bahasa rasmi wajar digunapakai dalam semua displin ilmu dan kehidupan ilmu manusia di Malaysia.
Bahasa Melayu miskin disisi pimpinan bangsa Melayu. Ini kerana masing-masing takut untuk bersuara, takut tidak diberi peluang, kerana perjuangan mereka tidak berkiblatkan perjuangan suci dan keramat. Macamlah gimik Shahidan kassim yang mahu bertanding pemilihan UMNo 2008 ini sedikit masa dulu, meletakkan demi menegakkan agama maka beliau snaggup bertanding ke jawatan tertinggi dalam UMNO. Ini adalah retorik, alasan tahi kucing dan alasan main-main, yang rakyat tidak juga sedar-sedar dan mahu sedar. Secara umumnya kesimpulannya ’pemimpin umno ala Shahidan’ ini memangnya banyak dalam UMNO, jeusteru itu perjuangan mereka adalah sekadar untuk perut dan bawah perutnya sahaja. (pinjam kata Anwar Ibrahim)
Bahasa Melayu miskin di sisi menteri pelajaran UMNO. Walaupun yang minta itulah ibubapa Melayu, guru-guru Melayu, Persatuan-persatuan Melayu kepada menteri pelajaran Melayu. Ini adalah sia-sia kerana menteri Melayu hanya bertegas dan segaja tunjuk keras dengan orang Melayu sahaja. Walaupun UMNO Johor yang Melayu itu sudah membuat usul kepada Menteri Pelajaran supaya ditarik balik pengajaran M3 dan Sains dalam BI.
No comments:
Post a Comment