Friday, August 29, 2008

Anwar di mata rakyat !!

Sekali kayuh dua tiga pulau dilangkahi. Kemenangan Anwar di permatang Pauh pada 26hb Ogos lepas, meresahkan kerajaan. Begitulah aura Anwar.

Semalam penulis berkesempatan minum air dengan seorang rakan, tetiba kami didatangi oleh rakan kepada rakanpenulis. Maka adat Melayu mestilah kami jemput duduk minum bersama. Suasana biasa sahaja, selepas itu, penulis cuba jolok 'isu' di meja minum. Penulis terus membelasah Anwar dengan belasahan yang kuat.

Bagi mana yang diduga melentingkan rakan kepada rakan penulis. Beliau tambah bersemangat membela Anwar simpatinya cukup tinggi. Kalau boleh penulis andaikan sayang dan simpatinya lebih daripada dia sayang akan ibubapanya.

Nah, begitulah aura Anwar disisi rakyat, Maka kita yang ada tidak dapat mengekang bilamana rakyat meletakkan Anwar ini sebagai hang Tuah moden Malaysia atau Hang Jebat Malaysia. maka beliau dalam usaha untuk memperbetulakan Kerajaan Melaka pada waktu ini.

Thursday, August 28, 2008

Kronologi dan gealeri Anwar di Parlimen hari pertama bergelar wakil rakyat Pakatan

Galeri gambar upacara angkat sumpah Anwar di Parlimen
28-08-2008 12:10:37 PM


Jadi tumpuan....ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Parlimen pada jam 9:50 pagi bagi menghadiri upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau menjadi tumpuan pemberita dalam dan laur negara. Foto AP.


Anwar mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Anwar tersenyum kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh. Penasihat PKR itu mengesahkan tempatnya di Dewan Rakyat apabila memangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi.

Anwar Angkat Sumpad di Dewan Rakyat !!



Anwar selesai angkat sumaph di Dewan Rakyat
pada hari ini. Sah menjadi ketua Pembangkang.

Kini Pintu Harapan Rakyat Anwar berjaya ketukkan !!!!

Laungan Road to Putrajaya....Bunyinya macam olok-olok, lekehan atau kelehan mainan media berbulan-bulan tentangnya tetapi rakyat terbanyak ternanti-nanti dengan berdebar-debar dan penuh harapan. Seperti kata Prof Shamsul Amri ATMA UKM. Anwar mempunyai karisma dan berjaya menyakinkan orang dengan memberi harapan serta meletakkan rakyat dan berjaya mengetuk pintu harapan rakyat akan negara yang mahukan perubahan.

Hari ini, rakyat menyaksikan Anwar akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat yang sah. Apa-apa sahaja perisitiwa tentang Anwar akan menarik perhatian rakyat. Kini setidak-tidaknya rakyat mempunyai harapan. Dan harapan itu tetap membara.

Maka inilah lebihnya Anwar pada kita. Justeru itu, kita jangan tersalah meletakkan Anwar 'terlalu maksum', Anwar juga manusia dan ada kelebihan dan kelemahan. Oleh itu, rakan-rakan dalam Pakatanlah yang boleh menampung kelemahannya. Kelebihannya, bolehlah diperkasakan lagi Pakatan.

Inilah yang kita mahukan, sayang sanjung Anwar tidak menjadi kesalahan. Episod Anwar seterusnya amat dinanti-nantikan.

Wednesday, August 27, 2008

Mengejutkan Ikan di lautan negara kita sudah habis ?

Tiada Ikan ,nelayan ambil dadah................... Demikian laporan akhbar hari ini, yang melaporakan betapa iamemberi pelbagai petunjuk dengan terpaparnya berita ini.

Pertama, ia sebagai petunjukkan utama kegawatan hidup, hasil manifestasi desakan cerminan hidup rakyat terbawah golongan marhein. Mana mungkin dalam keadaan negara kita kaya raya dengan hasil bumi yang melimpah ruah. Ada rakyat yang tegar atau sanggup bertindak sedemikian. Maka siapakah atau pihak manakah yang wajar disalahkan. Diri sendiri nelayan atau pihak berkuasa atau kerajaan.

Gambaran kedua, betapa lemahnya rakyat negara kita. Pemimpin hebat, slogan Melayu Glokal, Minda Kelas Pertama. Warga atau rakyat yang ada lepas naik ke bulan, masih ada segelintir 'nelayan' kot sanggup membuat kerja terkeji seumpama itu. Di manakah kekuatan dalam jati diri sebagai anak merdeka yang sudah ceceah 51 tahun. Gamakkan kita berbuat sedemikian. Siapakah yang patut dipersalahkan ?

Gambaran lain, adakah hasil ikan dalam laut sudah kurang, adalah Allah atau Yang Maha Kuasa sudah menarik rezeki nelayan. Sesudah ikan , apa pula lepas ini, adakah minyak atau telaga minyak didasar laut kita akan kering.

Maka fikir-fikrkanlah ....

MERSING - Ambil dadah akibat tidak dapat ikan.

Itu kemungkinan tindakan para nelayan di daerah ini yang tertekan sehingga bertindak merosakkan diri sendiri termasuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Mersing, Mohd. Izzham Faruza Mohd. Nazur berkata, nelayan-nelayan yang tertekan tidak seharusnya melakukan perbuatan tersebut semata-mata bagi melegakan perasaan masing-masing.

Menurutnya, beliau difahamkan, segelintir nelayan kawasan itu pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini kerana terlibat dengan kegiatan menghisap ganja dan syabu gara-gara tertekan.

"Mereka yang berbuat demikian dipercayai mengalami masalah dalaman, di samping masalah peribadi lain.

"Tambahan pula sekarang, hasil tangkapan ikan juga tidak begitu memberangsangkan sejak dua bulan lalu.

"Saya bimbang kejadian ini mengganggu emosi para nelayan, sekali gus terlibat dalam gejala tidak sihat," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, menurut Mohd. Izzham, ada nelayan yang turut terjebak dalam perbuatan tersebut kerana suka-suka.

"Saya harap rakan-rakan dan keluarga nelayan terbabit dapat memberi nasihat supaya mereka dapat kembali ke pangkal jalan," katanya.

Wakil Rakyat Rakyat atau Wakil Parti

Kekalahan calon BN, memberi gambaran atau natijah luas untuk diperbahasakan. Isu dan analisis banyak pihak dibuat. Bagi penulis dalam PRK Permatang Pauh, adalah berhubung status persepsi rakyat dan kemahuan rakyat.

Isu nya rakyat buat piliahan antara calon wakil rakyat yang mewakili rakyat dan calon wakil rakyat mewakili parti. Inilah letaknya kelebihan dan keisitimewaaan Anwar di mata rakyat.

Rakyat Permatang Pauh khasnya pengundi melihat Anwar adalah wakil rakyat yang akan mereka pilih sebagai mewakili mereka atau rakyat permatang Pauh. Berbanding dengan Arif Shah ia dilihat lebih kepada wakil rakyat mewakili parti.

Justeru kerja buat, Arif Shah (UMNO-BN) lebih kepada menjaga memelihara pandangan pimpinan parti khasnya UMNO. Beliau cuba sedaya upaya memenuhi tuntutan pimpinan parti serta parti yang diwakilinya.

Berbanding dengan Anwar pengundi melihat ia lebih dekat kepada apa yang rakyat mahu serta kehendakki. Slogannya esok memerintah negara harga minyak turun. Ayat ini sudah separuh membunuh BN. Justeru itu, ia diperdebatkan dalam majlis Debat Anwar vs Sabrey Chik. BN cuba mahu mematikan atau membunuh slogan itu. BN yang mahu momokkan slogan ini dan lemparkan ke muka Anwar, tetapi sebaliknya tersimbah ke muka mereka. Mahu tidak mahu kerajaan ’terpaksa’ turunkan harga minyak antara 15 sen ke 22 sen seliter menjelang 2 hari sebelum pembuangan undi di Permatang Pauh.

8 faktor BN tewas lawan Anwar
K Raveendran Nair | Aug 11, 08 4:04pm
Bahagian I 'Malaysia Baru' Anwar pukau pengundi

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian.

Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.

Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.

Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.


Menurut blognya Security, K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.



广告
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )







Jimat Elektrik
Senang Pasang. Tahan 5 Tahun. Diuji dan Sah Disisi Undang-Undang. Bukan Curi!

















Jimat Minyak Habis
tak perlu tambah tak perlu sukat tak perlu bimbang





TAK PERLU MODAL.!!
REGISTER TERUS DPT USD6.00..!!!!



Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner

Analisis Manimaran PRK

Mengapa Anwar gagal dikuburkan?

(ANALISIS):

"Kita Menang, We Won". Begitulah tajuk kenyataan akhbar yang dipaparkan dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tengah malam tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu awal pagi tadi telah menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persiapan susulan melangkah ke Parlimen esok - premis yang beliau tinggalkan 10 tahun lalu. Majlis angkat sumpah dijadual berlangsung pagi esok.

Sehingga September 1998 beliau berada di kerusi nombor dua barisan hadapan di bahagian blok kerajaan selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertentang mata dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh dan Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng.

Esok, kedudukan Anwar akan berubah di Dewan Rakyat yang landskapnya lebih meriah dan ceria berbanding satu dekad lalu.

Beliau pula akan mengetuai barisan pembangkang - bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Pemimpin-pemimpin yang disebutkan itu masih berada di Parlimen, tetapi Anwar akan mengepalai mereka di Parlimen bertentang mata dengan barisan kerajaan. Inilah politik! Tiada sesuatu yang kekal dalam arena politik negara.

Perkara ini juga seringkali disentuh oleh Anwar ketika ceramah kempennya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. "Pada 26 Ogos kita menang, insya-Allah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk melantik saya menjadi Ketua Pembangkang dan 28 Ogos saya masuk Parlimen, 29 Ogos Perdana Menteri membentangkan Bajet (2009), saya akan duduk bertentangan mata dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya akan duduk tengok, tak tutup mata... ," kata Anwar dalam beberapa ceramah yang diikuti sepanjang 10 hari kempen di Permatang Pauh. Pasti beliau telah mengulangi perkara yang sama dalam ceramahnya yang tidak sempat dijejaki.

Berdasarkan tinjauan mStar Online yang dibuat, Anwar khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah pun melakukan kerja-kerja asas bagi memastikan beliau kembali ke Parlimen dari dulu lagi. Maklumat yang diperoleh menunjukkan Anwar sudah pun merancang untuk kembali bertanding di Permatang Pauh selepas beliau keluar penjara empat tahun lalu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada salah satu ceramahnya minggu lalu, Anwar ada menyebut bahawa isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sudah pun meminta yang beliau harus bertanding semula di Permatang Pauh.

Jadi, ia menunjukkan Dr. Wan Azizah hanya menjadi "penjaga" atau "caretaker" kerusi berkenaan yang disandang Anwar dari 1982 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Larangan tidak boleh memegang jawatan politik dan bertanding telah membataskan beliau daripada bertanding sehingga April lalu. Pilihan raya umum diadakan 8 Mac, lima minggu lebih awal sebelum larangan itu berakhir.

Strategi untuk Anwar bertanding dan memenangi kerusi berkenaan telah disusun rapi sejak setahun lalu sebagai tambahan apa yang telah dibuat sejak April 2004. Pendek kata langkah untuk membolehkan Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen telah dilakukan dengan terperinci dan tersusun. Pemerhatian ke pusat-pusat operasi PKR juga menunjukkan situasi tersebut.

----------------------------------------------------------------------------
JADUAL KEPUTUSAN


Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) : 31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

----------------------------------------------------------------------------

Kedua, modal politik bahawa Permatang Pauh memerlukan anak tempatan juga tidak dapat mengatasi bakal kemenangan Anwar. Umno Permatang Pauh sejak awal lagi menekankan pihaknya mahu anak tempatan diberi peluang untuk menjadi calon kali ini.

Mengambil kira Anwar juga dilihat sebagai anak tempatan, walaupun lahir di kawasan Cherok Tok Kun, kelebihan faktor anak tempatan tidak membantu calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah disumbangkan dengan undi dalam jumlah yang banyak.
Sebagaimana dikatakan tadi, Anwar juga seringkali menyebut "ini kawasan saya, jangan datang ke sini kata nak kuburkan saya." Salah satu kain rentang di kawasan Mengkuang, berhampiran kawasan Pusat Penjumlahan Undi, menyebut "Ini Wilayah Anwar Ibrahim".

Ketiga, persepsi personaliti yang telah berjaya dibentuk oleh Anwar dan pasukan strategi pilihan raya sepanjang empat bulan yang lalu menjadi faktor penentu kemenangan besar Anwar.

Di peringkat nasional Anwar telah digambarkan sebagai pemimpin negara, bukan lagi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semata-mata. Perkara ini telah ditekankan di Permatang Pauh sejak sebelum hari penamaan calon. Pastinya ia telah disemai lebih awal lagi. Pencabar terdekat beliau, Arif Shah juga seorang pemimpin yang kerja kuat tetapi beliau tidak berupaya untuk mengatasi persepsi disusun Anwar - "Harapan Baru Untuk Malaysia". Sama ada orang percaya pada persepsi itu ataupun sebaliknya, sama ada mereka yakin ataupun sebaliknya, pengundi-pengundi Permatang Pauh memberikan undi kerana persepsi ini. Sepatutnya Umno menggunakan platform peralihan kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 2010 sebagai asas untuk meraih undi!

Penduduk Permatang Pauh sudah diberikan satu gambaran undi kepada Anwar bukan setakat memilih seorang Ahli Parlimen tetapi memberi undi untuk mengetuai kerajaan baru yang disebut-sebutkan oleh Anwar sejak selepas pilihan raya umum ke-12. DAP menggunakan moto "beri satu undi, anda dapat dua undi" yang merujuk kepada dua jawatan iaitu kerusi Ahli Parlimen dan juga jawatan yang lebih tinggi - yang dimaksudkan ialah kedudukan Perdana Menteri.

Anwar menyasarkan 16 September ini sebagai tarikh membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan. Selepas kemenangan malam tadi beliau masih mengulangi sasaran tersebut.

Tanggapan sedemikian telah memikat pengundi untuk terus mengekalkan Anwar meskipun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun sendiri gelanggang dan menyenaraikan janji pembangunan dan bantuan yang bakal diberikan kepada penduduk Permatang Pauh.

Di sebalik persepsi itu, Anwar pula telah menggunakan isu-isu nasional semasa, yang utamanya ialah kesan kenaikan harga minyak yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, untuk meraih sokongan. Arif Shah menggunakan isu bersifat lokal yang gagal menarik perhatian banyak pihak khususnya pengundi dari Dewan Undangan Negeri Penanti dan Permatang Pasir yang masih-masih merupakan kubu PKR dan PAS. Hampir 90 peratus kawasan itu bergerak kepada Anwar.

Keempat, Pakatan Rakyat telah memperlihatkan kerjasama praktikal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil ini, yang secara kebetulan diadakan di negeri yang kini dikuasai pembangkang. Walaupun pembangkang juga menunjukkan kecacatan hubungan dan kerjasama tetapi ia tidak mampu untuk menghalang kemenangan Anwar. Masing-masing parti mengetahui dan menyedari kelebihan dan kekurangan komponen Pakatan Rakyat tetapi ia dilupakan buat sementara waktu untuk menjayakan kemenangan. Malah ini masa bagi semua komponen Pakatan Rakyat untuk menunjukkan mereka mempunyai sumbangan dalam menentukan kejayaan Anwar dan ia penting dalam proses perundingan kuasa kelak jika Pakatan Rakyat mencapai sasaran 16 September.

Kelima, masalah dalaman Bahagian Umno Permatang Pauh, walaupun cuba dinafikan banyak pihak, tetapi telah menjadi kekuatan dan kelebihan kepada pembangkang untuk dieksploitasikan dalam bentuk undi. Malah ada yang mendakwa wujud sabotaj dalam Umno untuk menggagalkan Arif Shah daripada menang. Masalah dalaman ini membawa kepada kegagalan menyusun strategi dengan berkesan dengan menembusi kubu pembangkang, sebaliknya pembangkang memasuki beberapa kawasan dalam kubu Seberang Jaya yang dipimpin wakil rakyat Umno iaitu Arif Shah.

Keenam ialah isu liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak membantu menghakis populariti Anwar. Sebaliknya sentimen 1998/99 masih berulang di Permatang Pauh. Isu itu menimbulkan kemarahan dan rasa tidak selesa orang ramai. Anwar mendapat undi simpati tambahan kali ini.

Empat hari sebelum pengundian Arif Shah yang ditemui mStar Online menafikan dakwaan jentera Anwar bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menang selesa dengan majoriti 15,000 undi. Apabila diaju soalan itu kata beliau: "Saya tidak fikir begitu."

Kata beliau, kini (sehingga hari itu) sokongan kepada beliau dan BN sedang melalui arah aliran peningkatan. "Kini (Jumaat lalu) sokongan kepada saya sudah melepasi 41 peratus walaupun beberapa hari yang lalu ada penurunan sedikit dan saya pasti ia akan meningkat dalam sehari dua ini, tidak mustahil untuk memperoleh lebih 50 peratus," katanya.

Pada hari yang sama Setiausaha Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata, "kami tidak bercakap mengenai angka (tahap peratusan), tetapi campur tolak kemungkinan akan memperoleh majoriti yang baik (berbanding 8 Mac)."
Jentera Anwar telah meletakkan sasaran awal untuk memperoleh majoriti 20,000 undi.

Parlimen bahagian Permatang Pauh terdiri daripada 58,459 pemilih iaitu 40,619 orang atau 69.49% merupakan pengundi Melayu, Cina (14,360; 24.56%), India (3,390; 5.79%) dan lain-lain (280; 0.13%).

Anwar turun gelanggang dengan banyak kelebihan. Hakikatnya BN memahami aspek ini. Kerana kelebihan itu beliau sanggup bertanding lebih-lebih lagi Permatang Pauh, tidak di tempat lain ketika berhadapan dengan isu liwat.

Kelebihan-kelebihan ini telah menggagalkan misi untuk menguburkan Anwar

Kemenangan DSAi dan petunjukkanya

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44 antara DSAI mewakli PKR dan lawannya Dato arsif Shah UMNO-Bn sudah diketahui. Dato Deri anwar mendapat 31,195 undi danArif Shah cuma 15,524 undi daripada 58,459 undi berdaftar.

Rakyat Permatang Pauh mahukan anwar, rakyat pilih dengan pilihan tersebut berlandaskan pelbagai alsan yang boleh dibariskan. Antara simpati terhadap beliau, kedua mahukan Pm datang dariPermatang Pauh. Ketiga, ini adalah peluang DSAi yang terkahir untuk ke Putra jaya. seterusnya rakyat mahu dia buktikan janjinya. Selain itu, rakyat mahu Pakatan Rakyat dipilih. Berikutnya rakyat sudah jelak dengan UMNo Bn mereka undi apa sahaja parti selain daripada BN.

Justeru landskap politik negara menjadi lebih menarik, hinggakan keluahan rakyat terhadap inflasi, kekangan hidup harga barang keperluan perkhidmatan menjadi agenda kedua. Kerana rata-rata bernafsu serta berselera dengan isu Anwar.

Bagi parti-parti pembangkang terutamanya PAS, daripada keputusan ini bermula cabaran yang akan lebih mencabar. Banyak kerja dan usaha yang kena dibuat dan perancangan srtategik perlulah disusun. Kita mahu kerajaan Pakatan Rakyat naik. Kita tidak mahu king Maker atau caretaker dimainkan oleh orang lain.

Minta jangan diperbesarkan dan debatkan proksi perbedaaan pandangan muzakarah dan mubahalah dalam PAS. Pas kena memandang ke hadapan dan harapan rakyat cukup esar dan kuast

Tuesday, August 26, 2008

Sorotan PRK P44 Jam 8.00 pagi

BUANG UNDI... Sebanyak 110 saluran di 25 buah pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi tadi untuk membolehkan 58,459 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah , Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.


Kapsyen:

Gambar atas: Arif Shah melakukan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 di sini, hari ini. Foto BERNAMA

Gambar bawah: Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu bekas penyandang kerusi itu dari 1999 hingga 31 Julai lalu. Foto THE STAR / MUSTAFA AHMAD

(Dikemas kini, pukul 1300) PERMATANG PAUH: Kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh - disifatkan sebagai 'ibu segala pilihan raya kecil negara ini' - bermula dengan hujan pada 16 Ogos lalu dan juga berakhir dengan hujan tengah malam tadi.

Sebentar tadi, pukul 8 pagi ini, lebih 58,000 pemilih sudah mula keluar mengundi untuk menentukan wakil rakyat baru mereka selepas kempen 10 hari yang memperlihatkan perjalanan kempen yang tenang tetapi agak panas dengan pelbagai tuduhan, kecaman dan kritikan.

Anggaran dan jangkaan undi PRK P44

[Carta+Analisa+Pilihan+raya+P+Pauh.jpg]

Bila bangkit soal islam , semua orang keliru ?

Kita sudah 50 tahun merdeka. Negara dan umat rakyat negara sentiasa dicabar dengan cabaran isu-isu membabitkan semua kaum rakyat negara. Dalam isu mencabar dan tercabar adalah isu-isu berkaitan keagamaan khususnya agama Islam iaitu agama rasmi negara yang dimaktubkan dalam perlembagaan.

Terkini, isu perbedaan sumpah yang lebih rapat dengan pergeseran selebriti politik tanahair. Kumpulan agama terpanggil bersama dengan sama-sama memberi pendapat berdasarkan disiplin pengajian ilmu agama masing-masing dengan bersandarkan sumber-sumber terapat tokoh agama berkenaan perolehi.

Sekali lagi rakyat Islam khasnya keliru, malah lebih keliru dan terpinga-pinga yang bukan Islam. maknanya tiada penyelesian bijak dan cermat dibuat. semua nya mempertahankan hak pandangan kelompok mereka tersendiri. Agama islam yang aman damai lengkap dan sempurna itulah yang dimangsakan.

Bagi kita tidak layak secara teknikal mahu membincangkan tatacara , prosedur terhadap apa yang diisukan itu dibangkitkan. Kerana andaian kita berapa ribu dan ratus kali di seminarkan tentang islam sepanjang 50 tahun merdeka. Banyak mana kertas kerja dibentangkan sehingga kertas itu sendiri sudah tidak mahu lagi bekerja.

Salahnya adalah masalah 'modal insan' human capital serta komitmen lemah insanlah yang menyebabakan islam itu dilemahkan. Selemah-lemah kekhalifahan Turki uthmaniyyah dapat kekal 600 tahun semasa zaman kemerosotan islam dulu kekal dalam lipatan sejarah tetapi isu Islam dilemahkan tidak berbangkit spt sekarang ini.

maka di mana salah dan silapnya... fikir-fikirkanlah di mana duduknya 'kita-kita' yang mengaku sebagai umat Islam akhir zaman ini.

Nasinalisme dan Bahaya dari blog Dewan Ulama Pahang

NASIONALISME DAN BAHAYANYA

MUQADDIMAH

Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau nasionalisme barat. Ia adalah satu penyelewengan bidaah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.

PENGERTIAN NASIONALISME

Di dalam menerangkan pengertian nasionalisme, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:

Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain nasionalisme adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama. Pentakrifan ini menjelaskan bahawa nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.

PERCANGGAHAN NASIONALISME DENGAN AGAMA ISLAM

Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisme dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam. Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam. Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah s.w.t. semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini. Secara asasnya percanggahan tersebut bolehlah dibariskan kepada empat bahagian seperti berikut:

(1) Ia adalah fahaman yang membina penyatuan manusia di atas asas menerima pensyarikatan yang berlaku di kalangan manusia terhadap ketuhanan Allah s.w.t. di alam ini. Ia dengan itu adalah penyatuan yang tidak menjadikan kepentingannya membimbing manusia kepada mentauhidkan Allah s.w.t. dan kepada membulatkan kehambaan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Penyatuan yang meredhakan kekufuran seperti ini adalah bentuk penyatuan yang membawa penyesalan para pengamalnya di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Ankabut ayat 25 yang berbunyi:

Dan berkata Ibrahim: Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah s.w.t. adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tiada bagi kamu para penolong pun.

(2) Ia adalah fahaman yang membina kepentingan manusia di atas asas kepentingan di dunia semata-mata dengan melupakan kepentingan kesejahteraan manusia di akhirat. Kepentingan akhirat itu hanya dapat dicapai melalui ketaatan yang penuh kepada segala perintah Allah s.w.t. yang telah disampaikan oleh RasulNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Israa’ ayat 18 dan 19 yang berbunyi:

Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

(3) Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala’. Yang dikehendaki dengan hukum al-wala’ ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah s.w.t. atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.

Dari sini dapatlah difahami bahawa hukum wala’ di dalam masalah kepimpinan bukanlah semata-mata persoalan setakat memastikan kekuasaan mutlak tidak berada di tangan golongan kuffar seperti yang difahami secara menyeleweng oleh penulis buku “Permasalahan Agama dan Politik” tetapi ia sebenarnya adalah persoalan memastikan bahawa orang-orang kafir tidak mendapat kuasa yang boleh menghalang orang-orang Islam daripada melaksanakan ketaatannya kepada Allah s.w.t. secara sempurna.

Di dalam negara yang mengamalkan nasionalisme sekular pada hari ini kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Muslimin adalah kuasa yang tidak melibatkan kebebasan mereka melaksanakan hukum Allah s.w.t. atau dengan kata lain ia adalah kuasa yang tidak menafikan kemestian orang-orang Islam mentaati orang-orang kafir di dalam hukum dan peraturan ciptaan mereka. Oleh itu persoalan para khalifah Islam yang terdahulu melantik dan memberi ruang kepada orang-orang kafir menjawat beberapa jawatan negara tidaklah boleh disamakan dengan corak pentadbiran negara sekular pada hari ini. Pemberian jawatan kepada golongan kafir zimmi pada zaman itu adalah berlaku di dalam suasana terlaksanya hukum Allah s.w.t. secara sempurna dan megah dan tidak pula membawa kerugian kepada umat Islam.

Seterusnya perlulah diingatkan mengenai kesesatan penulis tersebut yang cuba meletakkan persoalan melantik orang-orang kafir di tanah air pada hari ini sebagai termasuk di dalam rukhsah yang dibenarkan oleh syariat Islam. Perlulah difahami bahawa rukhsah di dalam Islam adalah digantungkan di dalam perkara ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia sama sekali tidak dibenarkan dalam perkara maksiat dan mungkar seperti rukhsah yang difahami oleh penulis buku tersebut kerana rukhsah seperti itu adalah rukhsah yang membuka jalan untuk melakukan perkara yang amat mungkar iaitu menolak hukum Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan di dalam negara yang merupakan syarat kerjasama di antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam yang diletakkan oleh penjajah. Menolak hukum Allah s.w.t. dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam, firman Allah s.w.t. di dalam Surah As-Syura ayat 21 yang berbunyi:

Apakah mereke mempunyai sembahan-sembahan selain Allah s.w.t. yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah s.w.t. .

Seterusnya perlulah ditegaskan pula mengenai kesesatan penulis buku tersebut apabila beliau meletakkan perkara memberi sebahagian kepimpinan umat Islam kepada orang kafir sebagai termasuk di dalam taqiyyah yang dibenarkan oleh Islam. Perlulah difahami bahawa hukum taqiyyah hanyalah dimaksudkan oleh syarak sebagai rukhsah kepada orang perseorangan sahaja dan di dalam keadaan yang berkait dengan paksaan sahaja. Ia tidak dibenarkan untuk menjadi suatu kaedah umum yang boleh dipakai oleh umat Islam di dalam menghadapi golongan kuffar kerana hal tersebut akan menghilangkan kewajipan hukum jihad.

Adapun tindakan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu yang membayar ufti kepada kerajaan Siam itu dari sudut hukum syaraknya bukanlah termasuk di dalam perkara taqiyyah tetapi ia adalah termasuk di dalam persoalan siasah syari’yyah. Perlulah difahami dengan baik dan perlu dibezakan kedua perkara ini dengan jelas supaya tidak diperbodohkan oleh penulis buku tersebut dan seumpamanya daripada penyokong-penyokong fahaman sekular di tanah air.

Sesungguhnya umat Islam perlulah memahami bahawa di dalam keadaan negara pada hari ini Islam menjadikan jihad menurut peringkatnya sebagai kewajipan dan jalan menegakkan semula kedaulatan Islam itu.

(4) Ia adalah fahaman yang memusuhi usaha menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah di zaman ini sebagai sebuah ikatan politik umat Islam yang berasaskan aqidah dan syariat Islam. Kewujudan sebuah negara yang seperti ini adalah bercanggah dengan fahaman nasionalisme sekular. Perlulah difahami bahawa dari sudut sejarahnya gerakan fahaman nasionalisme di barat adalah bertujuan untuk menolak pemerintahan gereja di benua Eropah dan fahaman nasionalisme ini juga kemudiannya telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melahirkan penentangan bangsa Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah yang membawa kepada kelemahan dan kejatuhannya. Sesungguhnya menegakkan khilafah adalah wajib menurut hukum Islam. Dalam hal ini Imam Nawawi Rahimahullah telah berkata di dalam syarahnya kepada soheh Muslim dengan ucapan yang bermaksud:

“Para ulamak telah ijmak di atas kewajipan muslimin melantik khalifah.”

Mengenai tugas khalifah itu pula antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hazmin di dalam kitab Muhalla. Beliau berkata:

“Hanya sanya Imam itu dilantik adalah untuk menegakkan sembahyang di kalangan manusia, memungut sedekah-sedekah mereka, melaksanakan hukum hudud mereka dan melaksanakan hukum di kalangan mereka dan berjihad melawan musuh mereka.”

MENOLAK SYUBAHAT MENGENAI HAKIKAT ASSABIYYAH

Bagi melengkapkan perbincangan risalah ini dan bagi menambahkan faedahnya maka perlulah diberikan penjelasan mengenai hakikat assabiyyah dan hukumnya di dalam Islam. Keperluan ini timbul sebagai menolak syubahat yang telah dikemukakan oleh para pendokong fahaman nasionalisme sekular di zaman ini terhadap pengertian assabiyyah. Mereka pertamanya telah menafikan nasionalisme sebagai tergolong di dalam assabiyyah yang dimaksudkan di dalam keterangan hadith. Keduanya mereka telah menyamakan nasionalisme yang dianuti oleh kerajaan yang memerintah sebagai fahaman nasionalisme yang pernah diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith soheh yang bermaksud:

“Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah assabiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar assabiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar assabiyyah.” (Riwayat Muslim)

Oleh itu perlulah difahami bahawa kekeliruan ini adalah bertolak daripada tumpuan yang berlebihan kepada pengertian assabiyyah dari sudut bahasa sebaliknya melupakan pengertiannya dari sudut istilah menurut keterangan Rasulullah s.a.w. sendiri. Perlulah difahami bahawa mengutamakan pengertian lughawi dengan mengabaikan pemahamannya menurut keterangan Al-Quran dan Sunnah atau pemahaman para salafus soleh bagi sesuatu kalimah yang terdapat di dalam nas-nas syarak adalah merupakan cara perjalanan ahlul bidaah sepanjang zaman.

Di dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pemahaman sesuatu kalimah syarak mestilah dicari terlebih dahulu di dalam penjelasan Allah s.w.t. dan rasulNya dan para salafus soleh. Apabila telah tidak didapati barulah pegertiannya itu disandarkan kepada perbahasan lughawi. Di dalam hal ini pengertian assabiyyah telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam hadith baginda yang bermaksud:

“Assabiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman.”

Di dalam pengertian yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini, baginda telah mengikat pengertian assabiyyah kepada membantu di atas dasar kezaliman. Penjelasan Rasulullah s.a.w. yang amat bijaksana ini adalah menepati dengan tabiat kesungguhan Rasulullah s.a.w.. Baginda telah menjelaskan pengertian assabiyyah itu dengan cara yang mendidik manusia kepada perubahan di dalam hidupnya kerana Islam tidak memandang sebarang faedah kepada perkataan yang tidak membawa kepada taat dan amal. Jawapan baginda yang bersifat tarbawi dan sentiasa mempunyai aspek amali yang mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. adalah menjadi didikan Allah s.w.t. kepada baginda. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang berbunyi:

Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: “Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) Haji.”

Manakala mengertikan assabiyyah dengan membahaskan maksud bahasanya adalah merupakan penyelewengan daripada pentakrifan Rasulullah s.a.w. dan mengandungi sejenis kegelapan dan kebodohan. Marilah kita bertanya adakah Rasulullah s.a.w. hendak mengajarkan kepada umatnya dari hadith tersebut mengenai kabilah arab? Tidak, tetapi Rasulullah s.a.w. ingin mengajarkan kepada umat baginda mengenai kewajipan meninggalkan kezaliman dan bahawa risalah Islam yang dibawa oleh baginda adalah memerangi kezaliman di dalam segala bentuknya, samada berbentuk fahaman, ajaran, syiar, budaya mahupun ikatan. Rasulullah s.a.w. ingin membentuk umat baginda sebagai umat yang bersih daripada kezaliman dan berjihad membebaskan manusia di dunia ini daripada kezaliman sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 75 yang berbunyi:

Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah s.w.t. dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau. Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

Apabila kita telah memahami bahawa assabiyyah itu ialah menolong bangsanya di atas dasar kezaliman maka pada ketika itu adalah jelas kepada kita bahawa fahaman nasionalisme sekular yang mempertahankan undang-undang sekular dan menolak undang-undang Allah s.w.t. yang diliputi oleh keadilan dari segenap sudut dan sisinya itu adalah fahaman yang benar-benar tergolong di dalam maksud hadith tersebut. Bahkan perlulah dinyatakan bahawa kezaliman yang menjadi tabiat fahaman nasionalisme moden itu adalah beratus kali ganda daripada kezaliman yang berlaku di dalam kabilah-kabilah Arab.

Kezaliman kabilah-kabilah Arab itu adalah berlaku kerana terlalu melebihkan keturunan mereka di dalam segala perkara, manakala kezaliman nasionalisme moden adalah kerana menyekutukan Allah s.w.t. S.W.T. di dalam salah satu daripada sifat UluhiyyahNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-An’am ayat 115-116 yang berbunyi:

Telah sempurna kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah s.w.t. S.W.T. lagi di dalam Surah Al-Maidah ayat 45:

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t., maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Firmah Allah s.w.t. di dalam Surah Luqman ayat 13 yang berbunyi:

Sesungguhnya mempersekutukan (Allah s.w.t. ) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Seterusnya bagi menolak syubahat yang kedua kita perlulah memahami terlebih dahulu kaedah penting yang dipakai oleh para ulamak Islam bermaksud “Sesuatu hukum itu adalah digantungkan kepada kefahaman”. Memahami kaedah ini adalah amat perlu untuk melahirkan hukum yang tepat kepada mereka yang kelihatan mengamalkan sesuatu bidaah yang bercanggah dengan syariat Islam. Ia juga adalah amat penting untuk menjadi asas bagi mengetahui fahaman sebenar ulamak-ulamak Islam yang kelihatan memakai syiar-syiar golongan kuffar. Bertolak dari kaedah inilah Al-Allamah Syeikh Said Hawwa telah berkata:

“Bahawa setiap syiar yang memalingkan manusia dari mengambil jalan Allah s.w.t. S.W.T. sebagai maksudnya dan sembahannya adalah syirik. Dengan ingatan bahawa hukum ke atas seseorang dengan kekufuran atau syirik akbar adalah memerlukan kepada fatwa yang mendalam dari ahli fatwa kerana ihtimal bahawa di sana terdapatnya niat-niat yang tersembunyi yang mungkin membawa kepada peringanan hukum ke atas pengamalnya, seumpama ia menanggung lafaz-lafaz tersebut di dalam masalah ini di atas wajah yang menepati iktiqad yang betul.”

Dengan kefahaman ini adalah jelas bahawa penulis buku Minda Melayu Baru menyamakan perjuangan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Haji Agoes Salim dengan perjuangan nasionalisme UMNO adalah tidak benar kerana nasionalisme Melayu yang diperjuangkan oleh kedua-dua ulamak tersebut tidak melibatkan penolakan terhadap hukum Allah s.w.t. S.W.T. seperti UMNO. Ia adalah suatu penyamaan yang terburu-buru dan sebagai fitnah terhadap ulamak-ulamak Islam yang wajib ditolak. Semoga dengan penjelasan terhadap syubahat-syubahat ini akan dapat membuka kepada kita hakikat kesesatan nasionalisme itu tanpa sebarang keraguan lagi menurut timbangan syariat Islam. WAllahu A’lam wa Huwa yahdis Sabil.

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Insan ayat 29-30 yang berbunyi:

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya. Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali bila dikehendaki Allah s.w.t. . Sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

PENUTUP

Sesungguhnya tidak ada jalan untuk melepaskan umat Islam di zaman ini seluruhnya daripada kesesatan beramal dengan fahaman nasionalisme selain daripada berusaha mendedahkan kepada umat Islam hakikat kesesatan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu sebagaimana juga segala ideologi kebendaan yang lain secara menyeluruh dan merata melalui kuliah-kuliah yang disampaikan di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok dan segala saluran pengajian agama di tanah air. Risalah ini hanyalah suatu pengenalan yang amat ringkas tetapi sebagai amaran yang amat keras kepada Muslimin mengenai ancaman bahaya fahaman nasionalisme kepada kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Semoga Allah s.w.t. menjadikan risalah ini bermanfaat kepada penulis dan sekelian Muslimin. Amin.

Oleh Al-Faqir ila Rabbihi
Abu Abdul Halim
Kaherah, Mesir.

Hutang kerajaan Malaysia terkini yang direkodkan ?

ceCekap atau Tidak Cekap .... sesebuah kerajaan diukur bagaimanakah ia menguruskan wang negara. Jika banyak hutang dan hutang tidak diselesaikan mengikut jadual ,unjuran cekap atau tidak cekap.

Bila hutang kerajaan dikeluarkan dalam akhbar, ini menandakan ia senang akan hutang berkenaan gitulah kot.



Hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM266.7

Jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Dis 2007 ialah sebanyak RM266.7 bilion, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM247.1 bilion atau 92.7 peratus, membabitkan hutang dalam negeri manakala bakinya sebanyak RM19.6 bilion (7.3 peratus) merupakan hutang luar negeri.

"Hutang luar negeri adalah kecil, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurangkan pinjaman luar bagi mengurangkan risiko pertukaran mata wang asing dan mengutamakan pinjaman daripada sumber domestik," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Teo ingin tahu jumlah wang yang terhutang oleh dan kepada kerajaan serta siapakah pemiutang dan penghutang utama.

Mengenai pihak yang memberi pinjaman kepada kerajaan, Abdullah berkata bagi pinjaman projek, pemiutang terdiri daripada institusi dua hala dan pelbagai hala seperti Bank Pembangunan Islam (IDB), Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Dunia dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC).

"Bagaimanapun, bagi pinjaman pasaran yang dibuat melalui terbitan bon, pemiutang sukar ditentukan kerana bon diurus niaga di pasaran setiap hari," katanya.

Abdullah berkata Kerajaan Persekutuan juga memberikan pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, koperasi serta pelbagai agensi lain.

Beliau berkata sehingga 31 Dis 2007, jumlah hutang semua pihak berkenaan dengan Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM50.8 bilion. BERNAMA

Monday, August 25, 2008

Corat Coret selepas Muktamar PAS 54

Penulis berkesempatan ke Ipoh, menyaksi perjalanan muktamar PAS kali ke 54. Penulis cuba mencari yang kurang semasa 3 hari berada di luar dewan. Apa yang berlaku di dalam dewan atau Stadium Inderamulia kebanyakkan sudah disoroti dan diulas penuh oleh Siasah dan harakah cetak.

Beserentak muktamar jatuh hari ke 2 muktamar, sebelah malam Forum orang cukup ramai melimpah ruah. malam kedua semasa ceramah perdana di stadium perak bersebelahan stadium inderamulia orang tidak cukup ramai stadium belum penuh walaupun jam sudah mencecah jam 10.00 malam.

maknanya ramai ke permatang pauh, itulah yang semua orang tunggukan. Penulis sahaja tidak ke permatang pauh kerana meraikan ibunda tersayang kerana muktamar julung kali dibuat diPerak inilah kesempatan ibunda ke program PAS yang 'terhebat' di Perak .

Selain itu, pendengar bukan Melayu cukup 'kurang' boleh dibilang dengan jari sahaja. Sebab penulis sengaja berada di bawah grand stand bagi melihat kelibat tetamu bangsa lain hadir. Apa yang penulis risikan daripada orang-orang sekitar masyaraat ipoh, khususnya para peniaga dan pekerja bukan islam sememang berminat datang, tetapi apabila datang mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan bagi mengikuti perbahasan.

Mungkin kawalan atau dihalang oleh petugas keselamatan yang membenarkan mereka yang memakai PAS perwakilan, tetamu atau pemerhati sahaja. Keduanya, garapan akhabar media perdana berbahasa Cina mengeksplotasi kekecoahan kaum bukan islam mahu masuk dewan secara melampau menyebabkan timbul kata-kata sinis serta rasa tidak puashati mereka. lalu mereka enggan datang terus ke muktamar tersebut.

Justeru, pihak-pihak tertentu di Perak khususnya PAS perak harus proaktif lagi, agar petugas kita lebih 'mesra' . Minta perkataan lebih mesra dengan kumpulan ini agar mereka faham. Petugas eloklah jika dapat yang boleh berbahasa Cina atau India.

Sebagai contoh DJ sepanjang muktamar yang bekerja bercoleteh sepanajang 3 haru itu adalah cukup baik, dan satu pembaharuan yang cukup menarik. Lebih-lebih lagi ia dapat memberi info apa berlaku serta situasi stadium yang terteutup itu tidak mengganggu perwakilan yang sedang berbahas dalam dewan.

Seterusnya, biarlah muktamar ini digilirkan antara negeri-negeri agar memberi komtmen serta pendedahan kepada negeri-negeri belum memmerintah, bagi merasai pengalaman urustadbir satu 'kerja besar' sebagai latihan pra memerintah, bilamana Allah kurniakan kemenangan kelak. Minta bersedia mesti dibangunkan serentak, kita tidak mahu kecacatan , perasaan berat petugas taman Melewar dengan bebanan petugas di WP dan Selangor serta kelantan saban tahun.

Fikir-fikirkan lah...


Pengisian kemerdekaan PAS Temerloh

Bekas pemain bolasepak kebangsaan meriahkan program PAS

TEMERLOH, 21 Ogos - Bekas pemian bolasepak kebangsaan, Azman Eusof adalah di antara Ikon yang akan memeriahkan Karnival Sukan Merdeka anjuran Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Temerloh pada 30 Ogos ini.




Pengarah program, Shahrul Abu Samah 35, berkata program sempena hari kemerdekaan itu diadakan di Taman Temerloh Jaya selama sehari, sarat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai.
Ia turut melibatkan acara untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa muslimin/ muslimat.

Antaranya termasuklah klinik bolasepak bagi remaja berusia diantara 15-17 tahun yang dikendalikan Azman Eusof, pertadingan sepak takraw, sepak raga bulat, gusti lengan, demonstrasi pemanduan berhemah (morosikal), dan pertunjukkan bela diri seni Silat Sending.

Acara � acara lain termasuklah pertadingan mewarna bagi kanak-kanak berusia 4- 6 tahun, rebut kerusi, dam ular, karom, Dart, sahiba, magic Mathematik dan dam ular.

Pada malamnya diadakan ceramah membabitkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub di kampung Paya Kechik.

Shahrul berkata, selain program berbentuk sukan, orang ramai juga diminta menghadiri jamuan sempena menyambut Ramadhan al-Mubarak yang turut diadakan pada hari itu.- mr _

Friday, August 15, 2008

Apa agenda TV3 ampu PAS atau menghamput PAS ?

Hari ini adalah Presiden PAS Tn Guru hj Abdul Hadi Awang, menyampaikan ucapan dasarnya. Ucapan dasar PAS adalah menjadi halatuju dan hala kerja para pimpinan dan pendokong parti. Tentulah masa ini adalah masa mencabar buat PAS.

Lawan sentiasa memerhati dan kawan sentiasa menanti akan tindakikut kita. Semalam sahaja melalui berita Buliten TV3, tiba-tiba menjadi sejarah TV3 membuat sorotan Himpunan Dewan Pemuda Pusat dan Muslimat PAS Pusat. Memberi ulasan dengan nada tersurat dan tersirat, maka terjawab jugalah degan berita diuar-uarkan Prisiden dan MB kelantan akan berkhutbah kini ditarik balik.

Thursday, August 14, 2008

Muktmar PAS di masa kita ada kuasa sedikit !!!


"a

Muktamar PAS ke 54 , dah bermula dengan ketiga-tiga dewannya iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat pada hari semalam. Pada kali ini agak istimewa kerana Perak terpilih dan dipilih selaku tuanrumah. Selain itu, muktamar kali ini PAS bersama rakan kongsinya sudah meneras kuasa di 5 buah negeri selepas PRU 12.

Kejutan dan kuasa ujian ALlah campakkan kepada PAS, Keadilan dan DAP. Bagi untuk membuat sesuatu kelainan atau kembalikan kepada kebiasaan mentadbir sebuah negara bangsa yang lebih berintegritiberbanding dengan pemerintahan musuh tradisinya BN.

ibarat orang baru berkahwin, PAS antara penunjang utama kuasa Pakatan Rakyat. Cabarannya cukup besar , iaitu adakah PAS boleh memimpin atau PAS hanya sekadar dipimpin. Bagaimanakah dasar-dasar keislaman nya dapat diterap bersama rakan kongsi dan dapatkah ia meneladani atau dicontohi rakan kongsi. Situasinya adalah terlalu masih awal untuk dinilai kerana baru masuk 100 hari lebih pemerintahannya. Rakyat menanti dengan penuh harapan, di samping faktor Anwar yang mendominasi negara saat ini. Semua menjadi tumpuan dan perhatian ramai.

Teguran berani pemuda supaya semua negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak kesampingkan Islam adalah satu pendirian yang berna dan wajar dikotakan. Malahan sindirian ada setengah negeri Pakatan Badan perhubungan PASnya adakan mesyuarat diluar negeri ini adalah satu petanda yang cukup merungsingkan kita.? Pimpinan kena cepat perbetulkan dan jangan difikirkan kewajaran dikala rakyat terjepit dengan isu minyak ?

Selamat Bermuktamar di ipoh

SELAMAT BERMUKTAMAR DI IPOH PERAK

13HB OGOS – 17 OGOS 2008

Wednesday, August 06, 2008

Adakah waktu sukar PAS berulang kembali dan kekal lama nii...

PAS sukar dipercayai selepas ini lagi. Setidak-tidaknya macam air dalam gelas sebelum ini dapat diisi penuh, tetapi kini kuranglah.Itulah yang penulis dapat jelaskan tentang nya selepas mendengar ceramah penjelasan Muzakarah UMNo PAS di Pahang kelmarin.

Walaupun semua orang boleh terima penjelasan Ust Nasaruddin Mat Isa semasa ceramah penjelasan kerjasama UMNO PAS dan pertemuan sebanyak 2 kali secara tidak dirancangkan secara kemas detail dan bersungguh.

apa pun kita noktahkan isu ini setakat ini.

Polis serah sapina kepada Anwar

06/08/2008 12:50pm

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira menyerahkan sapina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Segambut Dalam di sini pada pukul 12.05 tengah hari ini.

Pegawai polis berkenaan tiba di rumah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berada di rumah Anwar selama 15 minit untuk menyerahkan sapina tersebut yang menghendaki Anwar berada di Mahkamah Majistret di Jalan Duta, esok.

Permatang Pauh Pilihanraya Kecil

Permatang Pauh: Penamaan 16 Ogos, undi 26 Ogos

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Hrkh) - Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos manakala pengundian ialah pada 26 Ogos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Iklan

Bernama melaporkan, pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di situ.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah menewaskan Dato' Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388 undi.

Kawasan itu mempunyai 58,449 pemilih berdaftar, 68.5 peratus daripadanya pengundi Melayu. - mks._

Monday, August 04, 2008

INFO TERKINI

CERAMAH PENJELASAN MUZAKARAH PAS-UMNO

Oleh:

UST NASARUDIN B MAT ISA

[ TIMB. PRESIDEN PAS ]

Tarikh : 4 Ogos 2008-08-04

Masa: 9.00 malam

Tempat: Darul Amin Sg Gau Jalan Maran Temerloh

SEMUA JEMPUT HADIR

Kepanikan kena jelas

Semuanya menjadi panik dan tidak keruan. Isu muzakarah PAS-UMNO. Bagi landskap politik Malaysia ia sebagai suatu taufan besar terutama kepada para penyokong dan pendokong peringkat akar umbi PAS semestinya. Mereka panik..katalah apa alasan serta hujah kepada mereka dengan bersandarkan alasan tidak matang ke..tidak berlapang dada ke.. dan bermacam-macam tetapi arah gerak dan pergerakan politik pendokong dan akar umbi lambat PAS amat mengecewakan dan saat dikecewakan samada ada dizahirkan mahupun tidak

Bagi kepimpinan PAS yang berada peringkat tertinggi , mereka adalah golongan yang bijak dan pandai mencatur. Cuma ahli peringkat bawahan sahaja yang cemas kerana mereka tidak faham dan jelas halatuju visi misi politik gerakan massa PAS. Mereka perlukan perubahan politik dengan membuat revolusi mentalnya para pengikut dan pendokongnya. Tentulah episod ini bukanlah satu situasi yang mudah, tanpa terkorban dan mengorbankan sesuatu daripada atas bawah atau peringkat bawah atas, atau atas atas dan bawah bawah.

Cemas kerana ahli peringkat bawah atau ahli akar umbi mereka yang menerima ejekan , disindir dan diperli secara langsung. Terkadang berseorangan kerana situasi mereka berdepan bergelumang dengan masyarakat secara terus dan menajadi nadi kehidupan mereka atau terjun dalam masyarakat secara langsung dan sendirian. Kerana kehidupan mesti diteruskan.

Pengalaman mereka , mental mereka dan kesedian mereka belum tersedia. Kerana mereka baru sahaja melalui pengalaman perit berkempen sana sini dalam PRU 12 lalu. Umpama contoh, semasa pilihanraya jentera Umno kampungan dan ibu-ibu UMNO bila bertemu dengan petugas atau aktivis PAS. Sebelum PRU 12, puas mereka menepis bersilat , berlakon macam serba tahu atas sindiran dan ejekan. Antara sindiiran sinis mereka bunyinya .. Bila undi pembangkang, esok minyak turun...!. ada pula ...Cuba awak berikan hujah jelas satu persatu cara-cara minyak mahu anda turunkan, kami mahu, Sakitnya hati serta geramnya petugas kita diluahkan semasa sesi branstroming program petugas dengan pimpinan kecil atau pemimpin PRU dikutip dan dibuat. Kita amat memahami situasi sukar dengan apa mereka alami atau lalui. teramat sangat kerana sikap kesabaran mereka ada pelbagai. Walaupun masing-masing faham para golongan nabi-nabi berdakwah bukan setakat disindir ejek perli tetapi diburu dan dibunuh.

Kini ejekan ahli sahabat pakatan rakyat kita, yang Melayu ..bila bertemu anatara sindir meraka ialah PASUM . akronim ini bermaksud PAS dan UMNo, tetapi ada yang disiratkan sebagai Parti Islam SeMalaysia Untuk Musnah (PASUM). Tidaklah ahli akar umbi PAS sakit hati ? Mahu berlengan jika tidak sabar.. Hakikatnya inilah yang tidak dapat direvolusikan mental mereka, sebab kita duduk dalam keadaan denfensif terlalu lama.

Seterusnya ahli-ahli marah dengan sikap dolak dalik pimpinan, nafi sekeras-keras macam tiada langsung pertemuan. Akhirnya terbongkar.Nah sekali lagi kita ahli marhein diejek dengan cemuahan mereka cakap saja islam... tetapi menipu dan paling menyayat hati kita dicop sebagai ada peluang gila kuasa selalu. Dulu UMNO BN itulah yang kita maki cerca dan belasah, akat mereka.

Dengan sedikit penjelasan TN Guru Prisiden sedikit lega.Tetapi masih belum pulih kepedihannya. Hakikatnya mahu bertemu secara terbuka dan tidak bersembunyi. Kita berharap di masa depan pimpinan kita yang berhemah dan cermatlah dalam tindakan. Kerana isu UMNO PAS adalah sesuatu yang sensitif, ibarat cuka bertemu luka sahaja.

Walaupun parti-parti politik lain boleh bertemu dan berpeluk dengan UMNO. PAS bagi ahli JANGAN sessuatu yang terlarang bagi PAS. Maka itulah letaknya istimewa PAS. Kita jangan terlalu mudah mengalah dan merendah walaupun pada hakikat kita baik dari segi amalan agama dan moral, tetapi dari segi POLITIK Malaysia setakat ini , ahli0-ahli belum MEMBENARKAN.

Justeru bagi mendapatkan kebenaran dan keterbukaan ahli, ama usaha pimpinan yang ada atas kebjaksanaan merekalah bagi mana mengolah hal ini menjadi seperti BOLEH PAS bertemu UMNO. Jika tidak dipecah ruyung mana datangnya sagu tu.