Pertama, ia sebagai petunjukkan utama kegawatan hidup, hasil manifestasi desakan cerminan hidup rakyat terbawah golongan marhein. Mana mungkin dalam keadaan negara kita kaya raya dengan hasil bumi yang melimpah ruah. Ada rakyat yang tegar atau sanggup bertindak sedemikian. Maka siapakah atau pihak manakah yang wajar disalahkan. Diri sendiri nelayan atau pihak berkuasa atau kerajaan.
Gambaran lain, adakah hasil ikan dalam laut sudah kurang, adalah Allah atau Yang Maha Kuasa sudah menarik rezeki nelayan. Sesudah ikan , apa pula lepas ini, adakah minyak atau telaga minyak didasar laut kita akan kering.
Maka fikir-fikrkanlah ....
MERSING - Ambil dadah akibat tidak dapat ikan.
Itu kemungkinan tindakan para nelayan di daerah ini yang tertekan sehingga bertindak merosakkan diri sendiri termasuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Mersing, Mohd. Izzham Faruza Mohd. Nazur berkata, nelayan-nelayan yang tertekan tidak seharusnya melakukan perbuatan tersebut semata-mata bagi melegakan perasaan masing-masing.
Menurutnya, beliau difahamkan, segelintir nelayan kawasan itu pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini kerana terlibat dengan kegiatan menghisap ganja dan syabu gara-gara tertekan.
"Mereka yang berbuat demikian dipercayai mengalami masalah dalaman, di samping masalah peribadi lain.
"Tambahan pula sekarang, hasil tangkapan ikan juga tidak begitu memberangsangkan sejak dua bulan lalu.
"Saya bimbang kejadian ini mengganggu emosi para nelayan, sekali gus terlibat dalam gejala tidak sihat," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Bagaimanapun, menurut Mohd. Izzham, ada nelayan yang turut terjebak dalam perbuatan tersebut kerana suka-suka.
"Saya harap rakan-rakan dan keluarga nelayan terbabit dapat memberi nasihat supaya mereka dapat kembali ke pangkal jalan," katanya.
No comments:
Post a Comment