Tuesday, August 26, 2008

Sorotan PRK P44 Jam 8.00 pagi

BUANG UNDI... Sebanyak 110 saluran di 25 buah pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi tadi untuk membolehkan 58,459 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah , Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.


Kapsyen:

Gambar atas: Arif Shah melakukan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 di sini, hari ini. Foto BERNAMA

Gambar bawah: Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti bersama isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu bekas penyandang kerusi itu dari 1999 hingga 31 Julai lalu. Foto THE STAR / MUSTAFA AHMAD

(Dikemas kini, pukul 1300) PERMATANG PAUH: Kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh - disifatkan sebagai 'ibu segala pilihan raya kecil negara ini' - bermula dengan hujan pada 16 Ogos lalu dan juga berakhir dengan hujan tengah malam tadi.

Sebentar tadi, pukul 8 pagi ini, lebih 58,000 pemilih sudah mula keluar mengundi untuk menentukan wakil rakyat baru mereka selepas kempen 10 hari yang memperlihatkan perjalanan kempen yang tenang tetapi agak panas dengan pelbagai tuduhan, kecaman dan kritikan.

No comments: