28-08-2008 12:10:37 PM
Jadi tumpuan....ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Parlimen pada jam 9:50 pagi bagi menghadiri upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau menjadi tumpuan pemberita dalam dan laur negara. Foto AP.
Anwar mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Anwar tersenyum kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh. Penasihat PKR itu mengesahkan tempatnya di Dewan Rakyat apabila memangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi.
1 comment:
Tahniah diucapkan kepada DSAI. beliau membawa harapan menggunung rakyat marhaen untuk merubah keadaan. semuanya mungkin tidak sabar menanti detik 16 september sebagaimana yang direncanakan.
rakyat malaysia mengharapkan kemerdekaan kali kedua. kalau dulu almarhum tunku memerdekakan tanah melayu dari penjajah sebenar, pada 16 september nanti insya Allah DSAI akan merdekakan rakyat dari anak tiri penjajah.
sama-samalah kita berdoa agar harapan kita dimakbulkan.
Post a Comment