Wednesday, August 06, 2008

Permatang Pauh Pilihanraya Kecil

Permatang Pauh: Penamaan 16 Ogos, undi 26 Ogos

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Hrkh) - Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos manakala pengundian ialah pada 26 Ogos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Iklan

Bernama melaporkan, pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di situ.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah menewaskan Dato' Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388 undi.

Kawasan itu mempunyai 58,449 pemilih berdaftar, 68.5 peratus daripadanya pengundi Melayu. - mks._

No comments: