Monday, October 26, 2009

EGM PAS apakah perlu ?

Persada politik negara diwarna warni silih berganti , ada seketika pergelutan parti-parti komponen daripada kumpulan pemerintah dan daripada kumpulan pembangkang juga tidak ketinggalan, kali ini khasnya dalam PR . Waktu ini PAS dilihat 'bermasalah' dan menghadapi masalah. Bagi kita mana-mana parti politik pasti ada masalahnya tersendiri. Justeru PAS juga tidak terkecuali dan mempunyai pemasalahan tersendiri juga.

Masalah PAS kali ini adalah berhubungan percanggahan pandangan antara pimpinan utama atau atasan dalam beberapa perkara, kali ini adalah soal kerjasama. Bagi pimpinan tertentu dalam PAS kerjasama yang patut diutamaan adalah soal kerjasama sesama Pakatan pembangkang, bukannya kerjasama dengan parti tertentu dalam kerajaan yang dibentuk sekarang.

Sebaliknya bagi pimpinan tertentu pula soal kerjasama adalah amat terbuka, soal kerjasama tidak terhad kepada kumpulan 'kita' sahaja, ia harus diperluaskan.

Justeru, percanggahan dua idea ini dengan dua dokongan utama daripada dua kumpulan bercangah idea ini, mengundang 'perbalahan' umum yang digarap menjadi berita utama, sehingga menggelamkan isu-isu rakyat yang lain termasuk laporan audit yang diperkatakan.





Cadangan EGM Pas perlu diselesai secara musyawarah, kata Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, malam semalam.

Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya, www.bloktokguru.com supaya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Abdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Semalam, Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu kelmarin. B

No comments: