Saturday, October 31, 2009

Sekolah satu Aliran: Idea baik dan bagaimana mahu dilaksanakan ?

Nampaknya idea 1Malaysia Najib tidak kesampian dalam masa terdekat. Najib cuba membawa idea nenda beliau iaitu Dato Onn Jaafar yang satu ketika dulu tubuh UMNO dan keluar parti itu dengan menubuhkan Parti Negara. Itu adalah cerita 60 tahun dahulu.

Oleh kerana idea Dato Onn itu 'terlalu' mendahului zaman, ianya ditolak. Sebabnya rata-rata orang Melayu yang baru merdeka tidak dapat menerima konsep kepelbagaian kaum dalam negara. Sedangkan nama negara pun waktu itu masih kekal Persekutuan Tanah Melayu daripada nama Malaya. Sifat kemelayuan amat menebal. Justeru itu Dato Onn terpaksa 'tertendang' dari arus perdana Melayu UMNO waktu itu.

Masa berjalan, sejarah terlakar UMNO gagah memimpin dan menerajui negara. Cakap dan kata UMNO adalah kata keramat. Keputusan UMNO adalah itulah keputusan kerajaan. Yang lain-lain parti kena menurut dan patuh apa yang diputus dan dikeluarkan daripada UMNO.

Maka jadilah waktu itu UMNO segala-galanya dan segala-galanya adalah UMNO juga. Namun situasi zaman, nilai sezaman apa yang dahului diputus dan dibuat bersama kini jauh berbeda.

Kelmarin kepimpinan UMNO yang juga pimpinan negara bertaraf TPM selaku Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Pelajaran menlontarkan idea bawah Wawasan 1 Malaysia Najib agar sekolah di negara ini dibuat dalam 1 aliran sahaja. Iaitu aliran kebangsaan dengan memakai BM sebagai bahasa penghantarnya. Mungkin itulah maksud Menteri Pelajarannya.

Menteri Pelajaran sekadar melontarkan idea sahaja, instrument kaedah penyelesian tidak diperincikan. Maka sebab itulah respon spontan datang daripada sekutu mereka iaitu MCA dan MIC membantah tetapi tidaklah membantah keras agaknya, menolak idea sekolah 1 aliran.

Kata mereka cadangan ini adalah sesuatu yang serius dan tidak perlu tergesa-gesa, sebaliknya perlu mendapat pandangan semua pihak terlebih dahulu. Hal ini jauh berbeda bagaimana PPSMI yang telahpun menerima pandangan semua pihak (bantah ajar BI dalam subjek sains dan matematik) tetap diteruskan, walhal semua pandangan pihak termasuk yang berwibawa dan berotoriti telah diberikan tetapi kerajaan tetap mahu teruskan.

Reaksi balas Samy Velu lebih keras dengan menyebut Tan Sri Mahyuddin Yassin minta berfikir panjang ( kalu gitu TPM berfikiran pendeka ajelah) sebelum membuat sebarang pendirian mengenai perkara ini. Saya rasa kita belum lagi bersedia untuk melaksanakan sekolah jenis itu (satu aliran). Sekarang ini pelbagai isu perlu diselesaikan.

Tambah Samy, 'Kita sudah ada sekolah integrasi dan tidak lama lagi akan mewujudkan Asrama 1Malaysia, ini perlu dilaksanakan dulu.

Sebenarnya saranan ini datang daripada Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang meminta kerajaan agar melaksanakan sekolah satu aliran di Malaysia bagi mencapai perpaduan nasional. Selagi wujud sekolah pelbagai aliran masalah perpaduan tidak dapat diminimakan.

Pandangan ini adalah satu saranan yang cukup jauh, seorang cendikiawan Cina yang tidak prejeudis dan memandang negara dan ketaatan kepada negara tercinta yang perlu diselamatkan daripada ketidaksefahaman kaum meruncing pada masa akan datang. Negara Thai dan Indonesia adalah bukti sokongan bagaimana perpaduan dapat dicapai, dan pergeseran dan perbalahan antara kaum diminimakan dan dikecilkan jurang beza pandangannya.

Sebaliknya persepsi dua tokoh besar dari MCA dan MIC adalah sekadar melihat dari segi asas politik parti perkauman mereka, mereka bertindak juga atas persepsi dan malas untuk mengambil risiko. Walhal jika mereka pimpinan kaum sejati, yang sayangkan kaum mereka , merekalah yang wajar menyambut idea ini dan menggalas tanggungjawab bersama menerangkan duduk perkara sebenar idea ini dengan jangkauan perpaduan melebih soal kaumiyyah masing-masing.

Semua pihak wajar menyokong bagi memanjangkan jangkahayat negara. Sebelum Allah SWT menjemput kita.

No comments: