Wednesday, April 25, 2007

Insaflah Wahai Umatku

Penulis dua hari lepas membaca temubual dalam sisipan salah sebuah akhbar berbahasa Melayu, yang mana dilontarkan satu cadangan kepada pihak berkuasa agar mengisytiharkan atau membuat pengisytiharan darurat dalam masalah sosial. Hujah pakar motivasi ternama itu kerana hasil kajian UKM oleh Dr Khazir yang menyatakan daripada 889 sampel remaja Melayu Islam, sejumlah 826 mengaku pernah melakukan hubungan seks tanpa nikah. Kedua hujahnya kerana poll oleh website yang minta dibuat pengakuan adakah remaja pernah buat hubungan seks. Ujian poll nya memaparkan indeks seks remaja begitu memberangsangkan. Kata pakar motivasi tersebut indeks seks remaja boleh mengalahkan Bursa Saham BSKL, yang serinng dibangga2kan oleh pemimpin negara.
Justeru, itu adakah persoalannya kita perlu menunggu lagi dan melihat kehancuran berlaku ke atas agama dan bangsa kita. Maka buatlah sesuatu, benteraslah punca sehingga ke akar umbi. Usaha dan langkah drastik janganlah disuburkan punca2nya, seperti pub2, kelab2 malam, rumah2 urut, pusat snooker, hiburan melampau, tayangan TV yang terlampau, siri agama dikesampingkan, silibus dasar2 membentuk keperibadian dirogol , undang2 terpilih, rasuah dibiarkan, rakyat dibiarkan hidup miskin, mereka digalakkan bercakar, berjuang dan berlumba2 jaga suku kaum dan puak2.
jangan tunggu tsunami Allah datang

Benarkah dengan apa yang di dakwa ni....

Saya hanya ikut ceramah motivasi’, itulah kata-kata pengakuan seorang Melayu islam, oleh kerana kerjaya dan 'gilakan' motivasi bagi menyuntik semangat berserta dengan kehebatan pemotivasi , semuanya jadi kelam dan tenggelam.
Persoalan dimana rasa sensitiviti agama di kalangan penganut agama. Ini adalah gamabaran paparan agama itu dipegang. Jika kita lihat di dunia luar yang bergolak, lihatlah usaha penganut Islam bersungguhnya bilamana mereka ditindas dan dinafikan kelangsungan amalan keagamaan, mereka berjuang dan sanggup bermati-matian kerana atas dasar agama.
Marilah kita lihat tepisan , manusia yang hebat ini dengan sikit pun tidak ada rasa penyesalan jika benar sepertti dilaporkan.. cuba saudara2 bayangkan ...

Saya hanya mendengar ceramah motivasinya dan tidak tahu dia ketua ajaran sesat seperti dilaporkan,” kata Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, kerabat diraja yang didakwa sebagai pengikut kumpulan mencerca agama diketuai seorang pakar motivasi.
Tengku Rozidar yang mengikuti ceramah motivasi sejak Apriltahun lalu mendakwa tiada sebarang isu mana-mana agama disentuh. Tengku Rozidar, 39, seorang ahli perniagaan menjelaskan, beliau hanya mengikuti beberapa sesi ceramah dikendalikan pakar motivasi itu dan sepanjang kehadirannya, tiada soal mana-mana agama disentuh.“Bagi saya, ia adalah ceramah motivasi biasa untuk membantu peserta meningkatkan kekuatan dalaman diri. Cuma sesekali sesi berkenaan disertakan dengan meditasi supaya peserta mendalami kandungan ceramahnya.“Ceramahnya tidak jauh berbeza dengan pakar motivasi lain. Saya juga pernah mengikuti sesi ceramah pakar lain seperti Anthony Robbins sebelum ini. Saya seorang Islam dan tidak mungkin mengikuti ceramah kumpulan yang meragukan,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Harian, di sini, semalam.
Kalau benar seperti yang dijelaskan, maka jahatlah orang yang membuat laporan dan hebahan berita ini, kita mahu tahu apa agenda penyebar ' fitnah' ini....
Pertemuan itu bagi menjelaskan kehadirannya dalam ceramah pakar motivasi berkenaan, yang disiasat polis berikutan laporan mendakwanya mengetuai kumpulan mirip ajaran Ayah Pin serta mencerca agama lain seperti mempertikaikan amalan berkhatan dalam Islam, jubah paderi Kristian dan pakaian sami Hindu. Tengku Rozidar, yang ditemani suaminya, Ahmad Zakir Jaafar, berkata beliau menyertai kelas motivasi itu sejak April tahun lalu selepas diberitahu mengenainya oleh seorang rakan.“Sepanjang saya menghadiri sesi berkenaan, dia tidak pernah menyelitkan sebarang unsur yang boleh mempengaruhi peserta membenci agama. Saya terkejut apabila dia didakwa sebagai ketua ajaran sesat dan mencerca agama lain.“Bagaimanapun, bagi mengelak daripada fitnah, saya tidak akan lagi mengikuti ceramahnya. Saya juga sudah menarik diri daripada mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan itu,” katanya, yang pernah menjadi jurucakap pertubuhan amal milik pakar motivasi itu.Sementara itu, pakar motivasi berkenaan dalam emelnya yang dihantar kepada Berita Harian melalui adik lelakinya, semalam, mendakwa semua tuduhan terhadapnya bertujuan menghancurkan reputasinya. Katanya, beliau tidak mempunyai pengikut dan tidak pernah cuba mewujudkan ajaran baru atau mencerca agama lain.“Perkara itu direka kumpulan ekstremis Hindu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan perniagaan saya dan badan amal ‘Friends To Mankind’ yang saya ditubuhkan,” katanya. Pakar motivasi itu mendakwa kumpulan ekstemis terbabit menyunting kandungan ceramahnya bagi menggambarkan seolah-olah beliau mencerca agama lain.“Saya tidak pernah mendakwa saya Tuhan. Mereka memutarbelit kenyataan saya. Saya adalah guru motivasi yang membantu pelajar menguasai diri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam hidup,” katanya.Dalam temubual yang disiarkan TV3 pula, pakar motivasi itu menjelaskan beliau ke Australia sejak sebulan lalu untuk menjalani rawatan asma dan bukan melarikan diri.“Saya sentiasa maklumkan polis di mana saya berada dan perkembangan rawatan saya di Australia. Saya juga akan kembali ke Malaysia secepat mungkin untuk menjelaskan segala kekeliruan," katanya.
Maka jahatlah kumpulan ekstrimis Hinddu di atas....

Sikap Oh Sikap .....

Perasaan penulis diruntun dengan rentetan beberapa peristiwa yang menimpa penulis. Semuanya berkisar soal rasa perasaan saling hormat dan menghormati sesama insan. Oleh kerana kita hidup saling perlu memr;ukan 'annas-annas'(manusia) yang lain, maka kita kena hadapi dan tempuhi.
Pertamanya, perasaan penulis diruntun oleh sikap yang boleh dibahasakan sebagai seorang sahabat yang lama juga penulis kenali. Sikap amarh rakan penulis ini atas gagalnya mengawal perasaannya telah 'membahasakan' ke atas penulis dengan 'bahasa-bahasa' yang dikira kesat dan kurang enak difikirkan. Maka penulis 'termenung' juga seminggu memikirkan apakah salah besar diri penulis kepada sahabat ini, sehingga sanggup 'melepaskan' perasaannya itu kepada penulis. Kesannya jambatan 'persahabatan' yang telah bertahun2 dibina , kini 'hancur' dalam sekelip mata dengan sikap melalui kata2nya yang kesat kepada penulis. Sebagai sahabat tentulah penulis 'terkejut;', tidak sangka, terpenanjat beruk dan seribu satu macam perasaan bersalah, menyesal dan bermacam-macam yang boleh membolak balikkan hati penulis.
Jika 'keadaan' tidak seberapa inilah kita sandarkan dengan hari yaumul qiamyah daripada ALlah SWT. mana insan yang sanggup hadapi. Kita yang diuji dengan ujian sekenit ini sudah gundah gulana, hati libang libu, rasa salah dan bermacam-macam rasa, maka bayangkan dengan trauma manusia dengan hari pengakhiran dunia fana ini. Bertitik tolak daripada itu penulis cuba hadapi dengan memujuk rasa hati, memperbetulkan nawaitu dan cuba bina kembali dan jalin persahabatan yang direntap itu.
Kedua, juga berkisar soal sikap. penulis baru2 ini cuba berusaha untuk memenuhi tuntutan sahabat2 yang memerlukan sesuatu yang dia tidak boleh adakan. Lap top dan LCD, penulis dihubungi pada minggu ini, kerana sahabat2 ini memerlukan dua alat di atas bagi kegunaan bukanlah individu tetapi kepentingan jemaah. maka penulis penuhi kehendak mereka dengan mana penulis menghantar sendiri kepada sahabat2 yang memerlukan dan supaya diadakan benda di atas.
Yang penulis terkilan dan runtun jiwa , kerana penulis sendiripun meminjam dua benda di atas daripada seorang sahabat, maknanya alat atau benda itu bukanlah hak mutlak penulis, maka penulis malukan muka pinjamkan daripada sahabat ini untuk diberikan kepada sahabat itu.

Bila hajat2 kedua 2 sahabat penulis dipenuhi, dia orang ni bukan nak hubungi dan ucap terima kasih, tapi buat dak, macam lembu kenyang penulislah yang terkejar sana terkejar sini, kerana apa malu kepada rakan penulis yang memberi pinjam janji nak pulang, sampai masa tak juga pulangkan. Alahai orang kita dan sahabat kita..macam ni kah sikap kita...
Nanti ...disambungkan isu lain pula

Alahai TM Malaysia...!!!!

Penulis hampir seminggu di'potong' oleh TM stremyx, Alahai rasa dunia terputus seketika buat penulis, banyak benda yang mahu dicurah dan dokongsi bersama

Tuesday, April 17, 2007

Apa dah jadi ni.....Guru tidur dalam kelas !!!!

Ikuti dan amat-amatilah laporan ini, bagaimana penafsiran anda dan fahaman anda .
Beberapa ibu bapa kesal dengan sikap segelintir guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di sekolah agama di Senawang, dekat sini, yang didakwa tidur di dalam kelas pada waktu mengajar.
Guru wanita terbabit dikatakan sudah lama berkelakuan begitu dipercayai akibat kepenatan selepas mengajar pada sebelah pagi di sekolah kebangsaan. Seorang bapa murid kelas berkenaan dari Taman Cempaka Senawang yang enggan dikenali berkata, anaknya memaklumkan gurunya kerap kali tidak hadir mengajar dan kadangkala tertidur di dalam kelas pada waktu mengajar serta membiarkan murid melakukan aktiviti sendiri.“Keadaan ini bukan saja menjejaskan pengajaran dan pembelajaran murid malah imej kelas Kafa juga boleh tercemar sedangkan matlamat diletakkan kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) adalah untuk memberi pendidikan asas agama sempurna kepada murid.“Tetapi jika sikap sedemikian diamalkan guru Kafa, matlamat itu tidak mungkin tercapai malah kedatangan murid di kelas itu menjadi sia-sia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan sikap negatif guru terbabit turut diketahui penyelia kelas tetapi tidak diketahui sejauh mana perkara itu sudah dimaklumkan kepada guru besar sekolah berkenaan.“Jika dimaklumkan, sudah tentu guru besar akan mengambil tindakan disiplin terhadapnya tetapi guru berkenaan masih berkelakuan begitu dan tiada perubahan berlaku.“Pengurusan sekolah tidak harus menutup kes seumpama ini dan jika guru itu tidak berminat mengajar kelas Kafa, dia boleh digantikan dengan orang lain yang berminat dan ikhlas menjalankan tugas itu,” katanya.“Apa yang saya harapkan pihak berkenaan termasuk pengurusan sekolah memantau perkara ini supaya tidak berterusan hingga menjejaskan kepentingan murid dan kelas berkenaan,” katanya.
Yang membuat hanyalah seorang, apa pun penat bukanlah alasan. Kita maklumlah dan patut bertanya kenapa guru tersebut buat dua kerja dalam satu hari. Adakah di Senawang dah tak ada guru agama, banyaklah lagi persoalan2 yang boleh dilontarkan. Kita juga patut bertanya kepada pemberita yang memberitakan kisah sensasi ini.

Benarkah harga buku punca malas membaca ?

Sepatutnya , saranan orang kuat perpustakaan Malaysia ini diambil perhatian serius, terutama bila zaman internet. Membaca hendaklah dibudayakan dalam masyrakat kita. Kita mahu rakyat negara kita sentiasa bermaklumat, maklumat segar dalam semua hidupan.
Hal ini penulis rasa, cuma di negara kita miskinkan bahan bacaan berbahasa Melayu. Puncanya bahan2 bacaan berbahasa Melayu kalau ada amat terhad dengan sekitar karya2 kesusteraan, sahaja. Penulis melalui pengalaman bersama seorang pelajar yang menjelaskan secara panjang lebar tentang perkembangan remaja Cina yang menceritakan pengalaman buku Inggeris yang dialih ke bahasa Cina. Penulis membelek buku yang dibaca, kata penulis buku ini tiada kualiti kerana kertas yang dicetak jenis murah dan tiada kualiti,namun beliau bingka smenyanggah katanya kerana kandungannya cukup besar dan bermakna kepada diri beliau kerana sekurang2nya mendedahkan apa yang perlu dibuat dan bagaiomana cara yang perlu dibuat unuk menjadi seorang manusia yang pintar dan genuis dan beliau berazam, jika beliau tidak piintar beliau mahu memintarkan anaknya pada masa akan datang.
Memang benarlah kata Dato ketua Pengarah perpustakaan,Tiada inisiatif untuk mendapatkan bahan bacaan di kalangan masyarakat menjadi punca budaya membaca gagal dipupuk, walaupun pelbagai kempen dijalankan.


Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Siti Zakiah Aman, berkata sikap membaca memang wujud dikalangan mereka, tetapi kebanyakan menjadikan harga buku yang mahal sebagai alasan.“Melalui maklumat pegawai perpustakaan yang membuat tinjauan amalan membaca masyarakat, terutama di KLCC mendapati mereka suka membaca bahan bacaan ringan yang tertera pada bekas makanan, plastik dan risalah yang diterima. “Jadi sifat malas membaca bukan persoalan utama tapi keinginan bagi mendapatkan buku yang menjadi masalah menunjukkan lemahnya kuasa membeli dikalangan mereka,” katanya pada sidang media program ‘Keharuman Buku’ - karnival membaca di kalangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selangor sempena Hari Buku Sedunia.Hadir sama, Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Wong Kam Hoong.Siti Zakiah berkata, pengeluar buku perlu mempertimbangkan untuk menurunkan harga yang berada di pasaran sebagai satu langkah menggalakkan masyarakat membaca serta mampu memiliki buku.Selain itu beliau berkata, melalui peruntukan khas RM85 juta yang diberi kerajaan tahun lalu, lebih 225 perpustakaan desa dibina termasuk beberapa kerja pengubahsuaian dilakukan.“Melalui peruntukan itu perpustakaan dilengkapkan dengan perabot dan komputer baru serta menambah koleksi bahan bacaan sedia ada,” katanya.Sementara itu, Perpustakaan Negara dengan kerjasama SJK(C) Tshing Nian, Pelabuhan Klang akan mengadakan program ‘Keharuman Buku’ pada 23 April ini.Wong berkata, program akan disertai 11 buah SJK (C) terpilih sekitar Selangor dan tiga sekolah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup).

Monday, April 16, 2007

Stesen TV perlu daulat bahasa Melayu .... saran Awang Sariyan

kajian dan kenaytaan dari Dr. Awang Sariyan mengenai peratusan rendah dalam siaran bahasa Melayu di stesen TV tempatan telah menarik perhatian banyak pihak. Dilaporkan kenyataan beliau dikatakan memang wajar didedahkan dan yang pentingnya sesuatu tindakan perlu dilakukan oleh pihak berwajib, misalnya dengan memanggil semua pemilik stesen.Semua stesen perlu diberi ingatan dan ‘kesedaran’ tentang pematuhan garis panduan penggunaan bahasa Melayu dalam penyiaran mereka.
Kerana ini adalah satu medan atau medium yang cukup berkesan dalam memeparkan indek penggunaan dan memartabatkan bahasa, sekurang2nya dari tak buat semua, mujulah buat sikit daripada tak buat langsung.

Satu lagi aspek yang perlu diperhatikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah kualiti bahasa Melayu di semua stesen TV. Pada keseluruhannya, struktur ayat dan tatabahasa, penggunaan istilah, sebutan perkataan sama ada daripada penyampai yang berkomunikasi secara langsung atau melalui skrip yang dikarang lebih awal, masih perlu diperbaiki.

Perkara ini nampaknya masih tidak diperbetulkan dan tiada siapa termasuk DBP mengambil inisiatif untuk membantu membetulkan kesalahan penggunaan bahasa.Jikalau dapat diadakan seminar secara formal untuk semua tenaga yang terlibat dalam industri penyiaran ini bagi memperbetulkan segala kesalahan, banyak penambahbaikan dapat dicapai.

DBP adalah badan yang paling tepat untuk mengambil inisiatif ini. Suatu hari nanti mungkin penyampai, penulis, penerbit, pengarah dan lain-lain tenaga yang terlibat, hanya akan diakui kredibiliti mereka apabila telah melalui ‘pensijilan’ DBP.Jikalau ada kesungguhan atau iltizam politik, mutu dapat ditingkatkan agar bahasa Melayu akan menjadi lebih dihormati.

Dalam pada itu, isu kerosakan bahasa Melayu melalui penggunaan bahasa rojak, yang hangat diperbincangkan beberapa bulan yang lalu, nampaknya masih tidak mendapat pembelaan.Bahasa rojak masih menjadi bahasa tetap dalam banyak drama dan filem Melayu. Forum perbincangan dalam bahasa Melayu, temu bual dengan tetamu, persembahan pentas terutama oleh TV swasta masih menggunakan bahasa rojak yang kadangkala terlalu berleluasa sehingga terasa ada lebih baiknya keseluruhan penggunaan bahasa dialihkan ke bahasa Inggeris.
Semuanya dibiarkan berlaku oleh penerbit, pengarah, penulis skrip dan semua yang terlibat, tanpa dicegah atau diadakan peraturan untuk membendung penularan bahasa rojak yang amat memilukan ini.

Gesaan ini bukanlah satu ajakan untuk menjadi nasionalis sempit atau ‘ultra’ tetapi ia merupakan satu gesaan untuk memartabatkan bahasa Melayu yang kaya ini, daripada dicemarkan dengan penggunaan bahasa rojak yang tidak menguntungkan sesiapa
Justeru itu, kalau banyak kerja pun kualiti dan martabat bahasa tak tersahut , jadilah kita kuli dan koli kepada penjajahan baru, tak payahlah kita laungkan ... sana sini terbilang, gemilang kerana semua temberang saja. Dah 50 tahun merdeka kita masih terkial-kial dalam memantapkan penggunaan bahasa melayu di negara sendiri yang diperintah oleh bangsa sendiri. Merdekakah kita..... cuti danfikir2kan lah.. wahai penulis forum dalam akhbar di atas.,

Antara Cuti, Bekerja dan Raya-Rayaan Malaysia ..

Semalam penulis terbaca dan terpandang ruang forum dalam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang popular. Antara inti dan isu yang cuba penulis tersebut bawakan dan debatkan kerana katanya minta kerajaan Malaysia mengkaji cuti umum Malaysia kerana dah terlampau banyak. tambah beliau kalau diterus dan dikekalkan cuti nanti takut produktiviti negara terjejas.
Maka terbayang dalam kepala penulis, bahawa orang yang menyarankan hal ini tentulah dia seorang kaki kerja, yang komited dengan tugas2 dan tanggungjawab. Namun apa pun secara dhamir nya penulis setuju sangatlah tak kanlah kita nak lingkupkan negara kita. Maka kakitangan dan tangan kaki kerajaan kenalah setuju dengan penulis surat tersebut, benda ini adalah baik.
Namun dalam hati penulis, dalam masa yang sama kita juga kena saran dan ajak orang kita supaya tak banyakkan raya.. kita dalam islam dah ada banyak perayaan, maka raya-raya dan gila2 kan raya, hendaklah dihentikan. Sebagai contoh perayaan sambut Tahun Baru kita tak usah rayakan, disitu sahaja berapa banyak wang kita habiskan dengan tembak bunga api, setiap bandar seluruh Malaysia, Kalau duit bunga api tu kita buat rumah PPRT, buat rumah Flat kat KL ke ? Penulsi malas nak saran yang lain2 lagi, nak minta satu itu sahaja benda senang, malam tu kita minta pemimpin2 kita berdoa kat masjid, baca2 yasin ke tahlil kepada tokoh pejuang bangsa yang memerdekakan negara pada malam tahun baru ,pemimpin BN yang tidak beragama Islam minta dia pergi kat gereja, kuil, ke tokong ke... ai kita imarahlah sama...sebab agama semua kan sama....! dak gitu.
Penulis tak payahlah nak berhujah dan sanggah isu di atas, tapi dalam kepala penulis mengapa maju kita ikut sandaran dan cermin kan Singapura, tirulah Barat ke, Timur Ke , kan dulu Dasar Pandang Ke Timur... tak kan dah lupa ...memang kata bekas PM Tun Mahathir Muhammad.. Melayu Mudah Lupa... betoi sangat...dak gitu.

Sunday, April 15, 2007

Apa nak jadi ni....

Kalangan para pegawai atasan dan rakyat terbanyak yang perihatin melihat negara kita semakin menuju kehancuran , institusi-institusi masyarakat semakin hilang dan pudar fungsinya, Sebagai contoh semangat kekitaan timbang rasa dan tolak ansur semakin hilang.
Terkini penulis, bertemu dengan satu kemalangan jalanraya yang berlaku jauh di kawasan pedalaman. Dan perkongsian pengalaman seolah2 hampir sama dengan rakan penulis yang memaklumkan kejadian menyayat hati. Tak tahulah oleh kerana 'kes kemalangan' mungkin terlalu biasa.
Peristiwa yang penulis lalui sendiri kurang sensasi , kerana melibatkan kemalangan biasa sekadar luka-luka dan pengsan sahaja si penunggang motosikal dan pemandu kenderaan tak luka benda pun, apa pun kemalangan ini melibatkan orang muda.
namun bagi rakan penulis, ia libatkan kematian, ceritanya kereta menantu kira biras kenalan rakan penulis ini terbabas dan gerguling2 jatuh ke kawasan cerun bukit yang tidak juga tinggi di satu kawasan tanah rancangan Felda, mertua rakan penulis ini dengan kudratnya seorang membalikkan kereta kancil ke kedudukan asal, kerana ramai yang lihat sahaja dari jauh atas jalan. Mertua rakan penulis maklumlah dah hilang punca, orang yang lalu lalang sekadar memerhati sahaja. Oleh kerana proses mengeluarkan mangsa lambat akhirnya pemandu kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.
Apa yang menghairan dan menkagetkan penulis inilah nilai amalan masyarakat kita masa sekarang. Jauh di sudut hati mereka hanya sekadar menjadi pemerhati. Justeru marilah kita menelusuri kejadian2 dalam masyarakat yang melibatkan institusi2 besar. Menteri rasuah dan jadi biasa. Pengarah BPR rasuah dah biasa, makan rasuah dah jadi biasa dah.. maka yang turbinya ...dah lama dah ?

Budaya atau Membudayakan apa ni...?

Penerapan budaya atau membudayakan sesebuah masyarakat dengan sesesuatu budaya bukanlah tugas yang mudah, masa bagi membina budaya, agar ia menjadi budaya masyarakat tertentu.
Tugas mewujudkan budaya agar budaya dapat dibudayakan, tentulah oleh pembina atau pembuat dasarnya. Kita lihat lah di dunia kini, budaya yang berjaya membudayakan aspoek hidup masyarakat adalah budaya Amerika atau Barat. Sebagai contoh Amerika dengan gahnya telah berjaya mengeksport budaya ke luar Amerika, maka pengeksporatan tersebut berjaya. Tsunami budaya Amerika kini berakar umbi dan sesetengah negara terus mengamalkan budaya tersebut. Budaya tersebut bermula daripada makanan segera, pakaian dan sehinggalah dalam amalan dan pengamalan hidup.
Cuma di negara kita, Tsunami budaya Amerika lambat tersekat dengan adanya Islam dan budayanya. Negara-negara Iran, Pakistan dikira masih kuat tidaklah liberal budaya mereka. Kerana serangan budaya bertali arus melalui pelbagai saluran masuk ke setiap buah rumah.
Sebagai contoh di negara kita, mereka labelkan forum-forum hal ehwal Islam dipenuhi dengan badut2 agama dan seleberti agama. Tidak lebih daripada itu, ia sekadar budaya - budaya yang diamalkan dalam amalan keagamaan. Apa pun kita fikir-fikirkan , apakah benar berforum ini sebagai satu budaya atau amalan keagamaan. Mereka yang buat mereka yang cakap.

Saturday, April 14, 2007

Dasar dan Pembuat Dasar mana penting ?

Terbayang iklan Astro yang tersentuh jiwa penulis 'siapa mengajar siapa belajar ? Penulis masih lagi belajar daripada pengalam hidup, terkini penulis ingin singgung sewaktu penulis mengikuti satu kuliah yang disampaikan oleh ustaz kat masjid berdekatan tempat tinggal penulis dalam banyak2 benda yang dia kata penulis teringat pesannya dan ingatannya berkali-kali pentingnya ..pembuat dasar dalam menentukan dasar, kalau disinggung dari sudut sirah tak usah cerita, cuma penulis buat analogi mudah , bialamana pembuat dasar pelajar mewajibkan pengajaran BI dalam subjek saisn dan matematik, alasannya nak bersaing diperingkat dunia masayarakat negara kita.
Sewaktu dalam kelas, penulis cuba 'melawan' dan rakan penulis cuba membantah, tetapi kot-kot manapun kita kalah kerana ia menjadi asas dan hujah, banyak instrument yang datang menekan, kalau melawan pun berjayalah peringkat kita sorang saje. teringat penulis di rumah kita kawal pula anak-anak itu ini tak boleh , bila kita tak ada dan anak kita keluar rumah tak terdaya kita nak halang dan tak terkangkang nak mengawalnya. Teringat penulis dasar dan penentu dasar menajadi penting. Itu belum lagi bab2 yang lain, semasa nak beli ayam nak cari tempat yang kita tahu sahih cara sembelihannya dan tahu cara sembelihannya cukup payah, kita ambil dari van yang lalu kat depan rumah, kita tanya kat dia macam mana tentang sembelihannya, orang yang berniaga ikan sayur ni pun kata dia tak tahu, Justeru banyak sangat yang meolabtkan dasar jadi berkait sangkut satu sama lain. Dasar nampak jadi penting.
Jika tadi , jika penjual ayam jual ayam kepada pengedar sayur yang lalu kawasan tempat tinggal penulis, dia faham dan ambil tanggungjawab agama dan tanggungjawab ini dipegagng sebagai dasar dalam perniagaannya , tentulah kita selamat, begiutu juga bpenjual sayur tadi pegagng dasar agama kuat, maka semua nya jadi cantik. Maka itulah pentingnya dasar.

Wednesday, April 11, 2007

Alahi Guru...

Semuanya oleh guru, semuanya oleh guru, inilah kata-kata rakan penulis pada satu pagi. Kesnya rakan penulis adalah orang didipertanggungjawabkan dalam menjaga hal ehwal berkaitan PPSMi di sekolah.
Bidang tugas beliau bukan sekadar memastikan hal ehwal komputer atau perlatan PPSMi berada dalam keadaan baik, tetapi semua perkara berkaitan adalah menjadi tanggungan dan beban beliau.
Terbaru beliau menerima atau delivery peralatan PPSmi baru, jadi semua dokumen berkaiatan terpaksa di isi oleh beliau, hatta bidang yang sepatutnya syarikat pembekal peralatan PPSMi berkenaan patut penuhi , di'serah'kan juga kepada beliau untuk mengisi. jadi para pembuat dasar biarlah pantau betul2, betapa guru2 dijadikan kuli batak oleh syarikat bagi menuntut payment mereka. Alahai guru......

Sunday, April 08, 2007

Aduhai Melayu.....Oh Melayu... Dah Layu

Semalam penulis berkesempatan ke selatan tanah air, selepas negeri 2 terbabait dilanda teruk dek banjir. Kesan banjir tidak lah nampak dah dek mata kasar, traumanya terasa. Ini bukanlah mauduk utama apa yang penulis ingin bawakan.
Cerita yang penulis ingin bawa dan kongsikan bersama, adalah berkisar dengan kehidupan dan amalan keagamaan masyarakatnya serta fahaman keagamaan dalam kehidupan masyarakat. Sampel ini adalah satu contoh dan tidaklah menggambarkan secara keseluruhan masyarakatnya. Penulis semalam sebenarnya pergi ke selatan tanahair kerana dijemput oleh sebuah badan koporat swasta yang besar di Malaysia. Ringkaskan cerita majlis ini dibuat 3 dalam satu , pertama program cabutan bertuah sempena Krismis dan Gong Xi Fa Chai seramai 8 buah Gen2 dihadiahkan dan diakhiri dengan sumbangan derma kebajikan oleh badan koporat itu kepada 13 NGO dan rumah anak yatim dan kurang upaya seluruh Malaysia, penulis mewakili NGO pertubuhan anak yatim bagi menerima sumbangan wang yang dikira besarlah juga nilainya. Maka atas memikirkan kepentingan NGO yang penulis wakili , maka digagahi untuk sama-sama ke program tersebut.
Majlis tersebut bertetamu utamakan Menteri Kesihatan Malaysia, semua berjalan mlek dan baik, yang hadir Melayu Islam rasa penulis adalah 7 orang termasuk pengacara majlis, tak kira juga adalah seorang dua eksekutif Melayu. Setiba tetamu Menteri Kesihatan, maka disambut dengan paluan kompang dan bunga magar bergemuruh dan hebatlah rasanya. Acara sambutan kompang tu tidaklah menyedihkan penulis dan rakan yang turut hadir, tetapi alang kah terperanjat penulis bila Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek, diselawatkan oleh pasukan kompang, mula penulis tak berapa perasan tapi bila dah hampir ke kerusi VVIP barulah jelas selawat. Maka rasa luluh lantaklah hati penulis akan mendengarkannya. betapa liberal dan mudahnya dan serba boleh dan Bolehnya Melayu Malaysia terhadap amalan agama dan keagamaan, hari ni pun masih terasa dan terfikir dek penulis , 10 tahun ke depan sudah tidak ada lagi akar iman dalam diri anak2 generasi akan datang. Dengan dasar pendidikan kepada pelajaran yang semakin tempang, Dasar Bahasa kebangsaan yang dirogol oleh pemimpin denag sewenang, dengan amalan kebudayaan jadi-jadian konon berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, entahlah macam mana tercoraknya generasi muda kana datang

Thursday, April 05, 2007

Guru bersatu tolak PTD

Hari ini dilaporkan semua pandangan kesatuan guru, yang mewakili guru dan menjaga kepentingan guru. Isu ini adalah nampak kecil ia sebenarnya mengugat stabiliti dalam institusi perguruan. Bukan ini cara PIPP yang cuba diambil pendekatan agar memartabatkan profesioon guru bertaraf dunia. Para pembuat dasar harus memikir dan jangan terlalu menikam, apakah benar sungguh dengan membawa masuk PTD dalam pentadbiran boleh dan dapat membuat lonjakkan misi dan visi, terlalu banyak yang harus dipersoalkan ?

Jelaslah , semua kesatuan, pertubuhan dan badan dalam perkhidmatan pelajaran menolak kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dalam Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kerana ia boleh menyekat kenaikan pangkat guru.

Wakil-wakil kesatuan dan persatuan yang mempunyai kira-kira 500,000 ahli seluruh negara itu sebulat suara membantah kemasukan PTD yang disifatkan menimbulkan situasi janggal kerana pegawai berkenaan tidak berpengalaman menerajui JPN.

Pada masa sama, mereka menyifatkan kemasukan tersebut juga seolah-olah menolak keupayaan guru untuk memegang jawatan tinggi dalam JPN.
Sehubungan itu, dalam mesyuarat hari ini, mereka meminta agar penstrukturan JPN ditangguhkan sementara waktu agar setiap pihak dapat memberi cadangan baru.
Yang Dipertua Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PBPPM), Abdul Manan Mohd. Noh berkata, banyak perkara yang perlu dirundingkan terlebih dahulu bagi mewujudkan situasi menang-menang bagi semua pihak.

‘‘Kami bukan cemburu dan tidak pula membantah penstrukturan baru JPN tetapi cuma menolak kemasukan PTD dalam JPN. Sehubungan itu, kami akan menubuhkan satu jawatankuasa pengelola untuk mengemukakan cadangan baru ini.
“Kami juga bercadang berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membincangkan perkara ini secara lebih mendalam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Jabatan Pelajaran Selangor, di sini hari ini.
Mesyuarat itu dihadiri wakil dari Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan (KKGDPP), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Kesatuan Guru Agama Malaysia Barat (KKGUMB), Kesatuan Kebangsaan Guru Sekolah Tamil (KGST) dan lain-lain.
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Penerangan dan Seranta PBPPM, Abdul Karim Abdullah menerangkan, guru senior sudah mempunyai pengalaman yang cukup dan telah menjalani kursus tertentu yang melayakkan mereka menerajui Sektor Perkhidmatan Pengurusan dan Pembangunan di JPN berbanding PTD.

‘‘PTD pula tidak mempunyai pengalaman dalam JPN dan ini sudah tentu mewujudkan satu suasana janggal dalam JPN itu sendiri sekiranya mereka yang mengetuainya nanti. “Sedangkan JPN dan PTD mempunyai suruhanjaya berbeza. Mereka (PTD) mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kita pula Suruhanjaya Pendidikan,” katanya. Presiden NUTP, Anuar Ibrahim pula menyifatkan, kemasukan PTD itu sekali gus boleh menggugat masa depan guru.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng turut menganggap sebarang usaha mengambil alih jawatan tinggi JPN oleh pegawai PTD tidak dapat diterima oleh guru-guru.

Wednesday, April 04, 2007

PTD tetap ditempatkan di jabatan pendidikan


Tiada berita yang menggemparkan belakangan ini selain daripada pegawai tadbir diplomatik (PTD) akan mula ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam penstrukturan semula jabatan berkenaan secara berperingkat, mulai bulan ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon.

Menurut beliau lagi, pengarah JPN negeri juga sudah menerima keputusan kementerian selepas diberi penerangan mengenai penstrukturan semula jabatan berkenaan.“Saya juga berkali-kali mengingatkan mereka bahawa keputusan itu bukan untuk menafikan kerja yang dilakukan guru selama ini, tetapi jika dikendalikan PTD yang mahir, diharap tugas yang dilaksanakan lebih mantap dan berkesan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata bantahan terhadap cadangan itu dibuat bagi menjaga kedudukan guru terutama kenaikan pangkat kerana golongan itu lebih berpengalaman berbanding PTD. Sebelum itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mempunyai kira-kira 500,000 ahli sebulat suara membantah kemasukan PTD yang disifatkan menimbulkan situasi janggal kerana pegawai berkenaan tidak berpengalaman menerajui JPN.
Ahamad berkata, selain PTD, beberapa pegawai mahir bidang perakaunan dan sistem maklumat juga akan ditempatkan di JPN.Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohammed Zakaria Mohd Noor, berkata usaha itu dapat memartabatkan pendidikan negara dalam menghadapi cabaran yang semakin mendesak.“Kerjasama bersepadu semua pihak perlu digabungkan seperti mana digariskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),” katanya ketika dihubungi, semalam.Beliau berkata, penstrukturan semula jabatan itu juga antara langkah meningkatkan mutu dan keberkesanan pengurusan pendidikan, selain mewujudkan jalinan antara PTD dan JPN.
Pengarah Pelajaran Melaka, Azizah Ghani berharap kehadiran PTD dapat membawa perubahan positif kepada sistem perkhidmatan perguruan negara berikutan tidak semua mempunyai kemahiran pentadbiran. “Oleh itu PTD yang dipilih dapat menggunakan kemahiran mereka untuk kebaikan bersama,” katanya.Pengarah Pelajaran Sarawak, Rabiah Johari, berkata penempatan PTD mengikut bidang pengkhususan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada jabatan.“Yang penting, PTD perlu memahami keunikan tugas guru dan keperluan pelajar. Mereka juga perlu turun padang untuk mengetahui keadaan sebenar untuk menghasilkan pelan lebih berkesan,” katanya.
Pengarah Pelajaran Kedah, Misrah Ibrahim, berkata langkah itu diyakini mampu memperkukuh dan memantapkan organisasi berkenaan dan pelaksanaannya wajar disegerakan."Pegawai di JPN sudah lama menunggu penstrukturan ini dan ada sesetengahnya bersara tanpa sempat menikmati keistimewaan daripada pelaksanaannya. Struktur baru ini sebenarnya memberi lebih banyak peluang kenaikan pangkat,” katanya.
Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon berpendapat, satu daripada enam sektor yang akan dikendalikan PTD memberi peluang kepada guru memberi tumpuan kepada tugas mendidik.Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Husain, berkata kemahiran yang dimiliki PTD perlu untuk menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan meningkatkan sistem penyampaian jabatan.
Memanglah menjadi hak kerajaan, tapi kerja gila di atas tidak dapat memberi peluang dan ruang kepada para guru bagi memimpin JPN. Kalau dah PTD masuk minta tutup aje Pusat latihan Guru besar dan Pengetua spt Institut Aminuddin Baki.
Penulis tak nampak apa sangat nak masukkan PTD ke dalam JPN. Kerana ruang mereka dah lah luas, biarlah curahkan ilmu2 mereka di jabatan lain.

Tuesday, April 03, 2007

Lihatlah dan Tengoklah .....ap dah jadi Lah...

Penulis tertarik dengan tulisan Roslan SMS dalam weblognya...katanya menurut Presiden CUEPACS lebih 800,000 dari 2.1 juta ahlinya (kira-kira 38%) iaitu anggota dan kakitangan sektor awam, terpaksa membuat kerja tambahan di luar bagi menampung kehidupan masing-masing. Ini khasnya melibatkan mereka yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.Menurut Omar lagi contohnya di Lembah Kelang lebih 10% dari pemandu teksinya adalah terdiri dari kakitangan kerajaan belaka.
Presiden CUEPACS Omar menyatakan demikian semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan CUEPACS Kelantan.Sebelum ini semasa Sambutan Hari Polis ke 200 sebuah akhbar tempatan semasa menemuramah anggota pangkat rendah polis juga mendapati sebahagian besar daripada mereka terpaksa membenarkan isteri-isteri mereka berniaga kerana pendapatan masing-masing tidak cukup untuk menampung keluarga khasnya mereka yang tinggal dan bekerja di Lembah Kelang.I nilah realiti hidup masyarakat kita hari ini. Berbuih mulut dan penat jari-jari ini menekan keyboard bagi menonjolkan isu yang sangat membimbangkan ini dan terbukti ianya memang satu masalah besar sebagaimana yang disahkan oleh Presiden CUEPACS ini. Malah sebelum ini pihak MTUC juga pernah menyuarakan permasalahan yang sama yang melibatkan pekerja di sektor swasta.Tetapi kata PM Dollah Badawi negara sekarang ini sedang menikmati FEEL GOOD FACTOR.
Dalam keadaan rakyat terlentang menadah embun, tertiarap memakan pasir, Dollah dikatakan memiliki banglo mewah di Perth, Australia yang bernilai lebih RM60 juta! Apakah opsyen bagi rakyat untuk terus menghadapi realiti ini dalam keadaan kita kononnya menikmati FEEL GOOD FACTOR ini? Pertama rakyat boleh terus berpuas hati: daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada, berterusan taat dan menyokong BN yang diketuai oleh Dollah, atau:Kedua rakyat boleh menuntut perubahan, barangkali nakhoda yang mengepalai bahtera ini sudah bagaikan golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku, lau gantikanlah ia dan juak-juaknya dengan menolak BN pada pilihnaraya yang akan datang untuk kita mencuba nasib yang baru tiada opsyen ketiga dalam hal ini. Tepuk dada tanyalah kewarasan masing-masing. Disaat kita menatang 50 tahun kemerdekaan negara yang penuh dengan kematangan dan kedewasaan ini, maka matang dan dewasalah kita hendaknya dalam memutuskan nasib dan masa depan kita, selamat memikirkan