Monday, April 16, 2007

Stesen TV perlu daulat bahasa Melayu .... saran Awang Sariyan

kajian dan kenaytaan dari Dr. Awang Sariyan mengenai peratusan rendah dalam siaran bahasa Melayu di stesen TV tempatan telah menarik perhatian banyak pihak. Dilaporkan kenyataan beliau dikatakan memang wajar didedahkan dan yang pentingnya sesuatu tindakan perlu dilakukan oleh pihak berwajib, misalnya dengan memanggil semua pemilik stesen.Semua stesen perlu diberi ingatan dan ‘kesedaran’ tentang pematuhan garis panduan penggunaan bahasa Melayu dalam penyiaran mereka.
Kerana ini adalah satu medan atau medium yang cukup berkesan dalam memeparkan indek penggunaan dan memartabatkan bahasa, sekurang2nya dari tak buat semua, mujulah buat sikit daripada tak buat langsung.

Satu lagi aspek yang perlu diperhatikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah kualiti bahasa Melayu di semua stesen TV. Pada keseluruhannya, struktur ayat dan tatabahasa, penggunaan istilah, sebutan perkataan sama ada daripada penyampai yang berkomunikasi secara langsung atau melalui skrip yang dikarang lebih awal, masih perlu diperbaiki.

Perkara ini nampaknya masih tidak diperbetulkan dan tiada siapa termasuk DBP mengambil inisiatif untuk membantu membetulkan kesalahan penggunaan bahasa.Jikalau dapat diadakan seminar secara formal untuk semua tenaga yang terlibat dalam industri penyiaran ini bagi memperbetulkan segala kesalahan, banyak penambahbaikan dapat dicapai.

DBP adalah badan yang paling tepat untuk mengambil inisiatif ini. Suatu hari nanti mungkin penyampai, penulis, penerbit, pengarah dan lain-lain tenaga yang terlibat, hanya akan diakui kredibiliti mereka apabila telah melalui ‘pensijilan’ DBP.Jikalau ada kesungguhan atau iltizam politik, mutu dapat ditingkatkan agar bahasa Melayu akan menjadi lebih dihormati.

Dalam pada itu, isu kerosakan bahasa Melayu melalui penggunaan bahasa rojak, yang hangat diperbincangkan beberapa bulan yang lalu, nampaknya masih tidak mendapat pembelaan.Bahasa rojak masih menjadi bahasa tetap dalam banyak drama dan filem Melayu. Forum perbincangan dalam bahasa Melayu, temu bual dengan tetamu, persembahan pentas terutama oleh TV swasta masih menggunakan bahasa rojak yang kadangkala terlalu berleluasa sehingga terasa ada lebih baiknya keseluruhan penggunaan bahasa dialihkan ke bahasa Inggeris.
Semuanya dibiarkan berlaku oleh penerbit, pengarah, penulis skrip dan semua yang terlibat, tanpa dicegah atau diadakan peraturan untuk membendung penularan bahasa rojak yang amat memilukan ini.

Gesaan ini bukanlah satu ajakan untuk menjadi nasionalis sempit atau ‘ultra’ tetapi ia merupakan satu gesaan untuk memartabatkan bahasa Melayu yang kaya ini, daripada dicemarkan dengan penggunaan bahasa rojak yang tidak menguntungkan sesiapa
Justeru itu, kalau banyak kerja pun kualiti dan martabat bahasa tak tersahut , jadilah kita kuli dan koli kepada penjajahan baru, tak payahlah kita laungkan ... sana sini terbilang, gemilang kerana semua temberang saja. Dah 50 tahun merdeka kita masih terkial-kial dalam memantapkan penggunaan bahasa melayu di negara sendiri yang diperintah oleh bangsa sendiri. Merdekakah kita..... cuti danfikir2kan lah.. wahai penulis forum dalam akhbar di atas.,

No comments: