Wednesday, April 04, 2007

PTD tetap ditempatkan di jabatan pendidikan


Tiada berita yang menggemparkan belakangan ini selain daripada pegawai tadbir diplomatik (PTD) akan mula ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dalam penstrukturan semula jabatan berkenaan secara berperingkat, mulai bulan ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon.

Menurut beliau lagi, pengarah JPN negeri juga sudah menerima keputusan kementerian selepas diberi penerangan mengenai penstrukturan semula jabatan berkenaan.“Saya juga berkali-kali mengingatkan mereka bahawa keputusan itu bukan untuk menafikan kerja yang dilakukan guru selama ini, tetapi jika dikendalikan PTD yang mahir, diharap tugas yang dilaksanakan lebih mantap dan berkesan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata bantahan terhadap cadangan itu dibuat bagi menjaga kedudukan guru terutama kenaikan pangkat kerana golongan itu lebih berpengalaman berbanding PTD. Sebelum itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mempunyai kira-kira 500,000 ahli sebulat suara membantah kemasukan PTD yang disifatkan menimbulkan situasi janggal kerana pegawai berkenaan tidak berpengalaman menerajui JPN.
Ahamad berkata, selain PTD, beberapa pegawai mahir bidang perakaunan dan sistem maklumat juga akan ditempatkan di JPN.Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohammed Zakaria Mohd Noor, berkata usaha itu dapat memartabatkan pendidikan negara dalam menghadapi cabaran yang semakin mendesak.“Kerjasama bersepadu semua pihak perlu digabungkan seperti mana digariskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),” katanya ketika dihubungi, semalam.Beliau berkata, penstrukturan semula jabatan itu juga antara langkah meningkatkan mutu dan keberkesanan pengurusan pendidikan, selain mewujudkan jalinan antara PTD dan JPN.
Pengarah Pelajaran Melaka, Azizah Ghani berharap kehadiran PTD dapat membawa perubahan positif kepada sistem perkhidmatan perguruan negara berikutan tidak semua mempunyai kemahiran pentadbiran. “Oleh itu PTD yang dipilih dapat menggunakan kemahiran mereka untuk kebaikan bersama,” katanya.Pengarah Pelajaran Sarawak, Rabiah Johari, berkata penempatan PTD mengikut bidang pengkhususan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada jabatan.“Yang penting, PTD perlu memahami keunikan tugas guru dan keperluan pelajar. Mereka juga perlu turun padang untuk mengetahui keadaan sebenar untuk menghasilkan pelan lebih berkesan,” katanya.
Pengarah Pelajaran Kedah, Misrah Ibrahim, berkata langkah itu diyakini mampu memperkukuh dan memantapkan organisasi berkenaan dan pelaksanaannya wajar disegerakan."Pegawai di JPN sudah lama menunggu penstrukturan ini dan ada sesetengahnya bersara tanpa sempat menikmati keistimewaan daripada pelaksanaannya. Struktur baru ini sebenarnya memberi lebih banyak peluang kenaikan pangkat,” katanya.
Pengarah Pelajaran Johor, Mokhy Saidon berpendapat, satu daripada enam sektor yang akan dikendalikan PTD memberi peluang kepada guru memberi tumpuan kepada tugas mendidik.Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Husain, berkata kemahiran yang dimiliki PTD perlu untuk menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan meningkatkan sistem penyampaian jabatan.
Memanglah menjadi hak kerajaan, tapi kerja gila di atas tidak dapat memberi peluang dan ruang kepada para guru bagi memimpin JPN. Kalau dah PTD masuk minta tutup aje Pusat latihan Guru besar dan Pengetua spt Institut Aminuddin Baki.
Penulis tak nampak apa sangat nak masukkan PTD ke dalam JPN. Kerana ruang mereka dah lah luas, biarlah curahkan ilmu2 mereka di jabatan lain.

No comments: