Sunday, August 19, 2007

Apabila MCA secara berani meluluskan resolusi pendidikan yang antaranya mahukan bahasa mandarin sebagai salah satu bahasa dalam UPSR. Gambaran ini jelas menunjukkan mereka selamanya tidak 'bersetuju' dengan program bahasa Inggeris sebagai dibahasakan dalam subjek sains dan matematik. Mana muka kerajaan, kerajaan pimpinan UMNo bawah Pak Lah sememangnya nampak lembik dan kelembikan ini di'manfaatkan' sepenuh oleh MCA.
Apa nak jadi , lihat resolusi lain oleh MCA dalam akhbar perdana hari ini...
Perhimpunan Agung Pemuda MCA Kebangsaan ke-44, di sini, semalam sebulat suara meluluskan 12 resolusi dengan enam daripadanya membabitkan isu pendidikan, selain dua usul ekonomi, serta masing-masing satu usul keselamatan, kebudayaan, hal ehwal parti dan hal ehwal kerajaan.
Enam resolusi pendidikan ialah;

Menegaskan bahawa soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 bagi subjek Sains dan Matematik haruslah disediakan dalam bahasa Mandarin dan menyeru Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan sistem peperiksaan itu demi mengekalkan identiti SJKC.
Dulu, kini dan selama-lamanya membantah tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin sebagai guru pemulihan di sekolah Cina supaya ia tidak menjejaskan identiti SJKC sedia ada.

Menyeru Kementerian Pelajaran menghentikan tindakan terhadap guru yang mengajar tuisyen sebagai kerja sambilan.
Menyeru Kementerian Pelajaran menawarkan lebih banyak tempat untuk Program Matrikulasi supaya lebih ramai pelajar bukan Bumiputera turut berpeluang melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan semangat perpaduan antara kaum.
Menyanjung tinggi dan menyokong penuh usaha pucuk pimpinan MCA dalam memperjuangkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tajaan luar negara yang lebih banyak demi manfaat pelajar kaum Cina.
Menyeru Kementerian Pelajaran memandang serius masalah dan mengenal pasti sekolah menengah yang menggunakan kaedah pengiraan markah purata kokurikulum yang berlainan bagi pelajar STPM.
Resolusi lain ialah:
Menyeru jabatan kerajaan menghentikan arahan hanya membenarkan monopoli kontraktor Bumiputera dalam pembekalan barangan kepada jabatan kerajaan kerana tindakan sedemikian melanggar prinsip persaingan secara adil.
Menyeru jabatan kerajaan lebih berhati-hati ketika memilih kontraktor supaya kejadian seperti kebocoran bangunan kerajaan tidak berulang.
Menyeru Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan lebih berkesan bagi memperbaiki tahap keselamatan awam.
Menyeru Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan membina sebuah Memorial Peringatan Tun Tan Cheng Lock bagi mengiktiraf jasa pengasas Parti MCA dalam memperjuangkan kemerdekaan negara serta usaha bekas pemimpin veteran MCA lain.
Sementara itu, Pemuda MCA diingatkan supaya mencontohi semangat permuafakatan yang ditonjolkan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan dalam membina hubungan dengan ahli pergerakan Pemuda seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama dengan Umno dan MIC.Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata semangat permuafakatan ditonjolkan ketiga-tiga pemimpin itu nyata membina asas perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia.“Ia model terbaik perlu diteruskan oleh generasi muda hari ini demi membina Malaysia yang lebih aman, makmur dan harmoni," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-44, di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong, di sini, semalam

Saturday, August 18, 2007

Stigma 'the West' cetus kekeliruan Islam, Barat



APAKAH benar wujud penentangan antara Barat dan Islam seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak? Apakah orang Islam saja yang sanggup membabitkan diri dalam kejadian berani mati, pengeboman dan serangan lain di negara Barat?Pada pandangan luaran sememangnya begitu, kerana kebanyakan kejadian berlaku ada saja kumpulan Muslim sering tampil mengaku bertanggungjawab, walaupun pada mulanya mereka belum dikenal pasti lagi. Mereka seolah-olah berbangga kerana berjaya mengorbankan nyawa, tetapi sebenarnya apa yang mereka lakukan tidak adil bagi orang Islam lain.

Profesor Dr Carl Ernst dari Universiti North Carolina, berpendapat pandangan serong terhadap orang Islam ini banyak dikemukakan dalam teori penulis buku tertentu serta dipaparkan media. Peristiwa 11 September 2001 juga memburukkan pandangan orang lain terhadap orang Islam.Dalam syarahan bertajuk The West and Islam? Rethinking Orientalism and Occidentalism disampaikan pada Kuliah Tun Razak ketujuh di Universiti Malaya, baru-baru ini, Dr Ernst menarik perhatian kepada beberapa buku mengenai pertembungan antara Barat dan Islam yang memburukkan hubungan Barat dengan Islam.

Antaranya, The Clash of Civilisations hasil karya seorang saintis politik di Amerika Syarikat, Samuel Huntington dan The Roots of Muslim Rage oleh Bernard Lewis yang kedua-duanya mirip pada Barat.Katanya, ramai pengkritik mempersoalkan mengapa Huntington dan Lewis merujuk kepada sesuatu yang dipanggil ‘the West’ dalam perbincangan mereka. Dr Ernst yang juga pengkaji dan pakar dalam pengajian Islam dengan fokus mengenai Barat dan Asia Selatan juga banyak membuat kajian mengenai Islam dan aliran Sufi.
Beliau berpendapat selagi wujud ungkapan seperti ‘the West’, selagi itu sukar bagi dunia mencapai perpaduan kerana ungkapan berkenaan membayangkan imej kuasa kolonial sebuah tamadun yang pernah berhasrat menguasai dunia dalam bentuk dominasi politik mahupun ekonomi global.Dalam teorinya, Huntington menyatakan perbezaan budaya dan agama masyarakat dunia akan menjadi punca utama konflik selepas tamat Perang Dingin. Teori itu dirumuskan pada 1993 dalam makalah Foreign Affairs sebagai reaksi kepada buku The End of History and The Last Man oleh Francis Fukuyama dari Jepun.
Huntington kemudian membuat penambahan kepada bukunya pada 1996 dan menamakannya The Clash of Civilisations and the Remaking of World Order.Dalam artikelnya itu beliau menyatakan: ‘Adalah menjadi hipotesis saya bahawa punca utama konflik di dunia yang baru ini bukannya kerana ideologi mahupun ekonomi. Pemisahan ketara di kalangan manusia dan punca utama konflik adalah budaya. Negara bangsa akan kekal sebagai pelakon paling berkuasa dalam hal ehwal dunia, tetapi konflik global akan berlaku di antara negara dan pengumpulan tamadun yang berlainan. Pertembungan tamadun ini akan mendominasi politik global.’Peristiwa 11 September 2001 dan peperangan di Afghanistan dan Iraq yang menyusulinya dilihat banyak pihak sebagai bukti teori pertembungan budaya ini.
Dr Ernst berkata, selagi orang Islam dan orang Barat bukan Eropah terus membenarkan golongan imperialis Eropah dan Amerika ini menentukan terma perdebatan ini dan menerima hujah mereka bahawa wujud sesuatu digelar ‘the West’, selagi itulah mereka tidak dapat memenangi pertikaian ini. Beliau bersetuju dengan pendapat seorang sarjana Islam, Mohammed Arkoun bahawa Bernard Lewis juga cuba memperdayakan pemikiran umum apabila beliau menggunakan ungkapan ‘Islam’ dan ‘the West’ dalam sebuah lagi bukunya yang bertajuk What Went Wrong.
Oleh itu, Dr Ernst berharap adalah lebih wajar ungkapan seperti ‘dunia Islam’ dan ‘the West’ digugurkan saja daripada sebarang perbincangan bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul berikutan penentangan antara kedua-duanya.Beliau berpendapat kita juga perlu membubarkan paradigma ‘Islam versus the West’ sebelum dapat mencari penyelesaian alternatif secara menyeluruh. Bagi melakukannya, semua pihak kena menangani masalah di kalangan ‘Muslim Westernophobes’ iaitu golongan orang Islam yang sentiasa sangsi dengan orang Barat dan kemudian menangani pula masalah ‘Western Islamophobes’ iaitu golongan orang Barat yang juga sentiasa mencurigai orang Islam.
Ungkapan ‘the West’ dan ‘Islam’ hanya mengingatkan kita mengenai zaman penjajahan dan semangat antikolonial yang tercetus daripadanya. Jika kita ingin menyatukan dunia dengan kita melihat semua orang melampaui identitinya dan memikirkan mengenai kehidupan dikongsi secara bersama, sudah tiba masanya bagi kita bergerak jauh daripada konsep yang jumud itu.Justeru, wajar kira memperbetulkan kesilapan dilakukan atas nama demokrasi dan globalisasi, yang menjadi sebahagian besar punca keganasan dunia. Mungkin benar seperti dikatakan Dr Ernst, apa yang diperlukan sekarang ialah anjakan paradigma dalam hubungan negara Islam dengan Barat.
Apabila berlaku persengketaan, namakan negara terbabit dan bukannya merujuknya sebagai ‘the West’ ataupun ‘Islam’ supaya tidak semua negara tergolong dalam kelompok sama dibabitkan dengan masalah negara lain.Kedua-dua pihak perlu lebih praktikal dan tidak terus tersalah anggap antara satu sama lain dalam menghadapi apa juga keadaan.Dr Ernst mencadangkan supaya diadakan pengajian secara akademik mengenai budaya, bahasa, sejarah, institusi dan amalan negara tertentu seperti Amerika, Britain, Perancis dan lain-lain di universiti tempatan serta kawasan serantau Asia Tenggara bagi mendalami pemahaman mengenai negara berkenaan.
Kursi Tun Razak di Universiti Ohio, Athens, Amerika Syarikat adalah satu langkah ke arah memperbetulkan salah tanggapan masyarakat di benua berkenaan mengenai negara ini dan kawasan serantau.Kursi Tun Razak ditubuhkan pada 1980 dan dibiayai Kerajaan Malaysia, Universiti Ohio dan syarikat Amerika yang beroperasi di Malaysia sebagai satu usaha menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan antara negara ini dengan Amerika.
Penyandang Kursi Tun Razak ditempatkan di Pusat Pengajian Antarabangsa di universiti berkenaan dengan tugas utama mengajar dan membuat penyelidikan mengenai Malaysia, bahkan setiap buku diterbitkan mengenai negara ini yang disahkan Perpustakaan Negara dihantar untuk disimpan sebagai rujukan di pusat berkenaan.Persidangan akademik diadakan di sekitar Amerika Syarikat itu adalah antara kegiatan dianjurkan ‘Profesor’ yang memegang Kursi Tun Razak dan pada 2003 ia diadakan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan kuliah kedua oleh Dr Ernst pada 9 Ogos lalu.
'Jadi majikan, bukan kuli' kata Perdana Menteri . Tambah beliau, mereka perlu mempunyai sikap mahu bekerja sendiri dan tidak terlalu mengharap untuk berkhidmat hanya sebagai kuli dengan kerajaan atau swasta, supaya dapat membantu lebih ramai orang.Ramai anak kita yang keluar universiti kini, kita galakkan mereka untuk bekerja sendiri supaya mereka tidak bergantung dengan kerajaan sahaja.
Jika ditilik, seruan Pak Lah, ramai pemimpin2 UMNO menjadikan kerajaan sebagai kuli mereka lah. apa tidak merekalah ' yang membaham' duit negara dan khazanah negara. Biarlah kantung negara kering.
Zaman maju, sepatutnya rakyat berbangga menjadi rakyat dan pengangguran tidak dijadikan alasan. Aalasan kerajaan mahu lepaskan tangan dengan tanggungjawab, mereka juga yang 'membunuh' semangat usahawan tulin yang ada, kerana semua projek2 yang bakal dan akan dilaksanakan dibolot oleh usahawan me segera dengan meng'alibabakan' projek berkenaan.
Sepatut PM kena ikhlas, retorik dengan seruan teks atas kertas yang ditulis tanpa mencerminkan diri, patut beliau rasa malu bercakap begitu, menempelak 'anak bangsa' dan sindirian secara sinis dengan berbahasa begitu menunjukkan bangsa yang memimpin dan dipimpin olehnya seperti lah pelajar bernama Wee itu perlekehkan kita, maka jadilah betul apa yang Wee perlekehkan tadi, maka betullah tindakan MCA tu, .... belakang ke depan kabinet tak penting lagi. Sebab Pak lah sendiri kata gitu lebih kurang macam Wee jugalah ... 2 X 5 juga.
Benarlah kata Tok Guru Nik Aziz kita merdeka bertukar daripada Mat Salleh kepada Mat Melayu !!!!!!!!
Bercakap soal patriotisme, maka bercadang dan berbunyilah orang yang mencadangan idea ini, supaya semua premis diminta mengibarkan jalur gemilang..Tambahan sempena kemerdekaan negara kali ke 50. Kata pejana idea ini, Semua pihak hendaklah mengetepikan perbezaan yang wujud, sebaliknya mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim kerana ia manifestasi dan simbol cinta kepada negara. Kesetiaan kepada raja dan negara seperti termaktub dalam Rukun Negara tidak harus dipersoalkan.
Perpaduan seharusnya menjadi tunggak kepada semua kegiatan seharian. Rakyat hendaklah lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka ke arah perpaduan nasional yang menjadi asas utama pembinaan bangsa bermaruah. Pembangunan negara lebih bermakna jika wujud kefahaman, keharmonian, perasaan muhibah dan saling mempercayai antara rakyat pelbagai kaum.
Menyingkap idea di atas dari mengibarkan bendera sehingga kepada perpaduan, rakyat teramai sememangnya lah dah menyerahkan segala-gala aturan dan hala paduan . Sepatutnya pemimpin negara lah yang patut meunjukkan salodariti, apa tah lagi jika perbedaan parti dalam memerintah negara wujud.
Begitulah juga, dengan mengibarkan bendera rakyat teramai sudah menyahut ajakan . Jika dinilai kita lihat kereta pemimpin tak ada langsung mengibarkan bendera, mereka tak dak masa nak beli bendera kot, malas nak gi maidin mall kot. Rakyat kampung daripada rumah kampung, ke rumah-rumah di taman banyak dah kibar bendera tanpa disponsor pun, rumah pemimpin dan orang kota tunggu yang dapat 'free' kot baru nak kibar kot.

Friday, August 17, 2007

Peristiwa Isra & Mikraj dari prespektif hadis

Anas bin Malik r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit.Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi:
Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?
Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya.Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha.
Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu.
Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.
Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya.
Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-NyaSahih Muslim : 234

Banyak hadis-hadis sahih yang lain yang meriwayatkan sabda Nabi saw. mengenai peristiwa Isra' & Mi'raj dari sudut peristiwa yang berlainan

Bilakah azan bermula ?

Dari Abdullah bin Umar katanya:”Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu.
Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.”(Muslim)
Huraian
Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin ramai bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya, kerana setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka.
Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir. Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya?

Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar, Allahu Akbar.."
Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

Bilal r. a. telah menambah pada azan subuh dengan lafaz "As solatu khairuminan naum." ( Sembahyang itu lebih baik daripada tidur). Dan ia dipersetujui oleh Rasulullah saw.
Apabila tiba bulan ramadhan , Rasulullah saw. telah menyuruh azan dua kali pada waktu subuh. Azan yang pertama bagi mengingatkan orang Islam supaya bersahur.

Ada pun azan pada sembahyang jumaat sekali sahaja , sehingga zaman Khalifah Saidina Osman r. a. Apabila manusia bertambah ramai dan ada yang masih leka selepas azan zuhur maka Saidina Osman r. a. memerintahkan diazankan sekali lagi apabila imam menaiki mimbar.

Taraf kerakyatan Wee tidak dilucut, kata Syed Hamid...... mudah, jangan emosional. Hina Islam sudah tidak berbangkit dah, sebaliknya media dan menteri kata dia minta maaf hina negara sahaja. Inilah bentuk penyelsian kerajaan pimpinan UMNo , kesannya sampai bila-bila tercatit sejarah dan tidak mustahil banyak lagi jenis wee akan buat dan ulangi bentuk2 penghinaan yang hina kepada agama dan negara. Kita tunggulah sahaja.
Jika kita tidak berfikiran rasional kenapa NC - NC kat IPTA , cuma dengan kes demontarsi membantah konsert maksiat secara aman dipecat daripada universiti berkenaan, tanya bmangsa2 spt Hishamuddin Rais, LUFti dan lain lain, pulangkan 'hak' mereka..

Kerajaan tidak akan melucutkan taraf kerakyatan Wee meng Chee, pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, yang didapati menghina lagu kebangsaan Negaraku menerusi satu klip video di laman web, walaupun kesalahan yang dilakukannya adalah serius, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Bagaimanapun, katanya, walaupun pelajar itu telahpun memohon maaf secara terbuka, dia akan diadili menerusi proses undang-undang."Jika seseorang itu melakukan kesalahan, dia akan dihukum mengikut proses undang-undang dan (dalam kes ini) kita tidak boleh dengan mudah melucutkan taraf kewarganegaraannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perkampungan Hadhari peringkat Parlimen Setiu di sini malam tadi.Beliau diminta mengulas mengenai permohonan maaf daripada Wee, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam sebuah universiti di Taiwan, yang telah mengolah lagu Negaraku dan menamakannya Negarakuku.
Klip video lagu itu disiarkan selama lima minit 32 saat dalam laman web YouTube sejak pertengahan bulan lepas. Antara lain, lirik lagu dalam bahasa Cina itu memperlekehkan orang Melayu, wanita Islam bertudung dan azan Subuh selain mendakwa dasar kerajaan meminggirkan orang Cina.Syed Hamid menasihatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak terlalu emosional sebaliknya melihat perkara tersebut secara rasional kerana terdapat proses undang-undang untuk mendakwa pelajar terbabit.
"Baguslah, dia sudah insaf dan sedar atas kesilapan yang dilakukannya. Tetapi soal undang-undang terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memutuskannya. Kita kena tunjukkan bahawa undang-undang mengatasi setiap individu (yang melakukan kesalahan), biar jadi pengajaran," katanya.Ketika ditanya mengenai permohonan maaf pelajar itu yang menggunakan platform parti politik iaitu disampaikan menerusi Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Syed Hamid berharap perkara itu tidak dipolitikkan oleh manamana pihak.Beliau berkata tindakan yang diambil oleh pemimpin MCA itu harus dipuji kerana ia dibuat atas rasa tanggungjawab bahawa negara ini adalah milik semua kaum. BERNAMA

Thursday, August 16, 2007

Nah, gitu dong. Maka lebih baik kita berketuakan Rais daripada berketuakan Pak Lah, menantunya, Hishamuddin dan Najid serta Nazri Aziz. Mana dia dua badot ahli parlimen yang 'popular' dengan kes 'bocor' tu. Kenapa siap senyap seribu bahasa , macam tak berbutir.
Kebiasaan orang-orang tersenarai di atas akan bertindak hebat mengikut tari dan gendang. Ngapa utusan penyebar fikiran rakyat kononnya itu, senyap se senyapnya dan tak berdetik langsung.
Isu hina agama dan negara oleh pelajar ini, bukan lagi isu terpencil atau kontroversi tetapi sampai ke tahap melampau. Maka tindakan memaafkan 'begitu' sahaja mengambarkan kelemahan kerajaan dan pihak berwajib. Tindakan keras wajar atas kesalahan melampau ini, dan sengaja mencari nahas. Wajarkah isu perkara agama di'lawak' atau disenda guraukan. Dah tak bermodalkan budak 'setan' itu, melakonkan lawak bodohnya terhadap agama orang. Apa kata kalau pelajar kita , atau kita sendiri lawakkan atau sendakan agama nenek moyang mereka.
Tanpa niat, atau tiada niat mempersenda-sendakan dan memohon maaf terbuka melalui 'wakil' yang berwakilkan Chua , adalah satu tndakan biadap. Chua patut mohon maaf kepada YDPA, kepada semua para mufti dan sultan, dengan hanya satu sidang akhbar menyelesaiakan semua masalah 'wajarkah' dalam negara majmuk kita.
Usaha baut-buat tak tahu, dan buat-buat bodoh wajarlah diajar dengan ajaran setimpal. Kita sudah berapa ramai buat tindakan bawah AUKU terhadap pelajar2 yang hanya mennetang konserta , di IPTA, membantah Israel. maka pihak berwajib bertidak keras. Masakan tindakan hina agama lain, oleh kaum lain terhadap kaum senegara dimaafkan begitu saja. Mudah benar... dan baik benarnya kita ....................................

Terus siasat pelajar nyanyi Negarakuku

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim mahu siasatan diteruskan terhadap Wee Meng Chee, 24, pelajar yang menghina lagu kebangsaan dan menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia, walaupun dia telah memohon maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Rais, yang tidak bersetuju kes itu ditutup walaupun setelah permohonan maaf dibuat, berkata siasatan harus diteruskan bagi mengelak perkara yang sama berulang.

"Negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan, dan kita harus akur dengan prosesnya," kata Rais yang mahu hasil siasatan itu diserahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan sama ada perbuatan pelajar tahun akhir jurusan komunikasi awam sebuah universiti di Taiwan itu menyalahi mana-mana peruntukan dalam Akta Lagu Kebangsaan.

"Sebagai orang biasa, walaupun ahli kabinet, kita tidak boleh memutuskan sama ada sesuatu perkara itu adalah kesalahan di bawah mana-mana undang-undang (kerana) kita mempunyai pihak pendakwa raya yang bertauliah bagi menentukan sama ada sebarang tindakan harus diambil berdasarkan hasil siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pameran dan Buku Malaysia @ 50 di Balai Seni Lukis Negara di sini hari ini.

Sebelum itu, Rais menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan fotografi kebangsaan Malaysia @ 50 Sehari Dalam Kehidupan Di Malaysia, selain melancarkan buku Malaysia @ 50 yang memaparkan foto sejak tahun 1950-an hingga kini bagi mengimbau kembali perjalanan umur 50 tahun negara.

Wee menimbulkan kontroversi dan menerima banyak kritikan apabila beliau mengubahsuai lagu Negaraku dengan menyanyikannya dalam rentak rap menggunakan bahasa lucah dan kasar dalam klip video selama lima minit 32 saat yang disiarkan menerusi sebuah laman web baru-baru ini.

Dua hari lepas dia dilaporkan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia melalui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang juga naib presiden MCA. BERNAMA

Wednesday, August 15, 2007

Siapa MCA untuk ampunkan penghina Islam, Melayu?

Mudah dan ringkas saja penyelesaian masalah cara dan era zaman Hadhari. Ke mana pergi jaguh2 pembela, kali ini orang yang dikira menghina negara dan agama di ampunkan oleh seorang menteri MCA. (Hebatnya mengalahkan YDPA)
Kita sebagai pendidik sukar bilamana pelajar2 bertanya kaedah ala mana yang dipakai. Pelajar dakwa jika kita dimalukan maka kita boleh saman balas.
Bila negara malu siapa mahu saman malu ? Kata mereka hukuman yang dibuat adalah wajar bagi budak ini digugurkan kerakyatan dengan dibuat proses dakwa dakwi.
Hebatnya Chua Soi Lek, kerana dia boleh baca hati orang. Inilah dunia Malaysia , generasi 'bebas' melakukan apa sahaja.
Ikuti ulasan mantap dan bernas daripada ROSLAN SMS.

Yang dihina adalah agama Islam, orang Melayu dan negara kita. Yang menghina adalah seorang penuntut universiti di Taiwan, jurusan sebaran am bernama Wee Meng Chee, 24. Tiba-tiba kita dimaklumkan bahawa Naib Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga ahli parlimen Muar, kawasan asal si Wee ini telah menghubungi Wee melalui telefon. Di dalam perbualan telefon itu menurut Chua, wee telah memohon maaf dan berharap agar kerajaan dan rakyat memaafkannya.Belum pun sesiapa yang memberikan respon, Dr Chua sendiri menyebut bahawa memandangkan Wee ikhlas memohon maaf maka sewajarnyalah kita menerima permohonan maaf beliau itu.




Tambah Dr Chua, Wee ini seorang anak muda yang tidak mempunyai niat mencemarkan imej negara, lagu kebangsaan atau agama Islam. Dr Chua dilaporkan dalam NST sebagai berkata:I accept his apology because I could detect from his voice that he was very sincere.Saya terima permohonan maaf beliau kerana saya dapat mengesan dari suara beliau bahawa beliau benar-benar ikhlas.Saya tidak bermaksud mahu mengeruhkan suasana. Tetapi yang saya faham beberapa NGO termasuklah Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) telah membuat laporan polis terhadap video klip karya Wee itu.




Wee bukan lagi kanak-kanak sekolah, Wee adalah seorang dewasa, berpelajaran dan perlu memikul tanggungjawab. Di dalam negara beberapa mahasiswa kita pernah ditahan di bawah akta zalim ISA semata-mata kerana berhimpun menyuarakan pandangan mereka di hadapan Masjid Negara.Mereka ini menghadapi kesukaran meneruskan pelajaran dan memikul risiko semata-mata kerana berhmpun dan bersuara secara aman.




Apa yang Wee telah lakukan lebih teruk dan parah dari itu. Jika beliau telah menghasut maka sewajarnyalah (Memandangkan laporan polis telah dibuat) beliau disiasat dan dipanggil membela diri.Mengapa MCA dan sebelum ini DAP beria-ia mahu membela pemuda ini?Yang hairannya Zainuddin Maidin pun tiba-tiba bagai kerak nasi dijirus air, terus lembik menerima permohonan maaf siswa dari universiti Taiwan ini.




Yang terguris dan terhina adalah umat Islam dalam negara ini. Lalu yang sewajarnya memberikan perngampunan adalah kita yang terjejas akibat karya gila dan menghina Wee itu. Tetapi ini bukan isu memberikan maaf, ini isu yang jatuh di bawah undang-undang negara yang sedia ada.




Bukankahkah prinsip Rukunegara (yang Gerakan mahu kita kembali memegangnya) menyatakan: keluhuran perlembagaan/ kedaulatan undang-undang/ kesopanan dan kesusilaan?Jika orang yang melanggar undang-undang negara dimaafkan senang-senang begini, apakah mesej yang cuba kita terapkan?(Kepada mereka yang menuduh saya racist (sedangkan yang sebenarnya racist adalah si Wee) ingin saya tegaskan di sini jika ada warga Malaysia Melayu/Islam yang menghina kaum Cina atau India termasuk menghina agama mereka (seperti yang pernah Umno lakukan) saya juga akan menuntut agar mereka juga diseret ke pengadilan)

Sifat akodomasi lahir sikap hormat

Generasi muda negara terutama yang bukan Melayu dan generasi Melayu, wajar membaca dan memhami serta menghayati 'roh' perlembagaan negara dan kontarak sosial yang diamalkana di negara ini.
Walaupun masing-masing memahami mereka adalah warganegara 'penuh' tanpa berkelas-kelas, mereka juga wajar mengkoreaksi diri, jangan hanya kerana beremosi 'runtuh' tembok rapuh kontarak sosial dan perpaduan selama ini, dek tindakan bodoh dan membakar jiwa sesetengah kaum.
Justeru hayati dan fahami sifat ini sperti saranan YM Raja Muda Raja Nazrin Shah ...

5 ciri utama Modul Hubungan Etnik membolehkan perpaduan diidam wujud
RAJA Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar di ibu negara, antara lain mencadangkan golongan muda memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus menyumbang ke arah meneruskan kejayaan dalam pembinaan negara dan menjaga hubungan antara etnik.Apa itu etnik dan bagaimana kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh membantu untuk menjaga hubungan etnik di negara ini? ‘Etnik’ adalah perkataan Yunani, iaitu ‘ethnos’ yang bermakna orang. Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang ditentukan menerusi perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Kumpulan etnik biasanya bermula dengan konsep keturunan. Etnik juga dapat dipecahkan menerusi perbezaan budaya dan demografi atau tempat tinggal.Kementerian Pengajian Tinggi sudah memulakan usaha ke arah mengukuhkan hubungan etnik dengan mewajibkan pelajar tahun pertama sesi akademik bermula Julai lalu mengikuti kursus Hubungan Etnik.
Modul Hubungan Etnik yang diluluskan Kabinet sebelum ini juga sudah diedarkan ke semua universiti awam sejak sebulan lalu.Naskhah muktamad Modul Hubungan Etnik itu adalah ekoran arahan Kementerian Pengajian Tinggi pada Oktober 2004, yang mewajibkan semua pelajar sarjana muda universiti awam mengambil subjek berkenaan sebagai syarat mendapat ijazah.Antara aspek penting yang dibincangkan dalam Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu bahasa kebangsaan, agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja.Unsur tradisi itu dianggap faktor utama mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur tradisi itu sebahagian daripada kontrak sosial yang disepakati ketika menggubal Perlembagaan Persekutuan.Kontrak sosial ialah persetujuan simbolik dicapai antara pemimpin kumpulan etnik utama Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India ketika perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dan seterusnya ketika merangka dan merumuskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.Unsur tradisi itu penting kerana institusi berkenaan sudah wujud beratus-ratus tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan diwujudkan pada 1957. Modul Hubungan Etnik yang wajib dibaca pelajar itu menyatakan ada sekurang-kurangnya enam perkara menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia.

Pertama; Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan itu dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya;

Kedua; Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya;

Ketiga; Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja Melayu menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam;

Keempat; Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

Kelima; Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

Keenam; perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah etnik lain.Ketua Penyunting Modul Hubungan Etnik, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata kursus berkenaan bersifat pendedahan dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar.Beliau yang juga profesor antropologi dan sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata pelajar akan diberi markah lulus atau gagal dan tiada ujian secara peperiksaan.Katanya, pelajar akan lulus jika hadir sekurang-kurangnya 40 hingga 50 peratus waktu kuliah dan bakinya universiti diberi kebebasan untuk menilai tahap penerimaan pelajar sama menerusi kerja kursus atau tugasan berkumpulan.
“Pensyarah boleh meminta pelajar menyediakan kertas kerja mengenai Thaipusam atau perayaan lain untuk menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik lain,” katanya.Modul Hubungan Etnik bukan menawarkan kaedah menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik, iaitu bukannya manual untuk memperbaiki hubungan etnik atau panduan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni.Modul itu sebenarnya untuk menggalakkan pembaca berfikir secara terfokus mengenai hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting lain. Pembaca Modul Hubungan Etnik diharap akan memperoleh lima perkara utama yang dapat membantu bertindak ke arah memperbaiki dan memupuk hubungan etnik dari perspektif dan kemampuan masing-masing.Lima perkara dirumuskan itu ialah kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan. Kesedaran merujuk kepada kemampuan pembaca untuk mengenal pasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia, khususnya dalam kelompok etnik atau dalam bentuk lain seperti agama, budaya, kedudukan ekonomi, politik dan sosial.Kepelbagaian itu mesti diterima sebagai ciri utama dalam masyarakat Malaysia. Kesedaran membawa kepada kefahaman bahawa kepelbagaian bukan sesuatu semestinya bersifat negatif atau menggalakkan pertentangan.Kepelbagaian boleh menjadi satu kekuatan kerana dari sudut alamiah, manusia memang wujud berpuak-puak, berkelompok dan bermastautin di tempat berbeza. Justeru, membina kesepaduan daripada kepelbagaian adalah satu kemestian untuk memastikan kelangsungan masyarakat.Modul Hubungan Etnik menyatakan, aspek positif kepelbagaian ini yang mesti diberi perhatian. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain.Oleh itu, perasaan prihatin terhadap semua kelompok etnik berbeza semestinya berlandaskan kefahaman yang mendalam. Selepas wujud kefahaman mendalam, akan terbina perilaku dan tindakan bersifat akomodasi, iaitu sedia menerima etnik berbeza yang mempunyai kelainan dalam pelbagai aspek.Sifat akomodasi dan kesanggupan menerima etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat-resam dan agama adalah aspek penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni.Daripada sifat akomodasi, akan timbul sikap dan perilaku hormat-menghormati.
Walaupun pada awalnya seseorang itu mungkin berasa tidak senang terhadap kelompok etnik lain, tetapi dengan kefahaman dan akomodasi terbina alam memberikan kesabaran dan menerima perbezaan setiap kelompok etnik.Interaksi lebih rapat antara kelompok dan etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya oleh sikap saling menghormati dan menghindari konflik dalam segala bentuk, sama ada terbuka atau secara senyap.Dengan wujudnya kesedaran yang kuat, kefahaman yang mendalam, akomodasi yang tinggi, hubungan saling menghormati berterusan pasti akan membuka luas pintu untuk membina segala bentuk usaha ke arah perpaduan etnik yang diidamkan.Rangkaian lima ciri utama itu selepas dihayati pembaca membolehkan perpaduan etnik yang diidam-idamkan wujud dan seterusnya dipupuk. Perpaduan boleh wujud menerusi pendekatan ‘top-down’ atau ‘bottom-up’ membabitkan kerajaan, orang ramai, sektor swasta atau pihak lain.
Maka berserulah mantan PM Mahathir Mohammad minta dan gesa orang Melayu tolak kepimpinan Abdullah.
Sebabnya, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru orang Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada kepimpinan negara hari ini yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan yang membiarkan amalan rasuah berleluasa mutakhir ini.

Beliau berkata demikian dalam syarahannya dalam program anjuran Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

"Orang Melayu dia undi Umno tanpa sebab, kalau letak tongkol kayu pun sebagai calon Umno, mereka akan pangkah dan Umno akan menang. Berbeza dengan orang Cina orang Cina ada perkiraan untuk menyokong mana-mana parti," katanya sinis.

"Orang Cina dia buat penilaian, tak semesti ahli MCA akan undi MCA dan tidak semestinya ahli DAP akan undi DAP, begitu juga Gerakan. Itu sebab kita tengok macam di Pulau Pinang, ada kalanya MCA memang, ada kalanya DAP menang dan ada kalanya Gerakan menang kerana orang Cina akan menilai undi untuk agenda mereka," katanya.

"Bila menang besar, pemimpin akan kata ini semua kerana mereka dan mereka akan bermegah dengan kemenangan itu," tegasnya.

Melihat kepada pentadbiran negara yang terlalu lemah dengan amalan rasuah cukup membarah, rakyat pula mudah dibeli dengan hanya nilai suapan RM200 ia hanya akan menjurus kepada kemusnahan negara ini, kata Tun Mahathir.

Katanya lagi, dalam pemilihan perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu 2006, beliau bertanding sebagai perwakilan.

Namun kerana rasuah RM200 untuk membeli setiap orang penyokong setianya, beliau kalah dengan cara yang paling kotor sekali.

"Ini orang akan kata saya buat tuduhan, tetapi saya alami dan saya tahu ia berlaku. Kalau Ketua Bahagiannya nak kata tidak ada, apa boleh buat sebab jika bawa kepada Jawatankuasa Disiplin pun kata tiada, tetapi saya yang lalui saya tahu ia berlaku," tegasnya sinis.

Bercakap soal Pilihan Raya Umum ke-12, beliau yakin pilihan raya kali ini akan dijalankan dengan penuh rasuah dan penggunaan wang.
Beliau mendapat maklumat bahawa kini adanya usaha untuk mengumpul dana oleh pihak tertentu untuk menyumbang kepada dana pilihan raya.

Justeru, beliau yakin sekali kepimpinan Umno yang membenarkan rasuah berlaku di negara ini akan menggunakan rasuah dalam pilihan raya akan datang.

Baginya, jika orang Melayu memilih pemimpin yang melakukan rasuah dan memberi undi kerana sogokan RM200, bermakna kepimpinan yang akan menerajui negara adalah kepimpinan yang rasuah.

Beliau kecewa dengan sikap orang Melayu yang sedemikian rupa yang tidak berfikir untuk menentang pemimpin yang rasuah yang boleh merosakkan negara.

Malah hari ini amalan rasuah telah sebati, dan perasuah akan dibebaskan hanya dengan menafikan tuduhan ke atas mereka ini.

Justeru, beliau sekali lagi melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan negara yang ada hari ini adalah kepimpinan yang bermasalah yang perlu ditolak oleh orang Melayu dan rakyat.
Begitupun beliau mahu Umno kekal sebagai kerajaan yang memerintah, sambil meletak keputusan kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada hari ini.
Sementara itu beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan awam hari ini yang dilihat semakin buruk berbanding ketika era pemerintahannya.

Katanya lagi, hari ini rakyat bimbang untuk keluar rumah memandangkan jenayah pembunuhan yang menjadi-jadi, setelah pembunuh yang sah membunuh bebas setelah mahkamah membebaskan dengan pendakwaan dikatakan gagal menampilkan bukti.
Ini membuatkan keadaan tidak lagi selamat, katanya.

Sementara itu beliau juga membuat kenyataan sinis memperli Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang disifatkan sebagai seorang yang ditaktor.

Kenyataan itu dibuat setelah seorang hadirin bertanya, benarkah ada persamaan yang dibuat oleh seorang penulis akhbar berbahasa Inggeris bahawa sikap Dr Mahathir sama dengan Khairy.

"Saya dulu dituduh sebagai diktator dan macam-macam lagi, jadi kalau nak samakan Khairy dengan saya, ialah, tetapi saya bukan diktakor kerana saya dalam membuat keputusan boleh mengubah semula keputusan setelah ada orang yang menasihati saya,"katanya sinis.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir itu Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, yang hadir sama dalam majlis berkenaan, berkata, kenyataan Dr Mahathir itu adalah signal kepada rakyat supaya tidak lagi memberi undi yang banyak kepada Umno/BN.

Ujar Mahfuz, mandat yang besar yang diberi kepada Umno/BN hanya akan membuatkan kerajaan yang ditadbir parti itu meneruskan kesalahan demi kesalahan tanpa sebarang proses 'check and balance' yang berkesan.
Kenyataan Dr Mahathir itu sekali gus mengajak rakyat menolak kepimpinan negara yang ada hari ini yang diselubungi rasuah dan salah guna kuasa.
Justeru, beliau menyeru rakyat terutamanya orang Melayu terpanggil dengan seruan Dr Mahathir supaya menolak kepimpinan negara yang cukup bermasalah hari ini.
Dalam program yang sama, seorang pensyarah Universiti Malaya, Professor Rustam yang mengajukan pandangan dan soalan kepada Dr Mahathir menyebut, Umno tidak boleh diharapkan lagi menjadi parti yang boleh membawa kepada perubahan.
Baginya, untuk mengharapkan Umno mengubah masalah yang ada hari ini 'jalannya sudah tertutup'.

Justeru, Rustam merayu Dr Mahathir memimpin gerakan rakyat untuk mempertahankan negara dari terus dirosakkan pemimpin yang ada hari ini.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang turut hadir sama pula menyifatkan bahawa kenyataan Dr Mahathir jelas membuka ruang kepada rakyat supaya menilai semula kepimpinan negara yang ada hari ini.

Katanya dengan segala kelemahan dan kebobrokan pentadbiran yang dikuasai anak menantu Perdana Menteri, beliau mahu rakyat bersatu menolak kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau juga menghulur tangan kepada Dr Mahathir atas nama Pemuda PAS untuk memberi kerjasama dalam mempertahankan hak agama, bangsa dan negara yang kini telah dirosakkan oleh kepimpinan negara yang ada hari ini.

Tuesday, August 14, 2007

SPR guna dakwat khas pada pilihan raya depan

Langkah 'berani' SPR menyahut desakan agar kembali ke zaman primitif, iaitu dengan mahu mengggunakan dakwat calit semasa proses pemilihan dalam PRU yang akan datang atau pilihanraya masa depan, meletakkan 1000 harapan oleh rakyat.
Kajian dan strategik licin BN yang sukar dijangka, dengan banyak pusat2 kajian nampak jantan sangat BN dalam menyahut cabaran gunakan kaedah ini. Maka kita tunggu dan lihat, kesan nya dan penipuan yang bakal dihidu oleh kita. Mereka ada masalah dan startegik mengatasi macam mereka buat olok2 pilihanraya, buat olok-olok debat perdana UMNo vs PAS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat tanda kuku atau jari pada pilihan raya umum akan datang bagi menghapus segala keraguan dan dakyah pihak tertentu berhubung penipuan dalam proses pengundian di negara ini yang dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2004.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata walaupun langkah itu terkebelakang dan tidak berkesan membanteras penipuan jika benar-benar wujud, ia dapat mengurangkan usaha pihak tertentu menggunakan isu pengundi hantu sebagai gimik politik atau menjatuhkan imej SPR.

Merujuk dakwaan penipuan semasa pilihan raya seperti penyamaran untuk mengundi bagi pengundi yang meninggal dunia atau pengundi lain dan mengundi lebih daripada sekali, beliau berkata SPR tidak pernah mendapat bukti menunjukkan penipuan sedemikian berlaku. "Apa pun hakikatnya, SPR memandang berat dakyah yang sudah dilakukan dan mendapati perlu untuk menghapuskan sebarang keraguan serta dakyah terhadap proses pengundian yang dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, semalam.

Menerusi kaedah itu, kerani kedua akan mencalit dakwat hitam pada jari telunjuk tangan kiri pengundi selepas identiti pengundi dipastikan kerani pertama. Kerani ketiga pula akan memberikan kertas undi yang ditindik selepas tanda kuku dibuat. Bagi pengundi yang tidak ada jari, calitan dakwat akan dibuat atas tunggul lengan.Bagaimanapun, kaedah dakwat tanda itu tidak terpakai terhadap pengundi pos yang dikawal dengan prosedur keselamatan lain.Rabu lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan dakwat khas dari India itu yang kekal untuk beberapa hari tidak melanggar hukum syarak atau menjejaskan ibadat orang Islam.
Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, SPR akan memaklumkan keputusan itu menerusi pekeliling kepada parti politik dan akan menempah dakwat khas berkenaan.Katanya, keputusan itu adalah bawah bidang kuasa pentadbiran SPR dan tidak memerlukan pindaan terhadap Akta Pilihan Raya."Kalau ada pihak yang membantah kita akan uruskan kelak... dia mungkin tak dapat kertas undi," katanya sambil menambah kos pembelian dakwat itu tidak sampai RM1 juta.Ditanya bilakah SPR akan menerima bekalan dakwat berkenaan, Abdul Rashid yang jelas tidak mahu membayangkan tarikh pilihan raya umum akan datang berkata: "Mahu satu kapal esok pun ada".
Bagaimanapun, beliau menegaskan pilihan raya umum tidak mungkin diadakan ketika Ramadan, iaitu pertengahan bulan depan hingga Oktober ini.Apabila ditanya bilakah Parlimen akan dibubarkan, beliau yang sebelum ini menyatakan SPR hanya bersedia mengendalikan pilihan raya umum akan datang selepas bulan depan berkata: "Nanti saya tanya Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)." Abdul Rashid juga berkata, SPR memerlukan peruntukan RM3.6 juta bagi melancarkan gerakan mencari 22,432 pengundi yang didaftarkan dengan kad pengenalan plastik dengan lapan angka yang tiada dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bulan depan.Katanya, hanya seorang pengundi berkenaan di Kelantan yang tampil mengesahkan identitinya selepas notis berkaitan dipamerkan sejak 18 hingga 24 Julai lalu.

Rais selar wakil rakyat tidak fasih

Kita mahu menunggu bilakah wakil-wakil rakyat 'dimasukan ke dalam kelas pemulihan' bagi memulihkan wakil-wakil rakyat yang masih gagal dan tidak fasih bebrahasa Melayu. Maka jadilah wakil-wakil rakyat monyet dan beruk, justeru jangan marahkan namawewe yang 'membelasah' negara melalui melodi tempo negaraku versinya serta menghina agama, seoalah-olah menjadi agama baru bagi generasi muda kini, pelekehkan amalan agama dan keagamaan bangsa dan negara mereka.
Syabas Datu Seri Dr KEKKwa atas ingatan, maka hendaklah dikonkritkan dengan usaha atau tindakan. Bercakap sahaja tanpa buat sesuatu , macam kami bloger yang ni.... tak dapat merubah dan mengubah nasib.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyelar anggota parlimen yang masih belum menguasai bahasa Malaysia sedangkan mereka dipilih mewakili rakyat untuk bersuara di Parlimen.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku ketika negara telah mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun lalu sedangkan bahasa yang sama juga telah menyatukan rakyat berbilang kaum negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan debat kemerdekaan ala parlimen antara universiti-universiti Malaysia 2007 di sini hari ini, Dr Rais berkata, selain gagal menguasai bahasa Malaysia, ada juga anggota parlimen yang menggunakan kata-kata kesat dan kurang berhemah di Parlimen.

"Mereka yang sepatutnya menjadi contoh kepada pembudayaan bahasa Malaysia yang baik akhirnya melakukan sesuatu yang merugikan dengan kegagalan menguasai bahasa itu," katanya.

Ditanya sama ada kelemahan menguasai bahasa Malaysia itu pernah ditegur di Parlimen, Rais berkata "kalau (siapa) makan cili terasa pedasnya. Masalahnya tak ada sesiapa beri cili kepada mereka."

Katanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) kini giat membudayakan bahasa Malaysia melalui pelbagai program termasuk debat dan forum.Lebih 200 peserta menyertai pertandingan debat kemerdekaan selama lima hari yang bermula 10 Ogos lalu.

Pertandingan itu dianjurkan bersama oleh KeKKWa, Arkib Negara, Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis. BERNAMA