Sunday, August 19, 2007

Apabila MCA secara berani meluluskan resolusi pendidikan yang antaranya mahukan bahasa mandarin sebagai salah satu bahasa dalam UPSR. Gambaran ini jelas menunjukkan mereka selamanya tidak 'bersetuju' dengan program bahasa Inggeris sebagai dibahasakan dalam subjek sains dan matematik. Mana muka kerajaan, kerajaan pimpinan UMNo bawah Pak Lah sememangnya nampak lembik dan kelembikan ini di'manfaatkan' sepenuh oleh MCA.
Apa nak jadi , lihat resolusi lain oleh MCA dalam akhbar perdana hari ini...
Perhimpunan Agung Pemuda MCA Kebangsaan ke-44, di sini, semalam sebulat suara meluluskan 12 resolusi dengan enam daripadanya membabitkan isu pendidikan, selain dua usul ekonomi, serta masing-masing satu usul keselamatan, kebudayaan, hal ehwal parti dan hal ehwal kerajaan.
Enam resolusi pendidikan ialah;

Menegaskan bahawa soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 bagi subjek Sains dan Matematik haruslah disediakan dalam bahasa Mandarin dan menyeru Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan sistem peperiksaan itu demi mengekalkan identiti SJKC.
Dulu, kini dan selama-lamanya membantah tindakan Kementerian Pelajaran menghantar guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin sebagai guru pemulihan di sekolah Cina supaya ia tidak menjejaskan identiti SJKC sedia ada.

Menyeru Kementerian Pelajaran menghentikan tindakan terhadap guru yang mengajar tuisyen sebagai kerja sambilan.
Menyeru Kementerian Pelajaran menawarkan lebih banyak tempat untuk Program Matrikulasi supaya lebih ramai pelajar bukan Bumiputera turut berpeluang melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan semangat perpaduan antara kaum.
Menyanjung tinggi dan menyokong penuh usaha pucuk pimpinan MCA dalam memperjuangkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tajaan luar negara yang lebih banyak demi manfaat pelajar kaum Cina.
Menyeru Kementerian Pelajaran memandang serius masalah dan mengenal pasti sekolah menengah yang menggunakan kaedah pengiraan markah purata kokurikulum yang berlainan bagi pelajar STPM.
Resolusi lain ialah:
Menyeru jabatan kerajaan menghentikan arahan hanya membenarkan monopoli kontraktor Bumiputera dalam pembekalan barangan kepada jabatan kerajaan kerana tindakan sedemikian melanggar prinsip persaingan secara adil.
Menyeru jabatan kerajaan lebih berhati-hati ketika memilih kontraktor supaya kejadian seperti kebocoran bangunan kerajaan tidak berulang.
Menyeru Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan lebih berkesan bagi memperbaiki tahap keselamatan awam.
Menyeru Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan membina sebuah Memorial Peringatan Tun Tan Cheng Lock bagi mengiktiraf jasa pengasas Parti MCA dalam memperjuangkan kemerdekaan negara serta usaha bekas pemimpin veteran MCA lain.
Sementara itu, Pemuda MCA diingatkan supaya mencontohi semangat permuafakatan yang ditonjolkan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan dalam membina hubungan dengan ahli pergerakan Pemuda seluruh parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama dengan Umno dan MIC.Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata semangat permuafakatan ditonjolkan ketiga-tiga pemimpin itu nyata membina asas perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia.“Ia model terbaik perlu diteruskan oleh generasi muda hari ini demi membina Malaysia yang lebih aman, makmur dan harmoni," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-44, di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong, di sini, semalam

No comments: