Wednesday, August 15, 2007

Sifat akodomasi lahir sikap hormat

Generasi muda negara terutama yang bukan Melayu dan generasi Melayu, wajar membaca dan memhami serta menghayati 'roh' perlembagaan negara dan kontarak sosial yang diamalkana di negara ini.
Walaupun masing-masing memahami mereka adalah warganegara 'penuh' tanpa berkelas-kelas, mereka juga wajar mengkoreaksi diri, jangan hanya kerana beremosi 'runtuh' tembok rapuh kontarak sosial dan perpaduan selama ini, dek tindakan bodoh dan membakar jiwa sesetengah kaum.
Justeru hayati dan fahami sifat ini sperti saranan YM Raja Muda Raja Nazrin Shah ...

5 ciri utama Modul Hubungan Etnik membolehkan perpaduan diidam wujud
RAJA Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar di ibu negara, antara lain mencadangkan golongan muda memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus menyumbang ke arah meneruskan kejayaan dalam pembinaan negara dan menjaga hubungan antara etnik.Apa itu etnik dan bagaimana kefahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh membantu untuk menjaga hubungan etnik di negara ini? ‘Etnik’ adalah perkataan Yunani, iaitu ‘ethnos’ yang bermakna orang. Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang ditentukan menerusi perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Kumpulan etnik biasanya bermula dengan konsep keturunan. Etnik juga dapat dipecahkan menerusi perbezaan budaya dan demografi atau tempat tinggal.Kementerian Pengajian Tinggi sudah memulakan usaha ke arah mengukuhkan hubungan etnik dengan mewajibkan pelajar tahun pertama sesi akademik bermula Julai lalu mengikuti kursus Hubungan Etnik.
Modul Hubungan Etnik yang diluluskan Kabinet sebelum ini juga sudah diedarkan ke semua universiti awam sejak sebulan lalu.Naskhah muktamad Modul Hubungan Etnik itu adalah ekoran arahan Kementerian Pengajian Tinggi pada Oktober 2004, yang mewajibkan semua pelajar sarjana muda universiti awam mengambil subjek berkenaan sebagai syarat mendapat ijazah.Antara aspek penting yang dibincangkan dalam Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu bahasa kebangsaan, agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja.Unsur tradisi itu dianggap faktor utama mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur tradisi itu sebahagian daripada kontrak sosial yang disepakati ketika menggubal Perlembagaan Persekutuan.Kontrak sosial ialah persetujuan simbolik dicapai antara pemimpin kumpulan etnik utama Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India ketika perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dan seterusnya ketika merangka dan merumuskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.Unsur tradisi itu penting kerana institusi berkenaan sudah wujud beratus-ratus tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan diwujudkan pada 1957. Modul Hubungan Etnik yang wajib dibaca pelajar itu menyatakan ada sekurang-kurangnya enam perkara menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan Malaysia.

Pertama; Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan itu dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya;

Kedua; Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya;

Ketiga; Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja Melayu menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam;

Keempat; Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

Kelima; Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

Keenam; perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah etnik lain.Ketua Penyunting Modul Hubungan Etnik, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata kursus berkenaan bersifat pendedahan dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar.Beliau yang juga profesor antropologi dan sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata pelajar akan diberi markah lulus atau gagal dan tiada ujian secara peperiksaan.Katanya, pelajar akan lulus jika hadir sekurang-kurangnya 40 hingga 50 peratus waktu kuliah dan bakinya universiti diberi kebebasan untuk menilai tahap penerimaan pelajar sama menerusi kerja kursus atau tugasan berkumpulan.
“Pensyarah boleh meminta pelajar menyediakan kertas kerja mengenai Thaipusam atau perayaan lain untuk menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik lain,” katanya.Modul Hubungan Etnik bukan menawarkan kaedah menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik, iaitu bukannya manual untuk memperbaiki hubungan etnik atau panduan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni.Modul itu sebenarnya untuk menggalakkan pembaca berfikir secara terfokus mengenai hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting lain. Pembaca Modul Hubungan Etnik diharap akan memperoleh lima perkara utama yang dapat membantu bertindak ke arah memperbaiki dan memupuk hubungan etnik dari perspektif dan kemampuan masing-masing.Lima perkara dirumuskan itu ialah kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan. Kesedaran merujuk kepada kemampuan pembaca untuk mengenal pasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia, khususnya dalam kelompok etnik atau dalam bentuk lain seperti agama, budaya, kedudukan ekonomi, politik dan sosial.Kepelbagaian itu mesti diterima sebagai ciri utama dalam masyarakat Malaysia. Kesedaran membawa kepada kefahaman bahawa kepelbagaian bukan sesuatu semestinya bersifat negatif atau menggalakkan pertentangan.Kepelbagaian boleh menjadi satu kekuatan kerana dari sudut alamiah, manusia memang wujud berpuak-puak, berkelompok dan bermastautin di tempat berbeza. Justeru, membina kesepaduan daripada kepelbagaian adalah satu kemestian untuk memastikan kelangsungan masyarakat.Modul Hubungan Etnik menyatakan, aspek positif kepelbagaian ini yang mesti diberi perhatian. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain.Oleh itu, perasaan prihatin terhadap semua kelompok etnik berbeza semestinya berlandaskan kefahaman yang mendalam. Selepas wujud kefahaman mendalam, akan terbina perilaku dan tindakan bersifat akomodasi, iaitu sedia menerima etnik berbeza yang mempunyai kelainan dalam pelbagai aspek.Sifat akomodasi dan kesanggupan menerima etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat-resam dan agama adalah aspek penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni.Daripada sifat akomodasi, akan timbul sikap dan perilaku hormat-menghormati.
Walaupun pada awalnya seseorang itu mungkin berasa tidak senang terhadap kelompok etnik lain, tetapi dengan kefahaman dan akomodasi terbina alam memberikan kesabaran dan menerima perbezaan setiap kelompok etnik.Interaksi lebih rapat antara kelompok dan etnik yang berbeza boleh dijamin keutuhannya oleh sikap saling menghormati dan menghindari konflik dalam segala bentuk, sama ada terbuka atau secara senyap.Dengan wujudnya kesedaran yang kuat, kefahaman yang mendalam, akomodasi yang tinggi, hubungan saling menghormati berterusan pasti akan membuka luas pintu untuk membina segala bentuk usaha ke arah perpaduan etnik yang diidamkan.Rangkaian lima ciri utama itu selepas dihayati pembaca membolehkan perpaduan etnik yang diidam-idamkan wujud dan seterusnya dipupuk. Perpaduan boleh wujud menerusi pendekatan ‘top-down’ atau ‘bottom-up’ membabitkan kerajaan, orang ramai, sektor swasta atau pihak lain.

No comments: