Langkah 'berani' SPR menyahut desakan agar kembali ke zaman primitif, iaitu dengan mahu mengggunakan dakwat calit semasa proses pemilihan dalam PRU yang akan datang atau pilihanraya masa depan, meletakkan 1000 harapan oleh rakyat.
Kajian dan strategik licin BN yang sukar dijangka, dengan banyak pusat2 kajian nampak jantan sangat BN dalam menyahut cabaran gunakan kaedah ini. Maka kita tunggu dan lihat, kesan nya dan penipuan yang bakal dihidu oleh kita. Mereka ada masalah dan startegik mengatasi macam mereka buat olok2 pilihanraya, buat olok-olok debat perdana UMNo vs PAS
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat tanda kuku atau jari pada pilihan raya umum akan datang bagi menghapus segala keraguan dan dakyah pihak tertentu berhubung penipuan dalam proses pengundian di negara ini yang dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2004.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata walaupun langkah itu terkebelakang dan tidak berkesan membanteras penipuan jika benar-benar wujud, ia dapat mengurangkan usaha pihak tertentu menggunakan isu pengundi hantu sebagai gimik politik atau menjatuhkan imej SPR.
Merujuk dakwaan penipuan semasa pilihan raya seperti penyamaran untuk mengundi bagi pengundi yang meninggal dunia atau pengundi lain dan mengundi lebih daripada sekali, beliau berkata SPR tidak pernah mendapat bukti menunjukkan penipuan sedemikian berlaku. "Apa pun hakikatnya, SPR memandang berat dakyah yang sudah dilakukan dan mendapati perlu untuk menghapuskan sebarang keraguan serta dakyah terhadap proses pengundian yang dijalankan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, semalam.
Menerusi kaedah itu, kerani kedua akan mencalit dakwat hitam pada jari telunjuk tangan kiri pengundi selepas identiti pengundi dipastikan kerani pertama. Kerani ketiga pula akan memberikan kertas undi yang ditindik selepas tanda kuku dibuat. Bagi pengundi yang tidak ada jari, calitan dakwat akan dibuat atas tunggul lengan.Bagaimanapun, kaedah dakwat tanda itu tidak terpakai terhadap pengundi pos yang dikawal dengan prosedur keselamatan lain.Rabu lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan dakwat khas dari India itu yang kekal untuk beberapa hari tidak melanggar hukum syarak atau menjejaskan ibadat orang Islam.
Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, SPR akan memaklumkan keputusan itu menerusi pekeliling kepada parti politik dan akan menempah dakwat khas berkenaan.Katanya, keputusan itu adalah bawah bidang kuasa pentadbiran SPR dan tidak memerlukan pindaan terhadap Akta Pilihan Raya."Kalau ada pihak yang membantah kita akan uruskan kelak... dia mungkin tak dapat kertas undi," katanya sambil menambah kos pembelian dakwat itu tidak sampai RM1 juta.Ditanya bilakah SPR akan menerima bekalan dakwat berkenaan, Abdul Rashid yang jelas tidak mahu membayangkan tarikh pilihan raya umum akan datang berkata: "Mahu satu kapal esok pun ada".
Bagaimanapun, beliau menegaskan pilihan raya umum tidak mungkin diadakan ketika Ramadan, iaitu pertengahan bulan depan hingga Oktober ini.Apabila ditanya bilakah Parlimen akan dibubarkan, beliau yang sebelum ini menyatakan SPR hanya bersedia mengendalikan pilihan raya umum akan datang selepas bulan depan berkata: "Nanti saya tanya Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)." Abdul Rashid juga berkata, SPR memerlukan peruntukan RM3.6 juta bagi melancarkan gerakan mencari 22,432 pengundi yang didaftarkan dengan kad pengenalan plastik dengan lapan angka yang tiada dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bulan depan.Katanya, hanya seorang pengundi berkenaan di Kelantan yang tampil mengesahkan identitinya selepas notis berkaitan dipamerkan sejak 18 hingga 24 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment