Friday, August 17, 2007


Taraf kerakyatan Wee tidak dilucut, kata Syed Hamid...... mudah, jangan emosional. Hina Islam sudah tidak berbangkit dah, sebaliknya media dan menteri kata dia minta maaf hina negara sahaja. Inilah bentuk penyelsian kerajaan pimpinan UMNo , kesannya sampai bila-bila tercatit sejarah dan tidak mustahil banyak lagi jenis wee akan buat dan ulangi bentuk2 penghinaan yang hina kepada agama dan negara. Kita tunggulah sahaja.
Jika kita tidak berfikiran rasional kenapa NC - NC kat IPTA , cuma dengan kes demontarsi membantah konsert maksiat secara aman dipecat daripada universiti berkenaan, tanya bmangsa2 spt Hishamuddin Rais, LUFti dan lain lain, pulangkan 'hak' mereka..

Kerajaan tidak akan melucutkan taraf kerakyatan Wee meng Chee, pelajar Malaysia di sebuah universiti di Taiwan, yang didapati menghina lagu kebangsaan Negaraku menerusi satu klip video di laman web, walaupun kesalahan yang dilakukannya adalah serius, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Bagaimanapun, katanya, walaupun pelajar itu telahpun memohon maaf secara terbuka, dia akan diadili menerusi proses undang-undang."Jika seseorang itu melakukan kesalahan, dia akan dihukum mengikut proses undang-undang dan (dalam kes ini) kita tidak boleh dengan mudah melucutkan taraf kewarganegaraannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perkampungan Hadhari peringkat Parlimen Setiu di sini malam tadi.Beliau diminta mengulas mengenai permohonan maaf daripada Wee, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam sebuah universiti di Taiwan, yang telah mengolah lagu Negaraku dan menamakannya Negarakuku.
Klip video lagu itu disiarkan selama lima minit 32 saat dalam laman web YouTube sejak pertengahan bulan lepas. Antara lain, lirik lagu dalam bahasa Cina itu memperlekehkan orang Melayu, wanita Islam bertudung dan azan Subuh selain mendakwa dasar kerajaan meminggirkan orang Cina.Syed Hamid menasihatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak terlalu emosional sebaliknya melihat perkara tersebut secara rasional kerana terdapat proses undang-undang untuk mendakwa pelajar terbabit.
"Baguslah, dia sudah insaf dan sedar atas kesilapan yang dilakukannya. Tetapi soal undang-undang terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memutuskannya. Kita kena tunjukkan bahawa undang-undang mengatasi setiap individu (yang melakukan kesalahan), biar jadi pengajaran," katanya.Ketika ditanya mengenai permohonan maaf pelajar itu yang menggunakan platform parti politik iaitu disampaikan menerusi Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Syed Hamid berharap perkara itu tidak dipolitikkan oleh manamana pihak.Beliau berkata tindakan yang diambil oleh pemimpin MCA itu harus dipuji kerana ia dibuat atas rasa tanggungjawab bahawa negara ini adalah milik semua kaum. BERNAMA

No comments: