Sunday, July 31, 2011

Politik dan Mainan Politik Begini Rakyat Sudah Bosan ?

Pemimpin negara nampak keletihan, semacam tidak ada stamina dan modal lagi. Akhar arus perdana juga mengitar dan mengulang ulangi benda yang sama. Rakyat mulai maul dan muak.

Rakyat meloya dan bosan dan letih dengan permainan politik sebegini. Apa yang rakyat mahukan adalah pemimpin negara dapat mengurus hidup dan kehidupan rakyat dengan lebih baik.

Mereka mahu hari ini mereka lebih baik daripada hari semalamnya. Sebagai contoh sudah ada trend terkini, seluruh negara keadaan keselamatan rumah misalnya sudah tidak selamat lagi. Para penduduk kini, sudah menubuhkan Rondaan Keselamatan Malam di kawasan-kawasan taman perumahan. dan lebih advance ada yang mengajikan pasukan rondaan swasta yang mengawal kawasan perumahan mereka 24 jam.

Di mana pasukan keselamatan kita khususnya PDRM ? Kini rakyat berperanan menjadi pengawal diri kepada keselamatan rumah, taman dan lain-lain.

Justru, kita kena merubah sebelum keadaan bertamabah gawat. Kini sudah pun berada dalam keadaan kegawatan ?








"Jangan Terpedaya Dengan Tohmahan Pembangkang," Kata Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Rakyat dinasihati agar tidak terpedaya dengan pelbagai dakwaan yang dilontarkan pembangkang kononnya kerajaan tidak menjalankan pilihan raya secara bersih dan adil.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangkang gemar memutarbelitkan fakta dan cuba mempengaruhi fikiran rakyat dengan mewujudkan pelbagai isu dengan tujuan menjatuhkan kerajaan di bawahpentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Contohnya seperti isu-isu yang dibangkitkan sebuah kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram di bandar raya baru-baru ini," katanya ketika berucap merasmikan ibu pejabat Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) di Segambut di sini Ahad.

Sehubungan itu, beliau menggesa MIUP supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang dengan mengadakan perhimpunan haram sehingga menimbulkan huru-hara kepada negara.

Mengenai MIUP, Tengku Adnan yakin presiden parti Datuk S.Nalakaruppan dan semua anggota parti itu akan bekerja keras dalam membantu BN memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pada sidang akhbar selepas majlis perasmian, Tengku Adnan berkata MIUP mempunyai lebih 20,000 anggota di seluruh negara dan dengan jumlah tersebut, parti itu diharap dapat membantu mengembalikan sokongan kaum India terhadap BN.

Sementara itu, Nalakaruppan berkata MIUP akan menggerakkan semua anggotanya bertemu dengan kaum India dari semasa ke semasa dalam misinya untuk mengembalikan sokongan terhadap BN. - BERNAMA



Selayang pandang Dr Zulkafley Ahmad Tentang Masa Depan BN

Artikel ini keluar dalam akhbar Harakah print Ahad ini. Penulis teruja dengan dapatan dan pandangan daripada Dr Zul PPPP tentang Najib dan masa depan BN.

Tatapi tulisan ini dengan baik dan cermat..


Bila penulis menerbitkan satu makalah “General Election in July, folks!” pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk ‘spin’. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau ‘window’ paling wajar menyerang-hendap atau ‘ambush’ Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam ‘panic mode’. Najib gagal.

Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau ‘window’ paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.

Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi ‘liabiliti’ terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ‘ su’ul khatimah’ atau ‘kesudahan buruk’ dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan ‘pendek kata’), Najib telah menjadi ‘liabiliti paling besar’ buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan ‘perjuangan’ mesti dipertahankan, walau apapun. Mungkin ‘mantra’ atau ‘maxim’ ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau ‘approval rating’ beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan ‘pandangan awam’ atau ‘public opinion’ sehingga sanggup mengungkpakan bahawa ‘Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya “Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan’. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih ‘persepsi’ terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga ‘netizen’ dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan ‘engaged’ secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan ‘warlords’ partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, ‘tahap sokongan’ atau ‘approval rating’ terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar ‘dirinya’. Beliau ‘reckless’ atau tidak punya ‘jatidiri politik’ yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti ‘you help me dan I help u’ memperkukuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu ‘sokongan’ semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku ‘first ladynya’ . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan ‘taste’ atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang ‘entourage’ keluar Negara seperti urusan pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan ’goodwill’nya atau ‘sangka baik’ dan ‘hormat’ rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang ‘kotor’ dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa ‘era kerajaan tahu semua sudah berlalu’. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat ‘netizen’ media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin!

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai ‘front’ memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak ‘sumbang’ mungkin dengan nasihat pelbagai firma ‘consulting’nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi’ atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan lawan. Perilaku mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun).

Najib mengundang amarah kaum India, yang sokongan mereka belum pasti akan kembali kepada BN. Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden telah ‘broke-rank’ lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960. Kini seluruh lapisan rakyat sivil dan politik Pakatan bergandingan untuk membebaskan tahanan EO6 ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara ‘terdesak’ mengambil tindakan menahan lantas ‘mendeport’ William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program ‘fund raising’ Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat “1-Malaysia” nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu ‘Malay first’ sesuai dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan ‘inklusif’ Najib tidak di’kongsi’ oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh ‘warlords’ Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu “1-Malaysia”. Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi ‘warlord’ partinya sendiri sebagai menghakis ‘penguasaan politik’ dan ‘kedudukan ekonomi’ orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan ‘patah-balik’ tidak dapat merawat ‘kemarahan warlords’ partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang “korupsi, kronisme dan krisis perkauman” yang membarah dan endemik dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu “Grand Coalition” untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah ‘game-plan’ atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjatuhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua? Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling parah sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi talain hayat kepada parti Melayu tertua di dunia ini?

Najib terus mencari tallian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya

Antara Celaru dan Kata Puru ?

Pembangkang bercelaru adalah lebih baik, daripada menjadi kata puru, di akhir celaru akan terlerai jalan menyatunya. Kerana dalam celaru akhirnya akan ada jalan penghujung dan penamatnya.

Dengan penamatnya Umno dan politik Umno bakal tumbang ditangan kumpulan celaru ini. Kebiasaan celaru berlaku peringkat awal selepas masing-masing ada jalan dan formula menyelesaikannya dan usaha menyelesaikannya.

Berbanding dengan katak puru yang akhirnya akan mati beragan, selepas kekenyangan atau mencapai tahap usia tua dan sudah tidak berguna lagi.


Pembangkang semakin celaru

KUALA LUMPUR 30 Julai - Tindakan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang membuktikan gabungan pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas semakin bercelaru.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, ia juga memperlihatkan bahawa pembangkang tidak percaya kepada keupayaan satu sama lain, khususnya DAP yang tidak akan memberi kepercayaan kepada pemimpin Pas untuk menerajui pakatan itu.

"Ini bukti Pas dan DAP sudah tidak lagi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) mampu memimpin mereka ekoran skandal liwat dan video seks di samping PKR yang semakin lemah dan celaru.

"Ia juga sebagai bukti Pas dan DAP tidak lagi boleh bekerjasama dan perjuangan mereka juga berlainan kerana sememangnya seperti diketahui ramai, mereka mempunyai dasar dan ideologi politik yang berbeza," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa Tengku Razaleigh dipelawa pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Mohamad Ezam yakin Tengku Razaleigh tidak akan menerima pelawaan pembangkang itu kerana percaya Ahli Parlimen Gua Musang itu akan tetap setia bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, pemilihan Tengku Razaleigh adalah cerminan sikap pembangkang yang hipokrit dan menangguk di air keruh.

Hakikatnya, dalam keghairahan mempertahankan Anwar, katanya, mereka terpaksa mengakui Ketua Pembangkang itu mempunyai masalah moral yang akan menjejaskan peluang mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Nyata semangat setia kawan dalam pakatan itu amat longgar sehingga mereka sanggup meletakkan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya," kata beliau.

Tohmahan Umno Akhir Terlerai, Jelas Umno Penipu ?

Tiba - tiba media menjadi baik terhadap Anwar Ibrahim. Media teramat bersimpati dengan nasib Anwar dan masa depan serta kedudukannya. Media pula membelasah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana menawarkan jawatan tertinggi ketua pembangkang Ku Li pulak.

Maka yang jelaslah selama hari ini, PAS didakwa diperalatkan dan menajdi alat sahaja dalam gabungan parti-parti pembangkang atau Pakatan pembangkang ini . Dan PAS sekadar menjadi alat dan diperalatkan oleh parti itu dan parti ini, menjadi kuda tunggangan parti itu dan ini,

Yang jelas tuduhan dan dakwaan itu tidak benar. Dengan mereka hari ini menjawab sendiri tuduhan mereka itu. Ini kerana nampak PAS cukup power dalam Pakatan sampai boleh mengagihkan dan menawarkan jawatan ketua pembangkang kepada Ku Li .

Yang jelas penipuan Umno semakin terserlahlah.

Kedua, Ku Li dalam fikiran Umno sekadar atau setakat layak menjadi ketua pembangkang sahaja. Maka tidak lebih dan tidak jauh masa depan politik Ku Li.

Justeru Ku Li kenalah berlawan dengan Umno secara all out kali ini. Dengan menumbangkan Umno m secara dari dalam atau bersama gabungan Pakatan



Tawaran Kepada Ku Li Belakangkan Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang dilihat sebagai membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila didakwa mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Naib Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh berkata perbincangan mengenai pelawaan kepada Anggota Parlimen Gua Musang itu dikatakan turut melibatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"JMM difahamkan Anwar tidak tahu mengenai perkara ini...dan kami mahu tahu mengapa Nik Aziz membelakangkan Anwar (dalam hal ini)," katanya di sini, hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelawaan kepada Tengku Razaleigh dibuat berikutan perbicaraan kes Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Omar mempersoal sama ada pelawaan itu dibuat berikutan ada pihak tertentu dalam pakatan pembangkang yang menjangka Anwar bersalah dalam kes itu.

"Mungkinkah Karpal Singh (peguambela Anwar) sudah maklumkan kepada DAP, PAS, PKR mengenai kes khalwat Anwar...saya rasa ada yang tidak kena dalam hal ini (pelawaan kepada Tengku Razaleigh)," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan pendedahan Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa pelawaan kepada Tengku Razaleigh dibuat sebagai persiapan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. BERNAMA

Saturday, July 30, 2011

Harga Barang: TPM terkial-kial memeranginya ?

Adalah malang kerajaan terkial-kial baru mahu menubuhkan Jawatankuasa Kenaikan & Kawalan Harga Barang. Kerajaan kata TPM akan mengambil beberapa pendekatan umpamanya memberi subsidi khas minyak, menambah subsidi (enath apa barang) , imbuhana khas setakat bayaran rebet cukai jalan. Itu sudah dikira menolong dan membantu rakyat.

Selepas pemberian ala-ala kadar itu, kerajaan dengan gah mengumumkan subsidi cukup besar berbanding jika digunakan jumlah tersebut bagi tujuan-tujuan lain. lagu dan nyanyian ini berkemundang berbulan-bulan dan diulang-ulang menjadi satu 'sifir' mulut media massa dan saluran meracuni rakyat.

Sebahagian rakyat akan layu dan temakan dengan berasa teramat terhutang budi kepada kerajaan. Dan jasa-jasa itu bakal dibalas dengan menyokong melalui undi - undi mereka kelak.

Inilah mentaliti yang cuba disemai.




Kerajaan kaji langkah baru tangani kenaikan harga barang


PAGOH - Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang, kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu.Langkah itu nanti akan menidakkan dakwaan bahawa kerajaan tidak ambil kisah mengenai beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan, katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Masuk Kampung Parlimen Pagoh, hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan, yang dilihat sebagai fenomena global dan membebankan rakyat. - Bernama

Kenapa Ibukota Sesak dek Hujan- Cari Jawapannya ?

Rungutan dan ketakutan Himpunan BERSIH 2.0 akan menyebabkan kesesakan teruk ibukota terjawab apabila ALLah sendiri menurunkan 'tenteranya' .

Walaupun ia berlaku secara kebetulan selepas 16 hari Himpunan BERSIH, penguasa negara yang melontarkan alasan demi alasan dan ketakutan demi ketakutan serta kebimbangan demi kebimbangan dan rasailah kini bersama apa yang dikakutkan dan apa yang dibimbangi itu.

Persoalannya adakah doa 40 orang alim yang mendoakan semasa Himpunan BERSIH itu termakbul ? Atau apa.. Kita boleh mencari pelbagai persoalan dan kita boleh memberi pelbagai jawapan dan alasan. Dan adakah doa orang yang dizalimi dan dianayai termakbul ?




Hujan Lebat & Pelbagai Punca Lagi Sebabkan KL Sesak Teruk Pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Hujan lebat awal pagi tadi antara sebab berlakunya kesesakan lalu lintas di sekitar ibu kota sehingga malam ini.

Ketua Unit Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, ASP Azmi Wahid berkata hasil pemantauan, polis mendapati rata-rata mereka yang menunggang motosikal terpaksa memandu kereta ke tempat kerja kerana hujan lebat.

"Akibatnya, puluhan ribu kereta masuk ke pusat bandar raya dari jalan luar dan terpaksa bersesak-sesak akibat hujan lebat.

"Pemerhatian kami mendapati apabila kesemua jalan utama yang menghubungkan dengan pusat bandar raya sesak, jalan luar seperti Jalan Kuching dan Jalan Duta turut sesak," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata kesesakan dari pagi itu berlanjutan ke tengah hari berikutan waktu rehat panjang pada Jumaat dan juga pada petang selepas habis waktu pejabat.

Selain itu, kata Azmi berlaku beberapa kemalangan semasa waktu hujan.

"Di Istana Negara awal pagi tadi, ada kemalangan semasa hujan, jadi pengguna dari Jalan Sungai Besi ke Lebuhraya Mahameru terperangkap (dalam kesesakan)," katanya.

Selain itu, beberapa jalan turut sesak kerana ada jalan lain ditutup seperti di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Pahlawan selain trafik perlahan di Jalan Pinang kerana ada pembinaan jejantas di kawasan itu.

Katanya, kesesakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pula berlaku kerana ada jualan besar-besaran di premis perniagaan di kawasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan pengguna dari jalan luar seperti dari Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak dan dari Sentul tersangkut dalam kesesakan.

Beliau menasihatkan warga kota menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah mengurangkan kesesakan. - BERNAMA

Friday, July 29, 2011

My Card New: 1Projek Kerajaan BN Lagi ?


Menteri yang menjaga 'biometrik' dan mungkin selepas mendapat 'ilham' daripada penasihat-penasihat ( Umno pandai cipta peluang mengaut duit rakyat) maka satu lagi bentuk My Card yang jauh bermutu dan berkualiti akan diperkenalkan kepada rakyat bulan hadapan.

Ini adalah bukannya masalah dengki atau iri hati, tetapi itulah cara gaya Umno bn uuruskan sesuatu, bebanan rakyat atau rakyat terbeban adalah persoalan kedua, apa yang penting pulus bakal masuk dan peluang dicipta sebanyak mungkin.

Inilah Umno....

Sementelahan pula selepas pendaftaran PATI secara besar-besaran dan My Card yang baru dibuat dengan sisitem yang ada ini kurang memberangsangkan. maka satu lagi akan My Card akan diperkenalkan.

Sejarah pernah mengajar kita, lihat apa yang sudah berlaku dengan kuatkuasa pemakaian tali pinggang belakang kereta, lampu siang hari, pemakaian topi keledar dan sebagainya... semuanya naiwaitu kerana.... ??????


Proses Pendaftaran Biometrik Dilanjutkan - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, yang dijadual berakhir Ahad ini dilanjutkan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan itu selaras dengan kepentingan program yang dijangka antara lain mampu membendung jenayah merentasi sempadan.

"Kalau sekarang kita tidak tahu berapa jumlah pekerja asing yang ada dan ada pula agenda tertentu yang sehingga kini polis dapat pantau dan bendung, tapi pada masa depan jumlah bertambah tanpa diketahui dan boleh menjejaskan keselamatan negara, ketika itu sudah terlambat," katanya di sini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian dokumen diri Sempena Program Mydaftar pada Jumaat, bagaimanapun enggan mengulas berapa lama tempoh lanjutan itu akan diberikan.

"Ia bukan isu lanjutan, isunya penyelesaian, maknanya kalau mereka dapat daftar awal kita dapat selesai awal dan ia praktikal.

"Saya telah belajar kalau kita tetapkan masa, hujung-hujung juga mereka akan buat,"katanya," katanya.

Ditanya kemungkinan ada pekerja asing tidak mendaftar kerana tiada tarikh akhir, Hishammuddin berkata jika proses pendaftaran pekerja asing sah dan tidak sah berjalan seperti yang dikehendakki, kerajaan akan menguatkuasakan peraturan mengusir mereka yang ingkar.

"Di situ tidak ada lagi alasan sebab mereka tidak mendaftar dan kalau perlu diusir, perlu dikembalikan ke negara asal, mereka tidak boleh salahkan kerajaan Malaysia,"katanya.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas, 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan di negara ini telah mendaftar di bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula 1 Ogos ini.

Di KUALA TERENGGANU, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti itu berpendapat perlu ada tarikh akhir ditetapkan untuk pelaksanaan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.

Beliau berkata tempoh dua minggu dianggap mencukupi berbanding dengan menentukan kemudian tempoh akhir pelaksanaan proses itu.

"Kerajaan perlu lanjutkan tempohnya... dua minggu mencukupi, kalau tak mereka akan tunggu saat-saat akhir. Itu budaya Malaysia, mereka akan tunggu hingga saat akhir... perlu ada tarikh akhir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA/Pemuda/Wanita MCA Negeri Terengganu 2011 di sini.

Dr Chua berkata majikan pula perlu memberi kerjasama dengan tidak melengahkan pendaftaran pekerja masing-masing.

"Dianggarkan terdapat 1.8 juta pekerja asing yang sah, namun sehingga semalam pendaftaran biometrik hanya mencatat 600,000. Kita harap dapat dilanjutkan selama dua minggu dan majikan pula tidak berlengah," katanya.

Nyahkan Manusia - Manusia Munafik

Mereka boleh bercakap dan memberi apa saja alasan, dengan mengistilahkan ia 'sama ada mengejar politik matang', 'melakukan pembohongan yang matang', 'memberi alasan yang matang' dan sebagainya berhubung isu SPR oleh Wan Omar selaku Timbalan Pengerusi SPR serta Rosmah Mansur berhubung 'bukti sahih' beliau pemilik cincin bernilai RM74 juta.


Inilah Halacara Politik Baru Malaysia, apabila pemimpin dan isteri pemimpin serta mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab sesuatu institusi beralasan dan memberi alasan sedemikian.


Habis ikhtiar 'pendedahan' bagi membuka 'mata semua orang'. Manakala badan yang bertanggungjawab bagi mengambil berat samada siasatan tindakan dan sebagainya 'membatu seribu bahasa'. Ini lagi satu bentuk 'agensi penguatkuasa yang bacul. Tiada manah rakyat, tiada tanggungjawabn sosial dan lebih malang menjadi penakut kepada manusia, kerana hati kecil mereka bertuhankan manusia.

Manusia sedemikian lah sampai bila hukum hakam Allah tidak akan didaulatkan. Justeru rakyat perlu nyahkan, sila buat perhitungan dan hukuman. Kita tidak mahu manusia sebegini yang menjadi munafik dengan tanggungjawab, munafik dengan manusia dan lebih malangnya munafik dengan Allah SWT



Thursday, July 28, 2011

SPR: Rakyat melihat dan sudah ada keputusannya ?


Sikap sengal dan berdolak dalik Timbalan Pengerusi SPR adalah amat memalukan institusi ini. Dengan membuat kenyataan menangkis dan menolak terus apa yang 'didakwa' oleh ramai pihak dalam parti pembangkang bukanlah cara penyelesian masalah yang baik.

Sementelahan beliau mencabar pelanggan melalui sidang atau kenyataan media, jauh sekali menunjukkan sikap sebagai seorang penjawat awam yang profesionali. Kenyataan nya itu membuat sebahagian pelanggannya bertambah dan terus bertambah meluat terhadapnya.

Sikapnya yang 'ingin melindungi tuan' nya sudah menampakkan kejelasan sikap memihaknya itu. Tanpa berselindung dan bertapis terus menolak dakwaan pembangkang dan lebih parah mencabar pihak-pihak tertentu agar segerakan bukti. dan memberi amaran supaya jangan ia dijadikan isu politik.

Regim ini seperti dan boleh disamakan seumpama berguru dengan Robert Mugabe, bersikap angkuh dan enggan menerima apa sahaja yang bersifat melemah dan menunjukkan lemah pihaknya.

Apa pun kita berharap rakyat semua dapat menilai, dan segera menghukum pada PRU akan datang. Kita tahu sekarang cuma menunggu masa dan saat sahaja keputusan sudah pun berada ditangan mereka. Maka kerajaan Bn Umno akan dijatuhi hukuman pada PRU 13 akan datang.

UM: Suratkhabar Biro Penerangan Umno Yang Jelas

Apa lagi yang Umno mahukan ? Bila parti PAS mengambil sikap dan bersikap berlembut, PAS dituduh dan dikatakan mengikut telunjuk DAP atau menjadi Pak turut PKR sahaja, PAS juga pernah dilabelkan mereka menjadi Kuda Tunggangan kepada DAP bermacam-macam lagi label tuduhan dan fitnah . Semua kerana sikap PAS itu.

Bagi kali ini, selepas kerajaan dicadangkan oleh PR dalam pilihanraya menggunakan dakwat pencelup bagi celup jari pengundi apabila mahu mengundi, BN dan kerajaaan memberi alasan tidak sesuai kerana orang Islam mahu sembahyang dakwat yang digunakan tidak serap air dan wuduk dikatakan tidak sah. Justeru kerajaan membatalkan dan menarik balik penggunaan dakwat pencelup ini semasa PRU12 yang lalu.

Kini, kerajaan beria-ia sangat mahu gunakan teknologi canggih dengan menggunakan sistem cap jari kaedah biometrik. Maka gerakan membiometrik kini digerakkan dengan mendaftar semula semua PATI yang datang ke Malaysia meliputi pekerja Bangla, indo, Vietnam, dan lain-lain.

Isunya, kaedah biometrik adalah amat mahal serta tidak praktikal berbanding dakwat. namun kerajaan berkeras kerana mahu ikut perkembangan teknologi semasa.

Dan malangnya PAS hanya memberi pandangan bahawa biometrik adalah mahal dan tidak praktikal berbanding dengan dakwat. ia jauhlebih berkesan dan menjimatkan itu sahaja. dan adalah wajar dalam negara demokrasi semua pihak memberi pandangan terhadap apa yang mereka mahukan itulah darjah kebebasan dan kebebasan itu sendiri termaktub dalam perlembagaan.

Jika kerajaan yakin dan percaya sangat dengan keberkesanan sistem ini, dengan jujur tanpa berniat untuk memanipulasi maka lah sila jalan dan laksanakan. Jangan jadikan ia sebagai satu senjata kerajaan bagi menempelak rakyat pada satu hari yang menyatakan itu ini.

Kita yakin kerajaan berniat menjadikan ia sebagai senjata pelbagai serampang. dan kebimbangan inilah yang cuba disuarakan. Jika semua sistem dan intitusi bersikap jujur, perasaan syak wasangka tidak akan timbul dan akian ditimbulkan. dan kerajaan sendiri cuba dan akan cuba menghindari apa yang diwas-waskan atau yang diragui pembangkang. Itu sahaja.

Dengan melabelkan dan meletakkan PAS dikandang orang salah dengan menyatakan cadangan biometrik oleh kerajaan ditolak mentah-mentah oleh PAS, adalah satu tuduhan melulu dan mengambil asas yang salah. Jika kerajaan dapat menjamin dan memberi jaminan akan memutihkan daftar pemilih, pulih dan bersihkan undi POS maka menolak mentah-mentah itu boleh difikirkan .


Menilai keberanian Pas

APAKAH sebenarnya yang Pas mahu? Apakah Pas benar-benar berani?

Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan baru parti itu yang dilihat begitu teruja menjadi 'jaguh' kepada pakatan pembangkang apabila sejak kebelakangan ini begitu lantang bersuara.

Jika pada 9 Julai lalu, kepimpinan Pas telah menunjukkan keberaniannya dengan mengerahkan ahli-ahlinya turun ke jalanan menyertai perhimpunan haram Bersih, terbaru mereka menolak pula mentah-mentah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.

Mungkin kerana keterujaan selepas mengubah dasar perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan, istilah berunding dan berbincang seolah-olah tidak wujud lagi dalam kamus politik kepimpinan Pas, justeru mereka tidak mahu berbincang atau mendengar dahulu penjelasan SPR.

Corak berpolitik Pas sejak terbentuknya barisan harapan pilihan raya parti berkenaan selepas muktamar baru-baru ini, kini lebih menjurus kepada konfrantasi dan demonstrasi bukanlah lagi bertoleransi.

Oleh itu, ia menimbulkan kekeliruan dan persoalan apakah penolakan terhadap penggunaan sistem biometrik itu benar-benar dilakukan setelah membuat kajian atau ia lebih bermotif politik semata-mata.

Mungkin Pas ingin menunjukkan kepada sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka hebat berpolitik.

Namun persoalannya apakah Pas hanya berani berhadapan dengan SPR, berani bertelingkah dengan UMNO, berani menyerang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berani berbalah dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi apakah Pas akan benar-benar berani untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang?

Kalau kepimpinan baru Pas merasakan mereka sudah cukup hebat berpolitik maka mereka juga perlu menunjukkan 'kehebatan' itu apabila berunding dengan PKR dan DAP dalam pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini sudah ada cabaran kepada Pas untuk bertanding antara 120 hingga 130 kerusi Parlimen bagi membolehkan parti tersebut menjadi peneraju utama dalam pakatan pembangkang.

Cabaran berkenaan bukan sahaja dilontarkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Kota Setar, Datuk Yusof Ismail, malahan oleh blogger-blogger yang mungkin sudah muak dengan 'keberanian tidak bertempat' Pas.

Mereka melihat Pas begitu bercita-cita tinggi untuk menggantikan UMNO malahan di mana-mana pun pemimpin Pas 'menjaja' bahawa parti itu jauh lebih baik daripada UMNO.

Tetapi malangnya 'nafsu besar' itu tidak seiring dengan persoalan apakah Pas benar-benar berani hendak memberitahu PKR dan DAP bahawa Pas perlu dominan dalam pakatan pembangkang.

Setakat ini, pemimpin Pas meletakkan sasaran untuk bertanding 80 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang, lebih 14 kerusi daripada jumlah pada tahun 2008 iaitu 66 kerusi.

Maknanya, Pas mahu bertanding lebih kerusi daripada PKR dan DAP. Pada tahun 2008, PKR bertanding di 97 kerusi dan menang 31 kerusi manakala DAP bertanding 47 kerusi dan menang 28 kerusi.

Soalnya, daripada mana Pas akan mendapat 14 lagi kerusi Parlimen bagi meletakkan calon-calonnya? Apakah DAP akan memberi laluan? Atau apakah Pas hendak mengambil semula kerusi yang diberikan kepada PKR?

Beranikah Pas yang kini dilihat begitu ghairah untuk berkongsi kuasa dengan kedua-dua parti itu berkeras dan menunjukkan kejaguhan seperti mana mereka berhadapan dengan UMNO, BN, SPRM, SPR dan PDRM?

Penulis percaya hasrat untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen atau menjadi dominan dalam pakatan pembangkang hanyalah mimpi indah yang mengasyikkan bagi Pas.

Cita-cita itu tidak akan tercapai dan ia sekadar impian seperti mana mereka diperdayakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 'impian 16 September'.

'Keberanian' pemimpin-pemimpin Pas hanya terbatas di luar lingkungan pakatan pembangkang sahaja tetapi dalam kerjasama dengan PKR dan DAP, Pas sekadar menjadi 'pak turut'.

Jika berhadapan dengan UMNO, BN dan agensi kerajaan, Pas begitu bermati-matian melakukan serangan tetapi percayalah keberanian berkenaan tidak akan sampai ke mana apabila berhadapan dengan PKR dan DAP.

PKR sudah pasti tidak akan menyerahkan kembali kerusi Pas yang mereka tandingi pada tahun 2008 kerana ia melibatkan banyak kawasan selamat, begitu juga DAP yang tidak akan sesekali menyerahkan kerusi mereka kepada Pas.

Semangat setiakawan seperti mana ditunjukkan oleh UMNO yang bersedia menyerahkan kerusi kawasan selamat kepada MCA atau MIC sama sekali tidak akan berlaku dalam pakatan pembangkang.

Dalam pakatan berkenaan masing-masing ingin berkuasa apatah lagi PKR dan DAP amat memahami keghairahan Pas untuk berkongsi kuasa bersama mereka.

Kerana itulah Pas menjadi satu-satunya parti pembangkang dalam sejarah politik negara sanggup mengorbankan dasar perjuangannya - satu tindakan yang sama sekali tidak akan dilakukan oleh PKR apatah lagi DAP.

Oleh itu PKR dan DAP tidak akan melayan tuntutan Pas apabila tiba masa perundingan pembahagian kerusi dilakukan kerana percaya serta yakin bahawa keberanian Pas bertempat.

Pas hanya berani terpekik terlolong di jalanan, menunjuk hebat di hadapan rakyat dengan membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan BN tetapi pasti akan tunduk kepada kehendak PKR dan DAP.

Justeru adalah diharapkan kepimpinan baru Pas tidak terlalu ghairah hendak menjadi jaguh dalam berhadapan dengan UMNO, BN dan agensi kerajaan kerana kesudahannya bukan Pas yang akan meraih keuntungan sebaliknya PKR dan DAP.

Dan paling malang bagi Pas pula keberanian tidak bertempat parti itu hanya akan menyebabkan rakyat terutamanya orang Melayu menolak mereka dalam pilihan raya nanti.

Malahan orang Melayu juga tahu Pas tidaklah seberani mana apabila berhadapan dengan PKR dan DAP. Isu penjualan arak di Selangor dan larangan beroperasi kepada 13 pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan sudah menjadi bukti sejauh mana keberanian Pas dalam berpolitik.

TAJUK-TAJUK BERIT


Tuesday, July 26, 2011

Biometrik : Agenda Apa yang diteruskan ?

Projek 2 dalam 1 Biometrik kerajaan sedang giat disemarakkan, walaupun banyak pihak memberi pandangan tentang keburukan berbanding kebaikkannya, terutamaa alasan popular kerajaan tentang kosnya jauh lebih tinggi berbanding daripada cadangan penggunaan dakwat celup jari bagi menjalankan proses pengundian oleh SPR. Yang rata-rata negara seluruh dunia menggunakannya.

Kini, JPN seluruh negara 'diserbu' rata-rata oleh PATI terutama Bangla dan Indo yang dikumpulkan melalui 'kaedah halal' dengan mereka ini didaftarkan supaya menjadi halal kehadiran pekerja asing ke negara kita. Ini semua adalah bagi Projek 2 dalam 1 di atas. Demi penggunaan biometrik pada PRU 13 akan datang.

Penulis terserempak sendiri bagaimana seluruh jentera kenderaan awam bas sekolah FELCRA yang ada menggunakan khidmat pendatang asing datang ke pejabat pendaftaran negara di Temerloh iaitu pada hari Ahad dan kini proses disambung pada hari Isnin sampai ke waktu lewat petang.

Jelas menampakkan 'kesungguhan' kerajaan mahu melaksanakan 'apa yang tidak dicadangkan oleh rakyat. Bagaimana kos bagi 2500 saluran mengundi my card reader dapat disediakan. Ini belum tentu terjamin kelicinan proses perjalanannya.

Ini lah satu bentuk projek pembaziran bagi menghabiskan duit rakyat. Kita sokong AMANAH yang dibentuk oleh Ku Li




Monday, July 25, 2011

Islam tetap Subur !!

Dunia dikejutkan dengan pengganas sebenar. Tindakan seorang pelampau yang obes dengan islam, adalah manifestasi 'gerakan' dakwah islam mulai menyerap dan menyerang fahaman masyarakat Eropah yang rosak dari segi tamadunnya.

Ketakutan luarbiasa ini mengundang tindakan nekad seorang pelampau yang membunuh secara membabi buta mereka yang tidak berdosa.

Alasan tindakan seperti yang dilaporkan adalah tujuan bagi menakut-nakutkan umat Islam di Eropah, supaya jangan berjinak dengan agama Islam.

Apa pun fajar Islam mulai menyinsing di Eropah dan pencerahan minda masyarakat Eropah terhadap islam kini sudah tidak dapat disekat lagi.

Janji ALlah tetap tertunai, dengan apa cara sekali halangan dan kekangan. Islam tetap subur.





Mahu hapus Islam di Eropah


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GAMBAR yang diambil daripada Internet menunjukkan  Breivik mengacukan senjata  automatik.
GAMBAR yang diambil daripada Internet menunjukkan Breivik mengacukan senjata automatik.
ANGGOTA polis mengumpulkan mayat mangsa pembunuhan Breivik  di pulau Utoeya,  kira-kira 40 kilometer ke barat daya Oslo, semalam.
ANGGOTA polis mengumpulkan mayat mangsa pembunuhan Breivik di pulau Utoeya, kira-kira 40 kilometer ke barat daya Oslo, semalam.

SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.

Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.


Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’

Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.


Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.


Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).

Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.


Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.

Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.


Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.


Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.


Dalam teks bertajuk ‘Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah’ dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.


“Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi,” tulisnya.


“Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.


“Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga.”


Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu.


Dia berkata: “Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.


Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi